Rabu, 19 Oktober 2011

KAK WAN JIJAH CABAR ADUN WANITA MELAKA.

Jangan Terkejut !... Ini akibat sindrom KM & 3R


KETUA MENTERI WANITA MELAKA PERTAMA. Jangan haraplah! ADUN wanita Melaka merangkap ibu peraba tersohor yang bermertuakan ahli Parlimen. sedang diwar-warkan untuk menjadi KM Melaka. Kisah ini di kutip daripada rakan bloger JIWA PARADOX Kak Wan Jijah sudah tentu akan berang dan menuntut dijadikan Timbalan Perdana Menteri Pertama pula. Huh, apa nak jadi dalam politik Malaysia ini, takkanlah bapa jadi KM, ibu jadi KM anak jadi KM (Kuat Meraba) jugak? Tapi oklah itu. Ada satu famili lagi pun terkena sindrom KM ini. Bapanya KM (Kuat Meliwat) ibunya pun KM juga (Kuat Memendam) anaknya juga KM juga (Kuat Melawa). Begitu juga ada satu famili lagi pun turut diresapi sindrom KM ini. Bapanya KM (Kuat Membelit) anaknya juga KM (Kaki Memfitnah).Itulah kan serba sedikit mengenai sindrom KM dalam DAP-PKR-PAS. Tidak ketinggalan juga sindrom 3 R (Raba, Ramas, Rasuah). Mohon sangatlah kepada semua pengundi di Malaysia ini menolak kedua sindrom tersebut KM dan 3R pada PRU 13 nanti. Dibimbangkan nanti kedua sindrom tersebut bakal menyebabkan pula satu dinasti keluarga yang perintah sebuah negeri selama 21 tahun terkena sindrom tersebut. Cukuplah tiga buah parti mengalami dua sindrom penyakit urat saraf. Kalau dua sondrom itu merebak tentu sukar Dr Hoogland dan Dr McDonalds merawat dan terpaksa isyithar diri mereka tidak berkelayakan dan tidak berkewibawaan pula. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SUNAT BACA: PAPA GOMO KANTOI & DR NOVANDRI ORANG INDON.!

Lorh .. Bukan Wa Tapi Olang Lain Maaaa 
ISU CABUL.  Maka riuh rendahlah akan sekelian para jejuak DAP-PKR-PAS mengatakan Papa Gomo kantoi. Lebih melucukan Dr Novandri dikatakan warga Indon baru tiga bulan dapat warganegara. Ini semua gara-gara jejuak DAP-PKR-PAS terlalu sangat hendak tunjuk cerdik. Malangnya semakin mereka hendak tunjuk cerdik semakin terserlah bercahaya-cahaya kebingaian mereka dalam menjawab isu cabul. Cerdik  asli dengan buat-buat cerdik mana sama kan. 

Penerangan / Penjelasan.

Dalam mana-mana kisah jenayah seksual identiti sebenar mangsa akan dilindungi. Apatahlagi dalam kes berprofil tinggi yang melibatkan anak kepada V.V.V.I.P. DAP memang terkenal dengan ikatan 'Potong Ayam' dunia kongsi gelap. Tanyalah Ronnie Liu sendiri dan Azmin Ali yang pernah dikantoikan bila cuba merungut mengenainya dalam komplot menjatuhkan Khalid Gagap. Gambar mangsa tidak penting. Apa yang penting ialah REAKSI DUA LIM KEPADA ISU TERSEBUT. Reaksi mereka berdualah menjadi pengukur sebenar samada ISU CABUL adalah BENAR atau FITNAH, Ternyata reaksi yang diberikan oleh dua Lim diukurkan sebagai lebih cenderung kepada membuktikan ISU CABUL ITU BENAR!

Bukti Isu Cabul Bukan Fitnah.


Kesimpulan daripada petikan di atas (dalam kotak berwarna merah) mengharuskan kepada hukum akal bahawa ISU CABUL ADALAH BENAR. Reaksi yang diberikan kepada gambar 'mangsa' menunjukkan bahawa wujudnya mangsa sebenar! Pada akal kita sudah tentu mengharuskan penafian kepada gambar 'mangsa' membawa kepada kesimpulan bahawa 'wujudnya mangsa sebenar'. Hamba sudah memberi amaran kepada LGE agar berhati-hati dan jangan bersikap angkoh nanti K A N T O I. Ternyata telahan hamba itu benar dan LGE buat sekian kalinya ntah ke berapa memang K A N T O I !

DEMO CERDIK BELAKO DEHHHHH .....
Papa Gomo , Dr Novandri dan sekelian gerombolan bloger pro UMNO memang bijak! Terbukti bloger DAP-PKR-PAS memang tidak diberikan susu ibu semasa mereka lahir dan membesar dengan susu lembu. Maka disebabkan itulah mereka lebih cenderung melindungi mana-mana lelaki yang suka 'menceroboh payudara' kerana mereka sendiri tidak pernah merasai jasa payudara ibu mereka. Ini juga jelas membuktikan bahawa keindonan Dr Novandri merupakan hujah ofensif bersifat murahan. Cuma kita juga ingin tahulah samada 'sumber rakan universiti' Dr Novandri yang dijadikan sumber maklumat berkenaan pernah 'GAGAL' mengorat Dr Novandri? . Mungkin juga 'sumber rakan universiti' Dr Novandri pernah kecewa dengan penolakan CINTA SONGSANG. Lainlah Azmin Ali. Hanya Allah SWT saja yang Mengetahui nya

TEPUK DADA TANYA IMAN!  


TAK ROK LAH CAMNI YB.

Apa Pandang-pandang Brader !

YANG BERHORMAT. Di Malaysia ini akan segala manusia terpilih dalam pilihanraya untuk menjadi waikl rakyat diberikan gelar-gelar. Gelaran rasmi untuk segala para wakil rakyat baik di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri ialah YB. Dalam bahasa Ingeris berbunyi seperti WHY BEE? Dalam translasi bebas ke bahasa Melayu 'Kenapa Lebah?' Memang ada persamaan antara Lebah dengan wakil Rakyat Malaysia. 

Persamaan-persamaan tersebut disenaraikan seperti berikut:
Pertama, persamaan dari segi bunyi bising. 
Kedua, persamaan dari segi mengutip segala madu-madu bunga. 
Ketiga, mempunyai sengat berbisa tapi sekali sengat sahaja.
Keempat, hanya terbang keluar cari makan saja. 
Kelima hanya duduk dan buat di sarang tinggi-tinggi dan sukar seperti pokok Tualang.
Keenam, hanya duduk dalam kelompoknya sahaja.
Ketujuh, madu yang berkualiti tinggi hanya untuk 'permaisuri' sahaja.
Kelapan, bertempiaran lari bila kena asap.
Kesembilan, hanya beruang sahaja mampu dapat madu lebah.
Kesepuluh, hanya menyerang di dalam kelompok besar.
Kesebalas hanya taat kepada seekor lebah betina sahaja.
Keduabelas tidak bercampur dengan spesis lain
Ketigabela, sibuk memanjang
Keempatbelas, manusia takut nak dekati
Kelimabelas buat benda yang sama setiap hari.
Keenambelas, manusia sentiasa mencari madu Lebah.
Ketujuhbelas, lebah suka buat madu.
Kelapanbelas mampu melakukan persenyawaan antara pokok-pokok lain
Kesembilanbelas, boleh dikomersilkan.
Keduapuluh tidak merbahaya jika tidak di usik
Keduapuluh satu, pantang jika sarangnya di jolok.

Salah satu serangga yang sering di sebut dalam al Quran ialah Lebah dan begitulah juga mengenai kelompok pemerintah dan pemerintahan manusia yang ada di mukabumi ini.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekelian janganlah anda mudah keliru dan terkeliru dalam mengenal Lebah dan Sarang Lebah untuk dapatkan madunya. Cuma jangalah pula mengambil resam pepatah Melayu 'Habis Madu Sepah Terbuang' tapi kini kita menyebut 'Raba Payudara Dapat RM200,000'.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TAK PATUT BETUL ELLA.

Bukan Hamba Tak Sudi Ella .......
Tapi Kasi Cans Kt Balak Lain lah Pulak
Hamba dah Pencen.


RATU ROCK. Ella kini dikatakan sudah berpunya dan dipunyai oleh 'kekasih awal dan akhir'. Menurut sang bayu yang membawa khabar ke telinga hamba, Ella akan berkahwin. Dulu khabar yang sama sampai rupanya hanya khabaran berlalu saja. Kini khabaran sama juga. Diharapkan pada kali ini benarlah pada firasat tok Nujum Kg. Sg Pinang Sebatang bahawasanya Ella bertemu jodoh. Moga berkekalanlah jodohnya. Jika Ella masih belum bertemu jodoh lesen Tok Nujum Kg Sg Pinang Sebatang bakal hamba tarik balik. Bukan hamba tidak sudi menyunting Ella tapi hamba kini sedang sibuk berperang dengan laknatullah-laknatullah negara.Terutama sekali bila kepala-kepala para laknatullah negara kini bergelumang dengan pelbagai skandal celah kangkang dan payudara. Kepada Ella semoga anda bertemu hajat di hati dan jalanilah kehidupan ini dengan cemerlang. Jangan lupa juga jalan agama. Tahniah lah Ella cuma kalu belum bertemu jodoh juga nanti hamba khabarkan kepada Tok Nujum Kg Sg Pinang Sebatang agar persiapkan rombongan meminang. Bukan bernikah dengan Tok Nujum tapi anak lelaki sulung Tok Nujum. Jangan bimbang anak Tok Nujum tak nakal cam anak V.V.V.I.P Pulau Pinang.

TEPUK DADA TANYA IMAN!