Khamis, 16 Ogos 2012

SYAWAL DATANG LAGI !!!! DUM !! DUMM! BUNYI MERCUN.


Di Malaysia kita mampu merayakan kedatangan Syawal dengan bunyi mercun.......

Tapi di Syria dan di Myanmar ........ mercunnya berbunyi lain daripada bunyi mercun kita 






Di Syria ... umat Islam berperang sesama sendiri membunuh sesama sendiri dan menumpahkah darah sesama sendiri. 

Di Myanmar ... umat Islam di umat Islam di kerat-kerat dan bunuh oleh golongan ekstrimis agama Myanmar. 

Dua contoh umat Islam di dua buah negara berbeza. 

Di Malaysia pula ada golongan macam di Syria dan macam di Myanmar.

Apakah kita yang mempunyai akal fikiran tidak mahu berikir ?

PUAK GAMPANG BUDU BANTU KIT SIANG HALANG TANDA PUTERA


Beratus kali puak cauvinis rasis ala komunis DAP cuba memadamkan sejarah tragedi 13 Mei 1969. Mereka tidak mahu generasi yang lahir selepas 20 tahun dan 30 tahun merdeka mengetahui sejarah sebenar puak DAP Kit SIang mencetuskan tragedi 13 Mei 1969 berdasarkan kejayaan pengalaman PAP pada tahun 1964.  Tapi Kebenaran tetap juga akan caranya tersendiri untuk diketahui. 

DAP cauvinis rasis komunis tidak pernah sekalipun memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas kecurangan dan kejahatan mereka mencetuskan tragedi 13 Mei 1969. Sebaliknya mereka berusaha memperalatkan puak politik gampang budu untuk menutup kebenaran 13 Mei 1969. Jangan takut membicarakan tragedi 13 Mei. 

Kita membicarakannya kembali kerana kita tidak mahu pepuak cauvinis rasis dan puak gampang budu bertindak sekali lagi menghancurkan negara ini dan pembinaan negara bangsa Malaysia. 


DAP cauvinis rasis ultra kiasu komunis dan puak politik gampang budu tidak pernah serik dan tidak pernah mahu mengendur. Mereka tetap mahu memperjuangkan agenda politik gampangan murahan. Modal politik gampangan mereka ialah tajuk-tajuk rasisma dan agenda kristianisasi. 

Selagi umat Melayu yang di peringkat bawahan masih mahu menuruti dan mengikuti perbalahan politik selagi itulah kejahatan akan tersebar luas di bumi bertuah ini.

Apabila umat Melayu kembali mengingati dan menyoroti tiga perkara keturunannya, warisan keilmuannya dan warisan ketuhanannya maka terbuka pintu perpaduan. 

Bila terbuka pintu perpaduan maka terbukalah pintu kemaafan,

Terbuka pintu kemaafan maka terbukalah pintu mengembalikan hak masing-masing.

Bila hak-hak sudah dikembalikan ke tempat asalnya maka terbukalah pintu Rahmat seluas-luasnya.

Tidakkah tu yang diingini oleh kepimpinan tertinggi UMNO melalui wasatiyyah dan 1 Malaysia?

PUAK GAMPANG BUDU KAUT UNTUNG RAMPAS TANAH RAKYAT SELANGOR RM250 JUTA.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1.Pada Februari 2012,MB Selangor telah mengakui bahawa kerajaan Negeri telah merampas tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.Beliau juga dengan tegas mengakui bahawa ini adalah salah satu tindakan penguatkuasaan kerana pemilik tanah tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Bagaimanapun,kenyataan oleh MB itu mengundang lebih banyak persoalan dan ianya begitu mencurigakan.

3. Pada 4 Ogos 2011, pihak Mahkamah telah menetapkan bahawa tanah itu dimiliki secara sah oleh SAP Holding Berhad (anak syarikat KHSB.Namun begitu,tanpa menghiraukan arahan mahkamah,pada 25 Ogos2011,tanah yang bernilai RM250 juta ini dirampas oleh Kerajaan Negeri tanpa alasan yang kukuh. Majoriti pemegang saham KHSB tidak dimaklumkan mengenai perkara ini.

Persoalannya,

a) Kenapa tanah itu dirampas setelah mahkamah memberikan kuasa kepada SAP Holding sebagai pemilih yang sah?

b) Apakah status sebenar tanah itu? Adakah tanah pembangunan atau tanah pertanian?

c) Jika benar berlakunya aktiviti perlombongan haram di tanah tersebut,kenapa tiada tindakan dikenakan terhadap pihak yang melombong dan kenapa selepas lebih setahun berlaku baru tindakan merampas tanah dilaksanakan?

d) Adakah pihak kerajaan negeri membuat pengumuman kepada pihak Bursa Malaysia berhubung rampasan tanah tersebut?

e) Apakah status tanah itu sekarang ini? Adakah aktiviti perlombongan di tanah tersebut benar-benar telah terhenti?

4. Pada 15 Nov 2011,Raja Idris yang juga Pengerusi KHSB telah mengarahkan CEO KHSB, Hashim Kamil Harun supaya membuat rayuan di PTD Gombak walaupun beliau maklum bahawa rayuan sepatutnya dibuat di Mahkamah tiga bulan dari tarikh berlakunya rampasan.

5. Kemudiannya pada 24 Nov 2011, Raja Idris mempertahankan arahan beliau supaya tiada rayuan dibuat di mahkamah berdasarkan keputusan Lembaga Pengarah,namun begitu,tiada sebarang arahan yang ditunjukkan berhubung keputusan Lembaga Pengarah tersebut.

6. Pada 18 Jan 2012,selepas tempoh tiga bulan berakhir,CEO KHSB sekali lagi menulis surat kepada PTD Gombak kononnya inginkan penjelasan berhubung rampasan tanah tersebut.

Persoalannya,

a) Kenapakah Pengerusi KHSB tidak bersungguh-sungguh mempertahankan tanah mereka yang bernilai RM250 juta itu?

b) Kenapakah Raja Idris tidak membuat rayuan di Mahkamah berhubung rampasan tersebut dan beliau seperti bersetuju dengan tindakan Menteri Besar merampas tanah itu?

c) Adakah Pengerusi KHSB berpakat dengan Kerajaan Negeri untuk melepaskan tanah tersebut? Sehingga kini,pemegang saham minoriti masih belum mendapat penjelasan berhubung kehilangan tanah yang bernilai RM250 juta itu.

d) Adakah ini konspirasi antara Pengerusi KHSB dan MB Selangor untuk merampas tanah bernilai tinggi bagi kepentingan peribadi mereka?

7. Persoalan yang ditimbulkan ini perlu dijawab oleh pihak Kerajaan Negeri dan KHSB sendiri. Kami percaya mungkin ada berlaku penyelewengan dan rakyat Selangor sendiri berhak untuk mengetahui kemana hilangnya tanah yang bernilai RM250 juta itu. Adakah ada pihak yang mendapat untung dari rampasan tersebut? Dan adakah ia juga sebenarnya berkaitan dengan pendedahan pembelian tanah bernilai jutaan ringgit yang hangat diperkatakan sekarang ini?

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

PUAK POLITIK GAMPANG BUDU AGIH TANAH RM250JUTA.

alt

SHAH ALAM 15 Ogos - Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed menyelar tindakan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan tidak telus dalam pengurusan pentadbiran negeri.

Berhubung isu rampasan tanah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) bernilai RM250 juta, Mohd Zin menegaskan berlaku penyelewengan yang dilakukan kerajaan negeri dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kenapa tanah dirampas sedangkan ia pemilikan sah. Jika benar berlaku aktiviti perlombongan haram, kenapa tiada tindakan terhadap penceroboh? Setelah setahun baru nak ambil tindakan." katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam pagi tadi.

Tambahnya lagi, perkara tersebut membuktikan kerajaan negeri tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu tanah bernilai jutaan ringgit itu.

Beliau juga mempersoalkan tindakan rampasan tanah berkenaan seolah-olah Pengerusi KHSB bersepakat dengan kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi.

"Ia perlu dijawab oleh kerajaan negeri dan KHSB. Kami percaya ada berlaku penyelewengan. Kemana hilangnya tanah bernilai RM250 juta?," tegas beliau.

Sebelum ini pada Februari 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mengakui bahawa kerajaan negeri telah merampas tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta di Gombak yang sepatutnya dimiliki oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) atas alasan berlakunya perlombongan haram.

sumber KLPOS

PUAK BUDU BANTU KHALID G DALAM ISU AIR.


Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mempunyai pegangan saham 15% dalam SYABAS.Seorang wakil KDEB pula diletakkan dalam senarai Lembaga Pengarah SYABAS.Jadi,apa-apa sahaja di dalam SYABAS akan diketahui oleh Kerajaan Negeri Selangor,memandangkan KDEB adalah mata telinga Kerajaan Negeri Selangor.Apabila Pengarah KDEB,Suhaimi Kamaruzzaman mengeluarkan surat arahan kepada pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada hanya 120 juta gelen sehari,tindakan ini menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong,memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang membekalkan air terawat kepada kawasan-kawasan sekitar,termasuklah Kajang dan Balakong.

Justeru,apabila Penyelaras Barisan Nasional Selangor, Ir. Zain Mohamed bertanya apa justifikasi yang digunakan oleh KDEB untuk mengeluarkan surat arahan kepada ABASS penyekatan bekalan air terawat itu, Kerajaan Negeri Selangor yang banyak bercakap tentang SYABAS dan rasa tanggungjawab mereka sehingga perlu mengambilalih SYABAS, perlu memberikan penjelasan berhubung perkara ini.Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ir. Zain Mohamed dalam kes ini wajar dijawab oleh Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor.

1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya ingin mensabotaj rakyat Selangor dengan penyekatan berkenaan?

2. Kenapa pula SYABAS yang dipersalahkan sedangkan masalah di Balakong dan Kajang berpunca daripada ABASS?

3. Siapa yang mengarahkan Suhaimi bertindak mengeluarkan surat arahan kepada ABASS?

Lebih memalukan lagi sekaligus menimbulkan pertanyaan lebih besar ialah,mengapa KDEB menggunakan saham 15% dalam SYABAS untuk dicagarkan kepada bank bagi mendapatkan pinjaman RM250 juta dan ke mana hala wang berkenaan dibelanjakan? Adakah itu sebenarnya punca yang menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor dan Khalid Ibrahim bermati-matian mahu mengambilalih SYABAS bagi menutup lubang kejahatan mereka? Sehingga sekarang,Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat masih belum dapat menjawab tentang 234 projek industri yang terpaksa ditangguhkan ekoran masalah air di Selangor.Malah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor yang terus-menerus mengatakan air bukanlah masalah di Selangor sebaliknya hanya isu ciptaan UMNO-BN,gagal menjawab isu ini dengan baik dan berkesan.

Rani Osman,Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan bahawa isu air tidak boleh digunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor. Kesilapan terbesar kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang banyak bercakap dengan lidah DAP! Isu air bukannya isu UMNO sebaliknya ia adalah isu rakyat tanpa mengira sebarang fahaman politik yang mereka anuti. Menyatakan bahawa isu air yang sedang menjadi masalah kepada sebahagian besar rakyat Selangor sebagai isu UMNO dan Barisan Nasional merupakan perkara paling celaka yang diusahakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebenarnya yang menjadi celaka yang menyusahkan rakyat dan penduduk Selangor.

Masalah air tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak bermain politik dalam hal yang menjadi hak asasi penduduk dan rakyat Selangor.Bagaimanapun,Pakatan Rakyat lebih gemar menjadikan isu ini sebagai isu sensasi yang memperlihatkan bagaimana murahnya hati Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma,walhal pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor berhutang untuk memberikan air percuma.Kes Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS masih lagi tergantung di mahkamah.Mungkin bagi para pemimpin Pakatan Rakyat, mereka boleh mendabik dada dan berbangga kononnya,Kerajaan Pakatan Rakyat sanggup bermati-matian dalam usaha memberikan air percuma kepada rakyat.Tetapi persoalan yang tidak pernah dijawab oleh Pakatan Rakyat ialah, bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat menjelaskan hutang-hutang berkenaan? Adakah dengan mengambilalih bank dan berarak di jalan raya dalam usaha mendesak bank yang Kerajaan Negeri Selangor berhutang, diserahkan kepada Selangor,sepertimana yang dilakukan terhadap SYABAS? Atau sebenarnya Selangor akhirnya menjadi sebahagian daripada ‘anak syarikat’ bank terbabit setelah gagal membayar hutang-hutang? Atau yang paling teruk, seperti diamalkan sekarang iaitu menaikkan cukai pintu dan tanah dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor mengumpulkan semua dana bagi membayar segala hutang-hutangnya? Tidakkah semua tindakan tersebut akhirnya menjerumuskan rakyat dan penduduk Selangor kepada sesuatu yang lebih buruk berbanding sedikit kebaikan iaitu air percuma?

Sumber : Badut Rakyat