Jumaat, 21 Jun 2013

Jangan Biarkan Penjenayah DAP-PKR & Anwarista Melakukan Jenayah Pada Sabtu Ini.

DAP-PKR dan puak Anwarista sudah mencapai tahap Penjenayah Terbesar di Malaysia. Kuala Lumpur berada di tangga ke 6 sebagai kawasan paling tidak selamat, gara-gara jenayah-jenayah politik yang dilakukan oleh DAP-PKR dan Anwarista. Terkini, Ketua Penjenayah DAP-PKR begitu resah dan gelisah bila mengetahui bantuan tentera akan di panggil unutk mengawal sebarang tindakan jenayah daripada para perusuh Sabtu ini. Himpunan Sabtu ini sudah melanggar Akta Perhimpunan Aman. Ianya bukan lagi satu himpunan yang sah. Sebaliknya , ianya adalah sebuah rusuhan para penjenayah yang mahu berkuasa tanpa mempedulikan hak 29 juta rakyat Malaysia.

Allah Ta'ala tidak menyukai kebinasaan yang dilakukan oleh puak penjenayah DAP PKR serta Anwarista. Adalah mustahil mereka diberikan pertolongan dan bantuan di atas jenayah mereka tersebut. Sudah pasti mereka akan menemui kegagalan, dalam rusuhan yang mereka rancangkan pada Sabtu ini. Ketua penjenayah Limkitsial pun sudah gabra. Bila mengetahui, bantuan tentera akan di panggil bagi mengawal sebarang insiden yang tak diingini. Realitinya, DAP turut berhasrat mahu merampas kuasa melalui pemberontakan jalanan. Penjenayah DAP PKR cuba buat gempak terhadap kerajaan Persekutuan. Kerajaan yang di pilih oleh rakyat pada PRU13 lalu. Berdasarkan maklumat, sememangnya para perusuh sudah diberikan arahan oleh kepimpinan penjenayah DAP PKR melakukan provokasi melampau-lampau. 

Setiap kejahatan tidak akan kekal lama. Kejahatan tetap menemui kegagalan. Hanya orang-orang yang kecewa dan terdesak melakukan kejahatan. Sebab itulah kejahatan pasti menemui jalan buntu dan hancur sendiri. Tak kira lah apa pun persediaan yang telah mereka buat. Segala perancangan tipudaya dan muslihat mereka akan tidak akan terealisasi. Mereka melakukan tipudaya dan muslihat, Allah Ta'ala juga melakukan ke atas mereka. Lihatlah nanti bagaimana , jenayah yang mereka rancangkan akan gagal sendiri dan menjadi cacamarba. 

Peguam UMNO / BN Perlu Bersatu Memohon Injuksi Terhadap DAP-PKR

Baginda Rasullullah s.a.w. sudah bersabda, di akhir zaman , fitnah Dajal al Masikh ibarat semut HITAM, atas batu HITAM dalam kepekatan malam yang HITAM. Jadi Himpunan HITAMLEGAM menepati semua ciri-ciri yang disebutkan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Husam Musa sudah tersasar dari jalan kebenaran. Begitu juga dengan perusuh yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, malah Himpunan Hitamlegam adalah penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun. Manakala semua ceramah-ceramah politik DAP-PKR adalah berunsur fitnah. Kesemua aktiviti subversif dan hasutan DAP PKR boleh di kekang paling tidak dengan suatu Perintah Injuksi Umum ke atas mereka. Tapi beranikah barisan peguam UMNO/BN bertindak sepantas kilat atau hanya selesa berada dalam pejabat berhawa dingin mereka?

Timbalan Pengerusi SPR, sudah meluahkan kekesalan dan kekecewaannya terhadap Pejabat Peguam Negara. SPR diletakkan dalam keadaan begitu tersepit dengan sikap suam-suam kuku Pejabat Peguam Negara. Sebagai menjawab satu soalan daripada seorang peserta, Timbalan Pengerusi SPR berkata, sewajarnya Peguam Negara mempertahankan SPR dari serangan fitnah DAP-PKR. Apabila perkara itu diajukan kepada Pejabat Peguam Negara, SPR dinasihatkan mencari sendiri khidmat peguam dan membiayai semua kos. Akhirnya, SPR mengambil keputusan membuat laporan polis. Namun, kuasa pendakwaan terletak pada Pejabat Peguam Negara. Sehingga kini, laporan polis yang di buat oleh SPR, seperti tiada tindakan susulan daripada Pejabat Peguam Negara. Baca laporan sepenuhnya di sini MYKMU.

Kita pun naik hairan dengan tindakan Pejabat Peguam Negara. Apakah kes-kes yang menyerang SPRM, PDRM dan SPR tidak penting? Kita benar-benar berharap agar Pejabat Peguam Negara menyegerakan semua pendakwaan setelah meneliti semua kertas siasatan PDRM. Jika perlu, badan legislatif dan badan eksekutif perlu segera memberikan bidangkuasa pendakwaan terhad dan khusus kepada PDRM, SPRM dan SPR untuk menangani kes-kes yang Pejabat Peguam tak sanggup hendak memikulnya. 


Di bawah Perkara 145, perenggan (2) Peguam Negara berkewajipan (tak boleh tidak, kena buat, mandatori keatasnya):-
"Melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari masa ke semasa dirujukkan atau DITUGASKAN KEPADANYA OLEH YANG DIPERTUAN AGONG ATAU JEMAAH MENTERI, ......"
Perkara 145, perenggan (2) amat jelas dan terang. Yang DiPertuan Agong atau Jemaah Menteri mempunyai kuasa dan bidangkuasa menugaskan kepada Peguam Negara sebarang tugasan bersifat undang-undang (pendakwaan). Tugasan tersebut menjadi KEWAJIPAN (Mandatori) Peguam Negara untuk melaksanakannya.

Apakata, Jemaah Menteri memberikan satu tugasan bersfat undang-undang kepada Peguam Negara berkenaan isu-isu yang berkaitan? Peguam Negara berkewajipan (Manadatori) untuk melaksanakannya.