Isnin, 29 April 2013

#PRU13 - KEGANASAN TERBARU, BILIK GERAKAN MCA SG JARUM K.LANGAT DI BOM API #TolakPR #BetterNation

Kesan Bom Api Pagi tadi

Kerosakan yang berlaku

Lagi kerosakan yang berlaku

Bekas Botol Yang Dijadikan Bom Api.

KUALA LANGAT:- Sg Jarum, Bilik Gerakan MCA telah di bakar dengan Bom Api pagi tadi. Dua hari sebelum kejadian, sewaktu pembukaan bilik gerakan tersebut, telah berlaku sedikit kekecohan. Berlakunya provokasi di pihak DAP yang dikatakan mengupah sepasukan mat rempit bermotor untuk membuat bising dan kacau. 

Bilik Gerakan MCA berkenaan berdekatan dengan bilik Gerakan PKR. Kejadian membakar bilik gerakan BN di seluruh Selangor semakin kerap berlaku dan terjadi. 

Adalah jelas betapa terdesaknya DAP untuk mengekalkan kepercayaan pengundi Melayu, India dan Cina di seluruh negara. Dengan masalah dalaman DAP yang kronik dan di tambah lagi dengan pelbagai skandal yang melanda DAP, keganasan merupakan Jalan Keluar yang di nampak oleh DAP dari kemelut ciptaan mereka sendiri. 

Tak menghairankanlah bila Tan Beng Hock sanggup terjun bangunan SPRM kerana takutkan ugutan dan intimidasi jenayah DAP terhadapnya. Kemudian tanpa rasa bersalah, DAP pergunakan pula kematian Tan Beng Hock menuduh SPRM bagi menutupi jejak-jejak kejahatan mereka sendiri ?

DAP memang ganas dan terlalu rasis untuk di terima oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama dan pecinta KEAMANAN. 


#PRU13 - BERHENTI!!!! KLIP VIDEO LIM KIT SIANG LARI !!!!!!!!! #TolakPR #Vote4BN



WOW !!!
KIT SIANG DAKWA RAKYAT JOHOR SOKONG DAP PKR PAS PSM ...
TAPI TERNYATA KIT SIANG BERBOHONG!
KIT SIANG DI HALAU PERGI OLEH RAKYAT JOHOR !!!!


#PRU13 - KAMON APEK LIM KIT SIANG JANGAN TERLALU EMOSIONAL SANGAT LAH #TolakPR #Vote4BN #BetterNation

Gwa Manyak Marah La !!!!!!! Cilakak Punya Madey .. Lu Sekali Cakap Bikin Gwa Manyak Panas Hati !!!!!! Lu sikit Cakap... Gwa Sutak Jadi Mereng !!!!
WA TATAK SINANG SIKALANG MAU TIPO OLANG !!!
WA SAMA ANWAR IBRAHIM SAMA SOSIALIS MAO BIKIN REBOLUSI!
Apek dinosor politik Malaysia Lim Kit Siang sememangnya sudah patut masuk muzium sejarah. Itu apek kena belajar lah bagaimana nak BERUBAH. Sekarang ini bukan lagi Politik Perkauman di awal tahun-tahun selepas kemerdekaan.

Gerombolan sosialis yang menyokong Anwar Ibrahim sememangnya amat berdendam dengan UMNO sejak sebelum kemerdekaan. Mereka telah tewas teruk di tangan UMNO dan Parti Perikatan. Dari dulu lagi sejak terbatalnya MALAYAN UNION dan digantikan dengan FEDERATION OF MALAYA, puak sosialis dan bekas komunis memang masih berdendam kesumat dengan UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Selepas tragedi 13 Mei 1969 yang telah gagal total, DAP selaku satu-satunya parti Sosialis Demokrat bersifat rasis (di samping Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang telah bergabung dengan PKN menjadi PKR) menyambung warisan dendam kesumat berkenaan sehinggalah ke hari ini. Slogan 'Malaysian Malaysia' dan 'Meritokrasi' cuma sebagai samaran kepada amalan 'Pemenang Ambil Semua'. Pihak yang kalah boleh blah!

Tetapi,Tun Mahathir hanya perlu berkata benar dalam setiap ceramahnya,itu saja dan itu pun sudah cukup untuk membuat pembangkang separuh gila.Selain Anwar,antara yang separuh gila dengan usaha Tun Mahathir ini ialah Lim Kit Siang.Susah hati sungguh si Kit Siang bila Tun Mahathir membantu BN.Justeru,jenuhlah dikerah tentera kacang merahnya (Red Bean Army) menghentam Tun Mahathir kononnya sebagai manusia paling berkuasa,kukubesi dan ditakuti di segenap peringkat.Namun,dalam pada itu juga,berduyun-duyun anggota dan pemimpin DAP keluar parti dan alasan mereka pula adalah konsisten iaitu Lim Kit Siang anak beranak bersifat kukubesi,terlalu berkuasa dan amat ditakuti di dalam DAP.Kata mereka,dalam meletakkan calon pilihanraya,Lim Kit Siang langsung tidak mengambil-kira suara pemimpin bawahan.Mereka yang telah lama berjuang di dalam parti diketepikan dan rungutan mereka disambut dengan tempelak serta ugutan.Sudahlah pemilihan CEC juga tidak telus yang mana penipuan dilakukan secara terang-terangan,Lim Kit Siang sedikit pun tidak menunjukkan kekesalan atas ‘kebobrokan’ anaknya dalam kes itu,hatta merestuinya pula.Sehingga hari ini,tiada siapa di dalam DAP yang boleh mempersoalkan perihal kes CEC atau akan diberi tekanan oleh kepimpinan atasan. 

Sumber juga menyatakan Kit Siang begitu terdesak kini dan meningkatkan lagi kempen dengan cara mengugut.Ini sebenarnya,tidaklah mengejutkan kerana sejak dahulu lagi,DAP amat sinonim dengan kes ‘menerima peluru dalam sampul’.DAP juga diketahui mempunyai hubungan rapat dengan kongsi gelap bawah tanah.Sesiapa yang melanggar perintah Lim Kit Siang akan menghadapi ancaman ugut dan keluarga mereka juga berada dalam bahaya.Kerana itu di dalam DAP sendiri mereka merujuk kepada pemerintahan DAP sebagai sistem ‘kilas tangan’.Malah gelaran Tokong terhadap Lim Guan Eng juga dimulakan oleh orang DAP sendiri.Oleh itu tidak hairanlah Teoh Beng Hock mengambil keputusan membunuh diri apabila menjadi ‘liabiliti’ kepada DAP.Berdasarkan semua ini,kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk meneka bahawa kejadian bom dan letupan mempunyai kaitan dengan DAP.Selain Kit Siang,pemimpin DAP yang rapat dengannya juga tidak segan silu menunjukkan sikap samseng mereka kepada rakyat, mungkin untuk membangkitkan rasa gerun terhadap parti itu.Antaranya,Tony Pua ketika menjawab soalan Malaysiakini mengenai Red Bean Army,beliau berkata tugas kumpulan itu adalah untuk ‘membunuh orang’. 

Benar,ia adalah satu perumpamaan,namun perlukah menggunakan perumpamaan yang begitu ‘ganas’ dalam politik ??? Jenice Lee,Shen Yee Aun,Tunku Aziz adalah antara segelintir nama-nama yang sanggup tampil ke hadapan dan menelan segala ugutan demi untuk mendedahkan sikap DAP yang kukubesi,kejam,korup dan kotor.Selebihnya,hanya menentang Kit Siang secara senyap-senyap kerana bimbang tindakan parti terhadap diri dan keluarga mereka.Kit Siang sebenarnya amat sedar akan persepsi ramai terhadapnya,kerana itulah beliau bersungguh-sungguh cuba membalikkan persepsi itu kepada Tun Mahathir,iaitu sasaran paling ‘besar’ dan paling mudah.Namun,taktik Kit Siang tidak laku kerana rakyat tahu siapa Tun Mahathir iaitu pemimpin yang berhati mulia yang tidak jemu-jemu berusaha merealisasikan sebuah dunia yang lebih baik untuk manusia sejagat.Tun Mahathir terkenal dengan sifat penyayang dan ia boleh dilihat jelas dalam hubungan beliau dengan Tun Siti Hasmah.Tun Mahathir tidak pernah hilang kawalan atau menggila dan menghamun sesiapa sepanjang hidupnya. Biarpun beliau paling marah kepada George Soros suatu ketika dahulu kerana hampir memusnahkan negara ini, beliau telah meluahkan kemarahan itu dengan cara yang amat tenang,dalam ayat yang cukup tajam tanpa perlu terjerit-jerit mencerca seperti Lim Kit Siang mahupun Anwar Ibrahim yang ingin melepaskan geram. 

Justeru,Kit Siang tidak mungkin mampu mencipta gambaran ‘raksaksa’ terhadap Tun Mahathir kerana semua orang tahu,terutama orang-orang DAP sendiri,bahawa Kit Sianglah raksaksa yang sebenarnya.Raksaksa yang bernama Kit Siang ini tidak sanggup bersara seperti Tun Mahathir,tetapi beliau perlu berada di dalam hierarki kepimpinan bagi memastikan kepentingan beliau dan anak-beranaknya sentiasa diutamakan.Apapun saya ucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada tentera kacang merah di Komtar dan Concorde untuk memulihkan imej Kit Siang dalam masa 7 hari ini.Apa yang pasti,beribu-ribu tentera ini tidak mungkin mampu mencipta persepsi bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang penyayang dan prihatin dalam masa 7 hari mahupun 70 tahun lagi.


#PRU13 - STATUS FESBUK MENGENAI PENTINGNYA ANWAR IBRAHIM PERLU KALAH MENERIMA 1,267 KONGSIAN #TolakPR #BetterNation

Kiriman di Fesbuk dalam Grup Malaysian Fbookers Club. Anak Dr Mazlan telah menulis sebab musabab kenapa bapanya Dr Mazlan bertanding menentang Anwar Ibrahim. Kiriman tersebut mendapat 1,055 'Suka' dan 1,267 'Kongsi' dan masih berterusan. - [Klik gambar untuk ke status berkenaan]


Gambar Dr Mazlan dan keluarganya.

Hari ini, Isnin 29hb Mei 2013, tinggal 7 hari lagi untuk mengundi pada 5hb Mei 2013 (Ahad). Ahmad Uzair Mazlan (anak kepada Dr Mazlan) telah menulis dengan panjang lebar sebab musabab kenapa bapanya bertanding melawan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sambil menjawab semua fitnah-mehnah yang dilemparkan kepada bapanya. Berikut ambe mengambil kebebasan menerbitkannya semula untuk faedah dan tatapan para pembaca sekelian:-
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. 
Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI. 
Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!
Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.
Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun aku dalam komen di bawah.
1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html
2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html 
3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html
4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expression http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html
5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html
6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html
7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html
8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html
9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html
10. Penutup. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/penutup.html 
Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.  
Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak 
Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim? 
Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat. 
Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini. 
Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.  
Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara. 
Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH. 
Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!  
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar? 
Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?  
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu. 
Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...
Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin? 
Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita. 
Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki. 
Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya". 
Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu..  
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah. 

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan 
Anak Dr Mazlan

p/s: sila share beramai-ramai termasuklah kepada mana-mana ustaz jika tidak yakin.