Ahad, 12 Ogos 2012

BUDAK KECIL KELANTAM MAIN API.


SALAH satu lagu yang menjadi fobia kepada Kit Sialan ialah 'Anak Kecil Main Api'. Lagu ini sebuah lagu patriotik yang mendalam maksudnya. Hanya mereka yang matang sahaja mampu menterjemahkan lagu tu ke dalam tindakan. Mereka yang masih kebudakan peel nya seperti kebanyakan ketua-ketua cawangan impot cap budu ketereh tak mampu nak menterjemahkannya. Ramai yang bangang tapi nak ngaku lebih pandai daripada DS Najib dan jemaah menteri. Lagu itu juga turut menjadi fobia kepada beberapa orang ketua cawangan dan pemimpin impot cap budu ketereh Selangor.

Selepas tragedi 13 Mei 1969, PAS dan UMNO berjaya dipadukan di dalam BARISAN NASIONAL. Pada 1970an pada waktu anak kelahiran Cerok Tok Kun mula buat peel gampangnya menyebabkan hubungan silaturrahim itu berjaya dipecahkan oleh ABIM di bawah teraju dari Cerok Tok Kun. Sejak itulah, budak-budak kecil Kelantam mula bermain api sehingga sekarang. 

Perpecahan umat Islam dalam politik disebabkan pepuak PAS Kelantam bermain api. Ini membawa pengaruh besar kepada mentaliti orang Kelantam bila mereka berhijrah ke luar Kelantam. Apabila ada di antara mereka menjadi ketua-ketua cawangan di Selangor peel gampang cap budu ketereh turut di bawa bersama. 

Kelompok ini baik di peringkat kepimpinan cawangan, dalam perkhidmatan awam dan di dalam grup siber memang kuat membodek. Mereka suka membaruakan orang lain. Segala peluang yang ada mereka sapu. Strategem yang mereka rancangkan pula semua bersifat bangang nak mampos. Mereka tak cerdik cuma perasan lebih cerdik daripada orang lain. 

Salah satu punca kekalahan UMNO Selangor pada PRU 12 bukanlah kerana 'Batang Penyapu' tetapi kerana 'Botol Budu Cap Ketereh' impot. Pepuak ini membawa budaya Politik gelandangan bersifat Gampang Barua. 

Bagi memastikan sepenuhnya perpaduan di kalangan umat Melayu Islam di negara ini, pepuak budak kecil Kelantam perlu ditransformasikan terlebih dahulu, Mereka perlu dipulihkan dari Semangat Gampang Barua. Mereka perlu dibimbing ke arah kematangan berpolitik. 

Pepuak ini juga perlu ingat bahawa jangan fikir gedebe mereka sahaja kerana gedebe orang lain juga ada. Mengkritik pepuak berok dan kera Politik gampang barua tidak akan menjejaskan peluang BN nak menang di Selangor. Tapi membiarkan puak berok dan kera Politik Gampang Barua akan menjejaskan peluang BN nak menang di Selangor.

POLITIK MATANG BUKAN POLITIK GAMPANG BARUA.

Paska PRU 12, setelah kehilangan empat buah negeri barulah kita mendengar terma-terma  POLITIK MATANG dan POLITIK BARU. Istilah-istilah yang sebelumnya begitu asing kepada kita. Kini istilah-istilah itu dipantakkan ke lubang telinga kita setiap hari selama empat tahun. Macam-macam tafsiran diberikan. Malangnya sehingga ke hari ini, 222 orang ahli Parlimen dan 505 ADUN yang ada masih di peringkat POLITIK GAMPANG BARUA. 

Gampang dalam bahasa Melayu bermakna anak luar nikah. Dalam bahasa Indonesia bermakna "Mudah" "Senang". Politik Gampang Barua ini ringkasnya bermakna Politik agresif bersifat destruktif yang mengambil jalan mudah dan senang untuk menang dan membaruakan rakyat.

Segala para jejuak, cacai, balaci, barua dan jadham kepada pemimpin-pemimpin kecil di peringkat caawangan dan bahagian masih bersikap gampangan kebaruan. Terbantutlah perkembangan minda rakyat dengan pelbagai asakan isu-isu bangang-bangang belaka. 

Walhal pentadbiran DS Najib sudah pun memperkenalkan Polisi Transformasi Kerajaan (GTP). Memberikan garispanduan keberkesanan melalui NKRA dan NKEA. Memperkenalkan KPI bagi mengukur sejauhmana kejayaan dan pencapaian ahli politik berbayar gaji dan elaun yang menikmati pelbagai jenis sedekah permit AP melaksanakan fungsi yang diamanahkan kepada mereka.

Kesemuanya ini bagi mencipta bibit-bibit budaya Politik Matang. Agak malang kerana masih ada segelintir pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian agak enggan bertransformasi. Kelompok kecil pengacau tersebut masih mengamalkan politik gampangan barua. 

Ada sesetengah ketua cawangan bergiat aktif dalam grup pejuang maya untuk menaikkan populariti mereka. Ada yang membela 'polong-polong Tak Bertuan' dan ada yang pergi lebih jauh dari itu dengan memperhambakan para pejuang maya untuk kepentingan diri dan poket mereka sendiri. Inilah bahayanya budaya Politik Gampangan Barua. 

Kadangkala mereka ini turut di bantu oleh pegawai-pegawai kerajaan (ada la sekur dua berok yang begitu) yang nampak 'lobang duit' untuk memperhebatkan KPI mereka. Bukan sahaja berlaku di pihak BN tetapi turut berlaku di pihak Pakatam. Kelompok ini cukup pandai berlakun dan memainkan peranan mereka. Gerak kerja kelompok tak bertanggungjawab ini seringkali menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan yang jujur dan komited di anak tirikan. 

Mereka tidak membantu membina satu masyarakat wasatiyah yang sihat kepala otak dan bersikap sederhana. Apa yang berlaku ialah pembinaan kepala otak memberontak dan sikap agresif yang destruktif.. Mereka membina rangkaian yang mampu memperbodohkan rakyat dalam apajua isu-isu bertaraf sampah dalam bentuk gosip liar dan persepsi bahlol. Tidak ada isu yang diselesaikan mahupun sebarang jalan penyelesaian mantap diberikan. 

Amat jarang kita melihat dalam sebarang isu berbangkit ada mempunyai jalan penyelesain terbaik buat semua pihak berdasarkan semangat perpaduan dan kerjasama. Yang ada hanya mengajar rakyat salahkan pihak itu dan salahkan pihak ini. Yang ada hanya serangan-serangan agresif berbentuk dendam peribadi yang menuju kepada kehancuran. Ini tidak membina dan mendidik rakyat berpolitik secara matang. 

Kita sudah mencapai kegemilangan pada tahun-tahun 80an dan 90an dan sedang menuju ke puncak gemilang. Menyedari hal itu pentadbiran DS Najib sedar bahawa perlunya membawa rakyat kepada budaya Politik Matang dan bukan mengekalkan status-quo dalam politik gampangan barua. 

Membangkitkan dan mencetuskan suatu kesedaran di kalangan rakyat jelata peri pentingnya Politik Matang memerlukan suasana kondusif. Ini boleh dicapai bila mana budaya Politik Gampangan Barua di buang terus.

Politik Matang mengajar kita bagaimana hendak menyalurkan pendapat dan meluahkan ketidakpuashati secara kontstruktif (membina). Tidak berpihak dan tidak cenderung dengan motif-motif berniat jahat dan curang seperti demonstrasi BERSIH. 

Salah satu unsur terpenting dalam Politik Matang ialah mengurus perbezaan pendapat dan mengimbangi segala kepentingan berbeza-beza. Bagi mencapai itu pemimpin dan rakyat mestilah diajarkan mengenai nilai pengorbanan dan saling berkorban kepentingan diri sendiri demi kepentingan umum yang lebih besar. Sanggup mendengar dan sanggup pula berusaha bagi mencari dan melaksanakan solusi kepada permasaalahan. Meninggalkan terus budaya cabar-mencabar di antara satu sama lain. Londeh melondehkan di antara satu sama lain. Tak mendatangkan sebarang faedah yang membawa manafaat kepada orang ramai jika diteruskan begitu. 

Politik Matang memerlukan rakyat dan pemimpin mempunyai ilmu tinggi. Di samping berpengalaman luas serta pernah melakukan apa yang dituturkan. Bukan hanya beretorik mengenai teori sahaja. Adalah mustahil bagi rakyat dan pemimpin negara ini mencapai kegemilangan jika masih beretorik dan bergantung harap kepada barua-barua mencipta isu-isu bagi menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat. 

Jika kelompok tersebut gagal melaksanakan apa yang diimpikan oleh DS Najib maka kitalah sepatutnya mengambil tanggungjawab itu dan mengajar kelompok tersebut erti sebenar Politik Matang. 

Wajarlah bagi kita melepaskan diri daripada Budaya Politik Gampangan Barua. Mulakan langkah dengan tidak menjadi barua kepada sesiapa pun seperti PAS menjadi barua kepada DAP kafir harbi. Manakala Dewan Ooolamah PAS menjadi gampang kerana membisu seperti setan bissu' dalam soal akidah dan silaturrahim.

SEMANGAT JUANG YANG TAKDE PADA DEWAN OOOLAMAK PAS.


KHALID IBNU WALID (bukan Khalid G) merupakan salah seorang Jeneral Perang kaum muslimin yang tak pernah kalah dalam mana-mana medan perang samada yang kecil atau yang besar. Satu kejayaan yang amat besar yang tak pernah dicapai oleh mana-mana Jeneral Perang 
Semangat Juang nya amat tinggi jauh berbeza dengan semangat juang DEWAN OOOLAMAK PAS yang lebih suka menjadi Setan Bissuu' 
Bukan Hamba yang kata tapi seorang bekas orang kuat PAS yang kata !

DEWAN OOOOLAMAK PAS SETUJU BUBAR PAS.


Ketua Dewan OOOOLamak PAS Harun Taib yang jadi Bahan Jenaka Oleh DAP Kapir Harbi.

Tahukah anda berapa ramaikah Pemimpin PAS yang menjadi Ahli Parlimen dan ADUN selama ini? Yang tanpa segan silu makan 'Duit Haram' hasil kutipan cukai pembayar cukai? 

Tahukah anda bahawa nama BARISAN NASIONAL diberikan oleh bekas Presiden PAS arwah Dato' Mohd Asri dan arwah Tun Abdul Razak selepas Kit Sialan cetuskan pertumpahan darah sesama rakyat dengan kerjasama komunis pada 1969?

Tahukah anda bahawa Dewan OOOOlamak PAS pada masa itu memutuskan Hukumnya WAJIB masuk BN? Tapi selepas Tun Razak meninggal dunia, silatturrahim itu diputuskan gara-gara tindakan rakus Pok Nik nak jadi Menteri Besar Kelantam?

Tahukah anda bahawa hanya tinggal dua orang pemimpin PAS yang tahu kisah tersebut (Pok Nik) tetapi menyembunyikan kebenaran itu daripada pengetahuan ahli dan penyokong PAS kerana tamakkan KERUSI EMPUK PUTRAJAYA??

Tahukah anda bahawa ramai pemimpin PAS yang ada sekarang adalah  Orang Baru yang tak tau cerita lama PAS dan perjuangan PAS ?

Tahukah anda bahawa Dewan OOOlamak PAS sudah hilang kredibiliti dan kewibawaan mereka?

Taraf Dewan OOOOlamak PAS Pusat dan di semua negeri-negeri sudah sama dengan taraf Dewan Makan. Yakni hanya memastikan segala pembohongan PAS boleh di makan  dan di telan oleh orang Islam. Halal atau Haram tu bukan persoalan utama. Janji masyuk dan boleh pergi ke Putrajaya. 

Pemimpin-pemimpin muda PAS sudah tidak lagi mendengar nasihat dan pendangan Dewan OOOlamak PAS sendiri. 

Oleh itu lebih baik lah PAS ni dibubarkan sahaja kerana menurut salah seorang bekas orang kuat PAS, DEWAN OOOLAMAK PAS kini sudah menjadi Setan Bisu!