Jumaat, 1 Jun 2012

KENAPA TMJ JOHOR DI SERANG SECARA TIBA-TIBA OLEH PAKATAN?

Tiba-tiba sahaja Nizar Sosialis menyebutkan mengenai pembelian plat nombor oleh TMJ. Angin takde dan ribut pun takde. Alih-alih Nizar Sosialis menyebutkan dalam twitternya mengenai pembelian no plat oleh TMJ. Kenapa? 
Apa sebabnya?
Siapa yang suruh?
Dari mana Nizar Sosialis tahu?
Ada sesiapa tahu?
Begitu terancang dan begitu teliti.
Kenapa TMJ dijadikan sasaran oleh Nizar Sosialis?
Nizar orang PAS.
Siapa orang kuat PAS di Johor?
Siapa pemimpin PAS yang di sebut-sebut sebelum ini sebagai calun Menteri Besar Johor?
Siapa pemimpin PAS yang rumahnya dan kenderaannya dikatakan di serang oleh molotov koktel?
Siapa pula pembocor maklumat di JPJ mengenai pembelian tersebut?
Kenapa PAS berminat dengan pembelian oleh TMJ?
Takkan pemimpin PAS tongong dan bahlol sangat mengenai kekayaan warisan turun-temurun kaum kerabat Sultan Johor?
Nizar Sosialis orang Perok .. yop!
Bukan orang Johor pun.
Tetapi kenapa Nizar yang sibuk pasal TMJ Johor?
Kenapa pemimpin PAS yang sedia ada di Johor tak berani nak keluarkan kenyataan tersebut?
Kenapa Nizar begitu berani mengusik TMJ ?
Ingat tak kisah Sultan Johor pernah menghalau proksi sebuah parti politik yang hendak merasuah baginda dengan wang tunai sejumlah RM3 juta?
Ingat tak selepas itu diletupkan sebuah kisah untuk memburukkan imej Sultan Johor?

Fikir sejenak. 
Puak Pakatan amat suka dan sentiasa mahu membangkitkan semula peristiwa-peristiwa hitam negara. 
BERSIH cuba membangkitkan semangat HARTAL 1948 dan Tragedi 13hb Mei 1969 serta ARAB SPRING.
Pakatan adalah copycat kepada semua perkara-perkara yang pernah mengegarkan negara.

Sebelum itu Rafizi keluarkan kenyataan menghina YDPA dalam kenyataanya menghentam BAFIA.
Sebelum itu Pakatan melaungkan KETUANAN RAKYAT yang sama dilaungkan di Sumatera Timur pada 1946 yang mengakibatkan para Sultan dan kaum kerabat mereka di bunuh secara beramai-ramai.
Lenyaplah tiga buah kesultanan Melayu di Sumatera Timur hanya dalam satu malam sahaja.

Krisis Perlembagaan pada tahun 1988 berpunca dari aduan seorang jurulatih hoki.
Kemudian DAP membuat gila mengenainya.
Ianya berpunca dari Johor.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. 
Pakatan mempunyai Agenda yang amat merbahaya dan terlalu merbahaya terhadap negara.
Kita boleh kehilangan MALAYSIA kerananya.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU