Sabtu, 15 Oktober 2011

ANWAR IBRAHIM SAKIT HATI BUKANNYA SAKIT BELAKANG.

GAMBAR ADALAH SERIBU PERKATAAN. 



Tak boleh membongkok?
Tak boleh memusingkan badan?
Ha ... ha ... ha .....
Tengok !


siakap senohong
gelama ikan duri
Sikap berbohong
lama-lama K A N T O I sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MELAYU

MELAYU. Macam-macam hal. Apa yang hendak diceritakan di sini? Ada Melayu hendak Melayu. Ada Melayu tidak mahu Melayu. Anihnya, ada Melayu tak nak mengaku Melayu. Apa sudah jadi? Ada Melayu tuduh UMNO penyebab Melayu jadi lemah. Kalau dimusnahkan UMNO maka Melayu jadi kuat semula. Hairannya, di Selangor, di Perak, di Pulau Pinang dan di Kedah tempat di mana UMNO dikalahkan dalam PRU 12 lalu, Melayu masih tidak kuat juga. Jadi UMNO bukanlah faktor utama kelemahan Melayu.

Lebih anih lagi, di mana UMNO dikalahkah di situ Melayu kena halau secara terang-terangan. Lihat apa terjadi di Pulau Pinang. Kg Sg. Kerandang di Selangor.Malah di Perak hampir-hampir lagi Melayu merempat bila UMNO dikalahkan.

Terlebih anih ialah selama 21 tahun Kelantan di perintah oleh puak Melayu yang tidak mahu mengaku Melayu nasib Melayu tidak sebaik mana-mana Melayu di mana UMNO kuat. DAP-PKR-PAS tuduh UMNO ini Rasis. Diskriminasi. Menindas kaum lain. Ajaibnya jika benar begitu kenapa ramai Cina dan India boleh menjadi kaya raya semasa UMNO kuat?

Apakah dan dimanakah punca masalah Melayu sebenarnya? Pada UMNOkah? PASkah? PKRkah? DAPkah? Isu ini akan di kupas kerana pada masa ini dan sejak dulu lagi isu ini sentiasa di kupas tapi tiada jawapan yang memuaskan.

Tun Dr Mahahtir kata dalam sepuluh tahun lagi Melayu bakal menghadapi masalah kehilangan ekonomi, kuasa politik dan budaya jika corak perpecahan yang berlaku pada hari ini masih berterusan.

Cuba kita renungkan ini, dalam perlawanan bolasepak, Melayu sama Melayu pun boleh bergaduh. Pelik kan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!