Ahad, 23 Oktober 2011

PETANDA AWAL KEMATIAN DAP-PKR-PAS.


HIMPUN 1.0. Maka melalaklah sekelian pencacai dap-pkr-pas mengatakan ianya gagal. Ianya di taja oleh UMNO. Ianya bersifat politik. Malangnya, mereka lupa bahawa program 1 JUTA BELIA dan HIMPUN 1 JUTA UMAT ISLAM merupakan petanda awal buat kematian dap-pkr-pas. PAS mulai salah menyalahkan  antara satu sama lain. PKR pula makin tertekan. DAP semakin gelisah dengan perkembangan terbaru ini. Protes terhadap dap-pkr-pas sudah mengambil momentumnya tersendiri. Di peti undi nanti ianya akan dimanifestasikan. Walaupun Muhyiddin Yasin di petik meluahkan kembimbangan beliau mengenai BN namun kenyataan itu bersifat prihatin dan cakna seorang pemimpin. Dalam BN tidak ada yang disembunyikan. Dalam dap-pkr-pas mereka lebih suka TUTUP MULUT. Sejauhmana lakonan kepuraan dap-pkr-pas mampu bertahan? Pendedahan demi pendedahan mengenai selingkuhan politik mereka semakin tersebar luas diperkatakan ramai orang. Golongan pemilih Cina mulai gelisah. Resah. Tidak keruan. Polemik dalaman DAP Pulau Pinang menyaksikan penentangan hebat ke atas Guan Eng perampas takhta,  diktaktor dan kuku besi. Di Kelantan, rakyat sudah mulai mempersoalkan mengenai kekayaan peribadi Nik Aziz. Nik Abduh mula bersuara terhadap PKR-PAS. Kabinet bayangan Pakatan Tipo Rakyat masih belum nampak bayangannya lagi. Komoditi Hudud dan Islam sudah tidak lagi laku dan laris di pasaran terbuka politik. Atas dasar apakah lagi dap-pkr-pas hendak mengukukuhkan dan mengekalkan status quo mereka? BN semakin menghampiri 2/3 majoriti di Parlimen kerana pemilih mulai sedar bahawa 2/3 majoriti di Parlimen adalah  perlu untuk penubuhan sebuah kerajaan stabil dan kuat. Rakyat melihat komitmen tinggi BN melakukan polisi transformasi negara dalam semua aspek yang pernah dipertikaikan oleh Pakatan Tipo Rakyat. Segala isu-isu remeh temeh yang dibangkitkan oleh dap-pkr-pas sudah kian malap dan tidak mendapat sambutan. Rakyat Malaysia memang sudah semakin bijak!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HIMPUN IMPAKNYA MENGGERUNKAN MUSUH ALLAH SWT.

وَإِن كُلٌّ لَّمَّا جَمِيعٌ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). 
~ Yaa Siin ayat 32.
 
HIMPUN.  Semalam tercatitlah dalam sejarah negara bagaimana umat Islam di Malaysia mampu bersatu dan bertindak melangkaui batas sempadan kepartian atas nama AKIDAH. Prekuel kepada HIMPUN  menyaksikan masih wujud sifat anti perpaduan dan pemikiran jumud dalam PAS-PKR. Paling melucukan apabila Profesor Dr. Mohd Asri, Hj Hadi, Husam Musa, Khalid Samad, Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim anak beranak, Sam Ketot, Mak Lempira (Zuraida), Nasruddin tantawi Latheefa Koya gagal hadir. Mereka lebih suka mempertahankan kausa politik daripada TAUHID. Namun pemimpin yang sayangkan akidah seperti Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Harussani, Ustaz Azhar dan Ibrahim Ali telah hadir. Ramai ahli dan penyokong PAS-PKR-UMNO-PERKASA-PEKIDA tampil hadir.Begitu juga kelihatan ramai mahasiswa/i serta pertubuhan mahasiswa turut hadir bersama. Arahan pemimpin PAS dan hasutan DAP-PKR nampaknya tidak dipedulikan oleh mereka yang hadir. Terdapat usaha daripada pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan 'flyers' yang menyalahi garispanduan penganjur HIMPUN. Ianya sesuatu yang amat dikesali. Usaha Teresa Kok untuk menakut-nakutkan orangrami melalui kiriman sms berbaur hasutan juag tidak berjaya. Reaksi kepada HIMPUN sungguh mengejutkan. Pandangan negatif telah dilemparkan oleh pencacai dap-pkr-pas ke atas matlamat dan tujuan HIMPUN. Mereka mengatakan bahawa HIMPUN gagal. HIMPUN tajaan UMNO. Boleh HIMPUN tapi tolak HUDUD. Kehadiran sedikit. Serta bermacam-maca lagilah fitnah adu domba yang mereka lakukan. Kenapa? Apakah sebabnya mereka begitu menggeruni HIMPUN? Jawapannya ialah kerana hati-hati mereka sudah gentar dan gerun dengan kemampuan umat Islam bersatu dalam soal mempertahankan akidah. Inilah matlamat HIMPUN. Ini adalah permulaan. Bakal menyusul lagi beberapa siri HIMPUN yang mampu menggerunkan hati-hati musuh-musuh kepada akidah ISLAM.

TEPUK DADA TANYA IMAN!