Ahad, 11 Mac 2012

ISU LYNAS KENAPA DI CHINA NADIR BUMI TIADA RADIOAKTIF?

Rupabentuk bahan Nadir Bumi Yang Sudah DiProses Errr tak menyala pun ...

Hairan sunguh apabila segala benda teknologi tinggi yang tidak merbahaya di luar negara menjadi begitu beradioaktif bila di bawa di Malaysia. Paling menghairankan apabila segala produk nadir bmi apabila digunakan sebagai bahan bahan di dalam kereta hibrid dan telepon yserta komputer takde pun orang bising boikot produk produk tersebut. Di China di mana menjadegara pengeluar,melombong dan memproses nadir bumi menguasazi 95% pasaran dunia tidak ada pula mana mana negara eropah atau mana mana negara lain memboikot China dan memaksa China menghentikan segala kegiatan melomlbong dan memproses bahan PKR galian nadir bumi tersebut. Kenapa agaknya? Tetapi kenapa di Malaysia hanya sebuah kilang memproses nadir bumi dan bukan kilang radioaktif atau sebuah loji nuklir dikatakanbegitu merbahaya seolah olah kilang tersebut memproses bom hidrogen. Anihnya puak yang anti Lynas di Malaysia. Apa pun tk boleh.

Geraf Produksi Nadir Bumi China

Rakan bloger gap mendedahkan mengenai penggunaan meluas bahan bahan galian nadir bumi yang telah di proses dan perkaitan industri nadir bumi dengan industri otomotif tempatan iaitu proton. 

Teknologi terkini di dalam industri otomotif ialah kereta hibrid yang berkuasa elektrik. Apa yang tidak diketahui umum secara meluas ialah penggunaan bahan nadir bumi yang telah di proses  yang merupakan 90% komponen utama sel kering yang menjanakan kuasa ekektrik kepada kereta hibrid tesebut. 

Ini bermakna Malaysia tidak perlu mengimpot bahan nadir bumi daripada China dan kemungkinan Malaysia mampu menguasai 20% pasaran dunia adalah cerah. Tapi ...................... jika itu berlaku maka musnahlah harapan DAP bagi menggambarkan Melayu tak mampu mentadbir Malaysia dengan baik.
                          
Bagi MELAYU PKR memanglah tabiat semulajadi mereka suka sabotaj apajua kepentingan negara. Bagi mereka negara tak perlu maju. kalau negara maju tiada peluang untuk mereka untuk merompak lagi.

Pekerja di China Yang Bekerja di Lombong Nadir Bumi China 
Rilek je mamat tu hangkut guni berisi bahan Nadir Bumi .....

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BLOGER SKEPTIK GANTI KAK IJAT JADI MENTERI?

Dulu Kami Bloger skeptis Suka Hantam Kawan .. Bila Jawatan Ketua Wanita UMNO Terbuka .. Kami pun jadilah Calon ..... 

OK Lah apa nak dikatakan lagi. Kak Ijat telah hantar surat meletak jawatan sebagai menteri tetapi kekal dengan jawatan Ketuan Wanita UMNO. Hamba menduga jawatan tersebut bakal diisi oleh bloger skeptis. Eh apasalahnya seorang bloger skeptis jantina jantan kabaret dibenarkan memegang jawatan menteri? Lagipun beliau sudah berikrar dan bersumpah hendak bantu kak ijat pertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO. Lepas ini kita bakal ada KETUA WANITA jantina jantan. Amacam? Barulah Reformasi kan? Cuma kaji balik lah Kak Ijat hantar surat letak jawatan atau menyatakan hasrat tidak mahu lagimenyambung jawatan senator? Jawatan senator tu brader. . dari senator jadi menteri brader.... mana mana bloger skeptis berambut panjang boleh lah melobi sekarang ..... ya lah mana tahu kan kot kot dapat jadi KETUA WANITA UMNO JANTINA JANTAN PERTAMA BARULAH UMNO RFORMED. Ye tak? 

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

RAFIZI BAKAL LETAK JAWATAN????

Rafizi telah di kritik dan di kecam begitu hebat sehebat fitnah yang diciptakan oleh beliau sendiri. Dokumen sebutharga bukanlah bukti kukuh kos sebenar dan pihak yang membayar kos tersebut. Malang sungguh Rafizi kerana tidak bijak berpolitik dankini menjad mangsa eliminasi pihak PKR sendiri.  

Blog Suara Pakatan Rakyat telah mengkritik Rafizi kerana mendedahkan dokumen sebutharga yang tidak membuktikan apa-apa penyelewengan sepertimana yang di dakwa oleh Rafizi.

Blog tesebut turut mendakwa Rafizi turut gagalmembuktikan sebarang penyelewengan di dalam isu NFC.Setakat ini beliau tidak membuktikan apa-apa pun. Dalam isu terbaru Rafizi terlupa bagaimana bos besar beliau telah melarikan akaq wan jijah ke Siam untuk bernikah.
Rafizi telah memalukan PKR dan ini banyak membantu menaikkan, kredibiliti BN. Teimaksihlah kepada Rafizi kerana menaikkan kredibiliti BN. Moleklah begitu kerana selama inipun apalah jasa regim pedofilia pakatang kepada rakyat.

Kita sungguh berbangga kerana Rafizi menjadi bebanan kepada PKR. Semakin lama beban itu di bawa semakin bagus lah buat BN. Cantas mencantas di dalam PKR semakin menjadi jadi dan tidak lama lagi kapal pakatang kan karam kerana dibocorkan oleh anai-anai mereka sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BERITAHU RAFIZI SUPAYA BELIAU BERHENTI MEMFITNAH DAN JADI MANUSIA BERGUNA..

Rafizi menjadi jura segala fitnah di dalam isu NFC dan isu majlis pertunangan anak perempuan DS Najib. Kedua-dua isu ini apabila kita teliti dan analisakan ianya tidak membawa kepada kebaikan dan manafaat yang besar pun melainkan kita melihat adanya usaha-usaha mencantas sana-sini dan memperlekehkan kredibiliti DS Najib. Terlalu banyak unsur-unsur destruktif berbanding unsur-unsur konstruktif.

Perjuangan PKR adalah perjuangan peribadi Anwar Ibrahim. Dan peribadi Anwar Ibrahim bersifat destruktif. Anwar Ibrahim hanya mementingkan dirinya sahaja. Inilah yang di bawa oleh pengikut-pengikutnya di mana-mana sahaja. Lihatlah apa yang berlaku di dalam PAS. Idealisma Anwar Ibrahim memfokuskan kepada keangkuhan dan kesombongan serta pencapaian peribadi. Tidak ada didalamnya sebarang ruang kritikan dan teguran.

Rafizi di dalam membangkitkan isu-isu sentiasa sahaja membuat tuduhan dan anihnya beliau pula meminta orang yang di tuduh membuat pembuktian. Tak masuk akal ! Mana ada di dunia ini pihak yang menuduh meminta pihak lain pula membuktikannya. Tapi inilah amalan dan budaya yang cuba di tanam dan di semai oleh PKR dan puak Reformasi. Amalan ini adalah amalan destruktif. 

Seperkara lagi PKR dan puak Reformasi amat gemar sekali mensucikan kejahatan mereka dengan kejahatan pihak lain yang tak seberapa. Ini juga amalan destruktif. Bermakna sentiasalah kita menghalalkan apa yang diharamkan termasuklah mendewakan seseorang itu kerana kejahatan seseorang itu sentiasa terlindung dan dipertahankan di bawah sedar.

Seterusnya pihak PKR dan Reformasi amat suka menampakkan diri mereka cerdik dengan memperlekehkan orang lain. Ini juga amalan destruktif. Sampai bila-bila lah orang lain tak cerdik. Sedangkan sel-sel otak mereka semakin lama semakin mengecil atas faktor usia.

Jadi kepada semua hendaklah kita mengambil jalan Wassatiyah dan sentiasa berhati-hati dengan sebarang jua isu-isu. Kita selidik dan kita analisakan setiap isu. Bukan hanya beremosi mengenainya. Kerana itulah amat perlu kita menolak PKR PAS dan DAP kerana mereka bukanlah agen perubahan tetapi adalah agen kemusnahan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TEGURAN KONSTRUKTIF & TEGURAN DESTRUKTIF DALAM SEMUA ISU.

Perubahan bermula apabila pentadbiran Pak Lah memperkenalkan polisi keterbukaan. Kemudian diperkenalkan Islam Hadhari. Disitulah bermulanya permainan End Game dalam percaturan politik di Malaysia. Kononnya menggantikan yang lama dengan yang baru. Lama dan Baru. Ortodoks dan All-Bodoh. Bangsawan dan Marhain. Elitis dan Eksklusif. Malangnya niat dan maksud baik Pak Lah merupakan kesempatan oleh pihak-pihak opurtunis. Kedua-dua polisi tersebut menjadi 'Senjata Makan Tuan'. Hampir sahaja Malaysia berada dalam kancah konflik berterusan. 

Kemudian berlaku pertukaran kepimpinan daripada Pak Lah kepada DS Najib. Ini berlaku apabila negarawan ulung negara Tun Dr Mahathir begitu vokal dan lantang menyanggahi kemaraan unsur-unsur destruktif yang di bawa oleh pepuak opurtunis.

Apabila DS Najib mengambilalih kepimpinan Pak Lah maka diperkenalkan oleh DS Najib 'Transformasi' berbanding 'Reformasi'. Polisi Keterbukaan bukan digantikan tetapi dipulihkan semangatnya menjadi lebih positif dan konstruktif berbanding sebelum ini di dalam polisi Tranformasi. Mengamuklah pepuak opurtunis kerana usaha mereka selama bertahun-tahun bagi mencantas dan membiarkan UMNO lemah telah tersekat. Berlakulah perubahan mengikut acuan UMNO sendiri berdasarkan kepada denyut nadi rakyat.

Dari masa ke semasa DS Najib memperbaiki polisi Transformasi di mana diperkenalkan pula Wassatiyah sebagai membina sikap dan sifat bersederhana dalam serba serbi.Kesemuanya ini adalah kesinambungan kepada Wawasan 2020. 

Para skeptis dan opurtunis boleh mengatakan apasaja dan menggunakan apajua label dan terma yang sedap di dengar pada halwa telinga. Hakikatnya apabila mereka mengkritik tujuan mereka hanyalah satu yakni melakukan seberapa banyak kerosakan yang boleh. Mereka bukan orang jahat tetapi mereka mempunyai niat dan cara yang teramat jahat. Mereka tidak bodoh tetapi kurang cerdik dan tidak bijak.

Kritikan konstruktif adalah jauh berbeza dengan kritikan destruktif. Kita boleh menjadi vokal dalam serba serbi tapi biarlah kevokalan kita itu bersifat membina dan mencari penyelesaian kepada permasaalahan. Bukannya membangkitkan mahupun mengamplifikasikan konflik dan isu-isu yang tak masuk akal.

Kita amat perlu mengenal siapa musuh dan siapa kawan.Wassatiyah merupakan jalan penyelesaian kepada konflik. Oleh itu biarlah kita menjadi dan bersikap konstruktif daripada destruktif yang berselindung di sebalik label dan terma. Berlaku jujur itulah penting tapi bukan memperalatkan kejujuran sebagai senjata destruktif.

TEPUK DADA TANYA IMAN!