Jumaat, 21 September 2012

ANA DAPAT MIMPI & DENGAR SUARA .... .... ...

Di masjid Inilah Ana Mendapat Mimpi .... 

Malam semalam malam Jumaat, Malam berkat. Jadi ana bermimpilah. Oleh kerana ana penyokong UMNO maka sudah tentu mimpi Ana tak sama dengan mimpi orang Ikhwanul Muslimiin dan Kadiaq. Atau mimpi para saudagar dalam PKR , PAS dan DAP. Mimpi Ana lain sikit dan agak panjang berjela sampai lah kedengaran azan Subuh pagi tadi. 

Ana bermimpi pergi ke sebuah masjid. Ana bertanya kepada seorang jemaah. 'Masjid apakah ini ?" 

Jawab jemaah itu " Inilah Masjid" 

Ana tanya lagi " Masjid apa?"

Jemaah itu marah ana " Ante mesti orang UMNO punya tak tau apa masjid ni !"

Ana terdiam bukan kerana malu tapi hairan macamana dalam mimpi orang UMNO orang PAS boleh enter frame nie ? Kemudian ana terhingar kata-kata Tantawi yang jadi Ketua Pemuda PAS, " Saya dengar suara Rasullullah s.a.w. suruh pergi berdemo". Betul juga, kalau Ketua Pemuda PAS boleh dengar suara baginda Rasullullah s.a.w. dan anak Pok Nik pun pernah dapat Perintah Terus daripada Allah Ta'ala , tentulah hebat-hebat belaka orang PAS nie. Jadi apalah sulit sangat orang PAS nak enter frame mimpi orang UMNO macam Ana nie. Betul tak? 

Kemudian Ana solat Tahiyyatul Masjid dua rakaat. Selepas itu Ana lihat ramai orang berkerumun. Ana ingat majlis ilmu. Ana pergi dekati. Dan Ana lihat seorang perempuan muda pakai baju kebaya seksi kemain. Manakala yang lain semua angguk-angguk senyum-senyum kambing. Ana hairan. Kenapa perempuan itu tak menutup aurat?

Ana tanya ' Siapa perempuan itu?"

Sekali lagi Ana kena marah "Ante ini mesti orang UMNO ! Tak kenal siapa perempuan tu ! Perempuan tu lebih faham Islam daripada ante !"

Terpaksalah ana beralih tempat. Kemudian di satu sudut Ana lihat ada seorang perempuan mengaji Al Quran duduk penuh tertib. Tapi semua jemaah yang lalu di hadapannya mencemuh dan memaki wanita tersebut. Agak hairan kerana wanita tersebut tidak membalas pun ucapan-ucapan buruk kepadanya. 

Ana bertanya lagi "Siapa wanita itu?"

Sekali lagi Ana kena marah " Ante mesti orang UMNO ! Itu perempuan puaka tak tutup aurat jambul keluar!" 

Ana berfikir dalam hati "Perempuan tak tutup aurat pakai baju kebaya takde plak korang nak marah. Tapi wanita yang tutup aurat dan sedang bertilawah dengan penuh tertib korang maki hamun plak" Ana geleng-geleng kepala. 

Lalu Ana ternampak sekelompok orang duduk sekeliling seorang yang sedang main gitar dan bernyanyi. Begitu asyiknya mereka mendengar lawak jenaka orang tersebut.

Ana bertanya " Siapakah lelaki itu?"

Macam biasalah pertanyaan Ana di sambut dengan kemarahan " Ante mesti orang UMNO! Lelaki itu pujaan kami. Anak muda kami sukakan lelaki tu ! Ante mana faham soal dakwah ante orang UMNO!"

Kemudian Ana ternampak seorang lelaki lain yang penuh tertib. Seorang anak muda. Wajahnya bersih. Pertuturannya lembut. Sedang mengajarkan beberapa ilmu yang baik-baik. Tapi semua jemaah yang ada di situ memaki hamun dan mencerca beliau.

Ana terfikir dalam hati " Hai sudah butakah penglihatan mereka ini semua? Tak dapat nak bezakan manakah majlis hiburan dan manakah majlis ilmu?" Ana geleng-geleng kepala.

Kemudian Ana terpandanglah satu kelompok manusia yang sedang asik mendengar kata-kata seorang lelaki tua yang berserban tapi agak anih kerana lelaki tersebut bertelanjang bulat! 

Ana bertanya " Siapakah lelaki itu?"

Ana kena marah lagi " Ante mesti orang UMNO! Tak kenal mana ulama pewaris nabi ! Lelaki itu adalah ulama pewaris nabi kami dan buat kerja macam Nabi. Ante mana tau semua tu !"

Ana terfikir dalam hati " Hanya kerana orangtua itu berserban saja? Tak nampakkah mereka yang orangtua itu bertelanjang bulat?" Ana geleng-geleng kepala. 

Tiba-tiba Ana terpandang seorang lelaki sedang mengejek-ngejek sekumpulan orang yang sedang melakukan kebaikan dan menyeru kepada kebenaran. Ana cukup hairan dengan perlakuan lelaki itu. Ramai orang mendengar dan menyokong  perlakuan lelaki itu. 

Ana bertanya "Siapakah lelaki itu?"

Macam biasa Ana dimarahi " Ante mesti orang UMNO! Itu adalah Khalifah kami. Agamanya bukan Islam. Bangsa nya bukan Melayu. Tapi lebih Islam dan lebih Melayu dari ante!"

Ana terfikir dalam hati " Butakah mereka sehingga tak mengenal mana perbuatan munkar dan mana perbuatan baik?" Ana geleng-geleng kepala. 

Tiba-tiba Ana terdengar suara yang kuat ! Dan Ana pun terbangunlah dari tidur. Rupanya Jam Omega Ana yang berbunyi. Ana tersenyum sendiri dan berfikir " Dimanakah jam Omega bang Nom ?" 


BERAPA HARGA KAMU HENDAK JUAL NEGARA INI ANWAR AIB BRAHEEM?

Beranikah Anda Menjual Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara Ini Kepada Proksi Zionis Seperti Anwar Aib Braheem dan Sekutu Politik nya Di Dalam Pakatam Pada PRU 13 Nanti?

ARAB SPRING bukan lah kebangkitan rakyat marhaen ke atas regim yang zalim. Ia adalah satu kebangkitan Kuasa Baru Dunia berpusat di Tel Aviv. Ianya bermula sebaik sahaja jatuhnya regim Saddam Hussin dan penaklukan Afghanistan. Tapi IRAN dibiarkan sementara waktu yang sesuai untuk ditakluki. Bermodalkan dengan slogan-slogan Revolusi, Ubah Regim menjadikan rasuah, penyelewengan kuasa dan penindasan sebagai tema utama, rakyat bawahan tertipu dengan permainan licik Zionis.

Badan-badan seperti N.E.D dan SUARAM diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan susupan masuk ke dalam negara ini. Berselindung di sebalik program-program kebajikan dan latihan sedikit demi sedikit hasutan dilakukan ke atas generasi muda. Mereka mula menyusup masuk ke dalam kampus-kampus. Melalui kelab-kelab sosialis warisan lama dan persatuan-persatuan mahasiswa.

Bermulalah gerakan untuk memecahbelahkan perpaduan Melayu dan keharmonian antara kaum dan agama. Apajua cara kedua undur itu perlu mereka hapuskan. Bertali arus lah serangan demi serangan , label demi label dan slogan demi slogan termasuklah pembohongan di ulang-ulang untuk menimbulkan kebencian kepada nilai-nilai yang menjadi kekuatan agama, bangsa dan negara ini sejak tragedi 13 Mei 1969.

Antara lain bermula gerakan subversif HINDRAF disusuli dengan siri BERSIH. Akhirnya, rakyat mula celik dan sedar bahawa tidak ada maknanya untuk menghancurkan apa yang dinikmati sekarang. Pada PRN Sarawak, rakyat mula bangkit menentang gagasan yang di bawa oleh Pakatam.

Apabila mula terdedah pembohongan-pembohongan Pakatam gelombang Tsunami 2008 semakin surut dan tidak mungkin lagi berpihak kepada Pakatam. Dalam kecelaruan itu, para pemimpin Pakatam mula bertindak berasingan. Persengketaan lama di antara mereka mula tercetus kembali. Pada awalnya, masih mampu di kawal sehinggalah Hasan Ali di pecat dan bermaharajalelanya DAP menghina Islam.

Akhirnya, bibit-bibit penyatuan kembali bertunas setelah sejak sekian lamanya. Esuk, UMNO-PAS, PERKASA-JATI akan mengadakan demonstrasi Aman membantah penghinaan ke atas baginda Rasullullah shallallahu alaihi wassalam. Tindakan ini meresahkan Anwar Aib Braheem kerana tidak di jangka samasekali. olehnya.

Taktik menyalahkan UMNO di atas seerba serbi akhirnya semakin tawar dan hambar. Anak-anak muda mulai sedar bahawa mereka hanya menjadi alat untuk mencapai kepentingan politik peribadi Anwar Aib Braheem dan konco-konconya sahaja.

Dalam sekelip mata, urusniaga jual-beli agama negara dan bangsa ini terbantut. Musuh Islam dan musuh negara ini enggan membeli pada harga yang terlalu mahal. Tapi Anwar Aib Braheem masih berusaha menyakinkan para pembida/ pembeli agar meneruskan juga urusan jual beli. Berapakah harga yang ditawarkan oleh abang Nom kepada pembida/pembeli nya?

Sanggupkah anda menjadi pemangkin dan punca utama agama, negara dan bangsa ini terjual oleh abang Nom?