Selasa, 8 Januari 2013

PARLIMEN PERLU BAHAS USUL PERLANGGARAN MAJLIS PEGUAM DI BAWAH AKTA PROFESION GUAMAN 1974 @ NajibRazak

* TIADA GAMBAR SEBAB JAWATANKUASA MAJLIS PEGUAM SAHIH MELANGGAR PERUNTUKKAN AKTA PROFESION GUAMAN 1974 BILA TURUT SERTA DALAM KEMPEN POLITIK KL 112*

Sudah jelas.
Sudah terang.
Tak perlu nak ding-dong sana ...ding-dong sini dah.
Bila Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam turut serta dalam KEMPEN KL112 yang merupakan KEMPEN POLITIK KOTOR DAP PKR PAS, mereka TELAH SENGAJA MELANGGAR SEMUA KUASA-KUASA MEREKA DI BAWAH AKTA PROFESION GUAMAN 1974. 

MAJLIS PEGUAM bukan BADAN POLITIK dan di dalam AKTA PROFESION GUAMAN 1974, IANYA WAJIB PADA SETIAP MASA BEBAS DARI SEBARANG UNSUR DAN PENGARUH POLITIK.

Berstatus sebagai sebuah BADAN YANG DITUBUHKAN DI BAWAH SUATU AKTA PARLIMEN, MAJLIS PEGUAM tertakluk kepada PEMANTUAN DAN BERTANGGUNGJAWAB kepada PARLIMEN, BADAN EKSEKUTIF, BADAN KEHAKIMAN dan KEPALA NEGARA YDPA.

Mana boleh MAJLIS PEGUAM sesukahati menafsirkan dan mentakrifkan kuasa-kuasa mereka di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 mengikut SELERA DAN KEHENDAK MEREKA.

MAJLIS PEGUAM tidak diberikan sebarang KUASA MANDAT di bawah AKTA PROFESION GUAMAN untuk melakukan sedemikian. Apa yang berlaku sekarang ialah MAJLIS PEGUAM bertindak sendiri melampaui kuasa-kuasa mandat yang diberikan di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974.

Tidak ada sebarang peruntukan di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 memberikan MANDAT KUASA kepada MAJLIS PEGUAM untuk TERLIBAT DALAM SEBARANG AKTIVITI dan KEMPEN POLITIK pun samada secara terus atau secara tidak langsung.

Kuasa mentakrif dan menafsir kuasa-kuasa MAJLIS PEGUAM di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 terletak kepada PARLIMEN DAN BADAN KEHAKIMAN

Apa yang berlaku sekarang ialah MAJLIS PEGUAM TERLIBAT DALAM SEMUA AKTIVITI DAN PERGERAKAN SERTA KEMPEN POLITIK DAP, PKR & PAS. 

MAJLIS PEGUAM tidak mempunyai sebarang KUASA MANDAT di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974 (APG 1974) untuk TERLIBAT DALAM kempen politik:-

BERSIH.
HIMPUNAN HIJAU.
HIMPUNAN OREN

Mengikut AKTA PROFESION GUAMAN 1974, mana-mana ahli Majlis Peguam yang mahu terlibat dalam politik mestilah dan wajiblah TIDAK MENGHERET SAMA MAJLIS PEGUAM KE DALAM KANCAH POLITIK.

Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli Majlis Peguam yang turut menjadi ahli dan anggota parti politik TELAH MENGHERET DAN MENCEMAR NAMABAIK MAJLIS PEGUAM sebagai sebuah BADAN BEBAS POLITIK ke dalam kancah politik yang tak sepatutnya. 

MAJLIS PEGUAM diberikan AMANAH & MANDAT untuk MENJAGA KEPATUHAN KEPADA PERUNDANGAN NEGARA serta MENDIDIK MASYARAKAT MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA.

Itu hanya boleh dilaksanakan oleh MAJLIS PEGUAM dengan SENTIASA BEBAS DARI PENGARUH POLITIK. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh MAJLIS PEGUAM. Sesuai dengan moto mereka "UPHOLD THE LAW WITHOUT FEAR OR FAVOR" dalam ruanglitup dan batasan perundangan negara mengikut AKTA PROFESION GUAMAN 1974.

Bukannya seperti sekarang ini di mana MAJLIS PEGUAM telah bertindak di luar batasan kuasa-kuasa mandat di bawah AKTA PROFESION GUAMAN 1974.

Nampaknya MAJLIS PEGUAM telah bertindak BIAS / BERAT SEBELAH.

Bermakna MAJLIS PEGUAM sudah TIDAK RELEVAN LAGI sebagai sebuah BADAN BEBAS PENGARUH.

Dah memang patut di tukar dan di ganti dengan BADAN STATUTORI lain. 


RM207 BILION - PUNYALAH PENIPUNYA NIZAR NGOK.

GAMBAR - NIZAR NGOK JAJA CERITA BOHONG UNTUK TUTUP SKANDAL TANAH 10 526 EKAR & PELBAGAI SKANDAL LAGI SEMASA BELIAU MENJADI MB IHSAN DAP.


Gegak gempitalah bilik berita Harakahdaily .
Kemudian di jaja sana sini oleh The Malaysian Insider.
Dimasukkan ke dalam Yahoo News nak bagi kredibiliti kat cerita bohong tu.
Kemudian di jawab oleh RPK dalam FMT nak kasi sensasikan lagi cerita itu.

Harakahdaily yang dah terkantoi ada menyiarkan cerita-cerita bohong untuk disensasikan baru-baru ini menyebarkan sebuah ' Pengakuan' daripada sebuah akaun fesbuk yang tak wujud. Sebelum itu dalam Muktamar PAS tahun lepas, Pemuda PAS menyelar Harakahdaily kerana Tiada Kredibiliti dalam lapuran-lapuran mereka. 

The Malaysian Insider pula menurut Helen Ang dalam satu wawancara dengan AIDC pernah mengakui bahawa polisi The Malaysian Insider adalah bersifat Hostile terhadap UMNO/BN. 

Nizar Ngok pula memang terkenal dan pemes dengan sikap Lidah Bewok , maklumlah Ahlul Politik PAS yang masih meroyan pasal jawatan MB pegang tak lama. 

RPK pula pernah mengaku 'tersilap tulis' mengenai isu pembunuhan Altantuya. 

Kesemua pihak yang terbabit dalam dalam 'penerangan' RM207 Bilion ada trek rekod tak berapa boleh dipercayai dalam lapuran mereka. Sebarang berita mereka perlu disahihkan oleh Pihak Yang Lebih kredibel daripada mereka. 

Oleh kerana berita yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di Malaysia kepada wartawan Harakhdaily dan Nizar Ngok dilapurkan oleh Harakahdaily, ianya Bukan Rasmi. Boleh dipercayai ke lapuran wartawan Harakhdaily dan Nizar Ngok neyh?

The Malaysian Insider pula hanya melapurkan kembali lapuran Harakahdaily kemudian dimasukkan ke dalam Yahoo News untuk Nampak Macam Betul Punya Lapuran.

Isu pasal pampasan RM207 bilion ini timbul dari siapa ?
Siapa yang menjajanya?
Siapa pula yang melapurkannya?

Berdasarkan kepada Perjanjian yang pernah ditandatangani di antara Jepun dengan Kerajaan British selepas Perang Dunia Kedua di mana Malaysia pun tak wujjud lagi, Pampasan yang dipersetujui di bayar kepada Kerajaan British. 

Perjanjian yang ada hanya di antara Kerajaan British dengan Jepun. Bukan dengan mana-mana Sultan Melayu pun. Malaysia pun tak wujud lagi sebagai sebuah entiti Negara Berdaulat dan merdeka seperti sekarang.

Perjanjian itu di sebut WAR REPARATIONS. 
The Allied Commission on Reparations, established at Yalta, met in Moscow in June and July, 1945. The delegates agreed on a plan that provided for the following: 
Greatest possible compensation in goods would be made to the Allies on the basis of their contributions and losses in bringing about Germany's defeat. 
The German economy would be limited to the capacity required to meet minimum civilian needs 
Enough German industry would be maintained to supply those needs without additional Allied support. 
This plan was approved with reservations at the three-power conference held at Potsdam in July, 1945. 
Japan signed a peace treaty with 49 nations, including the United States, in 1952. One provision of the treaty stated that Japan was to negotiate with Allied countries desiring reparations. Under this provision, Japan agreed to pay, over a period of years, reparations totaling $1,190,000,000 to Burma, Indonesia, the Philippines, and Thailand. Most of these reparations were to be paid in goods, services, and investments.
Di mana pula datangnya legaliti Jepun nak bayar kat Malaysia?

Pampasan kepada Hamba Seks pun hanya USD 2,300.00 sahaja( NYTIMES) berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Jepun sendiri.

Hamba punya hipotesis mudah je, pengakuan yang disebutkan oleh kedutaan Jepun tersebut mungkin bukan Wang Pampasan tapi Jumlah Pinjaman Luar yang diberikan oleh Jepun kepada Malaysia dari tahun 1990an sehingga 2004. 

Puok PAS kan kuat MENIPO.
Kuat PUTAR ALAM.

Bagi sesuatu yang besar seperti Pembayaran Pampasan yang merupakan ISU SENSITIF DI JEPUN SENDIRI, sudah tentulah otoriti pengesahan datang daripada Pejabat Perdana Menteri Jepun dan Parlimen Jepun sendiri. Itupun melalui hubungan diplomatik dan bukan melalui kunjungan tak rasmi sekur ADUN bekas MB.

Janganlah mudah tertipu dan terpedaya dengan cerita-cerita dan isu-isu yang keluar daripada mulut-mulut pihak yang sudah terkenal TAK BOLEH DIPERCAYAI. 

Kena ingatlah dalam Perang Dunia Kedua, Jepun berperang dengan Amerika dan British dan bukan dengan MALAYSIA YANG TAK WUJUD PADA WAKTU ITU !