Sabtu, 26 Januari 2013

#BMP231 - HILANG FOKUS PENYEBAB UTAMA BAHASA MELAYU GAGAL DIMARTABATKAN,


TAN SRI ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN 

Mengenali Tan Sri Abdul Aziz adalah satu anugerah Allah Ta'ala
 tak ternilai. Tan Sri Abdul Aziz (TSAA) adalah Arkib Hidup negara dan perundangan negara. Sebut sajalah mana-mana peristiwa sejarah, pasti TSAA tak kedekut ilmu dan pengalaman menceritakannya tanpa sebarang prejudis sedikit pun.

Beberapa minit bersama TSAA mampu mengubah seluruh hidup. 
Walaupun sudah berumur hampir 80 tahun , tujuh tahun lebih muda daripada Tun Dr Mahathir, pemikirannya masih tajam dan daya ingatannya begitu fokus dalam satu-satu topik. 

Ideanya jelas. Pertuturannya mudah difahami.
Segala yang disampaikan olehnya secara bersahaja mampu di cerna dengan mudah.

Cukup mudah untuk bersetuju dengan apa yang dituturkan oleh TSAA.

Menyentuh mengenai Artikel 152 dan 153 Perlembagaan, TSAA menceritakan latarbelakang kewujudan kedua artikel itu. Sambil menyentuh mengenai kejayaan Sukarno menyatupadukan Indonesia melalui satu Bahasa satu Bangsa. 

Mengejutkan kerana kewujudan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan sememangnya dipersetujui oleh pemimpin MCA dan MIC. Tak sempat nak bertanya kepada TSAA mengenai pendirian LKY mengenai artikel 153 semasa kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Mungkin di artikel lain pula akan dijelaskan mengenainya.

TSAA cukup mengagumi Dato' Onn Jaafar kerana menurut TSAA Dato' Onn berjaya membongkar pelan tindakan British dalam Malayan Union. Kejayaan itu menyebabkan pihak British gagal dalam usahanya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan British.

Bila di tanya mengenai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengenai artikel 153, TSAA menjawab dengan mudah "FOKUS TAKDE, KITA ASIK SIBUK MERAYAU MERATA"

Kata-kata TSAA ada kebenarannya.
Masalah sebenar ialah orang Melayu Hilang Fokus.

Bukan salah UMNO semata-mata kerana orang Melayu sendiri mudah hilang fokus. Sepertimana yang sering Tun Dr Mahathir katakan "MELAYU MUDAH LUPA".

Melayu mudah berharap kepada orang lain untuk menjayakan sesuatu. Sepatutnya orang Melayu sendiri berkumpul ramai-ramai menjadi kuat dan menyempurnakan sendiri kuatkuasa hak-hak mereka di dalam Artikel 153. Bukan hanya mengharapkan mana-mana pihak untuk melakukannya. 

TSAA ada menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana pihak mengenai Artikel 153. 

Menurut TSAA, kewujudan Artikel 153 bukan bersifat Rasis dan Perkauman tapi ianya mengenai persetujuan semua etnik mengenai 'Apa yang Melayu ada dan Tak ada" bila dibandingkan dengan etnik lain. 

Kekeliruan mengenai Artikel 153 yang di cipta oleh DAP PKR PAS adalah gimik politik semata-mata tanpa mengambilkira REALITI SEBENAR. 

Agak-agak anda, berani tak puak bangang DAP PKR PAS menyahut DEBAT AWAM MENGENAI ARTIKEL 153?