Rabu, 15 Mei 2013

81% MAHU ANWAR IBRAHIM LETAK JAWATAN & BELIAU SEMAKIN MENGHAMPIRI TALI GANTUNG


                                                                   
                                                                   
                                                                   
                                           
81% Peratus Rakyat Desak Anwar "RESIGN"

Sepanjang keterlibatan beliau dalam arena poltik sebagai pembangkang, sudah banyak kontroversi dan masalah-masalah yang timbul segala-galanya berpunca bagi mencapai agenda dan matlamat beliau untuk menjadi perdana menteri yang diidamkannya selama ini,

Sepanjang beiau menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat, negara menghadapi pelbagai ancaman dari pelbagai sudut yang nyata sudah tiba di tahap sehingga membahayakan keselamatan negara.

Sikap pembangkang ini yang menunjukkan kerakusan mengejar jawatan dan kuasa sehinggakan melanggar undang-undang dan sistem yang selama ini membentuk negara mendapat reaksi negatif dari golongan intelektual mahupun masyarakat.

Budaya himpunan dan rapat umum serta demonstrasi jalanan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kononya bertujuan untuk membawa suara rakyat yang menginginkan perubahan membawa padah kepada adab dan sopan santun rakyat negara ini.

Semestinya bijak dalam agenda untuk membodohkan dan menipu rakyat, Anwar nampaknya sekali lagi memungkiri setiap patah perkataan yang diucapkan beliau dengan membatalkan hasrat untuk bersara dalam bidang politik jika gagal memenuhi matlamat utama menawan Putrajaya dan menjadi perdana menteri pada PRU13 yang lalu.

Janji hingga tinggal janji dan Anwar masih kekal berdiri membuat onar dan kacau dengan sekali lagi menganjurkan perhimpunan haram BlackOut505 bagi membantah keputusan SPR berikutan pilihan raya yang lalu.

Rakyat sudah mula muak dan bosan dengan permainan Anwar Ibrahim yang gemar melakukan kerosakan dan keberantakan berbanding mengikut undang-undang yang sedia ada, beliau lebih cintakan keganasan berbanding keamanan. Dan ini adalah punca kenapa rakyat tidak mahu beliau menjadi perdana menteri Malaysia.

Oleh yang demikian, satu kaji selidik telah dijalankan oleh majalah The Edge yang mendapati lebih 81 peratus rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim untuk menepati janji dan berundur dari arena politik negara. Majoriti telah bosan dengan gaya politik jalanan Anwar yang ternyata keji dan kotor sehinggakan menyebabkan ramai pihak terlibat dengan kancah politik sebegini.

Dengan cara yang begini, rakyat sudah mula sedar bahawa ianya akan menjatuhkan nama baik negara dan sekali gus membahayakan masa depan negara yang semakin laju mengorak menuju Wawasan 2020.

Sedar atau tidak, Anwar Ibrahim mula menerapkan perasaan dan semangat pemberontak kepada setiap pengikut beliau yang buta mata dan akal untuk berfikir dengan menyertai dan mengikut setiap kata dan perhimpunan yang dianjurkan.

Sebagai sebuah negara yang membangun maju, ketamadunan manusia seharusnya menjadi aras panduan setiap rakyat bagi membentuk sebuah negara yang lebih baik.

Dan rakyat Malaysia nampaknya sudah sedar dan tersentak bahawa perlunya untuk semua kembali bersatu dan bersama membangunkan dan memajukan negara dan bukannya merosakkan negara dengan politik jalanan Anwar Ibrahim.




                                                                   
                                                                   
                                                                                                   
ANWAR BAKAL HADAPI TALI GANTUNG ISU LAHAD DATU?

Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.

Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.

Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional, Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13.

Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang.

SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan diwartakan pada bulan ini.

Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.

Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun 1959.

Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu penyelewengan tersebut, maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan menang.

Mahkamahlah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu mempunyai asas atau sebaliknya.

Jika benar penyelewengan telah berlaku dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut, mahkamah boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan terbabit.

Jika sebaliknya berlaku, petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon berkenaan.

Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki undang-undang.

Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU negara ini.

Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.

Maka diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya, Selangor dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang.

Sehingga kini Anwar melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.

Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.

Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut.

Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.

Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.

Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara.

Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.

Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.