Ahad, 12 Mei 2013

2 ANALISA PRU13 YANG TERBAIK DAN MANTAP &HALATUJU PRU 14 #TolakPR


Ada dua artikel paling berkesan dan efektif untuk dijadikan landasan dan panduan gerak kerja PRU 14. Klik kepada dua pautan di bawah ini.

http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/05/strategi-najib-untuk-5-tahun-mesti-tepat.html


Secara ringkas fakta PRU 13.

BN mendapat undi 5.22 juta undi
DAP PKR PAS mendapat 5.48 juta undi. 

BN dapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi Parlimen masa PRU12. Hilang 7 kerusi Parlimen di mana 4 dari nya adalah di Pahang.

DAP PKR PAS menambah 7 kerusi Parlimen.

Perlis, Pahang, Johor, Melaka dan Sabah BN berjaya kekalkan 2/3 majoriti.

DAP PKR PAS berjaya memperkuatkan kedudukan di Selangor dan memperolehi 2/3 majoriti bila digabungkan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh mereka.


Walaupun BN berjaya menawan semula Kedah dengan majoriti mudah serta mendapatkan mandat baru di Perak, BN gagal menawan Pulau Pinang dan Kelantan.

Malah Pembangkang dilihat memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri berkenaan, manakala Terengganu hampir tumbang ke tangan Pembangkang.... Manakala di Negeri Sembilan juga BN menang dengan majoriti mudah.

BN memperolehi 275 dari 505 kerusi DUN. 

DAP paling untung berbanding PAS dan PKR di mana menyaksikan DAP memperolehi kerusi Parlimen 38.

MCA dan GERAKAN terus lebur di telan pengundi Cina.

Usul dan Cadangan PRU 14

Kabinet mestilah mantap dan jitu. Calun-calun Kabinet mestilah mereka yang rakyat boleh terima.

Perwakilan Cina dalam kerajaan perlu di kaji semula waima mereka pernah bantu BN pada 1999 tapi pengundi tersebut kini sudah di telan pengundi Cina yang baru.

Calun-calun PRU 14 mestilah mengikut pilihan rakyat dan bukan pilihan hirarki parti. Pemimpin UMNO melakukan pengorbanan dalam hal ini. 

DS Najib perlu dengar nasihat ramai orang. Jangan lagi biarkan Penasihat bertanding. 

Perkhidmatan perundingcara perlu ditamatkan segera.

Jenayah perlu ditangani dengan kewibawaan seorang Menteri KDN yang benar-benar ampuh dan jitu. Kerajaan perlu tegas dalam tindakan dan tidak terlalu longgar dengan DAP PKR PAS PSM.

Korupsi, Najib perlu tegas dalam hal ini dan tidak memilih mana-mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan korupsi. 

Akhirkata, calun-calun PRU 14 mestilah muka baru dan benar-benar bersih serta di pilih oleh rakyat. 

NASIHAT OTAI KEPADA TUNAS BARU DALAM UMNO - HELO WAKUP KOL !

Memang betul apa yang diperkatakan. 

Apa yang berlaku ialah Pertembungan IDEOLOGI di antara fahaman yang di bawa oleh UMNO/BN dengan puak SOSIALIS. 


SOSIALISMA pula ada banyak jenis dan ragam. 

Anda perlu tahu bahawa ada kelompok dalam PAS membawa SOSIALIS ISLAM yang dikelompokkan dalam SOSIALIS RELIGUS yakni memperalatkan Agama untuk mencapai cita-cita politik.

DAP membawa SOSIALIS DEMOKRAT yang lebih cenderung kepada cauvinistik perkauman dan pembawa doktrin TEOLOGI PEMBEBASAN. Sosialis jenis ini menggunakan sentimen perkauman dan agama sebagai subjek penindasan dan kezaliman. 

PKR pula pembawa fahaman SOSIALIS LIBERAL yakni menjadikan Hak Asasi Manusia dan pertentangan kelas sebagai subjek untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Kononnya bagi mencapai Keadilan Manusia Sejagat.

Tunas Baru dalam UMNO perlu fahami konsep ideologi politik yang di bawa oleh UMNO dan yang menjadi asas kepada Barisan Nasional. 

Politik Baru ternyata gagal menyelamatkan UMNO/Barisan Nasional.