Selasa, 11 September 2012

ARTIKEL TERBAIK HELEN ANG MENGENAI SIKAP RASIS DAP JAHANAM,

Helen Ang Bloger Prolifik Yang Pragmatik. Penulisan Mampu Di Cerna Semua Lapisan Masyarakat. Tulisan Beliau Adalah Suara Hati Cerminan Anak Malaysia Sejati. 
Tulisannya Menyentuh Hati Dan Mempunyai Daya Kekuatan Mempengaruhi Pembaca.
Kalaulah Ramai Bloger Melayu Mampu Menulis Sepertinya .... 

Helen Ang bila menulis sentiasa mendekati pembacanya dengan kaedah Lgik Mudah. Cara itulah yang betul dan benar. Tidak ramai golongan profesional membaca blog termasuklah golongan korporat. Mereka sibuk 24 jam dengan kerjaya mereka. Yang membaca blog ini hanya mereka yang mempunyai minat sahaja. Rata-rata mereka suka membaca tulisan yang membawa mesej mudah dan ringkas serta menggunakan Logika Mudah. Ikuti penulisan Helen Ang ini mengenai sikap kepuraan DAP Rasis dan amalan budaya global mengenai pengenalan jatidiri berdasarkan etnik. Memang menarik kerana perbandingan yang diberikan oleh beliau mudah, ringkas, tepat dan logik mudah.
Masih ingat lagi ruangan Tinta Pengarang Buletin Mutiara yang tidak lama dahulu menggelar mamak sebagai “Melayu celup kopi”. Sekarang ini, timbul tweet kontroversi oleh Senator DAP pula.
Serangan DAP ke atas golongan mamak mengandaikan bahawa pemimpin dan pengikut parti itu tidak merestui usaha mengasimilasi bahasa, budaya setempat dan adab Melayu.
Memandangkan DAP memperli golongan mamak, maka wajar kita persoalkan kaum minoriti bukan-Islam tersebut menganggap diri mereka Malay-sian First berdasarkan kriteria apa?
Kenapa Cina ditolak?
Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR).
Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).
Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.
Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.
Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. – laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House
Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).
Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).
Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.
Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.
Jus sanguinis
Kewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.
Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.
In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong” (sumber sini).
Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.
seterusnya klik disini

KELANTAN KEDAH SELANGOR DALAM TANGAN UMNO

Kelantan ada 14 kerusi Parlimen 
Kedah ada 15 kerusi Parlimen 
Selangor ada 22 kerusi Parlimen 

Melayu yang sayangkan Melayu dan agama Islam hendaklah memastikan kesemua kerusi Parlimen itu dimenangi oleh calon-calon Melayu Islam.

Lupakan PAS

Lupakan PKR 

Lupakan DAP

INGATI JANJI DITEPATI 

SIAPA YANG MENEPATI JANJI?

BARISAN NASIONAL YANG DITERAJUI OLEH UMNO DI BAWAH KEPIMPINAN DS NAJIB.


TRANSFORMASI  BUKA PINTU RAHMAT.

LAPURAN PENUH CETAKBIRU PELAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025


(Klil pautan untuk membacanya)

Dalam Ringkasan Eksekutif dinyatakan bahawa lapuran ini disediakan melalui kaedah kajiselidik yang komprehensif (memang betul pun setebal 268) termasuk melibatkan temubual dan interbiu langsung dengan 50,000 kakitangan pendidikan dan orang ramai selama setahun. Turut melibatkan agensi-agensi Bank Dunia, UNESCO, IPTA tempatan dalam menyemak semula Sistem Pendidikan Malaysia. 

Baca jangan tak baca selepas baca berikan pendapat anda di twitter #NEB atau #Edureview2012.

ERTI KALIMAH-KALIMAH JAWI DALAM JATA UMNO @NajibRazak.

Jata UMNO ini seringkali diperlekehkan oleh pihak musuh. Sayangnya, tidak ramai peneraju grup siber yang ada contoh macam AAKJ dan RAK Yang Mampu Menghuraikan dan Berhujah Makna Terkandung Di Dalam Jata Tersebut (Tapi Berlagak Macam Nak Mampos) .
BUKAN SEBARANG JATA. 
JATA PAS PUN KALAH DENGAN JATA UMNO DALAM SERBA SERBI APATAHLAGI JATA PKR DAN DAP. 

Di petik daripada posting rakan fesbuker bernama SANG MERAH. (dengan keizinan beliau) UMNO PATOT UCAP PENGHARGAAN KEPADA USAHA MURNI BELIAU TERSEBUT YANG BERANI MEMPERTAHANKAN JATA UMNO BERBANDING DENGAN . SEMOGA DENGAN MAKLUMAT DARIPADA SANG MERAH INI MAMPU DIJADIKAN BAHAN RUJUKAN UNTUK MENJAWAB SEGALA PENGHINAAN KEPADA JATA TERSEBUT. 


Sang Merah
Mungkin sebelum ini, dikalangan media pembangkang sembrono tidak tahu, tidak mahu tahu maksud disebalik Logo UMNO, atau xnak ambil tahu langsung sebelum membuat kritikan, dan mereka juga sesuka hati mengubahsuai mengikut kehendak mereka...

Erti logo UMNO ini adalah daripada ringkasan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dalam setiap huruf Jawi diberi makna berikut:

Pa – Pertubuhan

Kaf – Kebangsaan

Mim – Melayu

Ba-ra – Bersatu

Huruf ini disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafik secara simitrikal.

sebarkan !!! —

Semoga menjadi MANAFAAT kepada semua.