Selasa, 11 Oktober 2011

KAK WAN JIJAH PUN TAK TAU MENGENAI HUTANG NEGARA.

Hutang Negara ... ..akaq .... raser lah .... salah bang Nuo nie ..

SEMALAM, rakan bloger hamba MKP (matkilaupenang) telah mengeluarkan artikel penjelasan mengenai Hutang Negara. Artikelnya begitu bagus dan kelas A1. Ini kerana dalam isu hutang negara, dakyah yang sering digunakan oleh pencacai 'tigasuku' DAP-PKR-PAS ialah persepsi kononnya bayi belum lahir pun sudah tanggung hutang. Negara berhutang untuk memajukan ekonomi dan hutang negara bukannya di bayar oleh rakyat jelata seperti membayar hutang kad kredit, hutang kereta dan hutang-hutang lain. Rakyat bukan penjamin hutang negara. Kaedah proaktif yang rakyat boleh membantu mempercepatkan langsainya hutang negara ialah berjimat cermat menggunakan sumber asli yang ada di samping kerajaan mengamalkan urustadbir kewangan jimat cermat.

Baca dan fikirkan mengenainya, petikan penuh:-

Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
RINGKASAN
1. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).
2. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) – % KDNK (GDP)
Malaysia5.6% (Terendah)
UK12.8%
Greek12.0%
Ireland11.7%
Sepanyol9.3%
Portugal7.3%.
3. Hutang Negara – % KDNK (GDP)
Malaysia34% (Terendah)
Sepanyol60%
Portugal82%
USA90%
Singapura98%
UK158%
Greek160%
Jepun200%
4. HUTANG PER KAPITA
MalaysiaRM7,918
(US$2,514)/seorang - Terendah
USAUS$31,000/seorang
Belanda,
Switzerland dan
US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden
dan Kanada
US$17,000/seorang
AustraliaUS$11,400/seorang
5. Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited  untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.
ISU – Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
PENJELASAN
1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:
2009 (Bilion)2010 (Bilion)
1.1 Hutang Sektor Awam:RM   13.8 (16.2%)RM   17.1 (20.0%)
a) Hutang Kerajaan PusatRM   71.6 (83.8%)RM   68.3 (80.0%)
b) PABK*RM   85.4RM   85.4
1.2 Sektor SwastaRM   70.0RM   64.2
1.3 Hutang Jangka PendekRM   77.8RM   72.1
JumlahRM 233.1RM 221.7
• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)
2. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.
3. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.
4. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.
5. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?
6. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.
7. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.
8. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).
9. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih rendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).
10. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada
(US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).
11. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.
Bacaan tambahan Hutang Negara
TEPUK DADA TANYA IMAN!

KHALID SAMAD AKUI ANAKNYA MENERIMA DUIT ZAKAT.

Ada aku kesah pun? ..... Aku kan ASNAF 8 ........
Elaun Ahli Parlimen mana cukup ......
Nuor anak beranak celake TAK NAK ELAUN NAIK!
BARANG NUOR NAIK TAKPE ...


Khalid Samad menulis:-
Menurut anak saya, dia telah menerima BANTUAN UMUM dari LZS sebanyak RM 1 000 setahun ..... dari tahun 2001- 2008 dan RM 5,000 bagi tahun 2009.
Persoalannya:-

  • Layakkah anak Khalid Samad menerima sumbangan tersebut?
  • Adakah Khalid Samad ini tergolong dalam ASNAF 8?
  • Khalid Samad tak tahu anaknya menerima sumbangan LZS selama ini? Bapa jenis apa nie?
  • Bayangkan anaknya gunakan duit zakat untuk beli buku dan pergi UMRAH. Fikir ... jangan tak fikir.
  • Khalid Samad abaikan perbelanjaan anaknya sendiri?


Sendiri fikirlah. Terlalu sangat hendak menutup 'kejahatan sendiri' sehinggakan Allah SWT membuka 'KEBENARAN' dalam tulisan Khalid Samad.

Pendedahan ini berdasarkan kepada Hj Hadi kata ianya WAJIB dan TANGGUNJAWAB AGAMA mendedahkan PERIBADI CALON. 

SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!