Sabtu, 25 Februari 2012

TAFSIRAN '.. SAYA SOKONG SEGALA USAHA-USAHA KESELAMATAN NEGARA ISRAEL ...' - TUN DR MAHATHIR.

In the interview, Mr. Anwar also clarified his position on homosexual rights and Malaysia's sodomy laws, and also the Muslim-majority nation's relationship with Israel.
"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, . -WSJ, Jan 26 2012
Di atas adalah kenyataan Anwar Ibrahim yang kontroversi. Kenyataan yang terang dan jelas menunjukkan Anwar Ibrahim bersedia dan menyokong kekejaman regim zionis Israel. Selama ini semua tindakan kekejaman regim tersebut dibinkan kepada 'Keselamatan'. Jadi adakah Anwar Ibrahim tidak mengetahui mengenainya? Mustahil ! Kita dengar sudut pandang daripada Tun Dr Mahathir mengenainya termasuklah isu kapal dagang dan dakwaan fitnah PKR mengenai hubungan dagang secara terus di antara regim tersebut dengan kerajaan Malaysia. Tun Dr Mahathir turut mengulas mengenai surat yang di terima daripada regim itu kepada beliau dan bagaimana beliau menolak mentah-mentah permintaan regim tersebut.


Selepas meneliti kata-kata Tun Dr Mahathir, anda nilailah sendiri dengan akal waras dan bukan dengan emosi yang berlebihan.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

BERHIBUR BERSAMA ISLAM - PROGRAM ISLAM ATAU PAS?

Yang ini GAP dedahkan dan melontarkan pertanyaan 
APA PENDAPAT ANDA MENGENAI PARTI INI?


Tahukah anda bahawa pada malam ini di sebuah pantai liburan awam dalam negeri Selangor, bakal berlangsung satu program dinamakan ' BERHIBUR BERSAMA ISLAM'. WOW ! BERHIBUR BERSAMA ISLAM! ... BERHIBUR BERSAMA ISLAM ????? ..... Erk ... Adakah Rasulullah s.a.w. serta para sahabatnya, tabi'en dan tabib tabien serta sekelian auliya' adalah artis hiburan pada zaman mereka? 

Adakah mereka mengembangkan akidah dengan cara dan slogan MARI BERHIBUR DENGAN ISLAM?

Firman Allah SWT:  
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَـٰنَهُمۡ أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ 
 Mereka jadikan Guru dan Pendeta mereka selaku tuhan selain dari Allah  (At-Taubah: 31)
“Tidak layak samasekali bagi manusia yang diberikan darjat oleh Allah menjunjung Kitab, Hikmat dan kenabian, kemudian ,berkata kepada manusia: “Jadilah kamu semua orang orang yang  beribadah (menyeru) kepadaku selain dari Allah”. (Ali Imran: 79) 
“Tidak lain Ibadah mereka disisi Baitullah itu melainkan siulan dan bertepuk tangan. Oleh itu rasakanlah siksa pedih disebabkan kekufuran kamu”. (al-An’aam: 35) 
Kepada siapakah yang bakal di seru di dalam program MARI BERHIBUR BERSAMA ISLAM? Adakah yang di seru itu Allah swt atau yang di seru itu ialah penyanyi yang berada di atas pentas? 

Tidakkah di antara tempat-tempat yang disukai oleh para syaithanirojim laknatullah ialah tempat-tempat di mana diadakan majlis-majlis hiburan ?

Manakala tempat yang dikunjungi oleh para malaikat ialah Majlis-majlis ilmu dan zikir?

Ada ke Rasulullah s,a,w meninggalkan di dalam sunnah baginda satu perbuatan yang dinamakan MARI BERHIBUR BERSAMA ISLAM?

TEPUK DADA TANYA IMANLAH!

ANWAR IBRAHIM DI JEMPUT OLEH TUN DR MAHATHIR KE HARI BELIA JIKA KEMAROK SANGAT HENDAK KE PUTRAJAYA

Berucap di program Bicara Minda di PWTC  Tun Dr Mahathir menyentuh mengenai peranan dan tugas seorang pemimpin, di antara lain Tun Dr Mahathir berkata:-
"Pemimpin tidak berfikir bahawa beliau ditugaskan untuk memimpin dan membawa pengikut-pengikutnya ke arah yang lebih baik, ke arah yang akan memberikan kehidupan yang lebih bahagia. Itulah tugas pemimpin."
"Apabila pemimpin mula lupa dengan tugasnya, maka lambat laun pengikut-pengikutnya akan berhenti menjadi pengikut dan mereka akan bertindak menjatuhkan pemimpin tersebut."
"Walaupun pengikut-pengikut mungkin boleh bersabar bertahun lamanya, tetapi akhirnya pengikut-pengikut ini bangun untuk menjatuhkan pemimpin itu."
Siapakah yang di sindir oleh Tun Dr Mahathir ? Sudah tentulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim menubuhkan PKR dengan hanya satu tujuan yakni memperalatkan para pengikutnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anwar Ibrahim tidak pernah sedikit pun mengambil tahu mengenai kebajikan dan kepentingan para pengikutnya. 

Sudah berpuluh ramainya pemimpin PKR yang selama ini menjadi tonggak PKR meninggalkan PKR atas alasan sudah hilang kepercayaan dengan Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh tahan di tipu dan dimanipulasikan selama bertahun-tahun oleh Anwar Ibrahim? Hanya mereka yang setaraf dengan lembu sahaja mampu bertahan dalam PKR.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KETAKUTAN ANWAR IBRAHIM DI LABEL SEBAGAI ANTI ISRAEL.

Selepas solat Jumaat petang semalam Pergerakan Pemuda UMNO Selangor berserta  NGO Islam telah menghantar Memorandum Bantahan kepada Anwar Ibrahim di ibupejabat PKR di Tropicana

Menurut beberapa orang bloger pro UMNO Memorandum tersebut teah di bakar hangus oleh AMK
Selepas solat Jumaat petang semalam, ratusan orang pendesak bersama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan NGO Islam telah menghantar memorandum bantahan ke ibupejabat PKR di Tropicana. Memorandum bantahan tersebut membantah kenyataan Anwar Ibrahim menyokong regim zionis atas dorongan menerima dana kewangan daripada regim tersebut.

Namun Memorandum Bantahan tersebut tidak di sambut oleh PKR. Tidak ada seorang wakil PKR mahupun Anwar Ibrahim sanggup menerima Memorandum Bantahan itu kerana bimbang dilabelkan sebagai anti Israel.

Berdasarkan kepada maklumat beberapa orang bloger UMNO. memorandum tersebut telah di bakar oleh AMK. Perbuatan itu di dorong oleh perasaan takot dengan isu kenyataan Anwar Ibrahim terus dimainkan dan di sebar secara meluas. 

Ada juga maklumat mengatakan bahawa Anwar Ibrahim ada di ibupejabat PKR sewaktu Memorandum Bantahan itu tiba tetapi di seludup keluar. Entah lah. Mungkin kerana Anwar Ibrahim merasa terlalu selesa dengan kalihan isu kapal dagang ZIM yang didaftarkan di Liberia yang mana PKR mengatakan bahawa Liberia ialah nama lain bagi Israel.

Ketakutan PKR dalam isu kenyataan kontroversi tersebut semakin ketara apabila kesemua usaha mereka mengalihkan isu tersebut menemui jalan buntu dan kegagalan. Nampaknya pertemuan berskrip dengan Pok Nik turut gagal membersihkan Anwar Ibrahim.

Usaha PKR mempersalahkan UMNO melalui isu kapal dagang ZIM yang berdaftar di Liberia juga turut berakhir dengan keaiban di pihak PKR.

Seorang rakan bloger menyebutkan bahawa tabiat Anwar Ibrahim yang suka berbohong menyebabkan Anwar Ibrahim terperangkap dengan kenyataannya sendiri. Menurut hukum adat apabila selalu sangat berbohong di sana sini tak ingat dunia dan akhirat maka akhirnya si pembohong seperti Anwar Ibrahim sendiri terlupa mengenai pembohongan yang terdahulu.

Itulah PKR dan Anwar Ibrahim. Kita pun naik hairan kenapa PKR masih kuat menyokong Anwar Ibrahim setelah terang-terangan Anwar Ibrahim membawa PKR menyokong regim Zionis.

TEPUK DADA TANYA IMAN!