Khamis, 15 September 2011

TRANSFORMASI POLITIK MALAYSIA: PEMANSUHAN ISA, SEKSYEN 27 & ARTIKEL 49 JAMINAN KEBEBASAN BERSUARA ATAU LESEN PENYALAHGUNAAN KEBEBASAN BERSUARA?

Pada malam ini setelah menyaksikan ucapan DS Najib mengenai impian dan rencana transformasi politik Malaysia, difikirkan adalah perlu diperbincangkan di sini. Tindakan berani DS Najib membuat perubahan-perubahan besar tanpa adanya perubahan besar sikap segelintir rakyat Malaysia memang patut di puji.

Antara lain DS Najib percaya dan menyakini bahawa pemansuhan ISA, Perkara 49, pindaan kepada seksyen 27 Akta Polis, pemansuhan lesen tahunan kepada suratkhabar dan kajian semula kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Kediaman Terhad termasuk beberapa akta lain akan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman. 

Kita tidak tahu apakah bentuk perundangan yang bakal menggantikan akta-akta keselamatan tersebut yang di gubal bagi memastikan kebebasan bersuara dan berhimpun tidak disalahgunakan oleh anasir-anasir subversif serta provakator dan keganasan terancang. 

Akta Kediaman Terhad yang berkuatkuasa ketika ini adalah cara pencegahan ke atas penjenayah-penjenayah terancang tegar. Nampaknya pihak PDRM dan semua pasukan keselamatan dalam negeri selepas ini bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih besar. 

Manakala badan kehakiman negara pula terpaksa bekerja lebih keras bagi memastikan penyalahgunaan hak-hak kebebasan asasi terkawal. Namun kita mengetahui bahawa terdapat terlalu banyak kelemahan dalam sistem badan kehakiman mahupun dalam badan penguatkuasaan di dalam negara ini. 

Perkara ini pula di tambah dengan keletihan yang berpanjangan di pihak Peguam Negara Malaysia yang nampaknya lebih selesa mendakwa kes-kes yang senang dan mudah. Tanpa sebarang transformasi kepada platfom-platfom yang sedia ada, polisi transformasi yang diimpikan oleh DS Najib hanya bakal menjadi lesen-lesen besar kepada anasir-anasir subversif untuk bergerak lebih cergas di bawah perlindungan baru perundangan negara.

Ini bukanlah kali pertama penasihat-penasihat dan kumpulan pemikir kerajaan Barisan Nasional menyebelahi idealisma-idealisma yang membahayakan kepada kerangka Perlembagaan Malaysia. Mungkin kerana mereka terlalu lama berada di dalam zon selesa dan kemewahan mereka seringkali terlupa bahawa setiap nasihat yang diberikan membawa impak yang besar kepada rakyat jelata dan bukannya hanya berkisar kepada samada jawatan yang mereka pegang.

Kebajikan dan keselamatan rakyat sepatutnya lebih diutamakan daripada menjaga kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan apa akan terjadi kepada rakyat jelata jika keadaan menjadi tidak terkawal. Rakyat jelata masih lagi terikat dengan penilaian kulit daripada isi. 


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA & MALAYSIA! PAKATAN PRO KOMUNIS SAMBUT HARI MEMPERINGATI ANWAR ALJUBURI BERBOHONG!


ESUK kita menyambut Hari Merdeka & Hari Malaysia secara serentak TAPI ! ianya juga merupakan HARI MEMPERINGATI PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM mengenai 16hb September. Pada tahun ini kita amat bertuah kerana boleh memperingati banyak sejarah kontemporari negara. 

Utusan Malaysia turut melapurkan bahawa kabinet akan membincangkan segala tuduhan terhadap pihak Polis semasa menangani perhimpunan Haram BEERSHIT .20. Perkara ini telah dimakklumkan oleh Menteri KDN dalam suatu majlis di Perak baru-baru ini. 

Dalam masa yang sama rakyat juga tertanya-tanya apakah tindakan seterusnya ke atas beribu-ribu lapuran polis yang telah di buat terhadap Mat Syabu, Ambiga dan penganjur BEERSHIT 2.0. Menteri KDN mempunyai kuasa-kuasa khas di bawah Perkara 149-152 Perlembagaan yang melangkaui kuasa-kuasa Peguam Negara di bawah perkara 49. Peguam Negara boleh menerima arahan daripada Menteri KDN untuk mempercepatkan tindakan mahkamah ke atas Mat Syabu, Ambiga dan penganjur BEERSHIT 2.0. 

Rakyat yang telah membuat beribu lapuran polis tersebut amat berharap agar Menteri KDN dapat bertindak yang pada pandangan rakyat merupakan tindakan yang postif selain daripada hanya bergantung sepenuhnya kepada tindakan Peguam Negara.

Kembali kepada pembohongan Anwar Ibrahim mengenai 16hb September, ianya merupakan hari yang bagus pada hari esuk kepada semua kepimpinan dan penyokong Pakatan Pro Komunis untuk mengimbau kembali betapa tololnya mereka di tipu hidup-hidup oleh Anwar Ibrahim. Kalau mereka masih tidak sedar juga itu bermakna mereka sememangnya tidak layak memerintah negara ini. 



TOLAK PERPADUAN WAJIB DI TENTANG, SH. DR SULAIMAN SALOOMI.

Pada hari ini Utusan Malaysia menerbitkan pendapat seorang anggota Majlis Fatwa Masjidil Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang mengatakan adalah wajib menentang golongan yang menolak perpaduan walaupun golongan tersebut mengaku 'alim ulama'. 


Beliau adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah juga memegang jawatan Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah selain menganggotai Majlis Fatwa Masjidil Haram Mekah. Beliau merupakan pakar fahaman syiah sebagai bidang kajiannya dan memperolehi Doktor Falsafah berkaitan fahaman tersebut. 

Beliau berada di Malaysia atas lawatan peribadi selama 8 hari. Menariknya beliau berpendapat bahawa perkembangan syariah di Malaysia adalah baik kerana segala aspek kehidupan dan bidang pembelajaran di Malaysia berjalan rancak. 



Pesannan beliau kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam agar menjaga negara ini baik-baik dan ianya adalah suatu amanah yang wajib dilaksanakan. Beliau turut menyeru agar perpaduan dikekalkan dan mengelakkan perpecahan kerana musuh-musuh Islam sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk merosakkan umat Islam di negara ini.

Sebelum ini PAS turut di bidas oleh sebuah akhbar harian berbahasa Cina kerana hanya menumpang jasa DAP dalam mengembangkan pengaruh politik di luar pantai timur. DAP berjaya meningkatkan jumlah undi pengundi Cina kepada PAS tetapi PAS tidak berjaya memberikan undi majoriti Melayu kepada DAP. 

Pendekata menurut pendapat yang dikemukakan dalam suratkhabar tersebut, PAS bukanlah sekutu politik (kuda tunggangan) yang baik dan bermanafaat kepada DAP. 

Adakah PAS akan sedar mengenai kemerosotan populariti mereka akibat sikap kepuraan dan opurtunis mereka selama ini? Adakah PAS sanggup menyahut seruan perpaduan yang disarankan oleh Sheikh Dr Sulaiman Saloomi atau PAS akan tetap mengatakan bahawa beliau tidak layak memberikan pendapat?

PAS semakin terdesak dan tertekan dan nampaknya PAS bakal ketinggalan jauh ke belakang.


ACCIM PENJARAH & PENCEKIK DARAH RAKYAT SUDAH RESAH DENGAN KEDAI 1 MALAYSIA.

Golongan kapitalis Cina yang selama ini amat bongkak dan angkuh telah mula merasai penangan kebidapan mereka selama ini. Kedai Rakyat 1 Malaysia yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat menjadi sasaran ketidakpuashati golongan kapitalis Cina yang bersifat ultra kiasu. 


Luahan tersebut di buat oleh William Chen taikun The Lion Group yang bersuara bagi pihak kapitalis ACCIM penjarah dan pencekik darah rakyat. ACCIM ialah singkatan kepada Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina. 

Selama ini mereka mencekik dan menghisap darah rakyat marhaen dengan sesuka hati menaikkan harga barangan keperluan runcit serta sentiasa meletakkan kerajaan dalam keadaan defensif. Apabila kerajaan mendengar keluhan rakyat dan mula bertindak menzahirkan konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia untuk membantu rakyat marhaen yang terdiri majoritinya daripada orang Melayu dan India, ACCIM mula berpeluh dan membantah usaha kerajaan membantu rakyat marhaen.


ACCIM melalui mulut lanun penindas ekonomi rakyat marhaen menyatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia bakal menjejaskan golongan peruncit dari kelompok Cina ultra kiasu yang selama ini tidak tahu berterimakasih kepada kerajaan. Malah golongan kecil itulah selama ini mencekik darah rakyat marhaen dengan menetapkan harga runcit yang tidak masuk akal.

Lebih eloklah golongan tersebut terhapus terus dari senario ekonomi Malaysia agar rakyat marhaen tidak terus tertindas dan tertekan akibat monopoli harga barangan runcit yang tidak berperikemanusiaan.Adalah tidak wajar kerajaan mendengar keluhan golongan elitis Cina ultra kiasu yang selama ini banyak menindas rakyat dan menyalahkan kerajaan.


Konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia sepatutnya diperbanyakkan lagi di seluruh negara dengan kadar 3 buah kedai dalam radius 2 kilometer. Ini boleh memberikan pengajaran perit kepada penghisap darah dan pencekik darah rakyat marhaen selama ini agar BELAJAR MENJUAL HARGA BARANGAN RUNCIT pada kadar harga berpatutan.

Kenapa tidak William Chen mendermakan keseluruhan hartanya untuk mengsubsidikan peruncit-peruncit lintah darat dan vampira ekonomi negara?

HAMBE SOKONG 300% SARANAN BLOGER GERAKAN ANTI PKR AGAR KERAJAAN JANGAN TAKUT DAN TUNDUK KEPADA GOLONGAN PERUNCIT ACCIM SANG LINTAH DARAT DAN VAMPIRA EKONOMI NEGARA!

TERUSKAN USAHA MEMPERBANYAKKAN KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA DI MANA-MANA SAHAJA! LAGIPUN ACCIM TIDAK AKAN MENGUNDI BARISAN NASIONAL PUN.