Jumaat, 24 Ogos 2012

LAKUNAN HUDUD PAKATAM JAHANAM GAGAL LAGI.

                                                                   
Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan.  Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan kata-kata.  Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin melaksanakannya.  

Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi menyebut tentang hudud.  

Apapun, kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.  

Hari ini, Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti.  Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.  

Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.  

Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah.  Noktah.  

Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera.  Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam laman-laman sosial.  Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia.  

Drama yang meleret-leret amatlah menjengkelkan dan tidak mustahil jika drama ini tidak ditamatkan segera akan mengakibatkan semakin ramai yang meninggalkan PAS di saat-saat akhir sebelum pilihanraya.  

GUAN ENG SUDAH HANYUT JAUH DALAM OBSESI KUASA.

MASAALAH UTAMA BAGI MANA-MANA POLITIKUS IALAH MENJADI TERLALU OBSESI / KEMAROK KUASA. Samada di peringkat kepimpinan tinggi dan di bawah, penyakit hati ini tidak ramai politikus mampu melawannya. Kebiasaannya penyakit ini mula menimpa politikus yang tak pernah memegang kuasa tiba-tiba memegang kuasa. Bertambah terok bila politikus berkenaan mulai lupa daratan.  Inilah yang sedang melanda para politikus dalam Pakatam Jahanam dan segelintir yang berada dalam Barisan Nasional. Perkara ini pernah diutarakan dan menjadi kegusaran Tun Dr Mahahtir dengan ungkapan 'Melayu Mudah Lupa'. 

Bilamana ramai pemimpin DAP mempersoalkan dan mempertikaikan cara kuku besi Guan Eng ianya sudah dijangkakan dari awal. Guan Eng sudah terkena penyakit obsesi kuasa Bocornya minit mesyuarat tertutup yang mendedahkan rungutan Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman terhadap Guan Eng. 

He (Guan Eng) is very arrogant, I tell you...cocky and arrogant. It is not easy. Now more arrogant."
"They ( the DAP) are sure of winning 19 (seats) and they want more. Because with two more (seats) they can form their own government and they can take from us (PKR reps) to be on their side and (then) abandon us (PKR)," he warned.

Begitulah halnya berkenaan perkongsiaan kongsi angan-angan dalam Pakatam Jahanam. Pada akhirnya. puak Guan Eng cuba mendominasi senario dan menjadikan semua rakan sekutunya tunduk patuh kepada perintahnya sahaja. 

Jadi adakah kita mahu menjadikan pemimpin seperti Guan Eng nie pemimpin tertinggi dalam di peringkat negeri dan di peringkat pusat?

Sendiri mahu fikir lah.

15 AHLI KOMITI DAP SELANGOR... BERAPA RAMAI MELAYU?

Pemegang Jawatan bagi Komiti Negeri DAP Selangor yang terpilih pada November 2010 akan berakhir menjelang November 2012 ini. Jumlah yang dipertandingkan ialah limabelas jawatan ahli komiti. Pada 2010, tidak ada sekur pun ahli DAP Melayu dicalunkan bagi mengisi mana-mana kekosongan 15 jawatan ahli komiti DAP negeri Selangor. 

Satu perkara menarik mengenai sistem pemilihan jawatan ahli komiti DAP di setiap negeri. Terdapat dua peringkat pemilihan. 

Peringkat Pertama:- Pencalonan dan pemilihan limabelas orang ke Komiti Negeri. Pada peringkat ini Perwakilan akan mengundi secara terbuka calon-calon yang bertanding. Bagaimankah cara di buat? Siapakah yang mencalonkan? Adakah pencalonan tersebut bebas atau terikat dengan keputusan lebih atas dari perwakilan? 

Peringkat Kedua: Kesemua limabelas orang calon yang menang akan melakukan 'Undi Rahsia' pula sesama mereka untuk melantik siapa menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha, Setiausaha Kerja. Pada peringkat ini akar umbi sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mencelah bagi melantik mana-mana limabelas orang ke mana-mana jawatan. 

Sistem Pemilihan DAP ini tidak memberi ruang dan peluang kepada mana-mana orang Melayu untuk bertanding mengisi kekosongan mana-mana limabelas ahli komiti. Orang Melayu cuma menjadi pemilih akar umbi sahaja tanpa ada kuasa mutlak dan penentu pemegang jawatan dalam DAP Selangor. 

Sistem yang digunapakai oleh DAP ini menyamai sistem pemilihan Politburo Komunis. Bersifat diktaktor dan otokratik menindas. Tidak demokratik kerana akar umbi tidak berpeluang memilih calon-calon mereka terus memegang jawatan Pengerusi dan sebagainya. Mereka yang sudah berkuasa akan tetap berkuasa selamanya. 

Itulah di antara perkara-perkara yang dirahsiakan oleh pemimpin cauvinis rasis DAP kepada ahli Melayunya. 

Laungan slogan Ketelusan, Kredibiliti dan Akauntabiliti adalah retorik politik DAP sahaja. Tidak ada unsur demokratik di dalam DAP sebenarnya kerana adanya UNDI RAHSIA. Tidak ada Hak samarata. Tidak ada peluang untuk meningkat. Kesemua hak-hak di gantung dan di tindas oleh yang berkuasa. 

Jadi kepada Melayu yang menjadi ahli DAP anda hanya merupakan nombor sahaja dan tidak signifikan kepada DAP yang mengamalkan kerahsiaan dan penipuan.