Ahad, 1 April 2012

BILAKAH PKR-DAP-PAS AKAN BERTAUBAT DARI MELAKUKAN FITNAH MEGA TOLOL?


Pekerjaan sia-sia (lagho) ialah menabur fitnah untuk menutupi kebenaran sesuatu perkara. Itulah yang dilakukan oleh persengkongkolan haram PKR-DAP-PAS dalam menyebarkan fitnah mega melalui media sosial di alam siber. Fitnah mega tersebut begitu jijik dan tidak mampu mendatangkan sebarang faedah kepada agama bangsa dan negara. Fitnah mega ciptaan PKR-DAP-PAS bermatlamat membangkitkan kebencian kepada UMNO,, BARISAN NASIONAL, DS Najib dan DS Rosmah semata-mata.

PKR-DAP-PAS semakin galak menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dengan persepsi negatif yang menggerunkan. Kononnya Barisan Nasional sudah terlalu lama memerintah dengan cara menipu, menindas dan menzalimi rakyat. Kononnya Barisan Nasional adalah korup. Jentera kerajaan adalah korup. Polis korup, SPR korup.Itu korup ini korup sampaikan makcik yang jual karipap pun korup juga

PAS menakut-nakutkan rakyat dengan janji surga dan neraka. Menakutkan rakyat dengan mati kafir dan mati dalam Islam. Menakutkan rakyat dengan soal assobiyah. Menakutkan rakyat dengan memperalatkan agama. Menakutkan rakyat dengan hudud. Menakutkan rakyat dengan kefahaman jika undi PAS di jamin surga. Walhal Islam itu mudah tapi bukanlah boleh dipermudahkan sepertimana yang dilakukan oleh PAS.

DAP menakut-nakutkan pengundi Cina melalui hasutan-hasutan halus dan berbaur perkauman tegar. Hasutan paling celaka yang disebarkan oleh DAP kepada komuniti Cina ialah jika undi Barisan Nasional undi itu adalah untuk orang Melayu.

Hasutan kedua paling celaka yang disebarkan oleh DAP ialah Melayu tanpa UMNO tidak akan terjejas kepentingan mereka. Bohong ! Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak (semasa DAP membonekakan PAS). Lihat sahaja bagaimana DAP menghasut persatuan Dong Zho membuat tuntutan-tuntutan yang melampaui batasan.

Hasutan ketiga paling celaka yang disebarkan oleh DAP ialah usaha sabotaj mereka terhadap polisi-polisi pengagihan kekayan negara di antara kaum.DEB dikatakan sebagai alat UMNO memperkayakan pemimpin dan pengikut nya sendiri. DEB dikatakan polisi menindas kaum Cina. Walhal kaum Cina semakin hari semakin menguasai bidang ekonomi.Kalau betul dakwaan DAP tersebut sudah tentu pada hari ini setiap bidang ekonomi dikuasai oleh orang Melayu.itu tidak berlaku pun.

PKR pula menakut-nakutkan rakyat dengan dakyah dan fitnah harga barang naik melambung tinggi jika Barisan Nasional menang.Peliknya harga-harga barang keperluan di semua negeri di bawha pentadbiran PKR DAP PAS tak pernah turun pun.Sebaliknya pelbagai masalah baru timbul akibat kelemahan pentadbiran PKR -DAP-PAS.

Selepas PRU 12 sehingga kini, Pakatan PKR-DAP-PAS asik berpolitik daripada menyelesaikan masaalah rakyat. Setiap hari kelemahan mereka semakin ketara dan tiada nampak sebarnag tanda mereka akan berubah, Buat apa nak tunggu lagi 5 tahun atau 50 tahun untuk menyedari kesilapan mempercayai mereka? PRU 13 ini sila lah hukum mereka sebagaimana anda telah menghukum Barisan Nasional pada PRU 12. Anda mampu melakukannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AKAQ WAN JIJAH MENCERITAKAN PENGALAMAN KAWIN LARI KE SIAM DENGAN BANG ANWAR ISRAEL.


Beruang Biru menulis:-
Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks. 
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya. 
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat. 
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah. 
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu. 
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain. 
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka. 
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang. 
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas. 
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. 
Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi. 
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. 
Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan. 
Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya. 
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar. 
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. 
Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman. 
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. 
Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya. 
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.
KOMEN JS: Dari awal dah ditunjukkan peel Anwar Israel nie. Tak berapa molek peelnya berbanding dengan mana-mana pemimpin UMNO/BN yang ada. Itupun masih ada lagi rakyat golongan muda mempercayai semua kata-kata Anwar Israel macam sabda nabi. Apa faedahnya membenci UMNO pun dan apa faedahnya menjulang dan mengangkat Anwar Israel sebagai pemimpin harapan generasi baru? Dah terbukti Anwar Israel ini bukan seorang yang boleh dipercayai langsung,

TEPUK DADA TANYA IMAN!

INNA-LILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN, AHLI PAS MENINGGAL PASANG BENDERA PARTI, PAS DINASIHATKAN SALAHKAN BULUH BUKAN TNB.

Apa Agaknya Salah Tiang dan Kabel Bervoltan Tinggi TNB tersebut?
Adakah Tiang dan kabel berkenaan tak dapat masuk sorga PAS ?

AL-FATIHAH * INNA-LILLAHI-WA-INNA-ILAIHI-ROJI'UUN. 
Kepada roh arwah dua orang ahli PAS yang meninggal dunia akibat terkena renjatan eletkrik apabila buluh yang digunakan oleh mereka untuk memasang bendera PAS terkena kabel bervoltan tinggi. Kedua-dua ahli PAS tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. 

Alkisahnya, Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.



Komen JS: Ajal dan maut adalah ketentuan Allah Ta'ala jua. Kita bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kedua arwah tersebut. Namun yang tak berapa sedapnya ialah pepuak PAS mula mempersalahkan TNB di atas kejadian tersebut. Pelik lah juga dakwan pepuak PAS tersebut. Apa kena mengena TNB pula? TNB cuma memberikan perkhidmatan membekalkan tenaga elektrik. Dan semua  sudah amat maklum berada berdekatan dengan mana-mana tiang elektrik TNB yang membawa kabel bervoltan tinggi adalah amat merbahaya. Sebelum ini pun pernah terjadi di mana seorang remaja terkena renjatan elektrik akibat galah pengait kelapa sawitnya terkena kabel elektrik TNB. 

Lagipun yang mengupah kedua arwah mangsa renjatan elektrik tersebut bukan TNB tetapi PAS. Logiknya, PAS lah yang wajib bertanggungjawab ke atas insiden dua orang arwah tersebut. TNB tak paksa dan tak suruh pun PAS arahkan kedua arwah tersebut mencari nahas sendiri dengan memasang bendera PAS di tiang elektrik TNB yang membawa kabel bervoltan tinggi. 

Memang dah tabiat semulajadi PAS dan Pakatanista amat suka melepaskan diri dari kesan kejahatan dan kesalahan mereka sendiri. Pihak lain yang takde kena mengena pula dipersalahkan oleh mereka. Tabiat ini lebih cenderung kepada amalan assobiyah.

Setakat ini takde pun sebarang maklumat dan bukti bahawa PAS dan kedua arwah tersebut ada memaklumkan dan meminta izin daripada TNB untuk pasang bendera PAS di tiang elektrik yang membawa kabel bervoltan tinggi. Kalau TNB tahu mengenainya dah tentulah TNB akan melarang perbuatan tersebut kerana ianya amat merbahaya. 

Tak wajar dan sungguh tak masuk akal lah kalau PAS masih berdegil hendak menyalahkan TNB di atas insiden tersebut yang berpunca dari kesilapan PAS sendiri. Hamba terfikir juga adakah ini petanda alamat isyarat bahawa PAS PKR dan DAP bakal ditamatkan riwayat kewujudan mereka di persada arena politik tanahair ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



PKR USUL BERGABUNG DENGAN DAP UNTUK HALANG PAS BERKUASA.


Di atas adalah petikan lapuran The Star. 
Nampaknya PAS semakin terpinggir dan dipinggirkan di dalam Pakatanista. 
Alasannya mudah, 
Pakatanista tak nak Islam.
Pakatanista tak nak Hudud.
Pakatanista tak nak Negara Islam
Pakatanista tak nak Negara Kebajikan ikut cara Islam.

Bila PKR-DAP bergabung maka dengan sendirinya, Kuasa politik Melayu Islam semakin terhakis.
Bila PKR-DAP bergabung maka dengan sendirinya Kuasa politik Dominan Cina ultra Kiasu DAP bertambah kuat dan kukuh.

Ini bermakna, kaum Cina di dalam PKR dan DAP enggan berkongsi kuasa dnegan mana-mana kaum di negara ini.
Bahkan, mereka juga enggan berkongsi kekayaan ekonomi dengan mana-mana kaum di Malaysia.

Bila PKR-DAP bergabung maka dengan sendirinya, Kuasa politik Melayu Islam semakin terhakis.
Bila PKR-DAP bergabung maka dengan sendirinya Kuasa politik Dominan Cina ultra Kiasu DAP bertambah kuat dan kukuh.

Ini bermakna, kaum Cina di dalam PKR dan DAP enggan berkongsi kuasa dnegan mana-mana kaum di negara ini.
Bahkan, mereka juga enggan berkongsi kekayaan ekonomi dengan mana-mana kaum di Malaysia.

Usul tersebut adalah bukti jelas halatuju perjuangan dan matlamat kaum Cina di dalam PKR dan DAP yakni mereka memperjuangkan Apartheidisma dan Rasisma bagi kepentingan satu kaum sahaja.

Kita tunggu sahaja apakah ulasan PKR-DAP mengenai perkara ini.
Jagan harap PAS nak bersuara.
Suara PAS sudah tak laku lagi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MANGSA TERBARU AZMIN ALI DALAM PKR ... CUBA TEKA SIAPA????


Semua orang tahu di dalam PKR ni ada macam-macam kem. Kem Azmin Ali , kem Wan Jijah & Nurul Izzah, kem Shamsul Iskandar, kem Khalid G & Faekah, kem Anwar Ben Israel, kem Elizabeth Wong, kem Tian Chua, kem Xavier Jayakumar, kem Syed Hussin Al Attas dan macam-macam kem ada. Tengok sajalah pemilihan PKR pada 2010. Penuh dengan macam-macam drama. Kerusi dan meja pun turut mengundi.

Rafizi ini mula mendapat perhatian Anwar Ben Israel masa mendapat anugerah cemerlang di MCKK sekitar tahun 1990an. Masa tu Rafizi masih budak lagi lah. Masih jambu. Memikat hati si Anwar .. playboya. Pernah lah masa Rafizi ini belajar di London dulu si Anwar sanggup bergegas jumpa Rafizi bila Rafizi mintak talong. Hamboi, dasat kan? Anih bagaimana Anwar boleh bergegas ke London semata-mata kerana Rafizi.

Anwar juga menaja majlis makan bagi meraikan perkahwinan Rafizi baru-baru ini. Majlis diadakan di rumah kediaman Anwar sendiri. Belum pernah lagi ada mana-mana otai PKR menerima layanan istimewa tersebut. Ada yang jemput Anwar datang kenduri kawin mereka pun Anwar tak datang .

Sejak dua menjak ini asik muka Rafizi je la di usung dek Anwar. Rafizi menjadi harapan kepada Anwar untuk mengetuai AMK tetapi Shamsul Iskandar tak bagi laluan. Sampai sekarang Shamsul Iskandar diabaikan oleh Anwar.

PKR tidak berada dalam keadaan selesa kerana perebutan kuasa dan jawatan di antara mereka begitu parah. PKR tidak dapat mengendalikan dan menguruskan semua konflik peribadi dan dalaman mereka dnegan baik. Mereka cuma mengharapkan kepada fitnah-fitnah yang berterusan terhadap UMNO sahaja.

PKR tidak mampu menerajui Pakatanista jika menang dalam PRU 13. Jika PKR tak mampu, PAS lagi lah tak mampu .. dah tentulah DAP akan berkokok dan menjadi TUAN BESAR!.

TEPUK DADA TANYA IMAN!