Sabtu, 11 Februari 2012

HARI NAK KIAMAT BARANGKALI BILA HJ HADI BERBICARA TENTANG WASSATIYAH.

Al wassatiyyah ???? /.. Errr Tak nak ! Tak Nak ! 

HJ HADI AWANG. dalam harakahdaily, beliau telah menulis mengenai pandangan peribadinya mengenai Al Wassatiyyah. Jika nada hendak membaca artikel penuhnya sila klik di pautan ini TIPUHARI-HARI. Antara lain Hj Hadi menulis:-
Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.
 كلمة حق أريد بها باطل
(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)
 Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.
 Firman Allah (maksudnya):
 Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)
 Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada  perkataan al-Wasat(الوسط)  yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.
Setahu hamba Wassatiyah yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib tidak pernah menyebut bahawa ianya adalah sebagai ganti kepada idealisma Islam Hadhari atau ianya adalah sebuah KONSEP sepertimana yang Hj Hadi salahfahami. Hamba bersetuju dengan petikan kata-kata saidina Ali karamullahiwajhah yang amat jelas menggambarkan niat dan maksud Hj Hadi menulis mengenai Al Wassatiyyah yang digeruni olehnya.

Agak menarik bila Hj Hadi menulis:-
Islam mendahulukan perdamaian
Firman Allah (maksudnya):
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.(Surah al-Anfal: 61-62)
Al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa bermakna wajib berlaku adil di masa damai dan perang, tidak menyerah kalah terhadap kezaliman dan tidak melampau apabila bertindak.
Al-Wasatiyyah mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W menjadi ikutan adalah tetap, teguh dan istiqamah, bukan slogan politik sementara seperti Islam hadari, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan, yang pelaksanaannya tidak cukup dan tidak berpijak di bumi nyata, tenggelam dalam gejala keruntuhan yang tidak mampu dibaiki dengan islah kerana prinsip yang salah dan konsep yang tempang dan didatangi masalah baru yang bertalu-talu.
Makna wasatiyyah bukan melaksanakan Islam tidak sempurna atau secara terpilih  atau campur aduk. Bukan sekadar mendirikan masjid tanpa sempurna mendirikan sembahyang, mengadakan Bank Islam tanpa kuasa mencegah kemunkaran riba, mengadakan musabaqah sekadar mendengar suara tanpa menjadikan petunjuk dalam amalan dan akhlak, kehilangan harta dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan salah urus lebih besar daripada bantuan kepada yang berhak dan kesimpulannya menegakkan kebaikan yang tidak sempurna  membiakkan kemunkaran yang meningkat. Maka tidak layak bersifat al- Wasatiyyah untuk menunjukkan model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan akhirat.
Pada pendapat Hamba, Hj Hadi seolah-olah menempelak amalan dan pendirian PAS yang tidak istiqamah, tidak tetap, tidak berpijak di bumi nyata sendiri. Ini kerana PAS menolak konsep Negara Islam dan menerima Pluralisma serta menerimapakai Buku Jinggay.

Betullah kesimpulan Hj Hadi bahawa PAS tidak layak bersifat al Wasatiyyah untuk menjadi model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Barangkali kiamat sudah semakin menghampiri PAS. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENDEDAHAN HASAN ALI SEBABKAN PEMUDA PAS BUAT LAPORAN POLIS.

Tukul Takal Balik Pintu ... DPP Nakal Memang Begitu

Dewan Pemuda PAS (DPP) sudah gabra. 
Gabra sehingga membuat laporan Polis terhadap Hasan Ali.
Anihnya, pengaduan DPP mengenai pendedahan Hasan Ali terhadap DAP dan bukan terhadap PAS. 
Uiks.. PAS sudah jadi cawangan DAP ke?
Pengaduan berkenaan isi ceramah Hasan Ali pada 31hb Januari 2012 di Padang Awam Bandar Baru Bangi yang mendedahkan, antara lain:-
  1. perancangan DAP untuk menggabungkan Malaysia dengan Singapura jika Pakatang Haramjadah menguasai Putrajaya. 
  2. perancangan DAP menghapuskan Perkara 153 Perlembagaan
  3. Perancangan DAP menghapuskan semua unsur-unsur dan ciri-ciri Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. 
Menurut pengadu, pendedahan Hasan Ali itu (HarakahDaily):-
"Ucapan ini pada kita sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.
"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci PAS serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily selepas selesai membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
Turut serta dalam rombongan itu, exco Dewan Pemuda PAS Pusat termasuk Mohd Sany Hamzan dan Mohd Adram Musa.
"Kalau ianya tidak benar, dia (Hasan Ali) kena nafikan lah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.
"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad. 
Kah ... kah ... kah ... kah ...
Pendedahan Hasan Ali mengancam keselamatan negara?
Bukannya Hasan Ali yang hendak gabungkan Singapura dengan Malaysia ....
Bukannya Hasan Ali hendak hapuskan Perkara 153 ....
Bukannya Hasan Ali hendak hapuskan ciri-ciri Islam dalam Perlembagaan .....
Bior beno Yeop DPP ..... 
Dulu deme juga yang dok bising pasal alasan 'Ancaman Keselamatan Negara dan Keharmonian kaum'
Sekarang deme pulak menggunakannya?
Selepas ini deme nak gunakan alasan apalagi?
Tolollah Pemuda PAS Pusat.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

BERITA BAIK! PAK ANWAR IBRAHIM SEMAKIN DIKECAM DI INDONESIA.


Gara-gara keceluparan Anwar Ibrahim 'menyokong segala usaha-usaha melindungi keselamatan negara Israel' , kini Israel begitu sinonim dengan nama Anwar Ibrahim dan Pakatang haramjadah. Menyatakan sokongan dalam apa jua bentuk kepada Israel tidak di terima langsung samada di Indonesia mahupun di Malaysia. Akhirnya Pak Anwar Ibrahim yang pernah di sanjung di Indonesia kini menjadi bahan cemuhan dan kecaman hebat di sana.

Di kacamata ramai pemimpin Islam di Indonesia, kenyataan Anwar Ibrahim tersebut disifatkan sebagai dungu dan hanya mahu meraih simpati dari dunia Barat sahaja. Anwar Ibrahim turut di kecam dan dipertikaikan kerana tidak langsung menyentuh mengenai rakyat Palestin yang di tindas rejim zionis Israel setiap hari.

Syukurlah kerana kini kebenaran sudah muncul. Semua pemuja Anwar Ibrahim di Indonesia kini sedar siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

JOM BACA CERITA INI MENGENAI SEMUA ISU-ISU YANG MEMPERBODOHKAN RAKYAT.

CERITANYA BEGINI :-
Guan Eng (bukan nama sebenar) pemilik kilang gula terbesar di Malaysia. Juga Presiden Persatuan Gula-Gula Malaysia. Buat perjanjian dengan kerajaan Malaysia untuk menjual gula sudah diproses mengikut harga kawalan dengan syarat kerajaan perlu membayar perbezaan antara harga sebenar dengan harga kawalan. Maknanya kerajaan kena beri subsidi ler. Keuntungan syarikat Guan Eng pula dikenakan cukai pendapatan, biasa lah. Pada masa yang sama kerajaan beri subsidi kepada syarikat Gula-gula Guan Eng. Margin keuntungan syarikat Gula-gula Guan Eng tidak terjejas langsung kerana menerima perlindungan dalam bentuk subsidi. Subsidi gula tersebut turut dinikmati oleh peniaga-peniaga dan peruncit-peruncit warga asing yang membuka perniagaan kerana ada ehem ehem ehem di kalangan kakitangan Majlis Perbandaran Dewan Bandaraya dan kakitangan kerajaan yang sentiasa tak cukup gaji. Turut membeli gula tersebut adalah warga-warga asing yang ehem ehem ehem jugak lah. Menyedari ramai sangat warga asing yang berdehem lebih dari sepatutnya, kerajaan buat kajian. Ternyata ianya lebih emnguntungkan rakyat jelata bila subsidi dikurangkan kerana warga asing yang kuat berdehem akan termuntah hijau pula kerana terpaksa berbelanja lebih. Jadi kuranglah penghantaran wang saraan setiap bulan ke negara asal mereka. Penjimatan subsidi itu pula boleh kerajaan gunakan untuk kebajikan rakyat jelata yang sebenar. Tiba-tiba ada pula yang buat bising kerana katanya pemotongan subsidi tersebut adalah rompakan oleh kerajaan. Masuk akal ke bantahan tersebut ?
 CERITA SETERUSNYA BEGINI:
Anwar Ibrahim (bukan nama sebenar) adalah pembekal KY Jeli Tunggal di Malaysia.Amatlah laris sehingga hasil jualan mencecah berbilion ringgit setahun. Harga setiub KY Jeli menjadi terlalu mahal. Ada pihak mendesak agar kerajaan memberikan subsidi. Kerajaan akur. Beri subsidi sejumlah 80 sen setiap tiub KY Jeli. Untunglah syarikat Anwar Ibrahim. Kaya raya. Warga asing turut membeli KY Jeli pada harga subsidi. Masa membayar cukai syarikat Anwar Ibrahim buat magik tunjuk sentiasa rugi kerana harga rokok di Serbia naik 400%. Jadi pada setiap keuntungan jualan sebatang tiub KY Jeli , syarikat Anwar Ibrahim hanya bayar 30 sen (sepatutnya RM1.50 tapi tipu punya pasal bayar 30 sen.) Bermakna sampai ke kanting perbendaharaan negara hanya 30sen. Terpaksa kerajaan cari sumber lain nak tampung lagi 50sen untuk bayar subsidi 80sen. Tiba-tiba Kit Siang (bukan nama sebenar) marah-marah kerajaan katanya kerajaan curi duitnya beri kepada syarikat Anwar Ibrahim (kebetulan anak Kit Siang adalah pemegang saham terbesar) Ada masuk akal tak apa yang Kit Siang bising-bisingkan?
Begitulah kurang lebih apa yang terjadi di Malaysia ini kan. Setiap hari kita cuba diperbodohkan oleh Pakatang haramjadah dalam setiap isu-isu yang cuba mereka bangkitkan. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KENAPA KFC TAK KELUARKAN RAKAMAN CCTV INSIDEN?

Keterangan Danny Ng Si Pemaki Hamun 


Kenyataan Terbaru Saksi Yang Merakam Kejadian dan Memuatnaik ke Youtube

Kenyataan Saksi Terdahulu Sebelum Kenyataan di atas di buat.


Kenyataan saksi-saksi bebas lain yang menulis komen di klip video berkenaan.

Kenyataan daripada KFC 

Dalam senario ini,
  1. TIADA KENYATAAN DARIPADA PEKERJA KFC YANG TERBABIT.
  2. TIADA RAKAMAN CCTV KEJADIAN DIKELUARKAN OLEH KFC. 
Tumpang tanya kepada KFC, kenapa rakaman CCTV tidak dikeluarkan? 

Kita semua maklum setiap oulet KFC ada CCTV ... tak tau lah kalau KFC di I-City takde CCTV .. Mustahil !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KENAPA HENDAK MEMPERBODOHKAN DIRI MEMPERCAYAI PAS PKR & DAP?

Kenali Jurujual akidah Yang Sebenarnya !

HAMBA  AMAT HAIRAN DENGAN SIKAP sesetengah orang politik ini. Entah apalah di dalam kotak pemikiran mereka sejak 2004. Perletakan jawatan Tun Dr Mahahtir amatlah dikesali sehingga ke hari ini kerana ianya mengujudkan satu 'Medan Tempur Perebutan Kuasa' di kalangan orang-orang politik. Perebutan yang berlaku telah banyak memecahbelahkan rakyat dan keharmonian antara agama di negara ini.

Hamba sentiasa berfikir bagaimanakah caranya untuk kita semua memperbetulkan keadaan yang ada sekarang ini? Perdamaian yang di minta seringkali disalahgunakan oleh pihak tertentu bagi mencapai maksud mereka dan membunuh pihak-pihak yang mengkritik mereka dengan berbagai cara dan kaedah menjijikan dan menjelekkan. 

Kita maklum bahawa dalam semua isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak Pakatang Haramjadah semuanya atas sifat pembohongan semata-mata. Anihnya, masih ada puak yang turut menyanyikan lagu yang sama. Apakejadahnya?

Kita turut maklum bahawa pentadbiran DS Najib sentiasa berusaha merealisasikan apa kehendak dan kemahuan rakyat malangnya ada pula kakitangan kerajaan yang melakukan sabotaj contohnya dalam isu SBPA. Siapakah dalang yang mempengaruhi mereka melakukan sabotaj?

Bilamana DS Najib hadir bersama penganut Hindu dalam perayaan Thaipusam, ada suara mengatakan bahawa perbuatan itu adalah salah. Satu soalan, adakah DS Najib hadir sebagai penganut Hindu atau kehadiran beliau adalah sebagai seorang pemimpin berjiwa besar yang mahu bertemu rakyat yang beragama Hindu? 

Salahkah seorang pemimpin beragama Islam melihat dan meninjau keadaan rakyatnya yang beragama Hindu?

Di zaman Rasullullah s.a.w. dan para sahabat baginda, mana ada penganut Hindu di Jazirah 'Arab. Belum pernah lagi hamba ketemui di dalam mana-mana kitab sirah baginda Rasullullah s.a.w. yang ada menyebutkan bahawa di zaman baginda s.a.w. ada orang Arab beragama Hindu. Kita hanya boleh melihat kepada sejarah para Wali Sembilan di Tanah Jawa. Bagaimana pada waktu itu pemerintah Islam Demak dan para Wali Sembilan mendekati rakyat yang beragama Hindu yang sebangsa..

Ramai sangat yang tengah mabok populariti dan mabok kepayang syok sendiri. Jadi adakah kita hendak terus memperbodohkan diri kita mempercayai semua pembohongan ke atas segala perbuatan baik pemerintah kita?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

IDENTITI AZMIN HELI DISAHKAN SEBAGAI HELMI HAZIMIN MALEK.

Its Me Brader ! Gotcha !

UTUSAN MALAYSIA melapurkan:-
Pihak polis mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia, Jumaat lalu, merupakan lelaki diburu pasukan itu sejak tiga tahun lalu dikenali sebagai Hilmi Hazimin Malek bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya telah menerima pengesahan identiti lelaki itu daripada pihak berkuasa negara jiran tersebut.
Menurutnya, bagaimanapun lelaki tersebut pada masa ini masih disiasat Polis Republik Indonesia (Polri) berhubung kesalahan dilakukan di negara itu.
“Pihak berkuasa Indonesia meminta sedikit masa untuk melengkapkan siasatan mengikut prosedur dan dakwaan yang dikemukakan terhadap lelaki tersebut".
Tidak ada peluanglah Khalid G nak kekal sebagai MB. Manakala Azmin Ali senyum-senyum simpul nak menjadi MB Selangor. Itupun kalau PAS Khalid Samad dan DAP Lim Lip Eng tak khianati PKR Azmin Ali masa PRU 13. Ramai lagi bakal dikorbankan oleh Azmin Ali untuk menjadi MB Selangor. 

Pendedahan skandal pasir Selangor semakin hangit. 

Asrama Yayasan Selangor hendak dirobohkan semakin hangat.

Hasan Ali semakin mendapat perhatian.

Hj Hadi semakin resah.

DAP dah mula gelabah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

NFC & NFCORP: IGAUAN KEMELUT MUSUH POLITIK.

BETUL KE BERLAKU KEPENTINGAN KONFLIK SEPERTIMANA YANG DI DAKWA DAKWI?

BETUL KE BERLAKU PENYELEWENGAN WANG PINJAMAN MUDAH RM250 JUTA?

BETUL KE PROJEK NFC INI DARI AWAL MERUPAKAN FLIP FLOP PENTADBIRAN PAK LAH?

3 persoalan di atas TIDAK PERNAH DIBUKTIKAN OLEH SESIAPA PUN. Setakat lemparan persepsi dan tohmahan ada lah. 

Sebaliknya pihak NFCORP setakat pada hari ini berjaya membuktikan bahawa kesemua tuduhan dan dakwaan yang di buat oleh 'Pihak Musuh NFCORP' adalah tidak benar samasekali.

Sejauh mana kah permainan orang politik mampu pergi dalam isu NFC dan NFCORP ini? 

Apakah matlamat yang hendak dicapai oleh pihak tertentu yang memainkan isu NFC dan NFCORP dalam bentuk persepsi negatif?

Pembelian kondo? Dimanakah bukti-buktinya yang membuktikan bahawa kesemua kondo-kondo yang telah di beli menggunakan wang pinjaman tersebut? Ada ke atau tidak ada bukti tersebut?

Adakah pembelian semua kondo-kondo dan pemberian gaji kepada kakitangan peringkat pengurusan NFCORP itu menyalahi Perjanjian yang di buat di antara NFCORP dengan Kerajaan Malaysia?

Jadi apakah persoalan isu sebenarnya dalam isu NFC dan NFCORP?

Kenapa terlalu banyak sangat perangkap-perangkap dan jerat-jerat politik di dalam isu NFC dan NFCORP?

Kenapa pihak Pakatang haramjadah memainkan peranan meniupkan persepsi negatif manakala ada di pihak UMNO pula memainkan persepsi 'Perlu letak Jawatan Sebagai Menteri' ?

Setakat pada hari ini semua kenyataan dan persepsi negatif terhadap Kak Ijat, keluarganya dan segala pendedahan mengenai kononnya berlaku penyelewengan kerana pembelian kondo-kondo mewah di Singapura, di Malaysia dan di Australia tidak disertakan dengan butiran terperinci. Kesemua pendedahan masih belum cukup menyakinkan bahawa berlakunya penyelewengan sepertimana yang di dakwa. 

Manusia selalu terlupa bahawa kemenangan pada hari ini mungkin adalah kekalahan teruk di masa depan.

Kebenaran Tetap Tidak Mampu Dikalahkan Oleh Fitnah Terancang.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TAK ADA MAKNANYA PERPADUAN KAUM. SEMUA MAIN IKUT KEPALA HOTAK JE.

SELAGI PARTI-PARTI POLITIK BERTERASKAN KEPENTINGAN KAUM CINA MALAYSIA MASIH BERSIKAP TOLOL DAN BODOH, selagi itulah PERPADUAN KAUM dan KEHARMONIAN AGAMA tidak ada maknanya. 

Maaflah , Hamba berpendapat bahawa apa yang berlaku sekarang seperti insiden di KFC kerana politik-politik berteraskan kaum Cina sendiri yang mengajarkan kebiadapan tersebut kepada komuniti Cina Malaysia selama ini. Selama 54 tahun merdeka, pemimpin-pemimpin politik kaum Cina masih berdegil mahu mengekalkan status-quo mereka yang dinikmati semasa zaman penjajahan British. Sudah tiba masanya untuk orang seperti Hamba mengkritik sifat dan sikap hipokrasi melampau pemimpin-pemimpin politik kaum Cina di Malaysia ini. 

Persatuan Cina seperti Dong Zhao masih mahu menjadikan budaya dan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar mereka. Kebebasan yang diberikan kepada mereka disalahgunakan oleh mereka sendiri. Sepanjang 54 tahun, tidak ada satu pun pemimpin-pemimpin politik komuniti Cina yang benar-benar prihatin dan memikirkan bahawa mereka perlu berasmilasi dengan masyarakat tempatan..Tidak ada usaha daripada mereka pun untuk belajar menghormati budaya , bahasa, adat resam dan agama orang Melayu. 

Jemu dan sungguh bosan dengan sikap hipokrit mereka selama ini. Keras kepala tidak kena pada tempatnya. Terlalu mendesak dan mahukan kepentingan mereka sahaja diutamakan. Semakin lama mereka menjadi semakin biadap di luar kawalan. 

Semasa di alam persekolahan dahulu, Hamba mempunyai ramai guru-guru berbangsa Cina yang mengajar subjek-subjek penting seperti matematik, bahasa Ingeris, Sains, Fizik dan kimia. Hamba berani memperkatakan bahawa berlaku diskriminasi begitu hebat dan layanan jauh berbeza yang mereka berikan kepada pelajar kaum Cina dengan pelajar Melayu. Kami benar-benar terpinggir samasekali. Kami langsung tidak dipedulikan. 

Apabila tamat persekolahan dan menamatkan pengajian di IPTA, sekali lagi hamba dapati bahawa berlaku diskriminasi amat jelas di bidang kerjaya. Majikan Melayu boleh mengambil pekerja Cina tetapi akhirnya dikhianati oleh pekerja Cina. Majikan Cina pula enggan menerima pekerja Melayu. Pernah berlaku dalam sebuah syairkat pembinaan di mana seorang rakan Hamba menjawat jawatan arkitek tapak akhirnya dikesampingkan oleh anak Pengarah syarikat tersebut yang tidak tahu apa-apa pun kerana rakan Hamba itu orang Melayu !

Pemimpin Melayu wajib lebih vokal daripada terus menerus menikus dalam soal-soal diskriminasi yang berlaku ke atas Melayu selama ini. Apa nak ditakutkan pun? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!