Khamis, 22 September 2011

HUDUD PAS SEMAKIN TERTEKAN.

Sebetulnya bila Pok Nik sebut kembali apsal Hudud ini kerana beliau terasa malu gagal selama 21 tahun melaksanakan sebarang syariat Islam di Kelantan. 

Alih-alih bila Allah swt menunjukkan kepada semua melalui angka-angka penghidap HIV, barulah Pok Nik kelam kabut dan untuk menutup malu dan aib PAS, beliau pun bising pasal Hudud tak ada. 

Bila Tun Dr M cabar Pok Nik , cai PAS terus merasa hina sehina-hinanya. Sudah-sudahlah tu PAS bohongi Allah swt dan Rasul Nya. Tiba masa nanti PAS tidak akan mampu lagi berbohong walau sebutir huruf, pada waktu itu mereka tiada siapa hendak dipersalahkan melainkan diri mereka sendiri.

Kerana UNDI, TAKHTA, HARTA & WANITA , PAS tipu Allah swt dan Rasul Nya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BN NAK MENANG DI SELANGOR? BACA INI.

BN SELANGOR memerlukan lebih ramai pemimpin-pemimpin yang berani turun padang dan sanggup memikul tanggungjawab kepada para pengundi di kawasan masing-masing tanpa mengira fahaman politk, bangsa dan agama. Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju telah memberikan contoh teladan bagaimana hendak merealisasikan 1 Malaysia Rakyat DIdahulukan Pencapaian DiUtamakan. Program-program bantuan kepada penduduk setempat begitu bermakna buat mereka. Bkan beliau yang terhegeh-hegeh tapi rakyat setempat sendiri yang mencari beliau untuk mohon bantuan itu dan ini menyelesaikan masalah mereka. Hendak tahu lebih lanjut sila baca seterusnya di sini 



TEPUK DADA TANYA IMAN!


JOM BELASAH! POK NIK SURUH biaDAP KELUAR PAKATAN

Alahai Pok Nik. Bila sudah tergugat baru lah nak bersuara cam Batman. Suara Pok Nik ni siapa yang nak dengar dalam Pakatan Pro Komunis? Karpal Singh awal-awal sudah kata ." Negara Islam? .. langkah mayat kami dulu!'.  Kemudian balaci PAS pula kata ' Langkah mayat kami kalau nak kacau Karpal Singh' 

Pok Nik kembali membuat cabaran kepada biaDAP untuk keluar Pakatan pro komunis jika tidak bersetuju dengan Hudud. BiaDAP sudah tentu tidak mahu memperjudikan sebarang peluang mereka. Jika biaDAP berlakon pun menyokong Hudud, pengundi Cina akan lari semula ke BN. 

BiaDAP sudah tentu tidak mahu di lihat sebagai Pak Turut dan di buli oleh PAS dan PKR. Lantaklah, setelah 21 tahun Kelantan di perintah PAS dan di bawah Pok Nik, jangan sebaris hukum Hudud dilaksanakan, malah dosa zina boleh diampunkan oleh Pok Nik!

Habislah peluang Guan Eng untuk tubuh sebuah negara berkembar dengan Singapura. Sudah pastinya sidang parlimen bulan Oktober ini akan PANAS !!! ... PANAS!!!! ... PANAS !!!!!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

JOM BALUN! PKR & biaDAP SAYANG MELAYU PULAK.


Apa dah jadi dengan Ketuanan Rakyat sekarang ni? Tiba-tiba saja PKR dan biaDAP semakin kuat memperkatakan mengenai Melayu? Bukan ke selama ini PKR dan biaDAP kata jika membela nasib Melayu, itu rasis namanya. Sudah tukar jadi parti rasis ke biaDAP dan PKR?

Dato' Mansor Othman Pengerusi PKR Pulau Pinang mengatakan bahawa komposisi EXCO Pulau Pinang bukanlah komposisi cauvinistik Cina Sosialis tetapi komposisi MELAYU KUAT. Ya lah .. betul .. MELAYU KUAT ... Melayu Celop yang jenis KUAT MERAPU dan MENIPU Melayu ori.

PKR sudah mula cakap bab Melayu ... Bab Rasis ..... Bab Ketuanan Melayu ... Bab Agenda Melayu .... babab kang ! 

Mansor tak payah lah nak pujuk-pujuk Melayu Pulau Pinang lagi. Cukup dah perit getir Melayu Pulau Pinang selama PKR berkuasa. PKR Pulau Pinang langsung tak bermaya berdepan dengan biaDAP. Langsung tidak ada suara ! Langsung tak berani membantah apa-apa!

Melayu kuat ke kalau undi PKR? Cuba ingat balik apa kata Wan Jijah dan bang Nuor pasal Melayu ........


TEPUK DADA TANYA IMAN!

JOM BALUN ! TERNYATA SEMUANYA TIDAK SELAMAT DI BAWAH REJIM biaDAP!



Rejim biaDAP, apakah yang selamat di bawah rejim mereka? TBH membunuh dirinya kerana keadaan sudah membahayakan dirinya dan keluarganya. Kakitangan Melayu di herdik dan di maki hamun sesuka hati ahli Majlis biaDAP. 

Isu DUMC di sokong kuat oleh pemimpin biaDAP sehingga PAS dan PKR terpaksa tutup mulut. Isu pembahaguan kerusi unutk PRU 13 sudah mula meretakkan hubungan sesama mereka. Jalur Gemilang pun hendak dituakrkan oleh biaDAP.

Sejarah kemerdekaan negara pun biaDAP hendak tukar. Papantanda jalan pun biaDAP hendak tukar. 

Perlembagaan Malaysia pun biaDAP mahu tukarkan. Di Sarawak, kegiatan pembalakan haram dilakukan secara terang-terangan di bawah perlindungan biaDAP. 

Agama Rasmi negara pun biaDAP hendak tukarkan. Penyelewengan projek-projek di bawah PBT dan PDC semakin ketara beri tanah percuma menyebabkan kerugian beratus juta! Orang Melayu hilang kampung, ornag India hilang kampung. Guan Eng pernah kena tampar.


Terkini isu Projek Parkir di Bukit Bendera Pulau Pinang. Projek tersebut diluluskan oleh EXCO Pulau Pinang pada 2007. Pembiayaan projek tersebut berjumlah RM 5 juta dibiayai oleh kerajaan Pusat. EXCO Pulau Pinang meluluskan projek tersebut kepada PDC sebagai agensi perlaksana yang kemudiannya diberikan kepada PDC Consultancy Sdn Bhd. 

Oleh kerana melibatkan PDC Concultancy Sdn. Bhd., Pengerusi baru PDC sepatutnya mengambil tahu mengenai projek tersebut dan bukannya menafikannya. Kelulusan pelan bangunan parkir yang tidak selamat dan tidak mengikut spesifikasi pembinaan di tanah curam (lereng bukit) diluluskan pada Mei 2009 yakni di bawah rejim biaDAP! Begitu juga dengan kelewatan projek tersebut semuanya semasa di bawah pentadbiran rejim biaDAP.
Pelan merancang telah diluluskan pada 21 Mei 2009. Pihak PDC telah memohon untuk mendapatkan kebenaran khas untuk memulakan lewat pembinaan dan telah memperolehinya pada 3 September 2009.

Satu tender terbuka telah dipanggil pada 23 Mac 2009 dan Lembaga Perolehan Persekutuan peringkat negeri Pulau Pinang pada 24 Jun 2009 telah meluluskan projek ini ditawarkan kepada DTE Construction Sdn Bhd pada harga RM3,958,988.26 dengan tempoh binaan selama 14 bulan.


Tarikh memulakan kerja adalah pada 10 Ogos 2009 dan tarikh siap pada 9 Oktober 2010, walaupun tarikh siap sebenar adalah pada 30 Mac 2011.

Dalam proses pembinaan, pihak konsultan telah membuat beberapa perubahan ke atas rekabentuk akibat dari masalah tapak yang telah menjadi lebih kecil akibat ‘encroachment’ rumah berdekatan. 

PDC terpaksa berbuat demikian supaya tidak mengganggu penduduk tempatan dan menambilkira permintaan pihak Kementerian agar memperuntukkan 6 hentian bas. Justeru itu, pelan pindaan kepada pelan bangunan yang diluluskan dikemukakan pada 12 November 2010 dan ianya masih belum diluluskan.

Pihak PDC sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas projek tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera tidak akan berkompromi dari aspek keselamatan 
TERBUKTILAH, APASAJA TIDAK SELAMAT DI BAWAH REJIM biaDAP ! BANGUNAN PUN TIDAK SELAMAT! AKIDAH TIDAK SELAMAT! BENDERA PUN TIDAK SELAMAT!
KASSIM SELAMAT PUN DAH TAK DA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENDEDAHAN TERKINI! LAGI LAMAN ANTI ISLAM DI FESBUK.


Kalau dahulu dengan laman AMS kini muncul lagi sebuah laman di fesbuk yang menghina agama Islam. Sila lihat gambar di bawah ini. 

Bila direnungkan sejenak kemunculan lama-laman fesbuk anti Islam seperti ini merupakan perluasan peperangan anti keganasan antarabangsa sepertimana yang diusulkan oleh William Gawthrop pelatih FBI AS sekitar Jun 2011.

Di lihat tindak-tanduk biaDAP seperti melaksanakan apa yang diusulkan oleh William Gawthrop. 




Kerangka Perlembagaan Malaysia menyatakan dengan jelas ISLAM adalah agama rasmi Persekutuan.

YDPA (Yang DiPertuan Agong) adalah Ketua Agama Rasmi bagi negeri-negeri yang tiada bersultan.

Artikel 12 dan 13 Perlembagaan melarang pengembangan mana-mana kepercayaan, doktrin dan agama lain di kalangan orang Islam.

Baru-baru ini TDM (Tun Dr Mahathir) memberi peringatan mengenai bahaya ancaman kuasa IMPERIALIS BENTUK BARU.

Jadi sama-samalah kita semua bersiap siaga menghadapi sebarang ancaman dari luar dan dalam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



SADISNYA LAWAK DI MAHKAMAH PAGI TADI.


Sadis memang sungguh sadis.Saksi dan peguam bang Nuo menjadi pelawak dan bahan lawak jenaka dalam mahkamah pagi tadi. Mahu tahu mengenainya? Sila baca seterusnya. (sumber AIDC & Empayar Pemuda)

Pada mulanya, Dr Brian Leslie McDonald dari Australia mahu dijadikan senjata utama untuk ‘melumpuhkan isu Lelaki Y dan air mani Anwar’, namun akhirnya, saksi keempat pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi liabiliti dan bahan lawak dalam mahkamah.
Semasa prosiding pagi ini, Dr McDonald dilaporkan terpaksa menunjukkan sijil-sijilnya kepada mahkamah untuk menunjukkan beliau merupakan seorang saksi yang berkredibiliti.
Usaha terdesak menunjukkan sijil-sijil itu terpaksa dilakukan kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan McDonald bukan seorang pakar yang melakukan uji kajinya sendiri, sebaliknya beliau hanya seorang perunding yang hanya melakukan analisis berdasarkan teori.
Nampak remeh, tetapi jika sampai peringkat terpaksa bawa beg besar semata-mata untuk tunjuk sijil-sijil di mahkamah dan bukannya bukti analisis untuk mematikan hujah pendakwa, itu sudah termasuk dalam kes lawak jenaka.
Namun, hakikat yang belum dapat disangkal hingga kini, McDonald bukan seorang specialist(pakar) tetapi beliau hanya seorang consultant(perunding).
Pendakwa turut berjaya membuktikan di Brunei dan negaranya sendiri, Australia, di mana dalam mahkamah di kedua-dua negara itu telah menolak keterangan McDonald kerana beliau didapati tidak pakar dalam bidang yang diperkatakan.
Keadilandaily melaporkan dalam sesi pagi tadi Ram Karpal bertanya kembali kepada McDonald adakah kerana beliau hanya menjalankan ujian dan analisa terakhir pada tujuh tahun lalu yakni pada tahun 2004 akan menjejaskan kepakarannya, saksi keempat pembela itu berkata beliau tidak menjalankan ujikaji dengan tangannya sendiri, namun beliau mendakwa melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza.
Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itu tidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya.
Semasa sesi soal balas saksi keempat itu, Keadilandaily melaporkan Ram Karpal kelihatan terganggu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang dikatakan ketawa kecil sepanjang sesi soal balas itu.
Malah portal organ PKR itu turut mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Mohd Yusof turut ketawa kecil apabila melihat gelagat Ram Karpal yang kelihatan sedikit berang.
Mohd Yusof dilaporkan masih lagi senyum tersipu-sipu sewaktu Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.
Begitu juga dengan sebahagian hadirin di galeri awam turut ketawa kecil dengan tingkah laku Ram Karpal.
Kenapa tingkah laku peguam Anwar itu menjadi bahan lawak umum ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


KEBANGKITAN UNDI PROTES MELAYU MENGGUSARKAN DAP & PAP.

Ini cetusan daripada artikel GAP yang difikirkan molek benar diperpanjangkan kepada umum. Perkembangan mutakhir di Singapura di bawah rejim PAP yang senada dengan DAP di Malaysia menjadi indeks petunjuk kepada kebangkitan protes undi Melayu terhadap semangat cauvinistik rasisma kedua parti tersebut. 

BiaDAP melalui rayuan desperado Anthony Loke dua minggu lepas merayu bloger Melayu menyokong mereka dan diberikan imbuhan wang adalah petanda biaDAP sudah tidak lagi mempercayai kesetiakawanan PKR dan PAS. 

Secara tidak langsung biaDAP memperakui bahawa mereka telah teruk di lanyak dan di bantai tanpa belas kasihan oleh bloger Melayu. Manakala di Singapura, rajim PAP menyaksikan pengundi Melayu menyatakan bantahan melalui peti undi.

Dua hari lepas Lee Hsien Loong bersedia untuk mengkaji balik beberapa dasar (polisi-polisi diskriminasi kaum)  unutk membantu Melayu di Singapura tapi segalanya sudah terlambat. Melayu Singapura akan terus bangkit mengubah rejim PAP kepada sebuah pemerintahan yang lebih mesra kepada Melayu.

Mudah cakap beginilah, keduanya PAP dan biaDAP sudah merasai bahang ketulahan daulat Melayu yang selama ini mereka injak-injak dan hina-hinakan. Tidak hairan dalam masa tiga ke lima tahun lagi PAP dan biaDAP bakal menjadi bahan arkib sejarah sebagai parti politik yang mengamalkan dasar perkauman dan penindasan melampau melalui polarisasi kaum warisan kuasa-kuasa imperialis barat.

BiaDAP sebenarnya tidak bersolidariti dengan PAS dan PKR serta bakal mengkhianati kedua sekutu mereka dalam masa terdekat. Tidak percaya? Nantikan saja dan lihat bagaiman biaDAP bakal di lanyak dan di bantai sesuka hati oleh PKR dan PAS.

Mungkin selepas ini kita bakal tahu siapakah dalang di sebalik pembunuhan Teong Beng Hock sebenarnya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



2001-2010 - 4% SAHAJA MENGGANGGUR? MELONDEHKAN PEMBOHONGAN PAKATAN PRO KOMUNIS.

Berdasarakan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi  Malaysia, dalam tempoh 2001 -2010, kadar pengganguran di kalangan mahasiswa hanyalah sekitar 4% sahaja. Fakta 96% mahasiswa yang mendapat pekerjaan disembunyikan oleh Pakatan Pro komunis selama ini. 


Ini bermakna jika ada anak muda yang mengganggur kerana faktor kelayakan akademi dan kurang mahir berkomunikasi semasa temuduga. 


Dari mana pula selama ini pakatan pro komunis mengatakan mahasiswa/i IPTA dan IPTS sukar mendapatkan pekerjaan?


Sudah tentulah dakyah itu dicetuskan oleh para pemimpin mereka mengalami kegagalan dalam pengajian mereka di IPTA kerana terlalu sibuk berpolitik seperti Mat Syabu dan Jonah PKR.


Sudah tentulah bila mereka sukar mendapat pekerjaan akibat kecuaian mereka sendiri mereka akan mempersalahkan kerajaan akibat kedegilan mereka untuk  mengakui kesilapan mereka sendiri. 


Oleh itu, jika mereka menjadi pemimpin di peringkat yang lebih tinggi sudah tentulah mereka tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jelata kerana mereka sendiri pun dari golongan orang yang kecewa dan gagal. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!




PAKATAN PRO KOMUNIS MEMUSUHI UMNO KERANA UMNO ITU ISLAM.


Rasuah ? Kronisma ? Penyelewengan kuasa? Pembaziran? Ketirisan? Belanjawan defisit? Barua British? Feudal? Rasis? Bangsawan? Elitis? Diskriminasi kaum? Memprejudis penganut agama lain? UMNOPutra? Menolak hukum hakam Islam? Kafir? Munafiq? Jahiliyah? UMNOapco? Sekular? Menghina Islam dan Nabi? Pembohong? Assobiyah? dan banyak lagi lah label-label yang menghina dan mencela UMNO keluar daripada banyak mulut-mulut para pemimpin Pakatan Pro Komunis sejak 1946 lagi.

Semuanya hanya labelan murahan politik bagi meniup api kebencian terhadap UMNO, para pemimpin dan kepimpinan UMNO, tidak berkesudahan. Kepimpinan Pakatan pro komunis sentiasa ada idea dan selalu mengulang-ulangi dakyah labelan mereka agar dipercayai rakyat. 

Pada mulanya rakyat mempercayai tapi lama kelamaan ianya menjadi basi. sebaliknya rakyat mula mempertikaikan kesahihan dakyah labelan yang diulang-ulangi. oleh Pakatan Pro komunis tersebut. Kebanyakan labelan politik tersebut bertujuan unutk menutup kelemahan dan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh majoriti pemimpin Pakatan pro komunis di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Selama mana mereka mampu bertahan di atas gerak kerja menabur fitnah dan berbohong? Selama 54 tahun PAS dan biaDAP telah bekerja keras untuk menjatuhkan UMNO melalui kaedah yang sama berulangkali dan setiapkali itu jugalah di penghujungnya mereka gagal sebaliknya UMNO dapat memanafaatkannya dengan melakukan perbaikan dan semakin di terima oleh rakyat jelata.

Pada akhirnya mereka juga kecundang dek fitnah dan dakyah mereka sendiri seeprtimana kecundangnya bang Nuo, Mat Syabu dan Pok Nik. Tidak lama lagi Guan Eng dan Kit Siang dan Manokharem menyusul pula.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



FBI AKAN BANTU biaDAP SELEPAS INI MEMERANGI AL QUR'AN & ULAMAK??

Nampaknya Perang anti keganasan USA bakal diperluaskan kepada peperangan terhadap AGAMA ISLAM sendiri.

Pihak FBI telah mengenalpasti dua sasaran utama dalam Perang Anti Keganasan tersebut yang bermula sejak September 11.

Dua sasaran utama itu ialah:

AL QUR'AN
ULAMAK


MAKIN GANAS USA 
PATUTLAH MEREKA BEGITU SIBUK 
DI ASIA TENGAH
DENGAN 
'ARAB SPRING'

SELEPAS INI biaDAP PKR & PAS
BAKAL MENDAPAT LESEN BESAR DARIPADA USA
UNTUK MEMPERTIKAIKAN 
AKIDAH UMAT ISLAM DI NEGARA INI!

AYUH BERSATU !
DENGARLAH AMARAN AWAL DARIPADA TDM

TEPUK DADA TANYA IMAN!



GURINDAM DUA BELAS.

INILAH GURINDAM DUA BELAS NAMANYA
Segala puji bagi Tuhan seru sekalian alam serta shalawatnya Nabi yang akhirul jaman serta keluarganya dan sahabatnya sekalian adanya. Amma ba’du daripada itu maka tatkala sampailah Hijratun Nabi 1263 Sanah kepada dua puluh tiga hari bulan Rajab hari Selasa mana telah ta’ali kepada kita yaitu Raja Ali Haji mengarang satu gurindam cara Melayu yaitu yang boleh juga jadi diambil faedah sedikit-sedikit daripada perkataannya itu pada orang yang ada menaruh akal maka adalah banyaknya gurindam itu hanya duabelas pasal di dalamnya.
Syahdan
Adalah beda antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan pula bermula arti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang serupa dua berpasang pada akhirnya dan tiada berkehendak pada sempurna perkataan pada satu-satu pasangnya bersalahan dengan gurindam. Adapun arti gurindam itu yaitu perkataan yang bersajak juga pada akhir pasangannya tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.
Bermula inilah rupanya syair.
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah arti gurindam yang di bawah syatar ini
Persamaan yang indah-indah
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur
INI GURINDAM PASAL YANG PERTAMA
Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA
Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji
INI GURINDAM PASAL YANG KETIGA
Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
Daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fi’il yang tidak senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi
INI GURINDAM PASAL YANG KEEMPAT
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dam memuji hendaklah pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikitpun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah
Barang siapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Barang siapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama ketor
Di manakah salah diri
Jika tidak orang lain yang berperi
Pekerjaan takbur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih
INI GURINDAM PASAL YANG KELIMA
Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia
Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
INI GURINDAM PASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan
Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi
INI GURINDAM PASAL YANG KETUJUH
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur
Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar
INI GURINDAM PASAL YANG KEDELAPAN
Barang siapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Lidah suka membenarkan dirinya
Daripada yang lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang datangnya kabar
Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri disembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Ke’aiban orang jangan dibuka
Ke’aiban diri hendaklah sangka
INI GURINDAM PASAL YANG KESEMBILAN
Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukannya manusia yaitulah syaitan
Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa
Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja
Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Di situlah syaitan punya jamuan
Adapun orang tua(h) yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi berseteru
INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH
Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil
INI GURINDAM PASAL YANG KESEBELAS
Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Hendak jadi kepala
Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendak marah
Dahulukan hujjah
Hendak dimalui
Jangan memalui
Hendak ramai
Murahkan perangai
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUABELAS
Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak buta
Tamatlah gurindam yang duabelas pasal yaitu karangan kita Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu dua ratus enam puluh tiga kepada tiga likur hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima Negeri Riau Pulau Penyengat
Tanda mati
Tiada diri


Tanda Hidup
Jantung berdegup


Kalau arif bistari
Tanda belum mengerti


Bila tiada mengerti
Tanda sudah kembali.


TEPUK DADA TANYA IMAN!