Selasa, 10 Januari 2012

SELAMAT MENINGGAL PAKATAN.

Busuknya Bau Bangkai Yang PKR Nak Tutup !


Buat pada masa ini berakhir episod 'pembebasan' perogol anak muda kerana YA Hakim tidak yakin dengan status 'Bersih' sampel DNA. YA Hakim turut keberatan untuk menyabitkan hukuman berdasarkan kepada keterangan Saiful semata-mata walaupun Anwar enggan bersumpah, enggan memberi kerjasama menyerahkan sampel DNA dan keterangan dua orang saksi pakar Anwar Ibrahim gagal menyangkal identiti lelaki 'Y' itu adalah Anwar Ibrahim. 

Pembebasan Anwar di sambut baik dengan letupan 3 biji bom jangka, provokasi terhadap 50 orang ahli PERKASA dan Naib Presiden cabang Lembah Pantai terkena serangan angin ahmar . Kenyataan Nurul Izzah sebelum ini yang menuduh sebarang keputusan mahkamah adalah tempang dilupakan terus oleh para penyokong Anwar.

Anwar melahirkan kegembiraannya sehingga menyatakan hasratnya untuk 'melamar' Jay Jamalina tanpa mempedulikan hati dan perasaan Double Y. 

Belum pernah terjadi di Malaysia di mana seorang perogol, peliwat dan pengamal seks luar tabie' diraikan sebegitu rupa. Ianya hanya diraikan oleh PKR sahaja. 

Sebaik sahaja keputusan pembebasan Anwar Ibrahim diumumkan oleh mahkamah secara otomatisnya terbukti segala fitnah tohamahan mega oleh DAP PKR dan PAS sejak 1998 bahawa badan kehakiman negara tidak bebas dan di bawah pengaruh UMNO/BN adalah tidak benar samasekali.

Jabatan Negara AS telah mengiktiraf badan kehakiman negara sebagai bebas dan di luar pengaruh mana-mana pihak. Bukankah ini turut memberikan impak menegatifkan kesemua fitnah tohmahan mega pakatan selama ini? 

Anihnya nasib seorang anak muda dan bekas pekerja PKR tidak di bantu dan tidak di bela oleh PKR sendiri. Hipokrit sungguh PKR ini.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANDA PERLU TONTON KLIP VIDEO INI - JAY JAMALINA DI LAMAR ANWAR IBRAHIM.


Jay Jamalina agak risau apabila diberikan nasihat oleh Double Y mengenai hasrat Anwar Ibrahim si perogol yang mahu 'melamar' Jay Jamalina. Anwar Ibrahim menyatakan hasratnya seperti berikut:
"Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.
Bertambah lagi bilangan madu-madu buat akaq Wan Jijah dan Azmin Ali. Lagipun Jay Jamalina ada iras-iras Shamsidar. Alahai nampaknya Double Y terpaksa membujang lagi lah. Meh, hiburkan hati dengan klip video ini.



Ha ha ha ha ha 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PASCA 901 - PENAFIAN AHMAD MASLAN, KIT SIANG & HASAN ALI. KARPAL SINGH KATA YA!



Kejujuran adalah sumber tenaga kuasa sakti kebenaran yang mampu mengalahkan fitnah mega tersusun. 


The Unspinners memetik kenyataan Ahmad Maslan seperti berikut:-
UMNO & BN tidak terlibat mengheret Anwar ke Mahkamah. Saiful yg telah bersumpah laknat dlm Masjid Wilayah tahun 2008 yg membawa kes itu. Oleh yg demikian UMNO & BN tidak perlu gelisah dgn keputusan yg kita tidak terlibat & kita tidak mencampuri.Anwar dibebaskan pula hanya atas isu teknikal. Terpulang kpd pendakwaan samada hendak merayu atau tidak.Keputusan ini juga membuktikan yg tuduhan pembangkang bahawa mahkamah negara ini tidak bebas sangat meleset. Ia melambangkan satu kemuncak kpd kebebasan seorang hakim dlm memutuskan sesuatu kes perundangan. Kadang2 org kita & org mereka dihukum dan kadang2 org kita & org mereka dibebaskan.Demikian dinyatakan oleh Datuk Ahmad Maslan bila ditanya pemberita selepas Prgm Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Msia APMM di Pelabuhan Tg Langsat Johor tengahari ini.
Ahmad Maslan menafikan penglibatan UMNO/BN dalam kes liwat II Anwar Ibrahim. Memujuk dan cuba menyuntik semangat dengan mengatakan keputusan mahkamah kelmarin tidak perlu menjadi kegusaran kepada ahli UMNO/BN. Benar. Ianya hanya menjadi kegusaran kepada pengundi sahaja. Bahkan  ianya menjadi sumber inspirasi kepada golongan LGBTIX (seksualiti Merdeka).


Selanjutnya Ahmad Maslan berkata keputusan itu membuktikan sistem keadilan dan badan kehakiman Malaysia adalah bebas. Tapi Kit Siang dan Anwar Ibrahim menafikannya. Baca di sini "Anwar's Acquittal A Victory For Justice But Not Yet A Triumph For The Justice System" inter alia :-
In acquitting Anwar, Judge Mohd Zabidin Mohd Diah cited the possibility that the DNA samples were compromised and the lack of corroborative evidence. On these grounds alone, Anwar should never had been charged in this first place. Furthermore, Anwar’s defence should not have been called at the end of the prosecution case.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today joined the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak and the Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr. Rais Yatim to proclaim that Anwar’s acquittal was proof of the independence of the judiciary in Malaysia and would increase the confidence of Malaysians and international community in Najib’s transformation promises.
Such claims and proclamations are most fragile.
Firstly, it will not be easily forgotten that the crisis of confidence in the independence of the judiciary and the rule of law reached a new climax under Najib’s premiership, when he orchestrated the unconstitutional coup d’etat and power grab in Perak state which was given legitimacy by compromised and subservient judiciary.
Hasan Ali berkata bahawa rakyat tidak perlu di seret ke dalam kancah persoalan isu moral Anwar Ibrahim. Itu adalah benar. (Kemungkinan besar Hasan Ali akan menyertai UMNO). 


Dalam banyak-banyak kenyataan para pemimpin politik di Malaysia pada pandangan hamba, kenyataan Karpal Singh merupakan yang paling jujur apabila di dalam penggulungan hujahnya di dalam mahkamah dengan berkata kejadian liwat suka sama suka berlaku di antara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari.


Karpal Singh berkata demikian di atas kapasiti sebagai peguambela kepada Anwar Ibrahim, sebagai Presiden DAP, sebagai ahli Parlimen dan sebagai rakan sekutu politik kepada Anwar Ibrahim.


Malah beliau juga pernah menempelak Anwar Ibrahim di dalam Parlimen pada 1997 mengenai pengaduan Ummi Hafilda ke atas Anwar Ibrahim. 


Beliau juga yang pernah berkata pada krisis perlembagaan Perak bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan banyak kerosakan kepada negara ini dan perlu bertaubat.


Malah kata-kata Karpal Singh itu pernah bersambut dengan jujurnya oleh Mat Sabu dengan menganugerahkan gelaran 'Al Juburi' kepada Anwar Ibrahim.


YA Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berpendapat beliau tidak mempunyai cukup keterangan sokongan untuk membuat sabitan. Sepertimana yang pernah dikatakan oleh YA Hakim Siti Norma hakim Mahkamah Rayuan bahawa beliau yakin kejadian liwat berlaku tetapi tidak cukup bukti.


Di sebalik itu semua, ingin hamba lontarkan suatu persoalan buat semua, DIMANAKAH KEADILAN BUAT SAIFUL BUKHARI SI MANGSA LIWAT SUKA SAMA SUKA ANWAR IBRAHIM SEPERTIMANA YANG KARPAL SINGH KATAKAN DENGAN JUJUR?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

PASCA RUSUHAN 901- LELAH SUNGGUH DENGAN POLITIK PAPAN CATUR.


Tahukah anda bahawa di fesbuk dan di merata ceruk pelusuk Malaysia rakyat kini sedang ditarbiyahkan kembali mengenai betapa sucinya seorang perogol dan peliwat yang dibebaskan kelmarin?

Sudah beratus juta patah perkataan di tulis bagi menyakinkan semua orang bahawa Anwar itu tidak layak menjadi pemimpin. Bukan setahun bukan dua tahun tetapi sejak 1998 sehingga sekarang berterusan.

Pasca rusuhan 901 menyaksikan bagaimana sekali lagi pihak anti Anwar cuba menyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah seorang peliwat dan perogol. Ada yang membuat ulasan membandingkan dengan kes Tan Sri Rahim Thamby Chik. Ada yang mengulas mengenai kekhilafan YA Hakim. Ada yang mengulas mengenai sejarah latarbelakang keluarga Anwar Ibrahim. Serta pelbagai lagi jenis ulasan-ulasan.

Di pihak anti Anwar, kita mempunyai bekas peguam yang pernah membela kes liwat pertama Anwar. Kita ada orang-orang kanan Anwar yang tidak lagi bersama Anwar. Kita mempunyai rakan baik dan akrab Anwar sendiri. Bukan calang-calang peluru. Malangnya Anwar masih kebal.

Salah satu sebab kenapa Anwar masih di pandang suci dan mulia walaupun familinya tahu, penyokongnya tahu, anak-anak muda tahu, seluruh kepimpinan Pakatan pun tahu, Nik Aziz pun tahu, Hasan Ali pun tahu, Karpal Singh terlebih arif, Hj Hadi pun tahu, Azmin Ali apatahlagi pernah merasa 'Anugerah' Papa hebat Nurul Izzah bahkan ramai lagi tahu Anwar Ibrahim bersalah dalam semua hal; ialah kerana Anwar Ibrahim menunjukkan semangat keberanian melawan semuanya itu. 

Sejak 1998 sehingga sekarang Anwar Ibrahim mempamirkan keberaniannya terhadap seluruh kepimpinan UMNO/BN yang suatu masa dulu pernah menjadi kroni serta rakan baiknya semasa di dalam UMNO. 

Sikap berani keras kepala, kedegilan, melawan dan berhati kering yang dimasukkan ke dalam slogan Lawan Tetap Lawan itulah menjadi tangkal azimat penguat semangat kepada anak-anak muda Malaysia. 

Anak-anak muda Malaysia perlukan seorang hero berkuasa sakti seperti Anwar Ibrahim dan bukannya seorang hero berkuasa strategi papan catur. Inilah hakikat yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan DS Najib dan seluruh kepimpinan UMNO/BN. 

Strategi papan catur dan Politik Baru serta polisi Tranformasi hanya memberikan ruang dan luang kepada Anwar Ibrahim menambahkan lagi kuasa saktinya di mata rakyat.

Anwar Ibrahim hanya gentar dan mampu dikalahkan oleh seorang adiwira yang tahu mempersembahkan keberanian luarbiasa di samping bijak mengatur strategi. Adiwira itu perlu tahu menyerap kesemua kuasa-kuasa sakti yang ada pada Anwar Ibrahim dan perlu kebal daripada serangan-serangan pecacai Anwar Ibrahim.

Kepada kepimpinan UMNO/BN dan seluruh jentera UMNO/BN carilah adiwira tersebut dan biarlah beliau bertempur dengan Anwar Ibrahim. Ingatlah bagaimana Sultan Melaka menjadi masyhur kerana mempertaruhkan Hang Tuah. Ingatlah  bagaimana kisah Trojan yang dikalahkan oleh Archilles. Ingatlah bagaimana kedurjanaan Kaurava dikalahkan oleh Pandava melalui pertaruhan Arjuna. Ingatlah bagaimana kemenangan demi kemenangan tentera Islam kerana mempertaruhkan Khalid Ibnu Walid. Ingatlah bagaimana kesembilan Raja-raja Melayu memperolehi kemerdekaan melalui pertaruhan UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

JALAN KE PUTRAJAYA SEMAKIN SUKAR BUAT PAKATAN.



Pembebasan Anwar Ibrahim kerana YA Hakim kurang yakin dengan status pencemaran DNA (Anwar enggan memberikan sampel DNA) telah menaikkan moral penyokong tegar Anwar Ibrahim. Adakah pembebasan Anwar disebabkan ketidakyakinan YA Hakim ke atas status sampel DNA dalam simpanan Polis mampu memudahkan jalan ke Putrajaya bagi Pakatan?

Agak malang kerana pemimpin UMNO tidak mengambil pesanan saidina Abu Bakaq as siddiq yang pernah memberikan nasihat " Pihak yang banyak beralasan pada akhirnya akan keciwa".
  1. Krisis dalaman Pakatan Pembangkang menyukarkan usaha menakluki Putrajaya pada PRU 13 
  2. Walaupun Ketua Pembangkang begitu yakin menakluki Kerajaan Persekutuan, sehingga sanggup 'diludahi', pemimpindan ahli-ahli pembangkang berpendapat sebaliknya. 
  3. Rakyat sudah mual dan jelak dengan cara Anwar Ibrahim menangani kes-kes liwatnya sejak 1998. 
  4. Selain itu, isu dalaman PAS dan DAP semakin meruncing! 
  5. PAS dengan isu Dr Hassan Ali manakala DAP pula, Karpal berbalas bedilan secara terbuka di media dengan P.Ramasamy. 
  6. Di Perak pula, M Kumasegaran dan para pemimpin negeri mengugut untuk letakkan jawatan. 
  7. Di KL, ramai pemimpin PAS akan bertanding atas tiket BEBAS kerana PAS dilihat memanjakan DAP. 
  8. Di Selangor, puluh ribuan ahli PAS berdiri teguh di belakang Dr Hassan Ali bersiap untuk keluar parti. 
  9. Difahamkan PAS hari ini bertahan kerana ahlinya sayangkan Nik Aziz yang kian uzur di samping mengharapkan tertubuhnya negara Islam hakiki yang mengamalkan hudud. 
  10. Ini tulisan dan pandangan akhbar Pembangkang Mingguan Siasah untuk 6-12 Jan 2012.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

PASCA 901 BILA PUAK ABU JAHAL NAIK TOCANG.




Puak ganas dan biadap unit komando AMK, dan PAS mula menyerang kumpulan PERKASA yang melakukan demo bantahan secara aman. Perusuh yang melakukan serangan tersebut amat wajar dikenakan tindakan. Perusuh tidak dapat menerima bantahan aman daripada pihak lain. Inilah bayangan di masa depan jika pihak perusuh dijadikan pemerintah negara. Tiada kritikan dan demo aman bakal mereka benarkan samasekali. Perusuh PKR memang tidak ada otak mahupun akal. Emosi merupakan senjata utama mereka. PERKASA mahupun PEKIDA perlu memikirkan untuk menubuhkan sebuah UNIT PENGAMAN menandingi UNIT KOMANDO AMK dan UNIT AMAL PAS. 

Malah PERKASA dan PEKIDA juga amat perlu menubuhkan UNIT DEMO AMAN dan UNIT MOTORSIKAL. Sebenarnya dalam ilmu pertempuran pihak musuh seperti UNIT KOMANDO AMK mampu dineutralisasikan tanpa menumpahkan setitik darah pun. Jumlah bilangan bukanlah penentu di dalam mana-mana krisis.

Agak malang kerana PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA terpaksa berketuakan seorang yang tidak tahu ilmu pertempuran dan hanya tahu ilmu buat kelentong sahaja. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PASCA 901 - SERANGAN PRO ANWAR KE ATAS ANTI ANWAR.

Antara yang kurang didedahkan ialah mengenai serangan kumpulan pro Anwar ke atas sekumpulan 50 orang kumpulan anti Anwar. Sekumpulan 50 orang berbaju kuning yang anti Anwar telah menunjukkan sokongan kepada Saiful Bukhari. Mereka telah di serang oleh kumpulan pro Anwar. Lihat klip video di bawah ini. - sumber 1Peluru. Kejadian ini berlaku beberapa minit sebelum keputusan diberikan. Adakah ianya suatu kalihan yang disengajakan oleh pihak tertentu bagi meletakkan tiga biji bom jangka?


Ramai rakan-rakan bloger hamba mengatakan 901 adalah suatu kejutan buat semua. Hakikatnya, 901 merupakan sebuah percaturan. Belum masanya lagi untuk hamba mengupasnya.

Tidak ramai yang benar-benar arif mengenai perundangan dan sistem perbicaraan jenayah. Seorang pengamal undang-undang yang tidak pernah mengendalikan kes-kes jenayah pun sukar untuk memahaminya tetapi tidak bagi pengamal undang-undang yang pernah mengendalikan kes-kes jenayah.

Bukan mudah untuk menerangkan kepada orang awam apa yang berlaku sebenarnya dalam keputusan Yang Arif Hakim. Pada logik orang awam apabila mahkamah memberikan keputusan membebaskan Anwar Ibrahim maka perbuatan liwat tidak berlaku samasekali. Itu adalah satu deduksi logika yang silap. 

Deduksi logika sedemikian hanya betul bilamana keputusan itu di buat pada peringkat pembuktian kes prima facie dan pembelaan tidak di panggil. 

Kembali kepada insiden letupan tiga biji bom dan insiden di atas, timbul beberapa persoalan-persoalan anih mengenainya. Apakah benar teori  hamba sebelum ini yang menyebutkan bahawa teori Goebbel, Machiavelli dan dialektika sedang di uji oleh mereka yang mahu menumbangkan DS Najib?

Apa yang hamba lihat adalah sebuah persembahan drama yang amat menarik di mana skripnya telah di tulis sejak 1998. Pengarah dan kordinator seni lakun ini tidak lain tidak bukan ialah Isham Rais. Bermula dengan episod penubuhan Universiti Bangsar Utama.

Tidak ramai juga yang menulis mengenai Datuk Zabidin Md Diah. Latarbelakangnya tidak di sentuh langsung. Cuma hamba teringatkan episod krisis perlembagaan negeri Perak di mana Tun Dr Mahathir mengatakan tindakan itu betul tapi dilakukan dengan tergesa-gesa. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!