Rabu, 16 Mei 2012

HELO .. HELO .. OTAI NAK BODEK & JILAT GOMO SAMPAI LICIN JANGAN JELES YEAK.

BERMULA dari video klip terbitan kumpulan yang menamakan diri mereka BANGKANG DARI LONGKANG yang mendapat 'DISLIKES' lebih banyak dari 'LIKE' muncullah artikel Gomo mempersoalkan kenapakah ianya boleh terjadi sedemikian? Pertanyaan itu ditujukan kepada UMB. Selepas itu bersusun-susunlah artikel-artikel balas dari bala tentera UMB ( yang kroni dekat-dekat je dengan pelbagai nama blog - penulis sama je sonang nak dapek lobih ). 

Artikel-artikel balas mengkritik kembali peranan Gomo dan gaya penulisan Gomo and da Gang. Ok lah. No hal pun. Kita tanya soklan orang kutok kita , tu budaya biasalah dalam sesetengah khemah pengamal media sosial. Malah ada juga sinikal mengkritik dan menghentam Kempen Makan Aiskrim 'Duduk & Jilat 1.0' (sebuah parodi sinikal berbentuk komedi lebih gelap dari gelap tapi secara hidup bukan secara klip-klip video.. dapat makan aiskrim percuma lagik) Itulah perbezaan yang amat jauh ketara di antara pengamal media sosial khemah-khemah dalam UMNO. UMB cuma lakukan kempen-kempen yang bersifat selamat seperti 'Aman Kampus' manakala puak otai nie memang ganas lah. 

Ini disebabkan puak otai ini tidak dilahirkan oleh mana-mana program UMNO atau UMB. Otai ada dulu lor sebelum UMB. Ha ha ha ha....... Kami puak otai ni lahir dari kesedaran hati nurani. Takde bayaran pun. Kami tak mintak ....orang nak beri. Takkan nak tolak rezeki pulak. Pok Nik pun sanggup terima kek cokelat dan pakej umrah. Contohnya macam hamba la. Masa tengah bangkit lawan arus fitnah pembangkang memang lah ada jemputan untuk sertai penubuhan UMB di Putrajaya. Tapi hamba buat duno je lah. Masa itu ambo fikir eloklah UMNO satu pasukan khas melatih tunas-tunas muda pertahankan agama bangsa dan negara dari pengkhianat Pakatan Rakyat anak Qorun.

Cuma apabila sahabat hamba nama AAKJ mula ajak ramai-ramai bergerak di bawah satu kumpulan perkhidmatan percuma di talian bernama NADI RAKYAT , hamba pollow je la. banyak juga lah bloger-bloger tunas muda UMB yang pernah hamba up kan kat fesbuk agar lebih ramai membaca blog mereka.Tapi biasalah bila dah pemes nak tegur kita pun payah dah. Tapi tak mengapalah siapolah orang tua beruban nie kan. Lainlah kalu ambo ni KSU ke Pengarah Agensi ke, Ketua Jabatan ke, atau Pegawai Khas Menteri yang pegang duit. Kalu ambo camtu baru nampak bayang-bayang ambo dah terasa tangan di cium rapat.

Beginilah , sebenarnya ambo nak nak sampaikan pesanan lah kepada anak-anak tunas muda UMB nie (yang otai-otai UMB takde masaalah sebab datang dari benih yang sama macam ambo), betul korang memang ada banyak lakukan program dan sumbangan tapi itu tak bermakna korang tak boleh di tegur atau di kritik. Lagipun kenapa lah korang biarkan lelama 'dislikes' tu kat klip video Bangkang Dari Longkang tu. Patutnya dari awal lagi korang jentik semua telor-telor baru menetas dari sarang UMB untuk terus klik likes sampai beribu-ribu lemon. 

Takkan nak harapkan plak NADI RAKYAT. Kami pun banyak kerja lain nak buat. Beri kerjasama boleh tapi nak jaga tepi klip-klip video terbitan UMB bukanlah le tugas hakiki kami semua. Takat share dan terbitkan semula di fesbuk dan blog boleh ler... PERCUMA TAU. Korang yang terbitkan klip klip video tu dapat bajet... tapi bajet untuk yang tolong share dan terbitkan semula klip-klip video tu korang tak mintak plak .. he he he he.Ya lah PERCUMA LAH KATAKAN. Dapat maki hamun dan cercaan dari puak UMB dan cacai PR pun PERCUMA JUGAK.

Satu lagi kalau korang tak suko sangat dengan Papa Gomo sebab berjaya menghapuskan stigma bersih suci Anwar Ibrahim dan pepuaknya melalui pendedahan video-video seksual Anwar Ibrahim, takkan lah sampai korang hantam peribadi beliau. Patutnya korang setel kat luar je dengan Gomo. Tau lah si Anuar Deformed nak mamposkan semua otai-otai tegar macam kami sebab susah dia beliau nak kawal. Ya lah kami ni bukan asuhan dan didikan Anuar Deformed yang bercita-cita nak jadi KINGMAKER.

Paling elok ialah korang buat cara korang dan kami buat cara kami. Kami para otai ni dah lali sangat dengan segala benda. Buang ler peel angkoh dan sombong korang tur dalam tong sampah ke atau mana-mana tong taik. Kemudian jangan diikutkan dendam peribadi Anuar Deformed kepada Tun Mahathir Mohammed. Selamat berjuang untuk semua !

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
WA JILAT & BODEK GOMO JANGAN JELES TAU