Khamis, 5 Julai 2012

KALI INI PRAPUKARI PULA MENGAMOK.


PANAS BERAPI! NIK AZIZ AKAN BERLARI BOGEL KALAU ANWAR BERHENTI DARI POLITIK!

Semalam Anwar Al Juburi kata kalau dia tak dapat bentuk kerajaan pada PRU 13 ni dia akan sambung mengajar orang cara-cara nak meliwat, susulan dari itu Nicky Ajis membuat kenyataan seperti berikut:

"Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dibantah oleh pemimpin tertinggi Pas.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam. Berita penuh baca sini"

maka terbuktilah betapa pokemaknya Nicky Ajis ni, dia tahu Anwar adalah peliwat danb Penzina tapi dia tetap nak Anwar sebab dia tahu tanpa pegurik jubor ni, susah PAS nak kawal DAP! Kerana kuasa politik Nicky haram Ajis harami ni sanggup perkudakan si peliwat.

Selebihnya baca di sini HOUSE PK 




DARI 222 KERUSI PARLIMEN DAP BERTANDING 89 KERUSI. PADAN MUKA PAS DAN PKR.


Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan PKR hanya akan bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan berbanding sebelumnya.

Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu.

Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap BN.

Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.

Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.

Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.

Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji.

Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.

PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya menang di 23 kerusi.

Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.

Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang.

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang.

Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS?

SENYUM .. ANDA DALAM REMAN 10 HARI UNCLE SEEKERS.


Uncle Seekers  telah ditahan reman selama 10 hari atas dakwaan menghina Sultan Johor dan Kerabat Di Raja Johor. Beliau yang terkenal dengan gelaran Uncleseekers telah sempat menulis 64 artikel/posting daripada 66 posting yang dijanjikan oleh beliau di dalam blog beliau, http://uncleseekers.blogspot.com/
- SUMBER PEMIKIR POLITIK JERANTUT. 

POLITIK OPIS & POLITIKING EKSTRIM TOK JANGGUT BERMAIN API DALAM SEKAM.

Menghormati Perbezaan pendapat adalah penting di dalam politik. Namun jika ianya hanya berdasarkan kepada persepsi dan bukti dengar cakap daripada pihak kedua dan ketiga maka ianya wajib di tegur. Politik opis dan politiking keterlaluan mampu mencetuskan syak wasangka yang tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa melainkan kepada pihak musuh. 

Sebelum ini hamba telah menegur dan mengkritik artikel di belog Sanggah Tok Janggut yang mula mencetuskan polemik dan berkemungkinan besar mampu membawa kesan negatif kepada kewibawaan DS Najib selaku Perdana Menteri dan Ketua di Jabatan Perdana Menteri. Malangnya Tok Janggut tetap berdegil mahu meneruskan persepsi-persepsi buruk mengenai 'Anwarista' dan Anwarinas yang tidak wujud pun di JPM. 

Pada pendapat hamba apa yang di tulis oleh Tok Janggut ialah mengenai kepentingan politik opis dan politiking keterlaluan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan Anwarista atau Anwarinas, suatu label yang digunakan bagi melabelkan pihak saingan di dalam perlumbaan opis politik dan politiking keterlaluan. 

Ianya begitu mustahil sekali apabila tindakan seseorang pegawai di dalam JPM yang tidak digemari dan disukai oleh saingannya dikatakan sedang menderhaka. Kita tidak mempunyai peluang untuk mendengar kisah dan cerita pihak yang dijadikan sasaran penulisan Tok Janggut. Kita sebenarnya hanya disajikan oleh Tok Janggut cerita gosip sebelah pihak sahaja. Sudah tentulah gosip tersebut berpunca daripada pihak yang menjadi saingan kepada individu sasaran di dalam penulisan Tok Janggut. Tapi buat masa ini kita berikan Manafaat Keraguan Kepada Tok Janggut Untuk Membutktikan Dakwaannya. Jika ternyata tidak benar maka Tok Janggut wajib memikul  tanggungjawab sepenuhnya di atas penulisan beliau tersebut. 

Sebelum ini Tok Janggut pernah memburukkan bekas Ketua Setiausaha Negara , Tan Sri Sidek Hasan dalam isu SBPA. Ternyata pendedahan oleh The Unspinners membuktikan tanggungjawab SBPA diletakkan sepenuhnya di atas bahu bekas KPPN Tan Sri Abu Bakar. Isu ini hampir menjadi duri dalam daging apabila mantan KPPN Tan Sri Abu Bakar mendakwa beliau ditamatkan perkhidmatannya. Walhal, perkhidmatannya memang dah tamat dan tidak dilanjutkan. Jadi beliau bukan diberhentikan dan/atau ditamatkan perkhidmatan beliau. 

Samalah halnya apabila Tok Janggut mula meniupkan persepsi mengenai sasaran penulisannya. Setelah membaca dengan teliti dakwaan Tok Janggut, Hamba dapati tidak ada asas dan setakat ini ianya hanya berbentuk gosip liar berdasarkan kepada gosip yang diterima olehnya. 

Hamba agak hairan apabila Tok Janggut cuba membina persepsi buruk sekumpulan pegawai yang diberikan amanah oleh PM untuk menapis calun-calun bagi pilihanraya. Ini sungguh merbahaya. Tok Janggut juga cuba membina persepsi seolah-olah beliau lebih tahu apa yang berlaku di JPM berbanding PM sendiri ! Melucukan !

Membuat dakwaan bahawa penyokong setia kepada DS Najib di JPM sebagai berpura-pura adalah sama perbuatannya seperti menikam DS Najib dari belakang. Mustahil DS Najib tak mampu mengenal siapa musuh, siapa kawan, siapa seteru, siapa berpura-pura dan siapa sahabat beliau. Semua yang bekerja di JPM sudah di tapis awal-awal dan di siasat latarbelakang mereka terlebih dahulu. Mustahil Tok Janggut lebih mengenali musuh DS Najib berbanding dengan DS Najib sendiri. 

Inilah bahayanya apabila politik opis dan politiking keterlaluan menjadi dasar kepada pendedahan Tok Janggut. Terutama bila dijadikan bahan ukur untuk melonjakkan populariti. Di samping mencari pengaruh untuk menaikkan kepentingan pihak yang bersaing di dalam politik opis dan melakukan politiking keterlaluan. 

Jika anda bertanya kepada hamba, sudah tentulah hamba akan berkata tindakan dan penulisan Tok janggut seperti bermain api dalam sekam. Hamba amat berharap agar Tok Janggut segera sedar mengenai perkara ini dan menghindarkan dirinya dari arus politik opis dan politiking. Lebih baik beliau tumpukan penulisannya yang bermutu itu untuk mendedahkan segala salahlaku pihak PAS yang diketahuinya.