Ahad, 4 September 2011

SIAPA REJIMEN KE 10 PKM BERBANDING KIAI SALLEH?

REJIMEN KE 10 PKM BUKANLAH PEJUANG KEMERDEKAAN TETAPI MEREKA DALAH PENGKHIANAT BANGSA SEPANJANG ZAMAN! SEMASA PKM JOHOR BERMAHARAJLELA MEMBUNUH DAN MELARANG UMAT ISLAM BERSOLAT JEMAAH DI MANA SUARA REJIMEN KE 10 PKM? SETIAP TINDAKAN KEGANASAN DAN PEMBUNUHAN YANG DILAKUKAN OLEH PKM TETAPI DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS BAHU SETIAP AHLI REJIMEN KE 10 PKM ! TAK USAH NAK PUTAR BELIT MENGATAKAN MEREKA PEJUANG KEMERDEKAAN, MEREKA ADALAH PENGKHIANAT BANGSA SEPANJANG ZAMAN !

SEJARAH PERJUANGAN KIAI SALLEH MEMBUKTIKAN BAHAWA REJIMEN KE 10 PKM MERUPAKAN PENGKHIANAT BANGSA SEPANJANG ZAMAN BEGITU JUGA DENGAN MAT INDERA, BELIAU BUKANLAH PEJUANG TETAPI PENGKHIANAT SEPANJANG ZAMAN,

BERTANYALAH KEPADA DIRI ANDA KENAPA SEORANG PEJUANG MELAYU SEPERTI KIAI SALLEH JOHOR YANG TERKENAL PADA ZAMAN ITU DAN SATU-SATUNYA PANGLIMA MELAYU YANG BANGKIT DAN TERSOHOR PADA ZAMAN ITU ENGGAN MENYERTAI PARTI KOMUNIS MALAYA DAN REJIMEN KE 10 PKM?

KERANA KIAI SALLEH TAHU PKM DAN REJIMEN KE 10 PKM ADALAH PENGKHIANAT BANGSA SEPANJANG ZAMAN !



SIAPA MAT INDERA BERBANDING PANGLIMA KIAI SALLEH?

OLEH KERANA PENCACAI PRO KOMUNIS DALAM PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS MASIH BEBAL DAN DUNGU DALAM HAL SEJARAH KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN PARTI KOMUNIS MALAYA ANTARA TAHUN 1945 - 1960 YANG DI SANJUNG OLEH MEREKA SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN TAIK KUCING, KITA BUKA KEMBALI LEMBARAN SEJARAH YANG DITAKDIRKAN BERLAKU DI JOHOR BAGI MENYAHKAN DAKWAN-DAKWAAN BEBAL TAIK-TAIK KOMUNIS REJIMEN KE 10 PKM MENGNEAI MAT INDERA DAN PERJUANGAN SEBENAR KOMUNIS.

Di Johor, semasa keganasan BINTANG TIGA (MPAJA) yakni sayap PARTI KOMUNIS MALAYA sedang berleluasa di negeri Johor dan seluruh Tanah Melayu untuk berkuasa selama 14 hari, antara lain membuat undang-undang sepreti berikut:-

Bintang Tiga juga menmperkenalkan peraturan-peraturan yang menyebabkan Orang Melayu menjadi marah dan bangkit menentang mereka. Antara peraturan-peraturan tersebut ialah:-
  • Mengutip cukai wang dari penduduk Batu Pahat berketurunan Melayu, Cina dan India dengan tinggi sekali.
  • Memaksa penduduk tempatan menyerahkan hasil tuaian kepada MPAJA.
  • Merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong.
  • Menculik wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang untuk dijadikan anggota komunis dan penggalak zuriat.
  • Memaksa penduduk tempatan menyertai MPAJA dengan tanpa alasan.
  • Menyerang kampong dan membunuh orang awam yang tidak berdosa tanpa alasan.
  • Mengadakan Mahkamah Rakyat yang tidak adil melaksanakan hukuman.
  • Melarang orang Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa.

Panglima Kiai Salleh Johor telah berjaya mematahkan dan menyekat kemaraan BINTANG TIGA / PKM serta menjadikan PKM begitu takut untuk menentang orang Melayu Johor. Ini berlaku sebelum wujudnya UMNO.

Apabila wujud UMNO, Panglima Kiai Salleh menyertainya. Orang Melayu semasa PKM bermaharajalela di Johor telah memangangg dan memasak hidu-hidup orang MELAYU. MANA MAT INDERA MASA ITU? MANA MAT SABU MASA ITU? MANA PENCACAI-PENCACAI PENJILAT TAIK KOMUNIS MASA ITU?

REJIMEN KE 10 PKM ADALAH DAYUS ! PEMBELOT DAN PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN NEGARA !




SYOKNYA GUAN ENG SAMBUT HARI KEMERDEKAAN DI CHINA.

Apalah hendak diharapkan kepada pemikiran tolol pencacai murahan Pakatan Sosialis Pro Komunis yang cuba memutar belitkan sesi rawatan fisoterapi DS Najib di Australia pada 31hb Ogos 2001. Kononnya, tiada patriotik berada di luar negara pada hari kemerdekaan. Hek eleh ... kenapa tak spin kata tak patriotik sambut Aidil fitri pada 31 Ogos ?

Hanya semata mereka dah alah malu mengenai kenyataan paling bangang Mat Sabu menyanjung tinggi Mat Indera dan menghina anggota polis yang terkorban dalam serangan sadis tak berperikemanusiaan oleh pihak komunis di Bukit Kepong pada Febuari 1950 (Tahun Baru Cina), mereka hendak mempersoalkan pattiotik DS Najib ? Alasan dangkal mereka kerana berada di Australia untuk mendapat rawatan pada tarikh kemerdekaan? 

Samalah bahlolnya dengan Mat Sabu yang di petik sebagai berkata negara tidak merdeka kerana dia kena balun oleh media selama 7 hari 7 malam termasuk di malam raya. Juga sama bahlolnya bila pencacai Pakatan Sosialis Pro Komunis mempersoalkan kejadian itu berlaku sebelum merdeka. Begitu jugalah bahlolnya mereka mempolitikkan isu kematian allahyarham Noramfaizzul yang tertembak peluru sesat pasukan pengaman Kesatuan Afrika di K 4 , Mogadishu Somalia. (4/9/2011).

Rupa-tupanya, mereka hendak menutup isu Guan Eng merayakan kemerdekaan di negeri China bersama dengan beberapa orang pemimpin DAP pada 31hb Ogos 2011. Kan dah kantoi !


BLOGER ANAK MUDA TERPANAS DI PASARAN - KUTUKAN DEWATA

Pergh dasat ! Ada seorang anak muda yang telah menulis blog yang diberikan nama olehnya sebagai  KUTUKAN DEWATA . Dalam entrinya yang bertajuk ' Anak Muda Sokong Pembangkang?' Beliau dengan penuh bergaya sensasi mempersoalkan kenyataan Kit Siang, Nuor Jubree dan Kopal Sinki samada benar anak muda begitu rendah tahap pemikiran seprtimana yang di dakwa oleh pemimpin Pakatan Sosialis Pro Komunis.


Di samping itu beliau begitu pedas menyindir sesetengah orang UMNO yang turut terpedaya dnegan dakyah Pakatan Sosialis Pro Komunis tersebut dan bertindak kelam kabut. Petikan :-
Kayu ukur mana,penanda aras mana hang pa guna pakai untuk mengewar-warkan itu semua.Yang aku heran sangat sampai orang UMNO pun percaya.Bila percaya mulalah mabuk takut dan jadi pulak tukang canang bagi pihak lawan.Ahli UMNO bangang macam ni pun ada kat Jerantut dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Jangan sesekali mengukur kemampuan daya fikir golongan muda pada tahap serendah itu.Mereka semua berpelajaran dan pintar menilai situasi politik tanah air.Mereka amat berakal dan tidak mudah terpedaya dengan propaganda pembangkang.
Baca seterusnya di sini KUTUKAN DEWATA 



BAHAYA PENGARUH SEMANGAT KOMUNISMA 1948-1960.

Perkembangan mutakhir mengenai pengaruh pemikiran-pemikiran dan semangat komunisma era 1948-1960 semakin ketara di dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis. Tafsiran Kemerdekaan yang difahami oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis adalah merupakan tafsiran yang sama seperti komunisma era 1948-1960. 

Komunis menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 tetapi menyokong penuh Malayan Union 1946. Pihak komunis mengangkat senjata menentang Bristish bukan untuk memperjuangkan kemerdekaan tetapi kerana mereka amat takut dan cukup fobia jika kemerdekaan diserahkan kepada UMNO yang bukan komunis. 

Bagi menipu orang Melayu, pihak komunis telah meniupkan semangat anti British dan mencucuk jarum halus di kalangan orang Melayu yang tidak sabar untuk merdeka menyertai mereka. Salah satu kempen komunis ialah menyebarkan fitnah bahawa UMNO adalah talibarut British dan pengkhianat Melayu. Tema yang sama dimainkan pada hari ini oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis. 

Jadi tidak hairanlah pada hari ini Pakatan Sosialis Pro Komunis melompat-lompat seperti kera menuduh UMNO sebagai pengkhianat Melayu dan talibarut British. ini semua gara-gara tok nenek mereka yang tumpas di tangan UMNO dalam menuntut kemerdekaan dahulu dalam tahun 1948- 1957.


RODHUAN TEE BALUN LAGI ULTRA KIASU !

Di petik sepenuhnya daripada blog Dr Ridhuan Tee, ubat penawar penyakit jiwa pemimpin Pakatan Sosialis Pro Komunis. PADAH JIKA TERLALU BAIK SANGKA. 

My Photo

(Sinar Harian 5 Sept 2011) DR RIDHUAN TEE.

Siapa kata orang Islam yang menerima bantuan dan pertolongan bukan Islam itu salah? terutama bantuan gereja atau orang Kristian yang sedang hangat diperdebatkan hari ini, ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Jika itulah faktanya, bermakna sejak Nabi Muhammad SAW lahir, kemudian menjadi anak yatim piatu semasa kecil, siapakah yang membantu Baginda?

Hatta selepas dilantik menjadi Rasulpun, ketika itu, agama Islam baharu sahaja diturunkan, siapakah orang di sekeliling Nabi? Orang Islam atau bukan Islam? Jawapannya, sudah tentu orang bukan Islam. Siapakah bukan Islam itu? Ada beberapa kategori. Pertama, yang pro dan simpati dengan Islam. Kedua, golongan yang anti Islam, pura-pura baik kerana ada udang di sebalik batu. Ketiga, musuh Islam yang sebenar seperti Yahudi dan Nasrani. Dalam kes gereja DUMC dan sebahagian Kristian, kategori manakah mereka? Manakah satu kafir zimmi dan kafir harbi, fikirkanlah sendiri.

Semua sedia maklum bahawa bapa saudara dan isteri Baginda, Abi Talib dan Khadijah adalah antara paling banyak membantu Baginda. Malah, sebelum nabi diangkat menjadi Rasul. Rasulullah menerima bantuan daripada bukan Islam yang simpati dengan Islam. Sebahagian orang bukan Islam ketika itu (termasu Yahudi) tidak ada agenda tersembunyi atau ada udang di sebalik batu.

Yang paling menyedihkan Baginda SAW adalah pemergian Abi Talib, yang masih lagi tidak memeluk Islam, sedangkan pengorbanannya terhadap Islam tidak ada tolok bandingnya. Jika Nabi bertindak tidak menerima bantuan bukan Islam, apakah mungkin Islam boleh berkembang? Hanya Allah SWT yang tahu.

Begitu juga jika Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah memeluk Islam, tidak membantu orang bukan Islam, bagaimanakah mungkin orang bukan Islam yang lainnya akan memeluk Islam? Oleh kerana agama Islam bersifat sejagat, sudah tentu bantuannya tidak mengenal darjat, warna kulit dan agama.

Perkara pokok yang perlu dibincangkan di sini bukan soal boleh atau tidak, orang Kristian membantu orang Islam atau orang Islam membantu Kristian! Tetapi perkara pokok adalah, apakah agenda tersembunyi, yang tersurat dan tersirat di sebalik bantuan tersebut? Saya memohon mereka yang mahu menjadi hero ini kepada ultra kiasu ini, supaya membaca pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Sinar Harian akan kelicikan pihak Kristian dan luahan pengalaman saya semasa pernah menjadi Kristian.

Namun demikian, umat Islam juga patut dipersalahkan kerana ‘membenarkan’ orang Islam mencari orang Kristian untuk mendapatkan bantuan atau didekati oleh Kristian untuk dibantu. Jika orang kaya berperanan dan sedar diri, serta zakat diagihkan dengan betul, tidak ada orang Islam yang merempat di muka bumi bertuah ini. Persoalannya, kenapa umat Islam masih merempat? Kenapa kita tidak mencari mereka? Kita berseronok dengan kekayaan kita? Menghitung dan melihat angka kutipan yang besar? Kemudian, mengahwini artis sana sini. Seterusnya, pergi menunaikan umrah beratus kali untuk mengejar pahala sunat, sedangkan pahala wajib membantu mereka yang fakir miskin dan merempat, dibiarkan begitu sahaja.

Kita hanya menunggu mereka datang meminta bantuan? Kita tidak bertindak seperti contohnya Khalifah Omar atau Umar Abdul Aziz. Khalifah-khalifah ini sibuk mencari orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Yang ada dalam benak fikiran mereka, orang yang memerlukan mesti dibantu.

Sama juga soal dakwah. Adakah kita tidak pergi berdakwah kepada bukan Islam atau kita menunggu mereka datang menyerah ke pejabat agama untuk memeluk Islam? Sudah tentu dakwah perlu keluar. Umat Islam perlu mendekati bukan Islam, bukannya menunggu mereka datang menyerah diri. Jika begitulah keadaannya, bagaimana Islam boleh berkembang di zaman para Nabi?

Berbeza dengan Kristian, mereka keluar berdakwah mendampingi sasaran untuk menyebarkan dakyahnya. Maka tidak hairanlah jika ramai orang Cina dan orang Asli beralih kepada agama Kristian. Missionari mereka tidak hanya datang dengan dakyah tetapi dengan bantuan wang ringgit sebagai penarik. Kadangkala, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana memang menjadi tangungjawab dan kewajipan mereka menyebarkan dakyah agamanya. Sama seperti tanggungjawab kita.

Cuma silapnya Kristian adalah, mereka mendakyahkan agamanya kepada orang Islam yang dilindungi perlembagaan. Jika mereka berdakyah kepada bukan Kristian yang lain, mungkin tidak banyak timbul masalah. Namun, mereka amat licik. Kristian tahu jika sekadar berdakyah kepada yang bukan Kristian (bukan Melayu), impaknya tidak seberapa.

Justeru, mahu tidak mahu mereka mesti berdakyah kepada orang Melayu yakni peribumi, walaupun dilindungi perlembagaan. Sokongan Melayu amat penting untuk mendapatkan Melayu yang lain. Barulah negara ini mudah untuk dikristiankan. Terus terang, saya tidak pernah takut kepada dakyah Kristian, kerana saya kenal diri saya dan saya mampu menghadapi mereka bila-bila masa. Masalahnya, sasaran mereka bukan saya, tetapi mereka yang tidak faham Islam, jahil, terdesak dan memerlukan bantuan.

Bayangkanlah ketika seseorang memerlukan bantuan dan terdesak, tiba-tiba kita datang sebagai penyelamat, tidakkah kita rasa terhutang budi? Saya teramat sedih membaca kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang dua pemimpin agama mufti yang tidak memahami konteks dakyah Kristian dan penglibatan dalam pertubuhan atau NGO. Nasihat saya, biasakanlah diri dengan kerja-kerja NGO, saudara semua akan tahu apa perancangan Kristian sebenarnya.

Sekian lama saya berkecimpung dalam NGO terutama, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Perkim, apatah lagi pernah menganut agama Kristian bersama-sama bekas rakan-rakan Kristian yang lain, kita semua tahu apa perancangan mereka. Janganlah terlalu bersangka baik, walaupun bersangka baik memang dituntut dalam Islam, seperti pesan Sheikh Abdul Kadir al-Jailani, jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk”.

Bagaimana kita masih boleh berbaik sangka pada mereka yang terang-terang mahu memurtadkan umat Islam, menghina dan melanggar perlembagaan? Dalam konteks pemerintahan, kita kena patuh kepada undang-undang atau undang-undang patuh kepada kita? Kristian kena patuh kepada perlembagaan atau perlembagaan kena ikut Kristian? Sama juga kes kita kena ikut pembangunan atau pembangunan kena ikut kita. Sudah tentu sebagai rakyat kita perlu berkorban untuk memberi laluan kepada pembangunan yang tidak bercanggah dengan Islam. Namun, adakah ia berjalan dengan betul dan adil?

Misalnya, jika ada Chinatown yang terjejas untuk memberi laluan kepada pembangunan seperti di Jalan Sultan, Petaling Street, heboh satu dunia. Golongan ultra kiasu tampil mempertahankannya dengan hujah ia adalah warisan zaman berzaman dan menjadi tumpuan pelancong, sedangkan melambak lagi kawasan Chinatown di negara ini. Tidak perlu dinamakan Chinatown pun, Kuala Lumpur sebenarnya sudah menjadi Chinatown. Kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan daripada memberi laluan kepada pembangunan. Sebagai tindakan ‘win-win’, pembinaan bawah tanah yang melibatkan kos yang lebih besar terpaksa dilakukan. Bayangkan kalau tempat itu adalah Malaytown (jika ada). Apakah tindakan win-win akan berlaku? Lihatlah nanti nasib Kampung Bharu.

Selama ini tanah rezab diambil dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan pembangunan. Apa reaksi orang Islam? Sama juga jika satu rumah ibadat bukan Islam dirobohkan bagi tujuan pembangunan, heboh satu Malaysia. Jika diberipun, tempatnya mesti strategik dan lebih besar, berbanding dengan jika surau masjid dirobohkan, ganti belum tentu lagi. Yang pasti orang Melayu hanya berdiam diri dan tidak banyak membantah. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. 


AL FATIHAH & SEGALANYA SUDAH SELAMAT.

Jam 11.00 pagi tadi di lapangan terbang TUDM Subang, pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia telah selamat kembali ke tanahair bersama jenazah allahyarham Noramfaizul. Ketibaan mereka telah di sambut oleh PM DS Najib dan TPM. Suasana gembira bercampur sedih. Jenazah allahyarham Noramfaizul telah selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di masjid Subang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM petang tadi. Gomo telah berjanji akan menceritakan segala-galanya mengenai kejadian tersebut dalam masa terdekat.


Allahyarham adalah anak tunggal dalam keluarganya dan meninggalkan seorang balu serta dua orang anak lelaki yang masih kecil. Menurut rakan sekerja dan majikan allahyarham, beliau seorang yang rajin bekerja dan komited pada tugas. Kehilangannya amat dirasai oleh seluruh warga kerja BERNAMA.


Presiden NPC Kelab Akhbar Kebangsaan menyarankan agar diwujudkan segera S.O.P (Standard Of Operation) bagi setiap petugas media yang ditugaskan di kawasan zon perang dan merbahaya. Cadangannya itu amat dialu-alukan malah S.O.P untuk semua petugas bagi misi-misi bantuan kemanusiaan juga patut diwujudkan untuk meminimakan risiko serta meningkatkan keselamatan.

Nada Presiden NPC jauh berbeza dengan nada Pakatan Sosialis Pro Komunis yang menghina dan memperlekehkan segala usaha-usaha murni Kelab Putera 1 Malaysia dan jasa allahyarham.Pakatan Sosialis Pro Komunis sememangnya sudah bersifat kebinatangan yang hanya tahu menghina pihak lain kerana hasad dengki yang menebal dalam kegelapan hati minda mereka. 

Anggota lain misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan kepada mereka semua ANDA ADALAH KEBANGGAAAN AGAMA BANGSA & NEGARA ! 

Alangkah mulianya terkorban dalam melakukan kerja-kerja amal daripada terkorban kerana mempercayai fitnah dan rekayasa Pakatan Sosialis Pro Komunis.

7 HARI 7 MALAM (TERMASUK MALAM RAYA) NEGARA TAK MERDEKA KATA MAT SABU

SINAR HARIAN: Pandangan tuan selepas 54 tahun Malaysia merdeka?

Mohamad Sabu: Saya sifatkan belum merdeka , (alasan-alasannya)
(1) tiada kebebasan media, 
(2) saya diserang tujuh hari tujuh malam, 
(3) apa salahnya beri rancangan setengah jam untuk saya bercakap, (4) media serang termasuk di malam raya, 
(5) saya rasa etika kewartawanan tidak ada, 
(6) saya kesal ini berlaku, tak pa la kecam saya, 
(7) tetapi beri ruang untuk menjawab, 
(8) beri saya membuat penjelasan dan ...
kita buat pertimbangan, 
ini rakyat tidak boleh buat pendengaran.

MAT SABU KATA NEGARA BELUM MERDEKA KERANA KEBEBASAN MEDIA TIADA ATAS SEBAB BELIAU DI SERANG 7 HARI 7 MALAM (TERMASUK DI MALAM RAYA)!


MAT SABU BERGULUNG LIDAH BERPUTAR KATA.

Anda patut ke pautan ini SINAR HARIAN - TEMURAMAH DENGAN MAT SABU. Anda akan dapat membaca bagaimana Mat Sabu bergulung lidah dan berputar kata mempertahankan sokongannya kepada perjuangan Komunis. 

Justifikasi beliau di dalam temuramah tersebut adalah seperti berikut:-
SH: Tuan tetap bertegas dengan kenyataan sebelum ini? 
Mohammad Sabu: Mat Indera adalah pejuang. Polis jangan panik, sebelum 31 Ogos, waktu itu kerajaan adalah British, selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka. Ini fakta. Jangan kita menganggap selepas 31 Ogos kita ada kerajaan yang sama. Tidak, bendera lain, lagu lain. Jadi kita perlu beza.
 
SH: Maknanya anggota keselamatan yang mati dalam tragedi Bukit Kepong itu tiada jasa kepada negara?
Mohamad Sabu: Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing, sebab di situ ada bendera Union Jack.
Mat Sabu lupa kepada FAKTA SEJARAH bahawa pada tahun itu UNION JACK tidak dikibarkan tetapi bendera PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948-1957 dan MALAYA berada di dalam tempoh transisi berkerajaan sendiri. Bermakna MALAYA antara 1948 -1957 adalah SEPARUH MERDEKA. 

Apabila wartawan SH bertanya kepada Mat Sabu takrifannya mengenai kemerdekaan, inilah jawapan Mat Sabu yang berbelit-belit dan cukup melucukan:-
SH: Pandangan tuan selepas 54 tahun Malaysia merdeka? 
Mohamad Sabu: Saya sifatkan belum merdeka , tiada kebebasan media, saya diserang tujuh hari tujuh malam, apa salahnya beri rancangan setengah jam untuk saya bercakap, media serang termasuk di malam raya, dijangka tidak berlaku peribadi, saya rasa etika kewartawanan tidak ada, saya kesal ini berlaku, tak pa la kecam saya, tetapi beri ruang untuk menjawab, beri saya membuat penjelasan dan kita buat pertimbangan, ini rakyat tidak boleh buat pendengaran.
Mat Sabu kata NEGARA BELUM MERDEKA SEBAB DIA KENA BALUN 7 HARI 7 MALAM. Tunggu apa lagi? Kornag gelak lah kuat-kuat !