Khamis, 12 Julai 2012

Anwar Ibrahim Nikah Dengan Wan Jijah Takde Rekod ?

Hanya gambar Ini Sahaja Yang ada Sebagai Album Pernikahan Akaq Wan Jijah & Bang Nuor Berahim. Kenapa ?

" Aku cabar anak-anak muda yang sokong Anwar Ibrahim tunjuk kepada aku di mana Album Perkahwinan Anwar Ibrahim dengan Wan Azizah" katanya dengan bersungguh-sungguh. 

"Anak muda penyokong Anwar Ibrahim tak tau cerita ini" sambungnya.

" Masa Anwar Ibrahim pergi jumpa dengan bapak Wan Azizah untuk pinang Wan Azizah. Kau tahu apa bapak Wan Azizah buat ? Dia hala muncung senapang kepada Anwar Ibrahim! Sebab tulah Anwar Ibrahim nikah sembunyi-sembunyi dengan Wan Azizah. Diaorang kahwin takde rekod tau. Jadi macamana Wan Azizah nak mohon cerai ?"

Betul juga kata abang yang hamba ketemui dan interbiu dua hari lepas di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Betul juga kata abang berkenaan. Bukannya Wan Azizah itu suka sangat dengan Anwar Ibrahim tetapi bagaimana Wan Azizah hendak bercerai jika rekod pernikahannya dengan Anwar Ibrahim tak ada? 

Turut didedahkan ialah mengenai kedua tertuduh anggota UTK dalam kes Altantuya. Katanya keduanya tu pernah menjadi ADC kepada Anwar Ibrahim." 

" Tak mustahil Anwar Ibrahim yang merancang segala-galanya. Anwar Ibrahim mungkin menjanjikan habuan besar dan jawatan tertinggi kepada pihak-pihak yang terlibat, kalau tak bagaimana bahan letupan mudah didapati oleh keduanya?"

"Anwar Ibrahim ni pandai cakap. Orang pandai cakap memang suka buat janji dan orang mudah percaya" kata abang berkenaan bersungguh-sungguh. 

"Semua orang Anwar Ibrahim yang terlibat dedahkan lokasi pembunuhan, cerita Altantuya dan sensasikan isu itu.Mana ada orang lain pun " Betul juga kata abang tu. 

Sebenarnya dah lama Hamba mencari mana-mana individu untuk mengesahkan cerita-cerita tersebut. Akhirnya Hamba dapat ketemui juga orang yang boleh mengesahkannya. 

Hamba berpeluang untuk bertanya mengenai RM50 bilion yang di bawa oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi menteri Kewangan. Katanya, Anwar Ibrahim dengan licik berjaya mengaburi mata Gabenor Bank Negara melalui sekeping surat. Kemudian menalipon Gabenor Bank Negara secara lisan dengan menjual nama Tun Dr Mahathir kononnya tindakan itu datang daripada arahan Tun Dr Mahahtir.

" Kerana itulah not RM1,000 dan RM500.00 dah tak pakai lagi. Sebab itu lah juga Anwar Ibrahim kemaruk sangat nak menjadi PM" katanya.

Begitulah serba ringkas mengenai hasil siasatan Hamba mengenai beberapa isu-isu besar. Kita tunggu sahaja samada Anwar Ibrahim nak nafikan atau nak saman. Nak saman , samanlah. Apa nak dihairankan sangat. Apa yang penting ialah Selamatkan Negara Ini daripada Dajal Kecil Bernama Anwar Ibrahim.


PAPERWARIS & AAKJ Desak Rakan Ninja Encik Hambali Idris @ Naman Ali Osman Bin Idris.

[naman.jpg]
Rakan Kepada Ninja Khalil Afandi (arwah) 
HAMBALI IDRIS (akaun Fesbuk)  a.k.a NAMAN ALI OSMAN BIN IDRIS (nama sebenar)

Butiran Hambali Idris a.k.a Naman Ali Osman Idris 

Gambar Ninja Khalil Afandi @ Jaya Negara @ Ninja (arwah) dengan Hambali Idris @ Naman Ali Osman bin Idris semasa remaja.

Khalil Afandi Ini gambar kita.. aku dan Naman Ali Osman mahu menawan Malaysia.... seterusnya Dunia milik kita
Pengakuan Bertulis Ninja Khalil Afandi (arwah) Mahu Menggulingkan Kerajaan.

Nota di Fesbuk oleh Ninja Khalil Afandi @ Jaya Negara @ Ninja 

Nota 'MAHU BUNUH SULTAN SELANGOR' di Fesbuk oleh Ninja Khalil Afandi @ Jaya Negara @ Ninja Yang Agresif .. astaghfirullahal-adzhiim.

AAKJ dan PAPERWARIS mendesak agar Hambali Idris @ Naman Ali Osman Bin Idris membantu siasatan Polis berkaitan kejadian Ninja Mengamok di JPM. Dipercayai saudara Hambali Idris @ Naman Ali Osman bin Idris mampu membantu siasatan polis dan seterusnya menutup fail siasatan Polis.

Kepada mana-mana individu yang mengenali Hambali Idris @ Naman Ali Osman bin Idris diharapkan dapat memujuk beliau untuk membantu pihak polis. Kita perlu membantu polis untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Supaya pihak polis dapat segra membanteras kegiatan subversif yang mampu mengancam keselamatan negara. 

Alangkah baiknya jika ISA masih ada.