Isnin, 27 Februari 2012

A.B.U. ASAL BERKHALWAT U-TURN KENYATAAN- ISU KHALWAT PEMIMPIN PKR MERANGKAP PENASIHAT AGAMA MB SELANGOR.



Lanjutan daripada kes khalwat pemimpin PKR merangkap penasihat Agama MB Selangor yang diberikan cuti percuma sebulan (boleh pergi 'Retreat' lagi. Di petik daripada sumber-sumber sahih yang turut di fitnah oleh pemimpin PKR tersebut sebagai perancang konspirasi jahat terhadapnya (bila dah kantoi mulalah buat macam-macam kenyataan U-Turn):
SHAH ALAM,27 FEB : Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menafikan dakwaan penangkapan Dr Badrulamin Bahrom sengaja dirancang penguatkuasanya.
Menurut Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz, tangakap berkenaan dibuat atas laporan yang diperoleh badan itu.
“Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.
Badrulamin dijangka tiba untuk memberi keterangan di pejabat Bahagian Penguatkuasa Jaip kira-kira jam 3 petang ini.
Adalah difahamkan Jaip juga akan merakam kenyataan suami isteri yang terbabit dalam kes itu.
Kes Badrulamin disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurut Ghazali, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
"Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya-Antarapos
Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.
“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.
“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.
“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya-AIDC
Read more: http://www.pisau.net/2012/02/jaip-nafi-tangkapan-badrulamin.html#ixzz1naL3SV8j
Petang tadi pemimpin PKR itu ditemani oleh isterinya dan peguamnya Encik Ahmad Nizam Andul Hamid pemimpin PKR Temerloh yang aktif.

Untuk pengetahuan umum, kami para blogers pro UMNO/BN tak ada masa hendka mengintai aktiviti seksual pemimpin tersebut terutamanya pada jam 2 pagi. Masa itu adalah masa tidur kami. Pemimpin PKR akan melakukan bermacam kenyataan U-Turn bilamana kejahatan mereka diketahui umum dan tertangkap dengan bukti semasa melakukannya.

Patutlah maruah Islam boleh diperlekehkan oleh DAP kerana adanya pemimpin PKR sepertinya.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

TERKINI TAKTIK JEJUAK PAKATANG MELAGAKAN FESBUKER & BLOGER PRO UMNO.


Papa Gomo memberikan ulasan kepada Agendadaily mengenai taktik terbaru jejuak Pakatang melaga-lagakan fesbuker dan bloger pro UMNO/BN:-

papagomo-komenxx
antara cara jejuak pakatang menimbulkan kekeliruan dan melagakan fesbuker & bloger pro UMNO/BN.
Ketika dihubungi Papagomo kata," itu bukan komen dari akaun facebook saya....ini taktik biasa mereka untuk mengelirukan orang ramai."
Dia dakwa mendapat maklumat dari sumber dalaman  pembangkang memang miang mengupah individu untuk membuat komen-komen negatif  di pelbagai media internet yang pro mereka.
Katanya, individu terbabit yang dibayar menggunakan dana khas, akan membuat puluhan akuan facebook, twitter dan menyerang pemimpin kerajaan.
 “Pembangkang ingin menwujudkan persepsi bahawa ramai orang membenci kerajaan, hakikatnya komen-komen seperti yang disiarkan oleh portal Malaysiakini dan lain-lain dibuat oleh segelintir individu yang sama,” katanya.
 Komen -komen dibuat menggunakan pelbagai akuan samaran seperti “Pak Min Toya” “Kong Bu Fenzi” “Diplomatik Bebas” “Waja Perkasa” dan banyak lagi.
 Menurutnya ratusan akuan FB, ratusan akuan twitter dibuat hanya untuk menyerang kerajaan BN dan pemimpin UMNO.
 “Saya sedar perkara tersebut, bukan saja akuan FB, akuan twitter pun ada, ini menunjukkan bahawa blog dan pendedahan saya berkesan, sebab itu mereka guna cara kotor untuk menyerang saya,” ujarnya.
 Dari perkembangan ini dia menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘panas punggung’ bila dia dan rakan-rakan blogger mendedahkan video seks pemimpin utama pembangkang tersebut tidak lama dulu.
 “Jadi tak perlu hairan kalau ramai yang serang dan cuba fitnah saya begitu.Ini supaya saya sibuk menjawab serangan dan lupakan dia, silap, saya akan terus ingatkan orang ramai, siapa lelaki dalam video tersebut, ia Anwar Ibrahim, 99.99 peratus, Anwar Ibrahim,” tegasnya.
 Mengulas mengenai adanya kisah pertembungan antara blogger pro UMNO, kata Papagomo, ia merupakan perkara kecil yang dibesar-besarkan oleh penyokong pembangkang.
 “Penyokong pembangkang mahu melihat setiakawan blogger UMNO pecah, mereka lakukan berbagai cara, cipta fitnah, cucuk sana, cucuk sini, tujuannya satu, bila kita bergaduh sesama sendiri, perpaduan kita rapuh dan musuh senang masuk,” tegasnya.-25/2/2012 - OLEH HELME HANAFI
Regim Pakatang tidak berada dalam keadaan selesa kerana serangan bertubi-tubi dan bertali arus oleh fesbuker dan bloger pro UMNO/BN. Oleh itu mereka terpaksa menggunakan taktik mengklonkan akaun fesbuk dan membuat akaun palsu bloger untuk mengujudkan persepsi dan kekeliruan. Inilah yang sedang berlaku.

Kepada rakan-rakan lain beringatlah dan ingatlah pesan ulama' tempohari ' Berbeza Pendapat Tapi Tidak Sampai Berpecah' yakni menguruskan perbezaan pendapat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

INILAH AKIBAT TERSALAH OBERDOS PRESKRIPSI UBAT FARMASI YANG SILAP.

Sahabat bloger APA begitu berkecil hati dengan artikel hamba mempertahankan NFCORP. Beliau menyangka terma Pensabotaj ditujukan kepadanya. Malah notifikasi hamba berkenaan klon akaun di fesbuk turut mengguris perasaannya yang agak sensisitp. Sahabat Hamba itu menjadi sensitip akibat kesilapannya sendiri mempercayai balaci, broker dan barua jual projek kepadanya dulu. Apa pun masaalah beliau dengan pentadbiran Pak Lah dulu itu adalah permasaalahannya sendiri kerana kurang berhati-hati dalam urusniaga. Tidaklah wajar baginya melempiaskan kemarahan dan kekeciwaannya kepada orang lain yang ditakdirkan menerima yang lebih baik daripadanya. Sebagai sahabat seperjuangan Hamba memang bersimpati dengan nasib malang yang menimpanya.

Di antara usaha-usaha mensabotaj pejuang-pejuang maya pro BN/UMNO yang dilakukan oleh cai Pakatang, Shabat bloger APA patut lebih prihatin mengenainya.

Kemarahan sahabat hamba itu berpunca daripada artikel Hamba yang menafsirkan cadangan PDRM kepada Pejabat Peguam Negara. Hamba menafsirkan cadangan tersebut sebagai usaha MENSUCIKAN segala tohmahan dan fitnah terhadap NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya. Dalam artikel balas, sahabat hamba tersebut tidak dapat mengawal emosinya. 

Tafsiran Hamba berdasarkan kepada pengalaman dan kelulusan akademi Hamba di bidang Undang-undang. Tak tahulah apa pula dasar sahabat hamba tersebut kerana beliau tidak pernah menceritakan samada beliau pernah bersekolah di Bukit Ilmu dalam bidang perundangan mahupun mempunyai pengalaman mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil selama berbelas tahun.

Ternyata di pihak NFCORP tafsiran Hamba itu tidak selari. Bagi NFCORP cadangan PDRM tersebut adalah ditafsirkan sebagai usaha mendahului keputusan Peguam Negara. Jadi agak keterlaluan bagi sahabat Hamba itu meloncat kepanasan.

Di dalam artikel Hamba tersebut terma Pensabotaj ditujukan kepada pihak yang melemparkan fitnah tohmahan dan pihak yang sengaja mensabotaj NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya. Agak hairan kerana sahabat Hamba terasa hati dengan terma tersebut. Selepas itu beberapa artikel susulan hamba pula hanya mengkritik para pensabotaj dengan sindiran ' Terlebih Oberdos Preskripsi Viagra dari Farmasi'. Jika sahabat hamba tersebut bukan Pensabotaj dan Tidak Oberdos Viagra maka tidak perlulah sahabat Hamba itu bersedih dan berkecil hati.

Hamba masih ingat lagi sahabat hamba itu mengakui sudah tidak lagi bernaung di UMB. Pengakuan itu di buat olehnya semasa pemukiman selama 4 hari semasa Seminar Himpunan Ulama', Cendikiawan Islam dan Penulis Maya tempohari. 

Pensabotaj dalaman memang wujud dalam pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pakatang terhadap mana-mana pemimpin UMNO/BN yang di lihat sebagai ancaman besar dan batu penghalang kepada serapan idealisma Reformasi dan gerakan Anwarinas. Memang ada pihak yang sengaja memperalatkan orang seperti sahabat Hamba tersebut yang terbuku hatinya.

Hamba memang menyokong kuat Papa Gomo dan grup blogernya. Bukan bodek. Hamba menghormati Papa Gomo kerana Papa Gomo berlaku jujur kepada Hamba. Kejujuran itulah yang Hamba pandang bukan status Papa Gomo sebagai bloger nombor 1.

Hamba pun tidak kisah jika sahabat hamba benar-benar hendak masuk gelanggang. Tapi itu soal peribadi antara Hamba dengan beliau. Beliau pun tidak perlulah mensucikan dirinya dengan label bloger cicak kerana beliau bukan cicak pun. Memang patutlah sahabat Hamba menulis TEPUK KEPALA TANYA KEPALA LUTUT kerana apabila alat kelamin menjadi terlalu tegang selama 3 hari berturut-turut akibat terobes dos viagra ianya memungkin MATI PUCUK AKAL. Jadi Hamba hendak berpesanlah kepada sahabat Hamba itu seperti ini:-

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

p.s.: Jangan terlalu beremosi apabila menerima teguran dan kritikan. Berlapang dada menerimanya sepertimana Hamba berlapang dada menerima kritikan.

HARAMKAN SOSIALIS PRO ZIONIS DAP RASIS BIADAP YANG LANGSI.



Kempen pendustaan Mega anti LYNAS yang dianjurkan oleh Regim Pakatang Sosialis Pro Zionis berakhir dengan berbagai kontroversi, Di Kuantan ianya berakhir dengan skandal penangkapan Badrul Amin berkhalwat dengan isteri orang. Di Pulau Pinang ianya berakhir dengan lebih dramatik. 500 orang sosialis pro zionis telah tercabar dengan keberanian 10 orang Melayu yang menentang kempen pendustaan Mega tersebut.
Provokasi dimulakan dengan makian oleh LGE yang nampak gusar dan susah hati

"Lu UMNO jangan cakap lah" kata LGE kepada orang Melayu yang membantah kempen fitnah mega. Hamboi! ... Dimanakah kebebasan bersuara yang selama ini dilaungkan oleh Regim Sosialis Pro Zionis DAP Rasis Langsi?

DAP wajib diharamkan!

TEPUK DADA TANYA IMAN!