Jumaat, 11 Mei 2012

SELAMAT ULANGTAHUN PENUBUHAN UMNO KE 66 !

 

Menyoroti kembali sejarah UMNO yang tertubuh pada 11hb Mei 1946 kerana Melayu bangkit menentang gagasan Malayan Union. Akhirnya, perjuangan itu membawa kepada kemerdekaan pada 31hb Ogos, 1967. Tidak terhenti setakat itu, kemerdekaan itu diperpanjangkan ke Sabah dan Sarawak serta Singapura. Lahirlah MALAYSIA. Namun begitu, Singapura keluar dari MALAYSIA pada 1965.

Pada 1988 mahkamah memutuskan untuk membatalkan pendaftaran UMNO kerana kes UMNO 11. Pada waktu itu kecoh lah sikit. Pendaftaran UMNO diperbaharui kembali pada tahun yang sama dengan majoriti ahli lamanya didaftarkan semula dalam UMNO (BARU). Kontroversi ini menimbulkan banyak hujahan  mengelirukan orangramai mengenai status UMNO sekarang. Persoalan yang biasa ditimbulkan ialah adakah UMNO Baru ini UMNO lama? Pada pandangan anda sendiri bagaimana?

Pada pandangan hamba, ianya adalah sama dan serupa kerana ahli yang sama perjuangan yang sama dan semangat yang sama. Diberikan kehidupan kedua yang baru. Mana ada mana-mana parti di dunia ini mempunyai kehidupan kedua pun? Hanya UMNO sahaja terbukti berjaya sampai kepada kehidupan kedua. Kita pernah mendengar berlakunya kes 'kematian klinikal' dalam istilah perubatan.Itulah yang berlaku kepada UMNO. Sukar bagi musuh orang Melayu memusnahkan dan mematikan UMNO. Itu sudah terbukti pada 1988.


Sepanjang 66 tahun UMNO sentiasa diberikan nafas baru dan suntikan semangat baru bersesuaian dengan kehendak masa. Ulangtahun ke 66 sebenarnya adalah ulangtahun memperingati bagaimana kaum Melayu bersatu di bawah satu panji dengan satu tekad, satu semangat dan satu suara.

Sambutan ulangtahun ke 66 yang bermula pada 1hb Mei, 2012 - 13hb Mei 2012 yang kemuncaknya selama tiga hari bermula pada 11hb Mei, 2012 - 13hb Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil adalah simbolisma mengumpulkan kembali orang Melayu Islam sepertimana pada tahun 1946 dahulu. Malah diharapkan ianya menjadi satu perhimpunan raksaksa perpaduan dan kesatuan Melayu Islam mengalahkan siri BUSUK. 

Berikut adalah acara majlis tersebut:-

Acara Sambutan Ulang Tahun UMNO 

8.45 mlm: 
- Penyerahan Bendera oleh YB DS DR Zahid & Pasukan bermotor
- Upacara menaikian bendera UMNO
8.55 mlm:
Ucapan YAB TPM

9.10 mlm:
Ucapan YAB PM
10.10 mlm
- Penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
10.20 mlm:
-Potong Pulut Kining
-Bunga Api

Bersurai

Jadi adakah anda mahu menilai sambutan ulangtahun sambutan ke 66 tersebut pada kacamata politik atau pada kacamata perpaduan dan kesatuan orang Melayu Islam ?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU 

12 HARI LAGI HIMPUNAN KE 10 TERBESAR .. JOM ADIK ABANG KAKAK.

 23hb Mei lagi dalam 12 hari je. Hari ini 11hb Mei 2012, ulangtahun ke 66 UMNO. Himpunan ini sudah diiktiraf sebagai Himpunan ke 10 Terbesar di dunia. Kalau tahun lepas sejuta lebih belia hadir, pada tahun ini dijangkakan lebih dari 2 juta belia dan pengunjung akan membanjiri setiap inci dan ruang yang disediakan. Selama lima hari sebanyak seribu persembahan, duapuluh dua persembahan pentas, lima ratus acara, tigapuluh lapan segmen dan acar paling ngetops ialah 6km bertemu belakang semua acara! 6km tu bersamaan dengan 6,000 meter. Kumpulan koir limkokwing 1 Malaysia pun turut hadir di program tersebut. Kalau sesiapa hendak bertemu muka lagi dengan mereka ... jangan segan silu hadirlah ke HBN pada 23hb Mei ini sehinggalah 27hb Mei ... Jom kita meriahkan suasana !