Isnin, 12 September 2011

TERGEMPAR! TAFSIRAN & KENYATAAN DI BLOG LIM KIT SIANG & KENYATAAN BIDAS POK NIK MAMPU MEMBUKA PINTU-PINTU KEMURTADAN MUTLAK!

Sungguh dan amat merbahaya sekali! Pok Nik membidas kenyataan Prof. Zainal Kling (yang pernah di saman oleh persatuan mahasiswa suatu masa dulu dan terpaksa meletak jawatan) manakala di blog Kit Siang terbitnya sebuah artikel selangkah ke hadapan dengan menyeru kepada PEMBEBASAN TEOLOGI !

Kedua-dua tindakan pemimpin penganas Pakatan Pro Komunis tersebut berkaitan dengan pembelaan kenyataan kontroversi Mat Syabu yang menyokong komunis.Komunisma adalah ideoologi yang bertentangan dengan Teologi Islam malah mana-mana keprcayaan agama di dunia ini,

Komunisma adalah TOGHUT JELAS. Bersyubahat dengan KOMUNISMA bermakna menyokong pula ideologi PEMBEBASAN TEOLOGI yang diamalkan oleh Sosialis Religus seperti PKR dan DAP.

Kesemuanya adalah mencabar kewibawaan dan maruah Perlembagaan Malaysia, Institusi Agama dan semua institusi Perlembagaan. 

Sosialisma, Liberalisma dan Pluralisma yang kini menjadi ikutan kelompok pro Komunis di dalam Sosialis religus DAP, PKR dan PAS telah memperjelaskan pendirian mereka bahawa mereka tidak samasekali akan terikat dengan nilai-nilai dan norma-norma amalan agama Islam mengikut Perlembagaan Malaysia. 

Pada mereka, bersongkok, tidak bertudung dan menghalang orang Isam murtad adalah Penjajahan Minda Feudal Melayu dan agama Islam yang dipaksakan ke atas majoriti rakyat. Tafsiran itu pula diperkaitkan dengan KEAGUNGAN BANGSA yang disalahtafsirkan sebagai KETUANAN MELAYU. 

Di dalam blog Lim Kit Siang telah terbit sebuah artikel yang menghina dan menghentam kesemua nilai-nilai Islam dan budaya Melayu yang berasaskan kepada ISLAM. Artikel itu di tulis oleh seorang yang menggunakan nama pena Pak Sako. Artikel asal diterbitkan di Malaysian Insider dan diterbitkan semula di blog Lim Kit Siang. Sila klik di sini BLOG LIMKITSIANG: FREEING THE MALAYS AND MUSLIMS FROM RELIGIOUS MIND CONTROL-Pak Sako The Malaysian Insieder 12th September 2011. 



Dalam artikel itu turut diberikan cadangan-cadangan bagaimana hendak 'Membebaskan Minda Melayu & Muslim di Malaysia" ini. Cadangan-cadangan tersebut amatlah menggelisahkan kerana ianya membuka pintu-pintu terbuka kepada KEMURTADAN MUTLAK. 

Kenyataan Pok Nik yang masih terjajah dengan minda kebencian kepada UMNO mampu juga membuka pintu-pintu kepada Kemurtadan. 
Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah."Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. "Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur - MK.
Apabila di baca bersama dengan artikel di tulis oleh Pak Sako yang diterbitkan semula di blog Lim Kit Siang, ianya membawa kepada penafsiran bahawa segala amalan ISLAM di negara ini diamalkan mengikut selera dan kehendak penjajah British dan oleh itu wajarlah ISLAM di tolak  berdasarkan kepada Sejarah dan tafsiran sejarah yang diberikan oleh Pok Nik dan penulis Pak Sako.

Selama ini PAS berdakyah mengatakan UMNO tidak Islamik dan Islam yang diamalkan oelh UMNO adalah bersifat kulit semata-mata bagi menafikan dan menidakkan peranan UMNO dalam pengembangan agama Islam di Malaysia ini.

Manakala DAP dan PKR sudah sekian lama berpendirian bahawa amalan agama Islam di Malaysia ini adalah jenis Feudal Melayu dan wajar dihapuskan terus.

seruan-seruan sebeigini yang bersembunyi di sebalik kenyatan-kenyataan samar dan bersifat syubahat mampu mencetuskan suatu suasana dan keadaan di mana gejala Murtad tidak lagi di anggap bersalahan dengan ISLAM.

Ianya juga memberikan gambaran amat buruk dan keji secara salah mengenai keistimewaan agama Islam di Malaysia ini.  Seterusnyanya akan mencetuskan suatu gelombang kebangkitan kebencian kepada Institusi Raja-raja dan penghapusan Perkara 3, Fasal 4 Perkara 12 dan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Semua rakyat Melayu dan muslim di negara ini perlu bangkit dan mengadakan bantahan besar-besaran di jalanan lebih besar daripada BERSIH 2.0 dan anda tidak perlu bimbang di tahan oleh pihak berkuasa kerana PEGUAM NEGARA tidak ada keberanian untuk menghukum Mat Syabu, Penganjur BERSIH 2.0 dan kepimpinan Pakatan Pengganas Pro Komunis apatahlagi terhadap anda yang sememangnya menyokong BARISAN NASIONAL. Paling tidak pun anda hanya diberikan AMARAN SAHAJA!   



APA YANG ANDA PERLU KAJI MENGENAI KUASA-KUASA MENTERI SIRI 1.

Ramai yang bertanya akhir-akhir ini, " Kenapa perlu ada jemaah menteri? PM tak boleh buat kerja sorang-sorang ke?" dan banyak juga pertanyaan seperti ini " Kenapa Menteri KDN masih tidak ambil tindakan ke atas Mat Syabu dan penganjur perhimpunan haram BERSIH 2.0? walaupun beribu-ribu laporan polis sudah di buat?"

Pernah juga ada seorang setpol kepada seorang MB berkata " Wakil rakyat adalah pembuat undang-undang sahaja" Ini ada pemikiran-pemikiran lapuk di masa lampau semasa T Rex masih hidup dan memakan bangkai hewan dinosur yang lain. 

Tidak perlu pada fikiran hambe untuk menerangkan mengenai ilmu perundangan Perlembagaan yang dulunya hambe belajar selama 12 bulan untuk memahami kesemua artikel yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Itupun masih belum cukup memberikan penjelasan pendek dan jitu kepada mereka yang tidak faham tapi buat-buat pandai seperti Mat Syabu.

Kuasa-kuasa jemaah menteri adalah rumit dan kompleks kerana jemaah menteri juga adalah ahli legislatif di dalam dewan Rakyat. Keberadaan mereka adalah melalui perlantikan oleh Perdana Menteri di atas kuasa-kuasa Yang DiPertuan Agung. Anda boleh faham? Jika anda bukan ahli Parlimen anda tidak berpeluang menjadi anggota jemaah menteri.

Tetapi jika anda seorang ahli Parlimen belum tentu anda terpilih menjadi anggota jemaah menteri jika anda tidak tersenarai oleh Perdana Menteri dan dipersetujui oleh Yang DiPertuan Agong. Kuasa-kuasa lantikan dan persetujuan perkenan Yang DiPertuan Agung masih berkuatkuasa dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan jemaah menteri.

Dalam soal perlantikan mana-mana ahli Parlimen menjadi anggota jemaah menteri ianya adalah kuasa-kuasa yang berlaku di antara Yang DiPertuan Agong dengan mana-mana parti politik yang mempunyai kerusi yang lebih banyak di dalam Parlimen. 

Dalam soal perlantikan Perdana Menteri Yang DiPertuan Agung sendiri akan melantik mana-mana anggota Dewan Rakyat yang PADA FIKIRANNYA MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI ANGGOTA DEWAN RAKYAT. Ini amat penting! Kerana selepas itu, Perdana Menteri yang di lantik akan menyerahkan kepada YDPA satu senarai jemaah menterinya.

Pada segi amalan sudah tentulah mana-mana parti politik yang menguasai samada majoriti mudah atau 2/3 majoriti yang ditafsirkan sebagai PADA FIKIRAN YDPA MENDAPAT MAJORITI KEPERCAYAAN ANGGOTA DEWAN RAKYAT. 

Apakata jika pada PRU 13, SEMUA PARTI POLITIK BERADA DALAM KEADAAN SERI? KITA ADA 222 KERUSI PARLIMEN. KATAKAN SEMUA PARTI POLITIK MENGUASAI BILANGAN KERUSI YANG SAMA BANYAK. APAKAH TAKRIFAN YANG BAKAL BERLAKU UNTUK LANTIKAN PERDANA MENTERI?

Sudah tentulah pada kali ini, seluruh anggota Dewan Rakyat akan membuat undian kepercayaan kepada calun-calun yang bakal dijadikan Perdana Menteri. Apabila ini berlaku PARLIMEN AKAN BERKUASA LEBIH DARIPADA SEKARANG. 

YDPA hanya memberikan perkenaan sahaja ke atas mana-mana anggota Dewan Rakyat yang diberikan majoriti kepercayaan oleh anggota Dewan Rakyat. Ianya bukan lagi percaturan POLITIK DALAMAN. Hegemoni itu bakal dipecahkan bermakna mana-mana anggota jemaah Menteri yang ada sekarang semuanya berada dalam keadaan tidak selamat. 

Rakyat sedang menilai KPI semua jemaah Menteri, Menteri Besar, EXCO Setiausaha Parlimen dan setiausaha Politik. Mana-mana Pentadbiran Eksekutif yang di lihat sebagai lemah dan tidak berupaya melawan musuh, bakal dikosongkan kerjaya mereka melalui peti undi oleh rakyat.

Kepercayaan rakyat akan menurut jika rakyat melihat Menteri KDN gagal melawan arus pembangkang. Rakyat yang mengundi BARISAN NASIONAL telah membantu Menteri KDN dalam banyak hal apabila kelompok ini membuat BERIBU-RIBU LAPURAN POLIS terhadap Mat Syabu dan penganjur BERSIH yang mana JIKA MENTERI KDN BERTINDAK MENGGUNAKAN KUASA-KUASANYA DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI, PIHAK PEMBANGKANG TIDAK AKAN DAPAT MENYALAHKAN TINDAKAN MENTERI KDN ITU KERANA BELIAU BUKAN BERTINDAK DI ATAS BUDIBICARANYA SENDIRI TETAPI BERTINDAK KE ATAS LAPURAN POLIS YANG TELAH DI BUAT OLEH RAKYAT JELATA,.

INI BUKAN SOAL SAMADA PEGUAM NEGARA MEMPUNYAI KUASA-KUASA DI BAWAH PERLEMBAGAAN UNTUK MEMBUAT ATAU MENGAMBIL TINDAKAN PERUNDANGAN MELALUI MAHKAMAH TETAPI INI BERKENAAN DENGAN KUASA-KUASA KHAS SEORANG MENTERI YANG DIBERIKAN OLEH PERLEMBAGAAN DI BAWAH ARTIKEL 149 -152 YANG MENJANGKAUI KUASA-KUASA PEGUAM NEGARA DI DALAM ARTIKEL 142.

Perlu diingatkan bahawa PEGUAM NEGARA adalah di lantik oleh PERDANA MENTERI yang diperkenankan oleh YDPA.

PEGUAM NEGARA boleh dilantik daripada mana-mana anggota Dewan Rakyat atau mana-mana orang yang mempunyai kelayakan menjadi HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

Jika PEGUAM NEGARA pada pendangan MENTERI KDN adalah lewat dalam mengambil tindakan mahkamah mendakwa semua mereka yang dinamakan di dalam lapuran polis, MENTERI KDN BERHAK MENAHAN MANA-MANA ORANG TERSEBUT DI BAWAH ISA UNTUK TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN.

'TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN' MENTERI KDN KENA FAHAM TAFSIRAN KUASA-KUASA INI. Ini bermakna MENTERI KDN boleh menahan Mat Syabu dan penganjur BERSIH 2.0 selama tempoh tidak melebihi dua tahun (7 hari, 30 hari, 60 hari, 90 hari , 100 hari asalkan tidak melebihi 720 hari) sehingga PEGUAM NEGARA mempunyai KEBERANIAN untuk mendakwa mereka.

Adalah mustahil pada perkiraaan akal bahawa PEGUAM NEGARA tidak berani mendakwa mereka dalam tempoh melebihi 3 bulan yakni (90) hari atau membuat persediaan pendakwaan selama lebih 90 hari kecualilah Peguam Negara dan Pendakwaraya masih hendak berhari raya.

Menteri KDN tidak perlu takut dan bimbang jika beliau menahan Mat Syabu dan Penganjur BERSIH 2.0 di bawah ISA kerana beliau bukan bertindak atas kehendaknya tetapi bertindak ke atas kehendak rakyat yang membuat BERIBU-RIBU LAPURAN POLIS terhadap MAT SYABU dan PENGANJUR BERSIH 2.0.

Adalah mustahil PEGUAM NEGARA tidak menasihati beliau mengenainya melainkan jika beliau sendiri merasa ragu-ragu untuk mengambil tindakan ke atas Mat Syabu dan penganjur BERSIH di bawah ISA berdasarkan sebab-sebab yang beliau sendiri maklum. 

Kepada MENTERI KDN, rakyat cuma hendak melihat bahawa anda menahan Mat Syabu dan Penganjur BERSIH tidak kiralah berapa lama pun asalkan tidak melebihi 720 hari di bawah ISA. sementara menungggu PEGUAM NEGARA mencari sedikit KEBERANIAN untuk mendakwa MAT SYABU dan PENGANJUR BERSIH 2.0.

Susah-susah sangat lantik hambe sahaja menjadi PEGUAM NEGARA untuk selama tempoh membersihakan semua penyangak politik dalam Pakatan pro Komunis. Hambe sanggup!


APA YANG ANDA PATUT TAHU MENGENAI SEJARAH GERAKAN MAHASISWA/I DI MALAYSIA.

Ramai yang sedang terpinga-pinga melihat gelagat-gelagat segelintir mahasiswa/i. Ramai juga bekas-bekas pemimpin persatuan-persatuan mahasiswa/i IPTA yang kini memegang jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan dan di pihak pembangkang. 

Masing-masing membawa ideologi dan kepentingan masing-masing. Yb Saifuddin BN/UMNO , Ahli Parlimen Temerloh dan sesetengah pegawai khas terlibat secara langsung mendekati golongan dan kelompk mahasiswa/i tidak ketinggalan juga seperti Dr. Asri dan beberapa pemimpin politik pihak pembangkang.

Golongan mahasiswa/i di IPTA, yang berada di Great Britain, Amerika Syarikat dan Asia Tengah menjadi rebutan parti-parti politik di Malaysia. Masing-masing mencari pengaruh di kalangan mahasiswa/i. Golongan mahasiswa/i hanya mewakili peratusan kecil golongan muda. 

Golongan mahasiswa/i ini menjadi berpengaruh bukan kerana mereka mempunyai pengaruh tetapi mereka didekati oleh golongan yang berpengaruh. Ianya sebuah mitos yang indah. Mahasiswa/i DINAMO MASADEPAN. 

Hambe tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan mahasiswa/i semasa menuntut di sebuah IPTA namun hambe masih mampu bangkit dan bersuara. Golongan ini dijadikan percaturan kerana ianya dicaturkan. Jika ianya tidak dicaturkan maka golongan itu tidak menjadi percaturan.

Ini samalah terjadi kepada kaum India sebelum 2008 di mana golongan ini dicaturkan oleh pihak tertentu sehingga menjadi perhatian. Apabila peranan mereka sudah tamat, mereka dipinggirkan oleh pihak yang mencaturkan mereka.

Hambe bercerita mengenai mahasiswa/i kerana hambe melihat suatu keadaan di masa depan di mana golongan ini BAKAL DIELITKAN. Bilamana ini berlaku, akan terjadilah suatu suasana di mana golongan muda mudi yang tidak berkesempatan menjadi AHLI KELAB ELITIS BARU bakal dipinggirkan dan disisihkan.

Jurang perbezaan sosio-politik akan menjadi runcing dalam tempoh 20 tahun mendatang. Kelompok yang terpinggir nanti akan bangkit secara tiba-tiba. Bilamana ini berlaku, akan timbullah Pemberontakan Sosial Kelas Bawahan. 

Sila ke pautan ini untuk mendapat maklumat mengenai SEJARAH GERAKAN MAHASISWA/I di Malaysia POLITIK KAMPUS

Kepada mereka yang terasa pedas dan sakit hati membaca artikel ini, hambe beri jaminan kepada mereka bahawa jangan dilupakan kepada segelintir kelompok yang pernah mendirikan sebuah 'Universiti Terbuka' di sebuah bandar di Kuala Lumpur. 

Tunggulah juga bakal wujud sebuah pergerakan di sebuah IPTA yang bakal menguggat kesemua retorik dan persatuan mahasiswa/i yang ada pada masakini.