Jumaat, 16 Mac 2012

BEBASKAN SELANGOR! RAFIZI TERLIWAT SENDIRI & SENARAI NAMA KRONI SAMPAH .

BEBASKAN SELANGOR KITA !
(Rejim Punah Ranah Menjajah Selangor)

Rafizi seperti biasa sudah terkantoi dalam penipuan terbarunya setelah turut terkantoi dalam isu NFCorp. Oh ya .. berkenaan dengan isu NFCorp dan pendakwaan ke atas manusia yang tak bersalah Datuk Mohd Salleh (kesalahan beliau hanya kerana menjadi suami kepada Kak Ijat dan menjadi tokoh korporat Melayu yang amat berjaya) Setelah Melayu PKR menganiayai dan di sokong oleh Melayu-melayu lain yang tak berjaya sebab terlalu bodoh dalam pengurusan perniagaan, dengar khabar ada sahabat Datuk Mohd Salleh seorang tokoh korporat dan jutawan dari Asia Tengah bakal membantu beliau.Jika ianya benar maka Alhamdu-Lillah-hir-Robbil-alamiin. Begitulah Allah Maha Besar membantu dan menolong hamba-hamba-Nya yang dizalimi dan dianiayai. Doa mereka tidak terhijab.

 

Kembali kepada cerita Rafizi. Fitnah beliau mengenai majlis pertunangan anak perempuan DS Najib ternyata menyebabkan Rafizi semakin terdesak.Dalam klip video di bawah ini kelihatan Rafizi merepek-repek tak tentu hala. Walaupun nampak Mak Lempira Zuraida bergentayangan di sampingnya. Kamonlah. Dokumen sebutharga hendak dijadikan bahan bukti dan pencetus isu? Nampak sangat tak profesional Rafizi ini. Welaweh, dimanakah resit pembayaran?

Kenapa Rafizi melompat dari satu persoalan kepada persoalan lain semata-mata hendak menyesuaikan dengan kekantolan fitnah mega beliau? Meh kita ajukan soalan berikut kepada Rafizi ... Dimanakah Resit Pembayaran? Tak payah lah Rafizi nak berdolak dalih dengan meletakkan beban pembuktian kepada DS Najib yang difitnahnya. Tak masuk akal.Pihak yang memfitnah mintak pembuktian daripada pihak yang di fitnah. Ada patut ke?

CASSA (Consumer Association of Subang and Shah Alam) telah mengeluarkan senarai nama kontraktor pengutip sampah. Kroni dan sekutu kuat Regim Punah Ranah ler. 

CASSA akan membuat siri ceramah mendedahkan penyelewengan pentaulihan kontrak mengutip sampah di Selangor. Amalan menjadi darah daging puak Rejim Punah Ranah di Selangor. CASSA menamakan ianya sebagai 'OPS PERANG RASUAH'.

Sampai bila la Rejim Punah Ranah hendak memperbodohkan rakyat Selangor? Cukuplah tiga tahun! Jom BEBASKAN SELANGOR KITA!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

BEBASKAN SELANGOR!: CARA KHALID G SAPU PASIR.

Khalid G jadi menteri besar Selangor pada 2008.
Perkara yang pertama beliau lakukan ialah mengambilalih sepenuhnya portfolio tanah.
Kemudian beliau tubuhkan KSSB untuk monopoli pasir 
beliau menjual janji kepada Kdymm Sultan Selangor dengan hasil RM150 juta setahun dari pasir 
tak sampai 9 bulan selepas itu Khalid G umumkan bonus sejumlah RM82 ribu kepada pengarah eksekutif KSSB.
KSSB baru buat untung sebelum cukai sejumlah RM10 juta pandai kan Khalid G 

Kalau hasil pasir cecah rm150 Juta agak gak berapa pengarah eksekutif KSSB dapat bonus?
Memang cekap PKR dalam bab merompk DUIT HASIL NEGERI SELANGOR.

X-KLUSIF ! PENDEDAHAN DOKUMEN SULIT PKR MODUS FITNAH MEGA. AWAS PEMIMPIN BN !!!

 
Dokumen Sulit Atas Meja Anwar Ibrahim

 
Antara Modus Fitnah-fitnah Mega Terancang PKR Ke Atas Barisan Nasional.

Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya.

Dokumen diatas merupakan dokumen SULIT milik PKR yang telah digarap oleh Anwar Ibrahim dan pakar Staratgei PKR (CIA) dalam membinasakan kepercayaan rakyat keatas UMNO. Dokumen yang Sahih dan bukan satu rekayasa palsu dalam menfitnah PKR ataupun Anwar Ibrahim.Dalam gambar diatas kita dapat lihat beberapa Isu yang akan diketengahkan oleh pihak PKR dalam memainkan sentimen kebencian keatas pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional.

Melayu sudah beralih arah menyokong UMNO maka PKR merasakan perlu untuk memperbodohkan orang Melayu sekali lagi dengan menyokong pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 kelak. Kuasa Melayu ditagih oleh puak PKR diketuai Anwar Israel Jahanam ini.

baca seterusnya di sini PAPAGOMO.

KOMEN JS:  Regim Punah Ranah memang beriya benar hendak menjatuhkan dan menghapuskan BARISAN NASIONAL dengan apa cara sekalipun. Sikap agresif dan provokatif mereka amat terserlah di dalam segala isu-isu fitnah mega yang dibangkitkan oleh mereka. Pendedahaan UMNO Selangor mengenai Manual Kempen Pilihanraya yang disediakan oleh ngo tajaan proksi pro regim Zionis iaitu NDI terbukti adalah benar. Manual tersebut di buat khusus untuk Regim Punah Ranah. Segala kursus dan pembelajaran mengenainya diadakan di Jakarta Indonesia. Lihat gambar di bawah ini. 

 

Kesungguhan dan komitmen yang amat mantap dan tinggi diperlukan bagi menewaskan Regim Punah Ranah ini. Bersikap keras dan tegas apabila keadaan memerlukan dan bukan hanya melakukan defensif. Regim Punah Ranah tidak akan beri muka kepada mana-mana pemimpin BN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!