Selasa, 30 Oktober 2012

BILA HINDRAF DESAK PAKATAM AHZAB BINA SEKOLAH SAIN ITU PETANDA BN MENANG BESAR!

BERMULA SIRI KEMPEN MERAIH SIMPATI DENGAN CERAMAH TAJAAN PAS MENJUAL MAT SYABU
TERNYATA GAGAL !
PERTAMA KALI MUKA MAT SYABU KELAT MASAM MENCUKA KERANA SAMBUTAN HAMBAR DAN CUACA PUN SEPERTI MENGHALAU BELIAU

KEMUDIAN... DATANG PULA ANWAR AIB BRAHEEM BERPAYUNG PELANGI (SIMBOL GAY)
UNTUK MENCIPTA IMPAK

JUGA GAGAL ..DENGAN KEHADIRAN BANYAK KERUSI KOSONG SEBAGAI PEMERHATI SEPI

TIDAK BERPUTUS ASA .. SIRI CERAMAH DITERUSKAN PULA OLEH DAP PADA MALAM  AIDIL  ADHA YANG PERTAMA TAJAN DAP MEMPERSEMBAHKAN DOLAH SANI .. HAMBAR JUGA DENGAN KEHADIRAN KERUSI KOSONG BERLAMBAK-LAMBAK.

AKHIRNYA BARULAH SAMPAI KEPADA KEMUNCAK SIRI KEMPEN DENGAN HINDRAF BUAT LAWAK MENUNJUKKAN PLAKAD TULISAN TAMIL DAN 'SEKOLAH SAIN' SAIN KONTRAK ANGKAT SAMPAH ATAU REPAIR JALAN BAWAH SKIM MARRIS KA MACHAA???

Apalah malang dan suwey nasib Pakatam ahzab menjelang PRU 13. Sambutan ceramah mereka dan penjualan penceramah-penceramah yang pernah mendapat sambutan hangat di mana-mana pakatam ahzab  kini begitu hambar, tawar dan tak laris lagi di pasaran. Kalau dulu sebut sahaja ada ceramah berpusu-pusulah ramai orang datang mendengarnya hatta hujan ribut sekalipun, Tapi sekarang waima di bayar RM50 sejam pun orang enggan datang mendengar ceramah-ceramah politik pakatam ahzab. 

Kalau dulu HINDRAF tiup semboyan untuk berdemo berpusu-pusu orang India hadir. Tapi sekarang di bayar pun orang India tak nak masuk campur demontsrasi HINDRAF. Terkontang kantinglah para pemuka HINDRAF menahan malu dan aib.

Ramai akan bertanya kenapa?

Ianya bermula dari pendedahan video salahlaku seksual Anwar Aib Braheem. Pada mulanya ramai yang masih menyangka Ketua Umum PKR itu sesuci dan sewarak mana-mana sahabat baginda Rasullullah s.a.w. Bilamana terdedah video zina Anwar Aib Braheem dengan chinadoll maka merundum teruk dan jatuh tersembam keangkuhan pakatam ahzab.

Kemudian disusuli dengan perlaksanaan dan kempen penambahbaikan semua tidak puashati rakyat oleh pentadbiran DS Najib sehingga berjaya mensasaukan dan merendahkan moral semangat juang cacaimarba pakatam ahzab di semua media sosial. Satu persatu penipuan dan pembohongan mereka di bongkar dengan penuh berani oleh sibertruper pro UMNO kemudian disusuli oleh MCA dan MIC serta parti komponen lain syabas!

Bilamana pengundi kaum India menyaksikan betapa mereka dipermainkan dan diperalatkan oleh pakatam ahzab untuk berkuasa, mereka beralih arah. Mereka begitu keciwa menyaksikan kampung buah pala diranapkan oleh pakatam ahzab DAP tanpa sebarang pembelaan. 

Bukan itu sahaja pelbagai skandal penyelewengan dana untuk sekolah Tamil didedahkan. Ketidakpuashati pengundi India jelas terpamir bilamana berlaku perpecahan besar di dalam HINDRAF. Kalau dulu seringkali diadakan pelbagai upacara ritual oleh pengundi India sekarang ianya amat jarang dilakukan.

Bila demonstrasi HINDRAF tidak mendapat sambutan itu bermakna kekuatan pakatam ahzab semakin lemah dan longlai. Apabila plakad HINDRAF lebih banyak dalam tulisan Tamil itu bermakna penyertaan warga tempatan tidak ada.

Kini pakatam ahzab tak mampu lagi mengharapkan hayunan undi pengundi India kepada mereka untuk memastikan kemenangan yang sama seperti pada PRU 12.

Selamat Tinggal Pakatam !


BINASALAH PAKATAM AHZAB SELURUHNYA!