Isnin, 18 Mac 2013

JAWAPAN KEPADA UGUTAN SOS KIRAM 50SEN.. KERETA PERISAI MENANTI PENGGANAS ANDA!


GAMBAR HIASAN 

PETIKAN TERUS DARIPADA KULAAN NIRING:-

Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah. 

Sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana. 

Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu. 

Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat. 

Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat.

Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu.

"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya.

Nah hambik ko Sos Kiram 50sen !


SOS KIRAM 50SEN TAK BELAJAR KESILAPAN KOMUNIS MALAYA DULU.

KEGAGALAN PEMBERONTAKAN BERSENJATA KOMUNIS MALAYA KERANA TIADA SOKONGAN BERTERUSAN DARIPADA RAKYAT TEMPATAN.

DAN PASUKAN BERSENJATA MALAYSIA ADALAH SATU-SATUNYA PASUKAN DI DUNIA YANG BERJAYA MENGHAPUSKAN INSURGENSI DAN PEMBERONTAKAN KOMUNIS. MENGHADAPI PERANG GERILA ADALAH KEBIASAAN PASUKAN BERSENJATA MALAYSIA.

SOS KIRAM 50SEN TERLUPA BAHAWA PADA BILA-BILA MASA SAHAJA PENGGANASNYA AKAN BERPALING TADAH TERHADAPNYA.  SAKI BAKI PENGGANASNYA PUN ADA OTAK BUKAN MACAM BELIAU YANG SEL OTAKNYA BANYAK DAH MATI. BELIAU JUGA TAK SERIK MENERIMA SILING 50SEN. 
Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.
"Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?" kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi "serang dan lari" keatas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.
Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.
Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.
Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.
"Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk," kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina minggu lepas.
Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.
DALAM BERITA TV3 SEBENTAR TADI, PESURUHJAYA POLIS SABAH DAN ATM BERTEKAD MEMPERKASAKAN DAN MEMPERKUKUHKAN LAGI KEDUDUKAN PERTAHANAN. 

BILA WARTAWAN BERTANYA MENGENAI UGUTAN SOS KIRAM 50SEN MAHU MELANCARKAN PERANG GERILA, KESEMUANYA TERSENYUM SINIS SAMBIL MENJAWAB DENGAN NADA SINDIRAN KEPADA SOS KIRAM 50SEN. 

APA TINDAKAN SOS KIRAM 50SEN BILA PENGGANASNYA DAN PENGIKUTNYA SENDIRI AKAN MENYERANG BELIAU TERMASUK SEMUA SARANG-SARANG PENGGANASNYA?

SEJARAH PERNAH MEMBUKTIKAN BAHAWA KEKALAHAN TAUSUG DALAM BANYAK PEPERANGAN LEPAS KERANA KEANGKUHAN MEREKA YANG TERLAMPAU-LAMPAU. 


KISAH MENARIK PENDUDUK SEMASA PENGGANAS KIRAM DA TIRAM 50SEN BERTINDAK KEJAM.




Kassim tinggal dengan adiknya, Rasidah Ajirul, 42, yang lumpuh di Kampung Tanjung Batu sejak setahun lalu. Sejak melihat kelibat pengganas bersenjata berkeliaran di hadapan rumah, nyawa diserah sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta.

“Walau apa pun jadi, saya tak akan tinggalkan adik saya. Dia lumpuh. Saya tak boleh fikir nyawa saya seorang. Saya tekad, biar matipun kami tetap akan bersama.”

Itu luahan Kassim Ajirul, 65, apabila berjaya dibawa keluar dari tempat tinggalnya, selepas 12 hari serangan pengganas bersenjata yang mendakwa diri mereka tentera kesultanan Sulu.

“Saya tak berani bergerak. Pengganas bersenjata itu ada di bawah dan sekitar rumah.



“Rumah saya berlantaikan papan. Jika bergerak, pasti berbunyi. Mudah sangat mereka akan kesan kami. Berengsot sedikitpun saya sangat takut,” katanya menceritakan detik debar bersembunyi dalam rumah sendiri, kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, hidup mereka susah dan tiada kereta. Kalau mahu keluar dari kampung, dia perlu kendong adiknya bersama.

“Kaki adik saya lumpuh. Pergerakannya terbatas. Badan dia pula agak bersisi. Saya tidak berdaya mengangkatnya. Tapi saya juga tidak boleh tinggalkan dia.

“Selepas kejadian tembak dan ada dua polis mati itu, semua orang cuba selamatkan diri dan keluarga masing-masing. Tak kan nak tunggu kami. Kami ditinggalkan.

Jadi saya nekad dan buat keputusan walau apa terjadi, saya akan tetap bersama Rasidah,” katanya yang menghidap penyakit darah tinggi kronik.

Bekas tentera yang perkhidmatan terakhirnya lebih 20 tahun lalu di Pulau Pinang itu berkata, sepanjang 12 hari itu, mereka hanya makan bubur nasi sekali sehari sahaja bagi mengalas perut.

“Saya masak curi-curi. Mesti pastikan tiada bunyi, asap atau bau yang boleh buat musuh tahu. Sepanjang 12 hari itu masa kami lebih banyak dihabis bersembunyi dalam bilik adik saya itu.

“Kerana terlalu takut dengan kelibat pengganas, kami tidur di bawah lapisan tilam-tilam. Manalah tau tiba-tiba mereka masuk, setidaknya mereka tak nampak kami ada di dalam rumah.”

Bagaimanapun episod hitam Kassim dan adiknya itu berakhir apabila dia ternampak sepupunya yang dikenali Rahman secara kebetulan memasuki kampung berkenaan difahamkan bagi mengambil dokumen penting selepas 12 hari kejadian.

Seperti sinar baru hidupnya, dia memanggil Rahman. Rahman yang terkejut dengan panggilan itu terus menerpanya.

“Kata Rahman, kehilangan saya dan adik jadi bualan orang kampung sejak 1 Mac lalu.

“Apa boleh kami buat… kami tidak ada hala tuju. Kami juga tidak punya telefon untuk telefon sesiapa,” nada suara Kassim seperti mengeluh.

Lebih mengejutkan, Kassim juga langsung tidak mengetahui gugurnya dua wira negara sehinggalah ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara, Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu.

“Ya ALLAH… aku bersyukur kepada MU. Sekali lagi engkau berikan peluang kepada aku dan adik untuk meneruskan kehidupan.”

Tiba-tiba ucapan itu keluar dari mulut Kassim. Butir jernih menitis. Segera dikesatnya.

Berkali-kali Kassim melahirkan rasa syukur dengan peluang kedua diberikan ALLAH kepadanya itu.

“Jika kami larikan diri, nasib kami belum diketahui. Mungkin ditangkap pengganas. Mungkin kami diapa-apan,” kata Kassim kembali meluah rasa hatinya.

Sementara itu, Sandhora, Kadre, 40, anak saudaranya yang mengaturkan pertemuan kami dengan Kassim berkata, sebaik mengetahui penemuan bapa saudaranya itu, dia terus ke rumah ustaz untuk mengadakan doa selamat.

“Itu respons spontan saya. Kami bersyukur sangat-sangat kerana sejak hari kejadian, kami terputus hubungan terus.

“Suami saya ada membuat pemeriksaan di beberapa kawasan termasuk hospital, tetapi usaha kami gagal menemui pak cik,” katanya. – Sinar Harian



3 lLIWAT, SATU KEMATIAN & PENCEROBOHAN LAHAD DATU #Pray4Sabah




Ciom Ketiak Derr.. Amik 'Feel Dulu......"

Liwat 1 - 
Disabitkan kesalahan kemudian dibebaskan kerana TEKNIKAL bukan sebab liwat tak berlaku. Saksi-saksi masih hidup. Malah Karpal Singh dan Mat Syabu masih bernafas lagi. Kerana Karpal Singh dan Mat Syabu lah, Anwar Ibrahim di dakwa atas kesalahan Liwat 1. Sehingga kini, Anwar Ibrahim tak pernah berani bersemuka dengan Umi Hafilda secara berdepan. Banyak kali bertembung ceramah dengan Umi Hafilda. Akhirnya Anwar Ibrahim melangkah pergi main jauh-jauh. 

Liwat 2 - 
Anwar Ibrahim tak berani bersumpah dalam mahkamah dari kandang saksi bagi mengelak di soal siasat. Enggan memberikan sampel DNA. Melakukan demonstrasi besar-besaran di hadapan kompleks Mahkamah Jalan Duta. Berakhir dengan insiden letopan bom kecil. Mahkamah mendapati bukti keterangan tak mencukupi menyokong keterangan Saiful untuk sabitan hukuman. Sekali lagi atas dasar Teknikal. Kes masih di tahap RAYUAN. 

Kemudian Azlan Lazim bapak kepada Saiful buat U-Turn. Dalam dua sidang medianya , seorang wartawan pun tak dibenarkan bertanya soalan. Dalam sidang media ke 2, seorang blogar PR, Tulang Besi @Abdul Rahman mengamuk sakan bila wartawan bertanya kenapa bapa Saiful tak berani bersumpah laknat. Saiful Bukhari mengadakan sidang media memperjelaskan Anwar Ibrahim membeli bapanya. Berdasarkan kepada pendedahan CheguBard sendiri mengenai Azlan Lazim, beliau seorang opurtunis.

Liwat 3- 
Gambar-gambar aksi yang dikatakan sebagai Anwar Ibrahim mula tersebar. Malah dikatakan klip video pun sudah diterbitkan. Pada kali ini, pacai pkr masih mengatakan ianya fitnah. Mula mempersoalkan dan mempertikaikan kesahihan video dan gambar. Anwar Ibrahim menyaman Nallakaruppan dan bila Shamsidar di sepina, Anwar Ibrahim gabra beruk. Mereka yang agak 'Lemah Semangat' sekali lagi beralah kepada desakan pacai PR. Hj Hadi sendiri pernah mengatakan bahawa segala perbuatan salahlaku mana-mana pemimpin perlu didedahkan agar rakyat tidak memilih pemimpin berakhlak buruk.

Kita kesal dengan sikap pacai pkr dap pas yang masih mempertahankan dan melindungi kejahatan-kejahatan. Sikap sebeginilah yang membawa kepada pencerobohan Lahad Datu.

Satu Kematian.
Mendiang Bala disahkan mati kerana komplikasi jantung. Chegu Bard mendakwa ianya akibat permainan ilmu sihir. Keluarga Bala mengakui Bala mati kerana sakit jantung. Kalid Ismeth melabelkan kematian Bala sebagai 'Mati Syahid'. KALID ISMETH INI JUGALAH YANG TELAH SEPAK TERAJANG SEORANG ANGGOTA POLIS TRAFIK SEMASA BERSIH 3.0 dulu. 

Kematian Bala merupakan satu kekeciwaan di pihak pkr. Startegi mereka untuk terus menyebarkan fitnah-mehnah terhadap DS Najib menemui jalan buntu.

Pencerobohan Lahad Datu. 
Kita dengar apakata Tan Sri Musa Hasan mengenai pencerobohan di Lahad Datu dalam siri jelajah ceramahnya ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA.




Pencerobohan Lahad Datu berlaku kerana adanya kerjasama daripada dalang-dalang tempatan. Berdasarkan kepada siri keganasan berterusan oleh pihak tertentu anda sendiri sudah tentu dapat mengagak siapakah dalang-dalang sebenar yang menjemput penceroboh datang ke Lahad Datu.

Isu pencerobohan Lahad Datu ini mula dipecahkan sendiri oleh pacai PKR. Memang menghairankan bagaimana pacai pkr boleh tahu kehadiran penceroboh sebelum disahkan oleh ATM & PDRM? Siapakah informer mereka yang memberitahu kehadiran penceroboh? Sudah tentulah informer mereka yang menyambut kedatangan penceroboh tersebut. Mat Bom adalah nama yang di sebut-sebut oleh penduduk setempat di Lahad Datu. Beliau telah tertangkap semasa cuba mencari perlindungan di Dewan orangramai. Kemungkinan besar beliau hendak melakukan sesuatu onar.

Menurut keterangan penduduk setempat, Mat Bom berdendam dengan kerajaan kerana kalah perbicaraan kes dengan FELDA. Beliau cukup membenci kerajaan. Sentiasa menghasut penduduk setempat mentaati 'Sultan Sulu Kiram da Tiram 50sen. Beliau turut menghasut penduduk setempat memberontak terhadap kerajaan. 

Oleh itu amat wajar kepada kita semua menolak entiti haramjadah bernama PAKATAN RAKYAT yang dianggotai DAP PKR PAS. Lagipun PR tak pernah didaftarkan secara sah di bawah AKTA PERTUBUHAN dan SPR.