Ahad, 8 Januari 2012

901 SAM KETOT & AZMIN ALI KANTOI MENGENAI AKUAN TERIMA SYARAT PDRM.





Shamsul Iskandar Menandatangani Surat dan Syarat PDRM.


PKR (Azmin Ali & Sam Ketot) tidak mengakui menerima syarat-syarat yang dikenakan. Mereka memberikan alasan bahawa Surat yang ditandatangani hanyalah bersifat AKUAN TERIMA dan bukan AKUAN MENERIMA SYARAT. Hamboi, memang dasar pembelit macam Aljuburi juga. Lihat di atas, apa yang tertera ialah 'DITERIMA OLEH' pada mukasurat kedua surat PDRM yang tertera 10 syarat. Tidak dituliskan oleh Sam Ketot sebagai AKUAN TERIMA. Justeru itu ini bermakna Sam Ketot membuat AKUAN TERIMA SYARAT  dan bukan AKUAN TERIMA SURAT. Namun jika dikatakan sebagai AKUAN TERIMA SURAT tanpa ada sebarang penambahan seperti 'AKUAN TERIMA DENGAN BANTAHAN' ianya bermakna kesemua isi kandungan surat adalah di terima termasuklah segala syarat-syarat. 

PKR ini memang kuat menipu dan putar belit. Spesis putar alam yang sukar di didik agar menjadi manusia yang berguna.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANDA DIBERIKAN HAK DI BAWAH SEKSYEN 27 KAJ UNTUK MENAHAN MANA-MANA PERUSUH 901.


Jika peserta dan penganjur 901 berdegil dan mahu melakukan rusuhan dan kebetulan anda berada di lokasi, anda dibenarkan menahan para perusuh 901 di bawah seksyen 27 Kanun Acara Jenayah. Anda hanya perlu mengepung perusuh dan menyerahkan mereka kepada pegawai polis berpangkat sub-inspektor ke atas.

Ambil gambar dan tuliskan butiran kejadian selepas itu buat laporan polis berdekatan mengenainya. Anda perlu mencatit setiap butiran kejadian penahanan yang di buat dan masukkan ke dalam lapuran polis nanti. Bantulah pihak polis menjaga keamanan daripada dicerobohi oleh pihak subversif dan revolusioner PKR PAS dan DAP pada 901.

Oleh kerana AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2011 belum diwartakan, peruntukan perundangan yang dimansuhkan oleh AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2011 MASIH TERPAKAI DAN BERKUATKUASA. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HASAN ALI DI PECAT & 901 MENERUSKAN KHIANAT.


Bye Bye Hasan Ali !
Keahlian PAS Hasan Ali DiPecat Berkuatkuasa Serta Merta


Abdul Hadi Awang Presiden PAS:-

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. 

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. 
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS







Tidak pernah satu pun demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS PKR dan DAP merupakan demonstrasi aman. Semuanya merupakan premiditasi berniat melakukan perbuatan khianat.

Mereka sanggup mengkhianati mandat majoriti rakyat yang telah memilih BN pada PRU12 melalui rusuhan seperti 901.Esok, kemungkinan besar Majlis Peguam akan mendokong para perusuh. 

Esuk tidak penting samada Anwar Ibrahim akan dibebaskan atau tetap dkenakan hukuman. Niat mereka ialah untuk mencetuskan huru hara dan berlaku khianat.

Bagi kelompok tolol Politik Baru memberikan kebenaran kepada perusuh 901 merupakan tindakan bijak. Sebenarnya ia merupakan tindakan sabotaj. 

Persoalan akan timbul bilamana berlaku rusuhan dan keengganan para perusuh bersurai bila diarahkan oleh PDRM. Pada waktu itulah sekelompok peguam akan bertikam lidah dengan pihak PDRM. Anda sendiri mampu mengambarkan situasi yang berlaku.

Kita cuma boleh berharap agar keadaan dan situasi pada hari esuk mampu di kawal. Jika keadaan berada di luar kawalan itu adalah kerana perbuatan khianat PKR PAS dan DAP.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BERITA PENING: AZMIN ALI KATA TIADA SYARAT.


Anwar Ibrahim kecewa apabila PDRM tidak mengharamkan perhimpunan 901. Bagi mengagalkan keizinan yang diberikan pada hari Jumaat 6 Januari 2012, PKR melakukan perbuatan vandalisma. Akhirnya pelaku tersebut berjaya di tahan polis pada 7hb Januari 2012. Lihat keratan di bawah ini.


Apabila tindakan itu gagal, maka Azmin Ali dengan sepantas kilat menafikan adanya 10 syarat yang dipersetujui dengan PDRM. Lihat di bawah.


Penafian Azmin Ali itu pula di sambut dengan berita di bawah. Yakni drama kononnya si Payyad (dalam BERSIH 2.0 berlakon terkena kanister pemedih mata buatan Israil). Lihat di bawah petikan daripada Keadilandaily.
Dalam cerita Payyad, kita sendiri dapat menilai betapa mengarutnya kisah tersebut. Bagaimana mungkin di dalam kesesakan tersebut ada seseorang mampu menyuntik tangan Payyad? Kemudian diberikan deduksi kononnya sasaran ialah akaq Wan Jijah. Ini bagi menimbulkan persepsi bahawa nyawa Anwar Ibrahim dan keluarganya dalam bahaya (walhal tidak). 

Sementara itu PAS Pusat mengeluarkan kenyataan Mustafa Ali agar peserta PAS mengikuti semua persetujuan antara PKR dengan PDRM pada 6hb Januari 2012 (yang telah dinafikan oleh Azmin Ali   dalam kenyataan di Keadilandaily). Bila berlaku percanggahan seperti ini bermakna PAS dan PKR sengaja mahu menimbulkan kekeliruan kepada para peserta nanti. Ini bakal memudahkan mereka membuat provokasi dan putar belit cerita.


Malah PAS akan menyediakan pula 500 orang Marshal. Wow! Anda perlu ingat bahawa itu tidak termasuk di dalam persetujuan antara PDRM dengan PKR. Jadi apakah perlunya PAS menyediakan 500 orang Marshal pula? Hairan bukan? Tidakkah ini bermakna PAS dan PKR cuba untuk mengambil alih kawalan perhimpunan 901 daripada pihak polis secara helah?

Inilah gaya dan cara PAS dan PKR membalas budi baik PDRM. Awal-awal lagi PAS dan PKR sudah menyediakan perangkap buat PDRM. Esuk hari Ahad. Jadi agak mustahil bagi PDRM untuk membuat kenyataan balas. 

Jadi pada hari Isnin akan berlaku kekecohan juga akibat salahfaham yang sengaja ditimbulkan oleh PAS dan PKR.

Anda perlu ingat juga bahawa Akta Perhimpunan Aman 2011 masih belum diwartakan lagi dan belum berkuatkuasa walaupun sudah diluluskan di Parlimen. Oleh itu segala perundangan sebelum ini masih terpakai. Jangan salahkan PDRM nanti.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BERITA-BERITA PENING: ANTARA YANG MENARIK.

DARI BILIK BERITA ALAM SIBER (BUKAN 2 ALAM).


PERTAMA. 
Berita Sensasi 901.
Perkembangan terbaru. Khaled Nordin kata ok boleh sertai rusuhan 901 kerana diberikan sijil halal oleh kelompok Politik Baru. Mahasiswa/siswi boleh lah menyertainya tanpa paksaan. Jika berlaku apa-apa minta gantirugi daripada Khaled Nordin.

KEDUA.
Berita Sensai #2
Seramai 300 orang penyokong tegar PKR di Sungai Acheh telah keluar PKR kerena keciwa. Ok la tur. Berita ini keluar di blog Taiping Mali. Hangpa boleh semak cerita itu di situ.

KETIGA.
Berita Sensasi #3
Azmin Ali dok marah kepada Hasan Ali di atas kenyataan Hasan Ali memperli pedas kekasih gelap Azmin Ali (Anwar Ibrahim). Hasan Ali cuma kata tak molek lah Anwar Ibrahim seret rakyat ke dalam masalaah moralnya. Azmin Ali bertindak balas menekan PAS Pusat agar mengambil tindakan disiplin ke atas kelancangan Hasan Ali. Pas Pusat yang kini kemarok mahu menyertai rusuhan 901 (dok lama dah tak berbaring di atas jalan). Apa akan jadi? Tunggu esok hari.

KEEMPAT
Berita Sensasi#4
Ini pula ada seorang pembaca berita wanita tersasul sebut Anwar Ibrahim sebagai PM. Beliau sudah memohon maaf melalui twitter. Berita penuh di blog Double-Y. Cari lah di situ.

KELIMA
Berita Sensasi#5
Ada la seorang pengawal keselamatan kepada akaq Wan Jijah nama Fayyad (orang yang sama dulu masa BERSIH 2.0 kata kena kanister pemedih mata buatan Israil) dok kata kena suntiklah, kena sepaklah, kena teranjanglah , kejap koma, kejap degup jantung terhenti, akhirnya masih hidup lagi dok baring atas katil hospital. Mujurlah kerana bukan di atas jalanraya macam selalu. Berita penuh di blog Double-Y.

BERITA-BERITA PENING LALAT LAIN.
Dalam Utusan Malaysia dikatakan bahawa penjenayah vandalisma yang suka conteng-conteng sana sini tunjuk bakat vandalisma dalam sehari dua telah berjaya di tahan oleh pihak polis. Dikatakan salah seorangnya ialah wartawan kepada sebuah portal pembangkang. Kantoi lah beb! Baca kat Utusan Malaysia online.

Pendedahan oleh bloger RBF mengenai pertemuan sulit di antara Fariz Musa ketua Jingga 13 (kumpulan penyangak dan penabur fitnah mega PKR) dengan Siaful Bukhari. Ini menyebabkan Fariz Musa hilang teloq sekejap. Terpaksa buat mesyuarat tergempar di Plaza Masalam Shah Alam. Buat polis repot kata kononnya Saiful Buhari tipu dan reka cerita. Baca sepenuhnya di blog RBF dan ulasan di MIK kalau tidak silap.

Ini Malaysia di dalam tempoh 24 jam dari masuk waktu suboh semalam sehinggalah dekat nak suboh balik. Macam-macam ada. Semakin hangat dan semakin hangit. Gara-gara PKR hendak menghalalkan jenayah rogol, liwat dan amalan seks bebas ketua umumnya. Belum lagi sampai 901. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!