Selasa, 4 Disember 2012

DEEPAK OH DEEPAK, KEGAGALAN ANWAR IBRAHIM FHANTU OPERA-SABUN-SCORPENE


Deepak Jaikrishnan watak hantu jembalang terbaru dalam Opera Sabun Scorpene. 
Beri kenyataan dalam mahkamah ikut skrip loyar sasau R-Sivarasuk tapi hakim menolak skripnya atas alasan " Ini mahkamah Sivil Bukan Mahkamah Politik"
Kesnya, hantu jembalang tu di saman oleh sebuah syarikat. 
Hantu jembalang itu pun berada di ambang Krisis Kewangan Paling Teruk.
Kisahnya mudah.
Baca DI SINI dan DI SINI  
Singgahlah sekejap di blog Raja Petra jugak untuk ketahui latarbelakang kisah watak hantu jembalang terbaru ini yang sudah KANTOI.
Anwar Ibrahim pun TER-malu dengan kegagalan Deepak Jaikrishnan.
Tuan Man Tuan Ibrahim pun melalak.
Husam Jamnapari nak masuk 'Line'
Ini semua skrip Pembunuhan Karekter

Deepak mendakwa beliau jadi 'Orang Tengah' untuk suatu deal dengan Menteri Pertahanan. Kononnya berlaku RASUAH.  Apa bukti ? Macam biasalah, air liur basi nya yang menjadi Bukti. 

Deepak ini dulu menurut RPK sudah mulut busuk kan DS Rosmah untuk menarik perhatian DS Rosmah menerimanya semula. Dulu nama Deepak keluar dalam skrip P Balasubramaniam kononnya Deepak beri Duit Tutup Mulut atas arahan DS Rosmah. Bila semuanya kantoi akhirnya Deepak baca Skrip R.Sivarasok dalam mahkamah. Tapi mahkamah rejek.

Kisah Deepak ni sebenarnya kisah orang terpinggir nak masuk balik dalam pelukan DS Rosmah. Tapi tak di layan. Kemudian mengarok yang bukan-bukan sebagai ugutan. Pun tak di layan. Akhirnya terpaksa ambil jalan desperado baca skrip pembangkang. Pun KANTOI jugak. 

Opera Sabun Scorpene ini dah lama berjalan. Dah lama kantoi. Orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Altantuya pun sudah dijatuhi Hukuman Mandatori Mati. Cuma tunggu tarikh sahaja untuk di gantung. 

Yang ada kini cuma sisa-sisa gosip liar yang menghantui otak pencacai pakatam ahzab sasaulisma sebab rancangan mereka gagal. Opera Sabun Scorpene gagal mencapai matlamatnya bila dikantoikan oleh Pendakwaraya Perancis sendiri.

Anwar Ibrahim selama ini nampak hebat kerana pandai Membunuh Karekter saingan politiknya. Sekali pakai ok. Dua kali pakai masih orang percaya. Bila selalu pakai orang naik mual dan menyampah.

 Elok sangat kalau Gelanggang Silat di buka kembali di semua pusat Sukan Rakan Muda yang ada. Boleh lah memasing tunjuk handal dan berlebas.