Jumaat, 9 November 2012

NURUL IZZAH & ISHAM RAIS KEBEBASAN BERAGAMA KEPALA HOTAK MEREKA.

     

Kebebasan Beragama tidak boleh di pandang ringan bila usul itu hendak diperluaskan kepada orang Melayu. Dalam Perlembagaan sudah tercatit mengenai deskripsi MELAYU yakni seorang yang beragama Islam. Dan Islam bukanlah satu agama yang boleh diperlecehkan dan diperlekehkan. Budaya Melayu itu sendiri menghendaki Melayu itu beragama Islam. Tulisan Jawi adalah pengaruh Islam. Pakaian tradisi Melayu juga telah diselitkan unsur-unsur Islam. Begitu kuat pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam sehingga timbul kata-kata 'Masuk Jawi' atau "Masuk Melayu". 

Istilah inilah juga dulu paalebai dan kera PAS turut kritik dan kecam termasuklah Pok Nik tu hah ! Serta segala para gembala yang menggelarkan diri mereka graduan IKD dalam gerakan-gerakan jemaah Islamiyah pada tahun 80an dan 90an dahulu. Kini hasilnya lahir kelompok lahabau yang melabelkan diir mereka sebagai Liberal dan Plural. 

Setakat ini belum ada lagi di dunia ini bangsa itu diikat dan dijalin rapat dengan pengenalan agama Islam seperti benang-benang tersulam pada pakaian kecuali Melayu sahaja. Bila ada pemimpin pakatam ahzab keturunan Melayu seperti Nurul Izzah dan Isham Rais mahu memisahkan jalinan dan sulaman itu sama seperti membogelkan Melayu tanpa Pakaiannya. Sudah tentulah menjadi aib besar dan malu besar kepada bangsa Melayu. 

Jika mana-mana bangsa di dunia ni di mana-mana negara dan benua mahu memisahkan pengenalan bangsa dengan agama itu lantak merekalah tapi tidak boleh samasekali dengan bangsa Melayu. Kalau ada individu-individu Melayu seperti Nurul Izzah dan Isham Rais mahu mengamalkan kebebasan agama ..lantaklah diaorg tapi jangan sesekali mahu bangsa Melayu seluruhnya menukar pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam. 

Melayu yang liberal dan plural memang menyokong kebebasan beragama kononnya dah cerdik sangat.Bagi Melayu yang masih tulin dan ori macam Hamba nie, mana mungkin nak pisahkan pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam. MUSTAHIL!

Kebebasan agama ini lahir dari pemikiran liberal dan plural. Diterima pakai oleh mereka yang terlalu amat cetek ilmu agama mereka. Mendakwa merekalah Mujadid yang dilahirkan pada setiap 100 tahun. Mereka faham ke makna Mujadid dan Tajdid yang disebutkan dalam hadis Rasullullah s.a.w. tersebut? 

Mujadid bukan Pembaharu da Tajdid bukan memperbaharui dalam ertikata kepala hotak senget mereka fahamkan. Mujadid ialah seorang daie yang membersihkan segala bidaah, khurafat dan tahyul di dalam agama. Tindakan pembersihan itulah di sebut Tajdid. 

Bagi golongan ini mereka amat perlu baca dan fahami tafsir sebenar perjanjian di antara Allah Ta'ala dengan Nabi Allah Ibrahim a.s. Selurusi kembali perjalanan bangsa Melayu ini. Kenali kembali apa yang dinamakan Pamalayu. Disebutkan negara China tempat atau poin mencari ilmu pengetahuan yang tinggi bukan keranaa disitulah adanya ilmu yang tinggi tetapi dari situlah bermulanya perjalanan mencari ilmu yang dikehendaki. Kerana apa?

Tengoklah sejarah dan kajilah sejarah. Mampukah Maharaja Pertama China membina makamnya tanpa teknologi yang di impot. Dari mana ? Sendiri mahu fikirlah. 

Biarlah bangsa Melayu ini tetap dikaitkan dengan agama Islam. Itulah agama yang telah diredhoi Allah Ta'ala pun. Takkan kita hendak menolak pengenalan yang baik itu ? Bila kita sudah mengetahui bahawa bangsa Melayu itu dikaitrapat dengan agama Islam maka menjadi amanah dan tanggungjawab kepada semua Melayu menjadi seorang mukmin yang terbaik yakni menjadi khairatuun ummah. 

Itupun tak boleh fikir ke? Janganlah kerana membenci UMNO maka pakaian kemuliaan Melayu itu hendak digantikan dengan pakaian lain pula kerana tidak ada pakaian kemuliaan bagi Melayu ini selain agama Islam. 
Ada faham ka?