Ahad, 5 Februari 2012

IZINKAN HAMBA BERBICARA TENTANG CINTA ..


Di atas adalah Batu Pualam Berwarna Hijau Yang amat Bernilai 

SEMPENA MAULIDUR-RASUL, pada hari ini hamba akan bercerita tentang CINTA. Berbetulan pula bulan Febuari dikaitkan dengan Bulan Cinta. Maafkan hamba kerana Hari kekasih pada 14hb Febuari berbetulan dengan bulan Maulidur Rasul. Hamba tidak menyambut Hari Kekasih tetapi hamba sentiasa meraikan kekasih-kekasih dan cinta selagi hayat di kandung badan.

CINTA adalah fitrah setiap seorang manusia. Tidak ada manusia lahir tanpa ada genetik cinta dalam hatinya. Itu suatu perkara yang amat mustahil. 

TANPA CINTA manusia itu kehilangan salah satu fitrahnya sendiri. Mana mada manusia yang mahu menjadi begitu kan?

SETIAP HARI manusia bercinta dan menzahirkan cinta. Tanpa ada cinta dan penzahiran cinta dunia ini akan musnah. Kehidupan manusia akan menjadi huru hara. Manusiawi akan hilang.Tidak ada seorang manusia pun sanggup menjalani kehidupan mereka tanpa cinta.

LIMA KALI sehari semalan, muazzin melaungkan CINTA di menara-menara masjid. Kita juga mengucapkan cinta setiapkali kita berselawat ke atas baginda Rasullullah s.a.w. di dalam dan di luar solat.

CINTA juga turut dizahirkan setiapkali kita mengucap istighfar, berwirid dan mengalunkan bacaan al Qur'an mahupun hadis-hadis sohih. 

CINTA ada di mana-mana pada setiap perbuatan, pengucapan dan pemikiran kita. Kita merasai cinta, kita menzahirkan cinta, kita mengucapkan cinta, kita berfikir mengenai cinta dan kita sebenarnya sentiasa dikuasai cinta.

Adalah agak malang bilamana di dalam senario politik kita pada hari ini betapa nilai cinta itu semakin hari semakin berkurangan. Namun begitu cinta sentiasa saja mencari jalan tersendiri untuk muncul dan kembali mengalahkan kebencian.

Di masa Pakatan membawa politik kebencian dalam setiap isu-isu semasa......ada pihak yang menyeru semua rakyat Malaysia agar kembali berkasih sayang. 

Mulai saat ini, anda buatlah pilihan samada mahu mengikuti dan bersama kebencian atau bersama dengan kecintaan. Hamba pilih untuk sentiasa berada dalam kecintaan. 

"HIDUPLAH DI DALAM KECINTAAN DAN BUKAN DI DALAM KEBENCIAN."

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SHAHRIZAT, RAFIDAH AZIZ & ZURAIDA ANTARA CINTA & BENCI.


SHAHRIZAT ABD JALIL,  Ketua Wanita UMNO Malaysia dan seorang Menteri yang menjaga kepentingan hubungan kecintaan sesama masyarakat, rakyat dengan pemerintah dan rakyat dengan rakyat.

RAFIDAH AZIZ, bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia yang pernah menjawat kementerian yang menjaga hubungan kecintaan di dalam bidang hubungan dagangan antara kerajaan dengan negara-negara luar dan kepentingan kecintaan para peniaga dengan perniagaan mereka. Beliau dijatuhkan di dalam politik kerana kebencian.

ZURAIDA MAK LEMPIRA AMPANG, Ketua Wanita PKR. Beliau lahir dari kebencian Anwar Ibrahim kepada UMNO. Beliau lahir dari kebencian kepada UMNO, Beliau hidup di dalam kebencian.

Ketiga-tiga mereka adalah perlambangan cinta Hawa kepada Adam. Mereka mewakili Hawa dan Hawa adalah penzahiran cinta Allah Ta'ala kepada Nabi Adam a.s. Malah amat terang dan jelas bagaimana perintah Allah Ta'ala memerintahkan Hawa dan Adam bercinta di dalam syurga. Perghhhhhhh ! Ustaz Fathul Bari dan Hasan Ali mungkin boleh memperjelaskannya lagi. Mungkin datuk Harussani pun boleh mencelah.

Tapi apa pula berlaku pada hari ini? Perlambangan Cinta itu dijadikan pencetus-pencetus kebencian sesama sendiri. Apa sudah jadi? Malang sungguh kerana kini kita melepaskan peluang untuk merasai kecintaan daripada ketiga-tiga pemimpin wanita tersebut. Bayangkanlah jika ketiga-tiganya berkasih sayang. Sudah tentulah kita dapat suatu manafaat maksimum hasil kecintaan mereka bertiga tersebut. Yea tak wahai  para pencinta di luar sana?

Zuraida Mak Lempira melemparkan kebencian kepada Sharizat dalam isu NFCORP. Kebencian itu disasarkan kepada Shahrizat kerana Shahrizat adalah Ketua Wanita UMNO. Hasilnya, sudah ramai yang membenci dan mencemuh Shahrizat. Tidak ketinggalan dalam mencemuh dan membenci Shahrizat ialah Rafidah Aziz. Jadi anda fikirlah sendiri. Mahukah kita semua turut terlibat dalam kebencian tersebut atau kita menyeru agar semua pihak kembali kepada kecintaan? sesuatu yang amat diperintahkan oleh Allah Ta'ala kepada kita semua. Tontonilah klip video ini.



TEPUK DADA TANYA IMAN!