Jumaat, 17 Ogos 2012

KENAPA TANAH KHSB BERNILAI RM 250 JUTA DI RAMPAS BEGITU SAJA?

BN Selangor melalui Mat Zin Badak telah menimbulkan kesangsian kepada pentadbiran Pakatam Jahanam yang di dakwa telah menyebabkan KHSB kehilangan hartanah bernilai RM250 juta. Mungkin ramai tertanya-tanya apakah entiti yang berakronim KHSB dan bilakah ditubuhkan? Apakah matlamat penubuhan? Berapakah aset yang dimiliki oleh nya? Apakah projek yang melibatkan KHSB?

Menurut BN Selangor, pentadbiran Pakatam Jahanam telah merampas tanah milik KHSB bernilai RM250 juta kerana kegiatan melombong secara haram. Perlombongan galian jenis apa dan siapakah yang menggendalikan opersi tersebut tidak pula didedahkan. 

KHSB akronim kepada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad. Ditubuhkan pada 24hb September 2001 semasa pentadbiran Khir Toyo. Disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 22hb Julai 2003. Satu kejayaan yang cemerlang bagi pentabiran BN di bawah Khir Toyo dalam usaha memajukan ekonomi Selangor dan menambahkan sumber pendapatan kepada negeri Selangor. KHSB mempunyai modal saham berbayar berjumlah RM450 juta. 

KHSB adalah entiti pelaburan hartanah bagi KDEB. Salah satu subsidiari KHSB ialah CSSB (Central Spectrum (M) Sdn Bhd, yang kini sedang memajukan Halal-Hub di Pulau Indah. Antara projek pembangunan hartanah lain ialah projek pembangunan berjumlah RM8 bilion  (GDV-Anggaran Kasar Pembangunan) di atas tanah seluas 2013.72 hektar. Satu MoU sudah ditandatangani dengan Lohas Group Limited (Sun Lohas) lihat Harian Metro 18hb Mei 2012.  Sun Lohas ialah sebuah syarikat berpengkalan di Hong Kong. Pembangunan tersebut diberikan nama 'Sun Lohas City'. Waduh pakk !!!!! Tanah milik rakyat Selangor tapi diberikan nama sempena syarikat Hong Kong ! Jauh lari dari matlamat dan visi asal penubuhan KHSB.

Dalam Lapuran Tahunan KHSB bagi tahun kewangan berakhir pada 31hb Disember 2011, Pengerusinya mengakui keuntungan KHSB berdasarkan kepada penjualan tanah dan pembangunan tanah oleh subsidiarinya CSSB yang merupakan penyumbang utama kepada KHSB. Malah, KHSB mencatat penurunan keuntungan sebanyak 19% ! Pada tahun 2010 KHSB mencatat kerugian sejumlah RM35.1 juta. 

                                      31 Dis 2011                31 Dis 2010
Pendapatan ------------ RM 169.7 juta             209.9  juta
Kerugian --------------- RM  29.6 juta                 35.1 juta   


Apabila didedahkan mengenai rampasan tanah KHSB bernilai RM250 juta kerana kegiatan perlombongan secara haram setelah berjalan selama setahun sudah tentu ianya mendatangkan keanihan kepada kita. 

Ke mana pergi keuntungan dari kegiatan perlombongan tersebut? Dan kenapa Pengerusi KHSB senyap sunyi mengenai rampasan tersebut? Ianya melibatkan tanah bernilai RM250 juta. 

Malah memetik sumber Lapuran Tahunan KHSB 2011, nilai aset bersih per saham sejak 2007 merundum dari 1.10 menjadi 0.80 pada tahun 2011. 

Begitu hebat Penasihat Ekonomi Selangor berbayar RM1.00 dan Menteri Besar Selangor selaku taikun korporat sampaikan sebuah GLC milik KDEB merundum jatuh nilai aset bersih per sahamnya sejak 2007. 
Pada masa pentadbiran BN Selangor, ianya bernilai 1.10 tetapi selepas Pakatam Jahanam ambilalih ianya terus jatuh 0,93 (2008) , 0.98 (2009)., 0.88 (2010) dan 0.80 (2011). 

Apa dah jadi nie ? Pakatam Jahanam berjanji macam-macam percuma sampaikan UNISEL pun kerugian teruk. 

Patutlah beriya benar Pakatam Jahanam nak jahanamkan projek LANGAT 2 memandangkan KDEB pun nampaknya tak mampu lagi menanggung bermacam-macam penurunan daripada entiti-entiti pelaburan di bawahnya seperti KHSB. 

No wonder lah banyak janji-janji Pakatam Jahanam tak tertunai kerana sumber-sumber pendapatan GLC merundum teruk di bawah urus tadbir Pakatam Jahanam. Sah lah Pakatam Jahanam jika menguasai Putrajaya akan jahanam lah terus ekonomi negara. 

Cukup bahaya pepuak Pakatam Jahanam ini merompak dan menghancurkan ekonomi negeri Selangor. 

SURAT TERBUKA BUAT PUAK POLITIK GAMPANG BUDU AGAR INSAF.


SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA..!!!

by : aloq laloq.

Assalammualaikum,

Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.


Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, dap. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama karpal singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya dap telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.


Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Asalammualaikum.



MANGSA TERBARU PUAK POLITIK GAMPANG BUDU.


Biodata Si Mangsa 
Dato' Fauziah Yaacob was appointed as Member of Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) on 1 May 2012.Originally from Sungai Plong, Selangor, she holds a Bachelor of Arts (Hons.) (Geography) from University of Malaya and a Master Degree in Public Administration from the University of Liverpool, United Kingdom.She started her career as Administrative and Diplomatic Officer in 1981 at the Ministry of Education. Throughout her service in the civil service, she worked at the Ministry of Education, Ministry of Finance and the Ministry of Transport Malaysia. She also has been seconded as a Manager at KL International Airport Berhad for 6 years. She is a Member of Audit Committee and MyIPO's Investment Committee. 
Currently, she is the Under Secretary, Government Procurement Division, Ministry of Finance Malaysia (MOF).
Kenapa beliau menjadi mangsa ? Lihat di bawah ini :-

Tandatangan beliau adalah penting dalam pensijilan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Tandatangan dan kuasa beliau adalah besar dan berpengaruh dalam sebarang keputusan kerajaan mengawadkan kontrak-kontrak kerajaan, Beliau sedang berkhidmat di Bahagian Perolehan Kerajaan sebuah bahagian yang terpenting dalam Perbendaharaan Negara. 

Beliau bukan berdarah Budu. 

Beliau di tuduh sebagai pemecah rahsia kerajaan dalam dokumen pemerolehan bagi projek LRT. Projek yang bernilai berbilion ringgit. Beliau menjadi mangsa dalam gameplay licik pepuak Politik Gampang Budu. Bagi memulakan momentum yang dicetuskan oleh Rafizi dan bagi memperkuatkan kedudukan pepuak Gampang Budu dalam Lingkaran Kekuasaan agar semua keputusan kerajaan memberikan manafaat penuh kepada pepuak Gampang Budu, isu projek LRT dimainkan. 

Siapakah yang akan mengaut keuntungan besar dari segi ekonomi dan perbatuan politik dalam isu LRT ini sebenarnya?  

Itu bakal didedahkan satu persatu

Tak menghairankan nanti jika pepuak Gampang Budu ini akan melakukan serangan peribadi pula. Agak malang kerana bloger yang dijadikan alat manipulasi oleh pepuak gampang Budu ini akan menerima bahananya nanti. 

Bloger tersebut akan dipersalahkan dan dikambinghitamkan sementara pepuak gampang budu akan berselindung di sebalik semuanya itu. Bak kata pepatah Baling Batu Sembuyi Tangan dan Bunuh Tiga ekor Burung Dengan Batu Yang sama.

Selicik manapun puak gampang budu ni mereka tetap tidak akan dapat melepasi saringan yang tak nampak. Kerana ini rakyat Malaysia sudah tahu siapakah kelompok sebenar kegampangan politik di Malaysia yang sentiasa mencari peluang untuk mencedok di air yang keroh. 




PERPADUAN UMMAH - USTAZ NASHA & DS NAJIB DAH MULAKAN,,, KITA BILA LAGI?





Bila pemimpin tidak memandang kepada perbezaan politik dan enggan mengikuti kehendak puak gampang budu maka pendirian seperti ini akan membawa kepada perpaduan UMMAH. Seterusnya membawa kepada KEBERKATAN DAN RAHMAT SEJAGAT,

JANGAN RAMPAS SAMBUTAN KEAMANAN KEMERDEKAAN & AIDILFITRI KAMI !


 JANGAN RAMPAS KEAMANAN KEMERDEKAAN DAN AIDILFITRI KAMI !

Pengalaman di Syria - umat Islam berbeza pahaman politik sedang bunuh membunuh di antara satu sama lain. Ini berlaku kerana umat Islam melupaikan bahawa mereka seagam dan sekuturunan. 

Pengalaman di Rohingya - umat Islam di bantai dan di bunuh oleh puak ektrimis cauvinis agama di Myanmar. Agama Buddha yang dikatakan TIDAK BOLEH BUNUH NYAWA tapi penganutnya terlibat dalam keganasan melibatkan nyawa. 

di Malaysia- puak yg peel haramjadah gampang budu seperti di Syria dan di Myanmar cuba mengwujudkan suasana sama seperti di Syria dan di Myanmar. 

Adakah anda mahu menjadi sebahagian dari sejarah yang mencatitkan bahwa anda adalah sebahagian daripada unsur-unsur keganasan dan genosid?

Jangan hadiri sebarang demonstrasi dan bantahan oleh puak komunis 'Blacks-Out!" Pakatam. 

Punca Tragedi di Syria. 

Syria di perintah oleh puak yang menamakan diri mereka sebagai golongan revolusioner. Mereka adalah puak sosialis nasionalis menamakan parti mereka parti Ba'ath. Sesetangah mereka berfahaman Syiah Alawiyyah yang menghalalkan darah Ahlussunnah Wal Jamaah. 

Pergolakan di Syria tercetus kerana gelombang Arab Spring yang didalangi oleh anasair-anasir zionis. Malah dalam sebuah hadis sohih , baginda Rasullullah s.a.w. pernah menceritakan mengenai hal berlakunya pergolakan di Syria oleh kelompok yang di sebut sebagai As-Sufyani. Siapakah golongan As-Sufyani ini ? Berikut adalah dua petikan hadis mengenainya:
"Sebelum (munculnya) al-Mahdi, as-Sufyani akan muncul bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh 30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib bin Saleh. Dia (at-Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan sebahagian tenteranya (pergi menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia mengirimkan dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi) menaklukkan Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera dikabulkan (lalu dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah
Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami dapat mengenalinya?” Jawab baginda, “Dia adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya seakan-akan Bani Israel, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam. Waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di mana-mana negeri pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta karun (melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih as-Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut Tibriyah.”
"Seorang lelaki bernama As-Sufyani akan datang dari tengah kota Damsyik. Kebanyakan tenteranya adalah dari Bani Kalb. Dia akan membunuh (ramai orang) sehingga memperkosa wanita dan membunuh kanak-kanak. Maka datanglah suatu kaum dari Qais lalu membunuh mereka semuanya. Kemudian keluarlah seorang lelaki dari ahli keluargaku di Al-Hirrah dan berita itu sampai kepada As-Sufyani. Dia segera menghantar pasukan tenteranya tetapi menderita kekalahan (teruk). As-Sufyani bangun memimpin sendiri pasukan tenteranya sehingga mereka sampai di kawasan gurun lalu ditelan oleh bumi.”
Menurut pendapat yang sudah lama dilupakan, kupasan As-Sufyani ialah seperti berikut:-
AS SUFYANI ADALAH SALAH SEORANG KETUA SUKU KAUM BERBANGSA YAHUDI YANG MENOLAK TAURAT DAN INJIL AKIBAT GILA KUASA PANGKAT DAN DERAJAT . 
DARI KETURUNANNYA MELAHIRKAN SEORANG CUCU TERKENAL DAN DIPERCAYAI OLEH KAUMNYA YANG MUNCUL DI ZAMAN RASULULLAH SAW DAN MULA MEMPORAK PERANDAKAN ISLAM DI ZAMAN SAIYIDINA ALI. 
DIA ADALAH MERUPAKAN KETUA PUAK YAHUDI ORTODOX PENYAMAR ISLAM YANG TIDAK DISEDARI UMAT ISLAM KERANA AJARANNYA TURUT MENINGGALKAN KESAN KHAS KEROHANIAN DI DALAM DIRI PENGANUTNYA, PEMERHATI DAN PENYANJUNGNYA. 
AJARAN SYIAH MENANAMKAN RASA KECINTAAN YANG MENDALAM KEPADA ALLAH, ALI, PARA IMAMIAH DAN AL MAHDI HASSAN ASKARI. 
As Sufyani adalah datuk nenek moyang asli berbangsa yahudi bernama Abu Sufian yang melahirkan cucu ketujuhnya bernama Abdullah Ibnu Saba' sebagai pengasas agama syiah pertama yang memang amat rahsia perancangannya dari dahulu. 
Mereka memilih keluarga Ali kerana di sanalah terbelahnya dua kelompok besar kumpulan penyokong dan penentang Saiyidina Ali k.w. yang boleh meruntuh dan mengelirukan umat islam yang terperangkap dalam buaian jiran mereka yang disangka tidak perlu diwaspadai, walhal itulah dia yahudi asli yang taat beragama dan sememangnya lahir dari tanah tumpah darah bani Ishak dan Yaakob di sekitar Iraq membawa ke Palestine.
Yahudi islam tiru tiruan ini kami kenalkan sebagai umat islam syiah yahudi yang berpengkalan di negara Iran keseluruhannya kecuali beberapa kerat dari mereka yang akan bertaubat dan menyedari penipuan yang dilakukan oleh para pemimpin mereka nanti.
Kekecohan di Syria bukanlah dicetuskan untuk mendapat keamanan dan keadilan daripada pihak pemerintah Syria.

Ianya adalah pertentangan konflik di antara orang Islam (Golongan Abdal) dengan orang Islam (kelompok As-Sufyani) di mana golongan Ruwaibithah menjadi punca segala kezliman. 

Punca Tragedi di Myanmar.

Ianya bermula apabila berlaku salah faham mengenai insiden rogol bunuh seorang wanita kaum Rakhine beragama Buddha, Di mana puak Bengali (imigran Bangladesh) di tuduh melakukakann. Menyebabkan serang ke atas sepuluh orang Rohingya di dalam bas dan mengakibatkan kematian. 

Bermula lah siri serang balas. Di mana ada bukti-bukti menunjukkan pihak keselamatan Myanmar turut terlibat dalam pembantaian Rohingya. Kanak-kanak turut di bunuh. 

Puncanya kerana sikap melampau dan ekstrimis agama dan diskriminasi kaum. 

Isu Tema Kemerdekaan & BERSIH 4.0.

Manakala di Malaysia pepuak ekstrimis agama dan cauvinis rasis yang di bantu kuat oleh pepuak gampang budu mahu menyebar luas kan fahaman As Sufyani dan tragedi konflik agama dan kaum di Malaysia melalui tema kemerdekaan yang berbeza dan BERSIH 4.0 pada malam sambutan Hari Kemerdekaan.

Bagi Melayu yang tak makan budu bangkitlah dengan semangat kental yang utuh menyakini bahawa assobiyah budu tak mampu menyatupadukan semua Melayu. Tapi Sumpah Pulau Tawar mampu menyatupadukan semua Melayu.