Jumaat, 3 Februari 2012

GAGAH UMNO KU: UMNO GANU KEBANGGAAN HAMBA.

Setakat pada hari ini, UMNO Ganu dan P.Pinang menjadi kes studi hamba mengenai kajian sikap pemimpin, ahli dan penyokong UMNO. Nama-nama pemimpin UMNO Ganu seperti MB Ganu, Datuk Shabery Chik, Wan Ahmad Farid, YB Razib dan ramai lagi tenaga kerja UMNO Ganu tidak asing bagi ramai pengamal media sosial pro UMNO/Ganu. Mereka sanggup berjumpa dan mengadakan pertemuan secara terbuka. Bermurah hati dan berlapang dada mendengar teguran dan kritikan serta begitu tenang memberikan jawapan-jawapan isu semasa yang begitu memuaskan hati dan menyakinkan. Di dalam jentera UMNO Ganu semua 100% adalah terdiri daripada pemimpin, ahli dan penyokong UMNO tempatan namun hasil kerja mereka begitu kreatif dan amat efektif. Mereka mampu menarik ramai sokongan pengundi tegar PAS, PKR dan DAP di samping mengekalkan sokongan pengundi setia. Inilah yang amat mengagumkan sekali.

Tidak ada seorang pun di dalam jentera UMNO Ganu adalah orang di luar UMNO. Kepekaan dan keprihatinan serta kematangan berpolitik jentera UMNO Ganu tidak boleh di sangkal samasekali.UMNO Ganu berjaya membuktikan bahawa jentera UMNO sendiri mampu menghasilkan yang terbaik dan efektif tanpa memerlukan bantuan dan kerjasama dari pihak luar pun.

Hamba amat berbangga dan berbesar hati melihat bagaimana jentera UMNO Ganu memanafaatkan 100% bakat-bakat ahli, akar umbi dan penyokong UMNO Ganu bagi mencapai matlamat. Persediaan pilihanraya UMNO Ganu begitu mantap di mana kerahsiaan strategi langsung tidak pernah keluar dari lingkungan jentera sendiri. Ini cukup membanggakan. Mereka mampu menyelesaikan semua kemelut dan krisis sesama sendiri. Mereka begitu matang dalam mengenepikan kepentingan sendiri dan mengutamakan agenda yang lebih besar. Mereka mampu dan sudah sampai ke tahap kematangan berpolitik sehingga setiap teguran dan sindiran di terima dengan hati penuh terbuka.

Kesungguhan jentera UMNO Ganu berada di tahap paling baik dan paling efektif. Dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat paling atas mereka mampu bekerjasama dan sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada setiap seorang ahli UMNO Ganu. Langsung tidak ada yang tertinggal.

Kepimpinan UMNO Ganu mengiktiraf dan begitu prihatin kepada kelompok pengamal media sosial seperti kami ini yang di anggap oleh sesetengah pihak luar UMNO sebagai tidak penting dan hanya merengek meminta perhatian (suatu tuduhan paling tolol daripada pihak menuduh). Jika kelompok seperti kami ini kepimpinan UMNO Ganu hormati apatahlagi kelompok rakyat bawahan? Sudah tentulah rakyat bawahan menjadi keutamaan dan keprihatinan kepimpinan UMNO Ganu.

Tahap keyakinan hamba kepada kepimpinan UMNO Ganu dan BN Ganu ialah jika mana-mana pemimpin UMNO Ganu dan BN berkata bahawa Terengganu kekal di bawah BN, hamba mempercayainya 500% tanpa sebarang syak wasangka sedikit pun.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


MESEJ DALAM GAMBAR INI UNTUK SIAPA SEBENARNYA?


Kembali mengingati detik DS Najib menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin UMNO (kata-kata itu diucapkan di hadapan perwakilan pemimpin-pemimpin UMNO tercipta hasil rungutan orang dan ahli UMNO di akar umbi) bahawa perlunya berubah sebelum rebah ( bukan UMNO rebah tapi pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO yang suka membodek sampai naik gila).

Mesej DS Najib tersebut sejak ianya diucapkan seringkali diputarbelitkan oleh golongan pembodek tegar yang memang tidak reti bahasa apa-apa pun. Termasuklah golongan opurtunis dan golongan broker politik. Bangang tak berkesudahan. Mereka inilah yang paling sukar berubah. 

Mereka inilah yang mencemari imej UMNO. Merekalah yang membawa gejala serta segala virus keburukan dan kejahatan ke dalam UMNO sehingga tidak boleh di kritik mahupun di tegur oleh sesiapa pun kerana mereka fikir hingusan hijau pekat yang meleleh dari kedua lubang hidung mereka lebih masin daripada kemasinan mulut akar umbi.

Merekalah yang seringkali menyalahkan akar umbi dan amat gemar menipu akar umbi dan kepimpinan tertinggi dengan label-label dan slogan-slogan seperti Revolusi Minda Ke jadah dan sebagainya.

Masalah UMNO bukan kerana UMNO itu bernama UMNO tetapi kerana kelompok pembodek dan budak hingusan yang bermasalah. Mereka ini adalah hasil legasi peninggalan Anwar Ibrahim.

BERUBAHLAH SEBELUM REBAH!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKINI APA MAO KECOH-KECOH?


Apa lagi Malaysiakini cibai ni? Apa lagi depa tak puas hati pasal isu "angpow putih" ni? Ayo, betul la cakap GAP, lu hari-hari terima surat pun putih maa cibai. 
Itulah komen dua orang rakan bloger, Prapukari dan GAP mengenai lapuran Malaysiakini mengenai insiden 'Angpau Putih' PERKASA yang Malaysiakini mahu perbesarkan. 

Anihnya, dalam isu-isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan agama Islam Malaysiakini berdiam diri.

Semasa Namewee menghina azan Subuh, DAP P.Pinang menghina Melayu, menghina bendera Malaysia, menghina Raja-raja Melayu, menghina pakaian kebangsaan, Malaysiakini berdiam diri. 

Malaysiakini, PKR, DAP dan PAS setiap hari mahu mencetuskan konflik antara agama dan antara kaum. Semakin hampir PRU 13, semakin galak pula mereka memperbesarkan isu-isu sensitiviti. 

Amboi kalau nak raih undi pun janganlah sampai tunggang terbalik Malaysia ni. Jadilah media yang bertanggungjawab dan bukan menjadi media yang sentiasa mahu mencetuskan ketegangan. Takkan boleh menang Pakatan dengan isu-isu sensitiviti.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH ANWAR IBRAHIM ........



Anwar Ibrahim. Dendamnya kepada UMNO di bawa sampai mati.
Selagi UMNO masih kekal berdiri.
Selagi itulah Anwar Ibrahim tidak akan berpuashati.
Jatuhnya Anwar Ibrahim kerana salahnya sendiri.
Bukan kerana konspirasi.
Setiap kejahatan pasti dibalasi.
UMNO parti keramat siapa yang menentangnya mencari sakit sendiri.


TEPUK DADA TANYA IMAN!