Selasa, 7 Februari 2012

SELANGOR KU ROBOH ! YAYASAN SELANGOR .. YA ! YA ! SANG KHALID G!

Pada PRU 12 lepas majoriti RAKYAT SELANGOR meletakkan KEPERCAYAAN & KEYAKINAN KEPADA PAKATAN HARAMJADAH dengan sebuah PENGHARAPAN " NASIB RAKYAT LEBIH TERBELA"

Dalam bajet 2012 , Khalid G dengan bongkak dan sombongnya mengiystiharkan 'DUIT MILIK RAKYAT' digunakan untuk mengisi kantung KRONI PAKATAN HARAMJADAH dalam GERAN SELANGOR KU ZALIM. RM300 JUTA !

Hasilnya ialah BANGUNAN ASRAMA milik YAYASAN SELANGOR AKAN DIROBOHKAN !




KUALA LUMPUR 6 Feb. - Tindakan Yayasan Selangor yang tetap berkeras mahu merobohkan asrama yayasan berkenaan di Kampung Pandan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak berikutan pelaburan bernilai jutaan ringgit terhadap asrama itu dua tahun lalu.
Sambil mempertikaikan agenda tersirat yayasan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) asrama berkenaan, Mohd. Zaidi Barkis turut mempersoalkan nasib pelajar baru yang diambil pada awal tahun lalu.
"Tidakkah sangat merugikan apabila telah membelanjakan berjuta ringgit bagi membaik pulih asrama yang berusia 40 tahun itu pada tahun 2010 dan kini tidak sampai dua tahun mereka mahu merobohkannya pula.
"Kami juga melihat pelan penempatan yayasan itu tidak munasabah kerana asrama daerah tersebut berada di kawasan luar bandar, jadi lebih baik pelajar duduk dengan ibu bapa dan belajar di sekolah berdekatan dengan kediaman masing-masing sahaja," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor (GSAYS) atau mana-mana pihak yang sengaja memutarbelitkan isu merobohkan Asrama Yayasan Selangor, Kuala Lumpur.
Menurut Ilham lagi, yayasan akan menempatkan pelajar tajaannya di asrama daerah iaitu asrama sekolah terpilih.
Jelas Zaidi, tindakan yayasan dilihat dibuat terlalu tergesa-gesa dan hakikatnya ia cukup membebankan ibu bapa kerana terpaksa membuat perkara yang sama berulang kali iaitu mencari sekolah lain dan mengeluarkan perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak mereka.
"Saya kesal dengan tindakan Yayasan Selangor yang dilihat langsung tidak memikirkan emosi para pelajar kerana terpaksa berpindah ke sekolah lain dan berkenalan dengan rakan-rakan yang baru," katanya.
Katanya, tindakan itu jelas menunjukkan mereka telah gagal menghayati dan menjiwai perjuangan penubuhan asal yayasan itu apabila tetap dengan keputusan mahu merobohkan bangunan asrama berkenaan.
"Yayasan perlu menyedari tindakan mereka itu telah merencatkan matlamat asal iaitu mahu melihat pelajar-pelajar Melayu luar bandar dan dalam bandar bersatu agar mereka dapat meningkatkan mutu pencapaian," katanya. 

PAKATAN & POLITIK KEBENCIAN TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA.


POSTER BIKINAN PAKATANG HARAMJADAH (DAP) KHAS BUAT ANWAR IBRAHIM

Hasan Ali telah menyatakan pendiriannya tidak akan membuat rayuan ke atas pemecatan beliau. Selamat tinggallah Parti Adat & Sukang. Sekuat mana pun penafian yang cuba diketengahkan oleh Parti Adat & Sukang, pemecatan Hasan Ali telah menjejaskan PAS dengan begitu teruk sekali, 

DAP rasis sudah bermain di belakang PAS dan PKR dalam meraih sokong orang Melayu yang terpedaya dengan dakyah DAP rasis. 

PKR yang masih dengan ketaksuban kepada politik kebencian semakin hari semakin kehilangan kepercayaan daripada orang Melayu, orang India dan orang Cina.

Walaupun ada beberapa kelemahan yang berpunca daripada ulat-ulat Anwarinas dalam UMNO/BN namun itu tidak mampu menahan kemerosotan Pakatang haramjadah. 

Populariti DS Najib semakin menaik. Imej UMNO/BN semakin pulih setiap hari. 

Segalanya menuju kepada kesimpulan bahawa politik kebencian Pakatang Harmajadah sudah tidak laku dan tidak dipedulikan oleh rakyat. Rata-rata rakyat menolak politik kebencian Pakatang Haramjadah. Keyakinan rakyat semakin tinggi kepada UMNO/BN.

Pada perkiraan hamba, PRU 13 rakyat sekali lagi melakukan tsunami yang lebih besar dari 2008 tapi pada kali ini tsunami yang berlaku tidak lagi memihak pakatang haramjadah,

Rakyat sedang mentalkinkan Pakatang Haramjadah secara total.

TEPUK DADA TANYA IMAN!