Khamis, 3 Januari 2013

BN BERI KAD DISKAUN KEPADA 10 JUTA RAKYAT & NGEH & NGA DAPAT 10,526 EKAR DARIPADA PAS.

*TIADA GAMBAR SEBAB JANJI DITEPATI & TAKNAK PAS BERTAMBAH AIB"

Hebat sungguh BN. 

Selepas BR1M 2.0, KR1M, PR1MA kini ada KDR1M (Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia).
10 juta rakyat Malaysia di jangka layak menerima KDR1M.

Pemegang KDR1M bakal dapat diskaun dari 10 peratus sehingga 50 peratus daripada 4.500 peniaga. Angka tersebut di jangka akan terus meningkat.

KDR1M merangkumi:-

perkhidmatan perubatan klinik; 

restoran makanan & minuman; 

hotel penginapan;

arena sukan & kecergasan; 

pemborong & runcit;

taman tema tertutup & luar; 

pembinaan & hiasan dalaman;

resort peranginan;

 pakaian & aksesori kenderaan;

perlindungan insurans am dan sebagainya.

KDR1M akan diurus oleh Informasi Malaysia iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan pada 22 Okt 2009 untuk menjalankan program dan aktiviti dalam usaha menerangkan objektif dan fungsi gagasan 1Malaysia melalui penerbitan ‘Buletin Informasi Malaysia.

Jauh perbezaan dengan apa yang pas dap pkr lakukan.
Bila BN beri bermacam bentuk kebajikan kepada rakyat, dap pas pkr kata itu Rasuah PRU.
Bila Pas beri Ngeh & Nga tanah seluas Putrajaya, itu pelabutan bukan rasuah kata dap pkr pas. 


POLITIK SUKU..AGAMA SUKU...PEMIMPIN PAS KURANG SUKU AGAMA.

1981 hj hadi al takfiri ngaku di depan pendengarnya yang terlopong mulut terpedaya dengan kepetahan hj hadi al takfiri berkelentong pasal Politik Suku... Agama Suku jadi kapir.
Hj hadi al takfiri janji kosong kalau mana-mana pendengarnya mati masa melawan puak umno, dikira sebagai Mati Syahid.
Tak kiralah macamana kematian tu berlku.
Kalau mati sedang berzina dengan bini orang pun itu mati syahid sebab keahlian pas.
Mujurlah mat syabu tak mati masa tengah sedap berfon seks.

Lagi hj hadi al takfiri kata undang-undang penjajah umno pertahan.
Perlembagaan penjajah umno kekalkan.
Maka kata hj hadi al takfiri , jadi kapir lah.

Itu 31 tahun lalu sebelum hj hadi jadi hamba abdi kepada dap.
Sebelum menjadi Kuda Perang dap.
Sebelum menjadi lebih cerdik macam anjing jaga kampung.

Kini bila hj hadi al takfiri dh tak jumpa dalam Al Qur'an dan hadis sebut NEGARA ISLAM.
Tapi jumpa NEGARA KEBAJIKAN dalam Buku Jinggay.
Setujulah hj hadi al takfiri suku-kan politik dan suku-kan agama.

SIAPA HILANG ANAK DI IPTA & IPTS SILA KE DATARAN MERDEKA

*TIADA GAMBAR - TAKNAK AIBKAN MAK BAPAK DAN FAMILI MEREKA*

Kepada adik-adik yang masih berstatus mahasiswa dan mahasiswi ,
adik-adik adalah harapan agama bangsa dan tanahair di masadepan.
Adik-adik pun dah matang fikiran.
kalau adik adik berdemo macam rakan rakan adik adik di dataran merdeka tu......
hancur musnahlah semua harapan .......
waima pun hanya 80 orang tapi kanda mohonlah kepada adik adik nasihatkan dan perbetulkan kepala otak kawan kawan adik nan 80 orang tu.....
Kalo nak jadi pejuang dan penegak agama bangsa dan tanahair maka jadilah mahasiswa mahasiswi cemerlang perolehi ijazah sarjana kelas pertama.
itu lebih membanggakan dan berfaedah dari menjadi pendemo dan anarkis di jalanan.
tolong ingatkn kawan kawan adik adik tu Melayu cuma ada 65% sahaja di Malaysia.

TAHNIAH HJ HADI AL TAKFIRI BUKTIKAN BELIAU HAMBA ABDI DAP

*TIADA GAMBAR HUDUH SI BACOL-BIKIN AIB UMAT ISLAM*

Haron Din kata jatuh kafir kalau izinkan kalimah agung Allah digunakan oleh kafir harbi.
Pok Nik kata ,takpa kafir harbi boleh gunakan.Haron Din cuma beri pendapat peribadi.
Anak emas pok nik kelipat pas syaithi guan end pun naik tocang. Dalam perutusan krimas, beliau kata ok orang dap pkr kristian boleh guna kalimah Allah.
Anak sulung pok nik si nga yang baru dapat pembahagian harta pesaka pok nik 10526 ekar tanah  harta , dengan angkoh guna istilah Tuhan Allah sebagai terjemahan kepada  The Lord God.
Hj Hadi al takfiri masih ding dong dan nyanyi l?agu gazal takfir.
begitulah sayangnya pas kepada dap.
Melebihi kasih sayang kepada Islam, akar umbi mereka dan sesama Islam.

Berkali-kali Hj Hadi membuktikan beliau adalah seorang bacol berstatus hamba abdi kepada dap.
sungguh mengaibkan Islam.
Nampak sungguh lemahnya Hj Hadi.
Bagaimana hendak menjadi ketua?

Bila cabarannya di sahut, Haji Hadi membacolkan dirinya.

ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN, JOM TENGOK KLIP VIDEO MELETOP INI !

*TIADA GAMBAR*

Dari kita melayan Skandal Rafizi-Deepak yang sebenarnya strategi Political Blackmail dap pkr pas serta musuh dalam selimut lebih baik kita melayan penerangan jelas terang mengenai pemahaman ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN 'ISLAM IS THE RELIGION OF THE FEDERATION".

Macai PAS dap pkr selalu pertikaikan kenapa tak guna istilah ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN?
Seperti kita maklum, semua macai PAS DAP PKR lemah penguasaan dalam Bahasa Ingeris. sebab itu mereka gagal memahami idiom bahasa Ingeris yang diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir.
Peranan Suruhanjaya Reid bukan untuk memuktamadkan Perlembagaan tetapi hanya menyedia syor dan cadangan sahaja. 

Klip video di bawah ini amat informatif dan menjernihkan semua persoalan dan pertikaian serta salahfaham yang ditimbulkan oleh pepuak sasaulisma dan macai pas takfiri khawarij.
Klip video ini dibahagikan dua bahagian.
Untuk ke bahagian ke 2 anda perlu klik pada arahan dalam kotak dialog yang muncul di akhir video.
Dengar betul-betul dan teliti.
Kalau boleh sebarkan seluas-luasnya.





SKANDAL RAFIZI-DEEPAK - SIAPA YANG KAUT UNTUNG BESAR?

*TIADA GAMBAR*

Skandal Rafizi-Deepak nampaknya akan berakhir tidak lama lagi.
Bergantung kepada impak presepsi skandal yang ditimbulkan daripada isu berkenaan. 
Oleh kerana Hamba adalah 'Bebas Dari Sebarang Perhambaan Grup-grup Siber' .
Jadi Hamba menulis untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Hamba tidak terikat untuk menjaga 'Poket' atau 'Kepentingan Peribadi' atau 'Kepentingan Kerjaya Politik Individu' atau 'Kepentingan Broker Kuasa' atau 'Kepentingan Mana-mana Braderhud'

Hamba bukan hamba abdi atau Kuli Batak kepada sesiapa makhluk pun.
Hamba tak mengejar ranking atau perlu mengekalkan rating Alexa.
Hamba bukan mudah di beli dengan janji-janji manis, gajet dan wang ringgit daripada mana-mana pihak.

Hamba menulis mengikut pendapat Hamba sendiri bagi menyokong kepimpinan DS Najib dan melindungi UMNO/BN serta institusi Raja-raja Melayu daripada serangan fitnah-mehnah yang bukan-bukan. 
Hamba mahu 'Bebas Berdikari' menyatakan pendapat Hamba tanpa perlu menjejaskan dan memprejudiskan pihak-pihak yang Hamba sebutkan tadi. 

Hamba mahukan BN/UMNO mendapat Mandat Terbesar sekaligus mengesahkan kedudukan dan kepimpinan DS Najib serta UMNO sebagai Teraju Negara. Itulah niat Hamba dari awal. Penglibatan awal dalam mana-mana grup hanyalah satu proses biasa dalam perjuangan sahaja.

Dalam Skandal Rafizi-Deepak, Hamba mendapati ada 'yang tak kena'. 
Bila hamba kaji semula , Hamba mendapati Skandal Rafizi-Deepak adalah satu Gameplay / Gameplan berbentuk dan berunsurkan Political Blackmail. Setiap Political Blackmail mempunyai objektif dan sasaran yang dikehendaki. 

Ada beberapa klu yang Hamba ikuti dan melalui klu-klu itulah Hamba sampai kepada kesimpulan Hamba tersebut. 

Plot Skandal Rafizi-Deepak

Semasa PAU 2012 lalu, Deepak muncul dan membuat satu pengakuan yang melibatkan sejumlah wang di bayar kepada PI Bala dan pembelian sekeping tanah.
Kemudian bermula serangan ke atas kredibiliti Deepak yang dikatakan  tidak boleh dipercayai. Kerana Deepak sudah di beli oleh anwar Ibrahim dan Sivarasa. 
Tidak lama selepas itu muncul pula klip video mendedahkan Deepak menafikan pernyataannya sebelum itu. Deepak mengesahkan beliau di janji kan bantuan dan pertolongan oleh Anwar Ibrahim untuk setel masaalah fiskalnya. 
Tidak lama selepas itu, Anwar Ibrahim menafikan penglibatannya dengan Deepak. 
Agak hairan kerana selepas itu muncul Rafizi untuk menjadi hero nak menyelamatkan kepentingan LTAT dalam Boustead.
Pada kali ini Rafizi mendedahkan mengenai 'paksaan' buat pinjaman sejumlah RM160 juta ke atas Boustead.
Boustead pula paksakan pinjaman itu ke atas sebuah anak syarikat milik penuh Boustead.
Menurut dakwaan Rafizi, paksaan itu di buat kerana DS Najib nak tutup mulut Deepak.
Tiada bukti dikemukakan oleh Rafizi bagi mengesahkan dakwaannya itu melainkan hanya membina persepsi.
Menurut dakwaan Rafizi kononnya pinjaman RM160 juta untuk membayar dua buah syarikat milik Deepak. 
Kemudian, Rafizi membuat satu sidang akhbar dan mendedahkan beberapa dokumen pembelian berlian plak berjumlah RM 13 juta.
Kononnya pembelian itu di buat oleh dua buah syarikat Deepak untuk DS Rosmah. 
Rafizi mendakwa beliau menerima dokumen-dokumen itu melalui emel kepadanya daripada Deepak. 
Beberapa jam selepas pendedahan Rafizi, Deepak pula membuat sidang media dan menafikan segala-galanya.
Deepak mendakwa beliau tak pernah menghantar emel mengirimkan dokumen-dokumen tersebut kepada Rafizi. 

Keanihan Plot Skandal Rafizi-Deepak.

Banyak ramtaian plot/ jalan cerita dalam Skandal Rafizi-Deepak terputus-putus dan melompat-lompat dari satu kisah ke satu kisah lain. 
Terlalu banyak kisah tidak konsisten dengan kisah pendedahan awal.
Tapi yang konsisten dalam skandal Rafizi-Deepak ialah jumlah RM160 juta.
Jumlah ini sentiasa muncul.
Kita tidak didedahkan dengan sebarang perincian butiran mengenai kes saman sivil Deepak dan mengenai jumlah RM160 juta tersebut. 
Kita cuma disajikan bahawa RM160 juta adalah jumlah bebanan fiskal Deepak.

Kesimpulan / Persepsi

Dalam skandal Rafizi-Deepak, Hamba menyimpulkan :-
  1. Deepak berusaha untuk memperolehi semula kepercayaan dan membina semula kredibilitinya.Beliau mahu menarik perhatian DS Rosmah semula. 
  2. Rafizi pula mahu kembali semula dalam perlumbaan kuasa di dalam PKR setelah di tendang keluar oleh kem Azmin Ali. Beliau juga turut di saman dan menghadapi risiko berhadapan dengan berpuluh juta Saman Malu daripada NFCorp dan hukuman penjara. Katalain beliau sudah menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
  3. Ada pihak yang menangguk di air keroh di atas konflik-konfik yang dihadapi oleh Deepak dan Rafizi.Lalu disensasikan dan didramakan Skandal Rafizi-Deepak ini sedemikian rupa. 
Penutup

Hamba mahu anda semua berfikir sendiri dan menilai baik-baik.
Sengaja Hamba membiarkan anda semua berfikir dalam-dalam dan semasak-masaknya dalam hal ini. 
Mangsa dan sasaran utama dalam Gameplay ini ialah DS Najib.
Untuk mencuit DS Najib, pihak yang bertanggungjawab akan mencuit DS Rosmah.
Apalagi cara paling berkesan untuk mencuit DS Rosmah selain daripada menggunakan kaedah POLITICAL BLACKMAIL. 
Dalam masa yang sama, jika anda adalah pihak yang menangguk di air keroh, apakah tindakan anda selanjutnya?
Ingat jumlah RM160 juta dan berbudi kepada DS Rosmah, yea,
Selamat mencuba.