Isnin, 12 Mac 2012

JUTAWAN SEGARA RAJA SELEWENG PASIR SELANGOR.

Bakal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Yang Baru?

Sebelum itu, kita ucapkan takziah dan al fatihah kepada arwah Nurul Nadirah. Menurut sumber rasmi polis adik Nurul telah di bakar sehingga rentung. Astagfirullaha'-adzhiim ... tak berhati perut sungguh! Insiden itu berlaku di Johor. Semacam ada 'sesuatu' yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi memburukkan imej Johor di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Sebelum ini kita ditayangkan dengan klip video seorang peguam 'minta nyawa' atas dakwaan beliau di ugut oleh 'pembesar negeri Johor'. Anih bukan bagaimana dua insiden tersebut timbul dan dibangkitkan sewaktu ada 'pihak' amat hebat dan berdegar-degar mahu menawan Johor. Sesuatu wajib dilakukan segera oleh pihak berkuasa dan keselamatan negara bagi mencari pak-pak dalang yang melakukannya.Mengingati insiden di kem Sabra dan Shatila serta kejadian serangan ke atas penempatan Palestin tahun lepas. Teringat juga kata sokongan seorang 'pemimpin tertua dan utama' ke atas dasar 'Keselamatan' bagi sebuah regim di Timur Tengah. Ianya juga berlaku pada saat dan ketika rating DS Najib sedang mencanak naik mengikut kajian 'Merdeka Review'. Juga bersamaan dengan perletakan jawatan kak Ijat sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Samada ianya kejadian yang terpencil hanya Allah Ta'ala jua yang Maha Mengetahui. Tapi siapakah yang mampu menewaskan kebenaran? Kita tengok saja nanti pihak manakah yang akan mensensasikan insiden tersebut dan mengaitkannya untuk menjatuhkan kredibiliti DS Najib dan Johor.

Saya lah Raja Pasir  Berdengung .. Saya Juga Jutawan Segera bukan kerana Pasir tapi Skim MLM KSSB Tajaan MBI Selangor.

Jadi apa kena mengenai dengan tajuk artikel di atas ? Isu penyelewengan pasir terbsesar di alaf ini amatlah memalukan dan membantutkan usaha-usaha PKR untuk mengekalkan momentum tsunami 2008. PKR sudah kehabisan ide dan isu. Sejauhmana pula PKR beserta DAP mampu melakukan kejahatan? Kedua puak ini memang amat jahat kalau mereka tidak jahat mereka tidak akan mampu melakukan tsunami 2008.

Kenapa isu pasir Selangor begitu hangat diperkatakan ? Tahukah anda bahawa beberapa kawasan tebus guna tanah di Pulau Pinang dan di Selangor termasuklah industri hartanah yang kini melambung-lambung naik lebih cepat daripada cendawan tumbuh selepas hujan amat bergantung kepada bekalan pasir. Ada Pasir Ada Duit. Takde pasir jawabnya makan pasir. Siapa sanggup makan pasir ? Duduk di padang pasir semua orang boleh.


Tahukah juga anda bahawa satu kawasan tebus guna di Pulau Pinang dikatakan sudah menjadi Pesta Buat Duit anak beranak Dinasti Regim Lim. Bahkan pasir juga menjadi penyebab utama ramai pemimpin PKR seperti Raja Seleweng Pasir di atas menjadi jutawan segera .... ??? Bahkah Khalid G juga sedang mengaut keuntungan berlebihan kerana pasir walaupun beliau tidak makan pasir tapi beliau makan hasil pasir. Aktivitinya haram tapi duit yang diperolehinya oleh mereka menjadi 'Halal' kerana merekalah 'Pemerintah Amat Jahat dan Zalim'

Sanggupkah orang-orang tamak haloba, orang-orang yang amat zalim dan orang-orang yang amat jahat berpisah dengan kemewahan yang mereka kecapi hasil perbuatan jahat dan zalim mereka ? Sejauhmanakah mereka sanggup melakukan kejahatan lain demi mempertahankan kemewahan mereka? Tan Beng Hock sudah tiada untuk kita bertanyakan kepada beliau.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KENAPA DAP AMAT GERUNKAN LYNAS?

LYNAS adalah satu lagi bukti kemampuan pemimpin UMNO dan BN membawa kemajuan pesat dan teknologi tinggi. Ianya satu lagi usaha gigih BN bagi menjayakan proses transformasi negara ke status negara maju berpendapatan tinggi. Semasa Tun Dr Mahathir negara ini melonjak ke hadapan dengan  begitu cepat. Terlahir golongan kelas pertengahan dan ini telah mengimbangi struktur pengagihan kemewahan negara di kalangan semua kaum.

LYNAS dan NFC adalah dua projek besar yang mampu memperkecilkan lagi jurang sosio ekonomi antara kaum. Memandangkan DEB sudah lama ditamatkan maka kerajaan sentias.a berusaha mengimbangi pengagihan kekayaan antara kaum. 
Tidakkah DSNajib pernah berkata bahawa polisi ekonomi MALAYSIA membawa pendekatan jalan pertengahan di antara polisi afirmatif. meritokrasi dan iberalisasi? Sebagai memenuhi tuntutan ACCIM dan pandangan MCA GERAKAN yang mahukan sektor yang selama ini dilindungi oleh kerajaan dibukakan bagi pelabur swasta seperti mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku pada BIMB. Sudah ramai pegawai tertinggi BIMB di ambil daripada kalangan orang bukan Islam dan dengarkata mereka tersebut membawa amalan dan gaya budaya luar mereka. Tahukah anda bahawa kelulusan mendapatkan kemudahan pinjaman kad kredit dan perumahan lebih mudah diperolehi dari bank komersil berbanding dengan BIMB?

Sebab itulah LYNAS dan NFC adalah musuh utama DAP. Jika kedua projek tersebut tidak dimatikan sekarang apalagi yang boleh DAP kutuk dan caci maki keupayaan orang MELAYU?

Ya ini semua adalah soal politik kebencian dan politik rasisma yang dibawa oleh DAP sejak 1969.  Apa DAP pedulikan pun mengenai nasib bangsa lain? Atau adakah DAP ambil peduli mengenai nasib mangsa banjir di HULU LANGAT? Atau mangsa tanah runtuh juga di Hulu Langat? Malah Ronnie  Liu menghina mangsa tanah runtuh dengan berkata TARAK BAYAR CUKAI PINTU TARAK PERKHIDMATAN!

Dulu DAP menentang keras  DEB .... ini tidak betul ... itu tidak betul .. rasuah ... kronisma ... amalan apartheid ... seleweng projek .... umnoputra ... akhirnya dalam isu NGA Kor Ming DAP mensucikan amalan nepotisma dan kronisma. Itulah contoh amalan meritokrasi DAP. Peliknya isu ini tidak pula di hentam hebat oleh para bloger skeptis yang melonjak kegirangan kerana berjaya menjatuhkan seorang pemimpin UMNO yang tidak bersalah. LYNAS bagi DAP adalah satu lagi mercutanda kejayaan orang MELAYU dalam bidang ekonomi. Begitu juga NFC. Tak kisah lah apa pun bloger skeptis yang bahlol nak mengatakan mengenainya yang jelas kedua isu itu menjadi musuh utama jepada agenda DAP. Bukankah Lim Kit Siang pernah berkata di dalam dokumentari yang pernah disiarkan dalam saluran History di Astro bahawa Tun Dr Mahathir tidak ada sebarang jasa kepada negara? Usah tertipu dan menipu lagi lah DAP.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

RAKYAT KECIWA DENGAN PORNO REGIM -ISU BANJIR

Kalau hendak tahu samada sesuatu pihak itu layak menjadi pemerintah atau tidak ialah bila belaku bencana  alam. Baru-baru ini berlaku kejadian banjir kilat yang agak besar melanda  kawasan Hulu Langat. Apa yang berlaku kepada mangs banjir? Mereka amat keciwa kerana regim yang selama ini memperalatkan nama rakyat tidak memberikan bantuan kepada mereka. Apa sudah jadi kepada Ronnie Liu? Elizabeth ratu bogel? Dimanakah Khalid G? Dimanakah Rafizi? Dimanakah Anwar Ibrahim? Dimanakah SELCAT? Dimanakah DAP? Dimanakah PAS? Dimanakah DAP Perak? Dimanakah Guan Eng? Dimanakah semua ngo ngo pro pakatang ? Semuanya senyap sunyi? Siapakah yang memberikan bantuan dan pertolongan kepada mangsa mangsa banjir tersebut selama beberapa hari ini? Selama beberapa hari ini hanya bilik gerakan Barisn Naional sahaja yang di buka untuk membantu mangsa mangs banjir tesebut. Hairan sungguh kerana Khalig G baru sahaja meluluskan Geran Selangorku Rm350 juta. Kononnya untuk membantu rakyat Selangor tapi apa sudah jadi dengan bantuan kepada mangsa mangsa banjir? Mangsa mangsa banjir menerima bantuan dan pertolongan dan bantuan daripada BARISAN NASIONAL. Dengarkata sehingga ke saat ini regim porno pakatang masih lagi tercari cari di dalam peta dimanakah letaknya Hulu Langat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!