Ahad, 15 April 2012

'ABANG DBKL JANGAN AMBIL KHEMAH LAH KAMI TAKNAK BAYAR HUTANG !..HUHUHU'


MEDAN TAHRIR cuba di tiru dan dipertahankan sehingga 28hb April ini bagi persembahan terbesar BERSIH 3.0. Kanak-kanak yang berkhemah di Dataran Merdeka menuntut agar hutang mereka dilangsaikan kerana mereka malas belajar dan masuk kuliah. Mereka mahu maju ke hadapan. Mereka mahu melonjak ke depan. Mereka mahu jadi Hero. Mereka nak gambar mereka masuk dalam media asing. Mereka nak nama mereka terkenal. Semuanya gara-gara mereka TAK NAK BAYAR HUTANG! Masa ambil PTPTN mereka tak ada pula merungut kepada pegawai Bank mengatakan ianya adalah Zalim dan membebankan mereka. 


HARAKAH seperti biasa melapurkan berita separuh masak dan suku benar 100% kelentong. Kanak-kanak tak cukup umur walaupun berusia 18 tahun ke atas telah melanggar undang-undang mendirikan khemah di tempat yang tak sepatutnya. Oleh kerana ianya melanggar undang-undang di bawah kuatkuasa DBKL maka sudah tentulah DBKL mengambill tindakan. Seperti biasalah, kanak-kanak riang mempertahankan 'KHEMAH' sebab memasing takut terkencing malam kesejukan. Tak jantanlah kanak-kanak riang tersebut. Itu baru khemah di ambil dah gelabah berok belum lagi nak di suruh atau di saman ke mahkamah kerana sengaja enggan , lalai dan cuai membayar hutang PTPTN. Kalaulah betul kanak-kanak riang itu benar-benar pemberani dan betul-betul berjuang untuk tak nak bayar hutang, mereka sepatutnya menyerahkan saja khemah-khemah mereka kepada DBKL. Ternyata mereka lebih utamakan 'Kesejukan Malam' daripada 'Kehangatan Berjuang'. Lagipun depa ingat Dataran Merdeka itu tempat depa tidur baring ka? Kolej Kediaman dan hotel kan berlambak di KL. Dataran Merdeka itu di bina untuk kemudahan orang ramai juga. Kanak-kanak riang yang enggan membayar hutang telah menafikan hak orang lain untuk bersantai secara aman di Dataran Merdeka. Ada patut ka? Depa ni pekak ka?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

VIDEO PARA DEMONSTRAN ANTI PTPTN YANG MEMALUKAN PR DRAKULA.


MALAYSIA mempunyai banyak nikmat kepada rakyatnya. Tidak ada nikmat-nikmat tersebut di tahan kepada rakyat Malaysia selama ini. 
Manakala hak-hak rakyat sentiasa dipenuhi oleh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BARISAN NASIONAL. Banyak bantuan diberikan kepada rakyat. Bantuan diberikan sebagai ucapan terimakasih kepada rakyat yang turut menjaga keamanan negara ini dan hidup saling memahami antara satu sama lain. 
PTPTN adalah satu bentuk bantuan kepada rakyat agar semua mempunyai peluang untuk belajar di IPTA dan IPTS. Apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang menikmati bantuan kemudian mahu ianya dihapuskan , apakah mereka turut memikirkan mengenai orang-orang yang terkemudian daripada mereka?
Adakah adil kepada orang yang terdahulu yang telah membayar hutang PTPTN mereka?
300 orang para demonstran anti PTPTN sudah pun menikmati bantuan PTPTN. 
Adakah mereka mahu orang lain tidak menikmatinya ?
Kalau dah pinjam maka bayar lah balik.
Rata-rata pemerhati demonstrasi anti PTPTN mengelakkan diri daripada ditemuramah. 
Aksi penolakan spontan mereka amat jelas.
MEREKA JUGA TIDAK MENYUKAI DEMONSTRASI TERSEBUT.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU

DEMO ANTI PTPTN DIPENUHI UNSUR KHURAFAT.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan betapa unsur-unsur khurafat seperti kalungan bunga maut dan potret gambar adalah sama seperti mana-mana kepercayaan selain Islam. Malah ianya menyerupai amalan Syiah .





Kalungan Bunga Maut pula menyerupai amalan ritual agama Hindu. Perarakan potret menyerupai amalan Syiah. Beginilah caranya anak muda Melayu diselewengkan akidah mereka oleh pemimpin PR DRAKULA.
Hairannya, anak muda Melayu yang mendakwa mereka adalah golongan cerdik dan pintar kerana memaki hamun dengan menghina pemimpin sebangsa mereka tidak menyedari mereka diperdayakan sebegitu rupa.

Seperkara lagi, anak muda Melayu tersebut amat mudah tertipu dengan hasutan pemimpin Cina DAP agar menghina pemimpin sebangsa dan seagama dengan mereka.  Para demonstran tersebut perlu sedar bahawa keberadaan mereka di IPTA dan IPTS kerana PTPTN dan kuota Bumiputera di dalam Perlembagaan yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin sebangsa dan seagama yang mereka perhinakan di dalam perarakan Khurafat Tahyul anti PTPTN. 

Segala demonstratsi anjuran PR Drakula akhir-akhir ini tidak mendapat sambutan dan seringkali gagal mencapai matlamat dan sasaran yang dikehendaki. Sebaliknya, semua demonstrasi mereka menjadi tawar dan hambar. Ianya ibarat senjata makan tuan.

Buat lah lagi banyak-banyak demonstrasi. Lagi cepat PR Drakula mati.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS DI BULI SEKUTU