Selasa, 4 Oktober 2011

SIAPA YANG PERLUKAN SIAPA? KAK WAN AZIZAH BERTANYA.

Tiru macam akaq anak beranak ini ... lagi ramai akaq kelentong lagi kaya akaq !

Kita ini kan seringkali mendabik dada sendiri dan mengaku "si polan itu naik sebab aku penaikkan." "Si polan itu dulu siapa yang kenal kalau bukan jasa-jasa aku" Kemudian apasaja si polan itu lakukan semuanya adalah HASIL KERJA KITA. Patut ke kita mengakui hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja kita kerana kita pernah beri sedikit pertolongan dan ruang kepadanya? 

Dalam senario politik masakini pun sama. Khalid G mendabik dada kata Pakatan Haramjadah berjaya kumpul simpan RM1.1 billion. Betul ke? Pada masa pentadbiran Khir Toyo dahulu asas-asas kepada kejayaan pengumpulan tersebut telah di buat terlebih dahulu. Tanpa asas tersebut jangan RM 1.00 malah sepuluh sen pun belum tentu pentadbiran Khalid G mampu lakukan. 

Budaya kerjasama di kalangan rakyat semakin terhakis kerana besarnya pengaruh sifat individualistik. Semuanya berkisar kepada 'Kalau bukan kerana AKU....' Dalam kesetiakawanan pun sama. Tidak ramai yang mampu berterus terang dengan rakan-rakan seperjuangan mengenai perkara sebenar. Takut rakan-rakan lain persoalkan dan pertikaikan itu dan ini. 

Hambe hanya manusia kerdil sahaja dalam dunia ini. Segala keperluan kehidupan hambe di tanggung beres oleh Allah Subhanahu wa ta'ala. Pada masa yang sama, hambe kesal melihat majortiti kita seolah-olah meletakkan untung nasib seseorang itu dalam tangannya sendiri. 

Kesetiaan kepada Ketua bergantung kepada seramai mana yang mampu di kelentong. Bukan lagi kepada seramai mana yang menerima manafaatnya. Orang ramai pula lebih bersedia meneriima pihak yang sangggup menanggung kehidupan mereka dari A sampai Z. 

Pemerintah kita sudah berusaha untuk melakukan transformasi dan perubahan drastik tetapi adakah kita mengikuti jejak langkah pemerintah kita? Kita masih berada di takuk zon selesa dan enggan berubah mahupun bertransformasi. Kita hanya mengharapkan pemerintah saja. Ya lah ... ' Kalau bukan kerana undi .. si polan tak menjadi pemerintah" Yea Tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MISTERIUS SUNGGUH SAKSI MISTERI ANWAR IBRAHIM KATA KAK WAN JIJAH.


Lidah pembohong media rasmi PKR sudah pun memainkan isu mengenai saksi misteri Anwar Ibrahim. Kononnya keterangan saksi misteri Anwar Ibrahim berjaya menguatkan pembohongan pembelaan Anwar Ibrahim. Dalm twitter juga Anwar Ibrahim membuat kenyataan selektif.

Setelah gagal mensepina DS Najib dan DS Rosmah. Gagal dalam keterangan-keterangan 'pakar'. Gagal bersumpah dalam mahkamah. Gagal membuktikan ada keraguan munasabah dalam proses indentifikasi DNA. Kini Anwar IBrahim kemukakan SAKSI MISTERI. Apa yang begitu msiteriusnya saksi misteri ini?

Namanya NAJWAN HALIMI anak kepada Dato' Halimi Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Betul ke maklumat ini? Pekerjaan beliau ialah di Pejabat Penasihat Kewangan Negeri Selangor. Bosnya Anwar Ibrahim sendiri!

Menurut maklumat lain, Najwan Halimi ini amat mencemburui perhubungan rapat Saifol dengan Anwar Ibrahim sejak di Universiti lagi. Malah sejak Saifol membuat laporan Polis terhadap Anwar Ibrahim, si Najwan mula menulis banyak artikel-artikel negatif terhadap Saifol kononnya itulah kisah kehidupan sebenar Saifol. 

Artikel-artikelnya mengenai Saifol banyak menimbulkan keraguan mengenai kesahihan cerita-serita tersebut malah lebih bersifat dan bercirikan cerita fiksyen. 

Kredibiliti Saifol cuba di cabar oleh Anwar Ibrahim melalui seorang 'rakan' Saifol di Universiti. Kebetulan pula 'rakan' itu bekerja dengan Anwar Ibrahim. Secara logiknya sudah tentulah pekerja akan ikut cakap 'Bos' yea tak? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

WANG HADIAH RM220 BILLION -BERI BUTIRAN PAPA GOMO SEBAB KANTOIKAN KHALID G!


Gua kasi wang hadiah RM220  Billion siapa tahu PAPA GOMO? Wa nak saman !!!! Berani kantoikan wa !! Argghhh .. arggghh ..arrggghhhh ... Incik .... takda ..takda ... mana ada .... psstt..kantoi lah.

Bagus memang bagus. Kali ini dalam isu DUMC yang dilindungi oleh DAP melalui arahan Tutup Mulut' Papa Gomo berjaya mendedahkan Khalid G mengakui beliau telah campurtangan dalam isu DUMC! Dengar baik-baik apa kata Khalid G dalam video di bawah ini pada minit 2.05. Khalid G menjawab dengan tiada makna secara lisan berterabur selepas mengatakan SAYA DAH CAMPURTANGAN !

Sidang Media pada 28 September 2011
6 hari yang lepas dari tarikh artikel ini.
SAYA DAH CAMPURTANGAN ..!

Anda tentu ingat lagi bagaimana Khalid G dan Khalid Samad serta Nik Nadzmi mengelabah tahap cipan hilang anak bila didedahkan dokumen mengenai campurtangan mereka memberhentikan tindakan sita oleh MBPJ ke atas DUMC kerana beroperasi secara haram?

Latheefa Khoya turut membuat laporan polis terhadap pendedahan Papa Gomo kononnya ianya sebuah pembohongan terancang. Komplot jahat. Pentadbiran DAP-PKR-PAS tidak campurtangan!

MB Selangor kata SAYA DAH CAMPURTANGAN!

Realitinya pentadbiran DAP-PKR-PAS memang menyembunyikan banyak perkara daripada pengetahuan rakyat. Ini baru isu DUMC. Entah apalagi yang disembunyikan di belakang tabir dan di dalam pejabat EXCO-EXCO negeri Selangor sekarang ini. Jika ada sebarang pendedahan mengenai salahlaku dan penyelewengan mereka cepat-cepat akan menutupnya. Atas arahan siapa?

MB Selangor kata SAYA DAH CAMPURTANGAN!

Fikirlah dalam-dalam anak-anak Selangor. Anda mahu perubahan tetapi apa anda semua dapat? Anda dapat pelbagai alasan-alasan dan penafian-penafian sahaja, kerana apa? Kerana MB Selangor kata SAYA DAH CAMPURTANGAN!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BAJET ALTERNATIF KAK WAN AZIZAH KATA ANWAR IBRAHIM MEROYAN!

Akaq dah fenin tengok bang Nuo nie ....
Semuanya hendak DI LELONG!

Kalau beginilah caranya Pakatan 'Tipo' Rakyat hendak.  menguruskan kewangan negara akibatnya rakyat akan menanggung bebanan hutang yang begitu tinggi. Akaq Wan Jijah pun tidak bersetuju.Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bajet Alternatif bersifat 'Bajet Lelongan' di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen petang tadi. Peruntukkan adalah RM 220 billion! Lagi cepat negara bankrap. Mana hendak di cari wang sebanyak itu? 

Antara lain, segala akta-akta yang dikatakan sebagai bersifat menjajah seperti OSA. ISA dan akta-akta lain akan dihapuskan serta merta. Kalau begitu eloknya semua perbuatan jenayah dibenarkan saja. Penjajah juga yang mereka asik fikirkan walaupun negara sudah merdeka 54 tahun. 

AUKU juga mahu dimansuhkan. Peliknya masa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan dahulu AUKU tidak dimansuhkan olehnya.  Antara lain Bajet Lelongan menyatakan (dipetik daripada sumber blog MPP):-

1- Perdana Menteri PR tidak akan juga menjawat jawatan Menteri Kewangan.

2- Defisit negara pimpinan UMNO mencecah 6% bagi tahun 2011 tersimpang dari janji Najib untuk kurangkan ke kadar 5.2%.

3- Cadangan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan kembali kepada Kementerian lain.

4- Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara RM1.2 bilion.

5- Pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.

6- Akta Universiti dan Kolej Universiti di Mansuhkan. Mahasiswa akan bebas dari cengkaman dan kekangan.

7- Elaun penjagaan anak sebanyak RM1000 setahun untuk ibu2 yang layak, dipadan dengan pelaburan, bina pusat penjagaan anak2

8- Kembalikan cukai2 eksais & duti yg dibatal PM atas barang2 mewah (beg2 mewah dll)

9- Pengumuman pengenalan gaji minima pd RM1,100 yg juga melibatkn kenaikan gaji k/tgn awam m'ikut tangga gaji.

10- Sasar defisit 4.4% daripada KDNK dan dividen Petronas diunjur pada RM26 billion setahun.

11- Umumkan pemberian lesen lesen teksi secara terus kepada pemandu pemandu teksi dan batalkan sistem konsesi ala BN.

12- Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan


Jangan lupa Jumaat ini DS Najib akan membentangkan Bajet bagi 2012. Bajet yang berpijak kepada realiti berdasarkan kepada kemampuan negara dan bukan berdasarkan kepada  lelongan semata-mata. Bajet Lelongan Pakatan 'Tipo' Rakyat .

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MAT SYABU & KAK WAN JIJAH ENGGAN SERTAI DEMO BERSIH 3.0?


Mat Syabu enggan sertai Demo BERSIH 3.0? Baca petikan ini :-
Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu berkata, PAS komited melaksanakannya. Ia mesti melalui proses perlembagaan dan BUKAN SECARA REVOLUSI DENGAN MENGADAKAN DEMONSTRASI JALANAN
Itu satu bab, Mat Syabu juga bersetuju Pakatan 'Tipo' Rakyat tidak perlu memenangi pilihanraya:-
Untuk itu PAS tidak perlu menunggu PR MEMENANGI MAJORITI DUA PERTIGA KERUSI PARLIMEN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG UNTUK MEMBOLEHKANNYA MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD. Hukum itu secara otomatik boleh dilaksanakan jika RAMAI WAKIL RAKYAT menyokong PINDAAN PERLEMBAGAAN.
WOW! Apa sudah merasuk pemikiran Mat Syabu ini? Kalau BERSIH boleh berdemo? Kalau mengenai Hudud tidak perlu BERDEMO dan tidak perlu MENANG 2/3 MAJORITI? Kalau hendak tawan PUTRAJAYA wajib menang 2/3 Majoriti? Kenapa pendirian PAS begitu lunak dan lembik tidak bersemangat bila menyentuh bab Hudud? Tapi begitu bersemangat dan bersikap keras dalam soal menyentuh Kepentingan Politik para pemimpinnya?

Hamba memahamkan dua petikan kenyataan Mat Syabu melalui kata kunci 'demonstrasi jalanan' 'Hudud' dan '2/3 majoriti dalam Parlimen'  sebagai penzahiran niat sebenar PAS dalam memperjuangkan hudud. Apakah niat sebenar PAS?

Niat sebenar PAS ialah memperalatkan hudud dan hudud bukanlah keutamaan bagi PAS. PAS lebih mengutamakan kuasa. Perjuangan dan halatuju PAS kini adalah BUKU JINGGA. Bukan berpandukan kepada al Qur'an dan hadis. Kesimpulannya sudah jelaslah pendirian PAS ini bahawa jika PR memenangi 2/3 majoriti dalam Parlimen pun Hudud tetap tidak dilaksanakan oleh mereka kerana BUKU JINGGA dan DAP.

Kecilnya suara dan peranan PAS ini dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat. Hanya mengikut telunjuk DAP dan PKR. Bak kata pepatah seperti Lembu di cucuk hidung. Tiada maruah dan harga diri. Tiada pendirian tetap.

TEPUK DADA TANYA IMAN!