Ahad, 28 Ogos 2011

MAT SABU HILANG INGATAN LAGI? PTUIHHHH BANYAK SANGAT BERBOHONG ITULAH JADINYA.

Mat Sabu hilang ingatan lagi dan mengeluarkan kenyataan paling dungu dalam hidupnya. Beliau mengatakan beliau tidak ingat apa yang beliau kata sama seperti beliau tidak ingat kenderaan yang beliau dakwa melanggar beliau. Mungkin kerana Mat Sabu oberdos ubat pelali semasa rawatan di KPJ Specialist Selangor Hospital dulu atau terlalu banyak terhidu gas pemedih mata. Berikut adalah di petik sepenuhnya dari blog mymassa (saja nak penuhkan rekod di alam maya pasal kebangangan Mat Sabu dan PAS semasa berada dalam PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT KOMUNIS HARMJADAH).

Saya tak ingat isi ceramah, kata Mat Sabu

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

NONE"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbarSinar Harian.

Laporan akhbar itu ini memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu".


Dulu masa kantoi drama jatuh motor pun Abang Mat lupa jugak apa yang Abang Mat cakap. Sampai boleh buat kartun dengan lawak 'lupa' Abang Mat. Sekejap Landrover polis, sekejap Waja Polis, sekejap Pajero pulak.



Tapi kalau Abang Mat lupa, kami blogger pro Kerajaan boleh tolong ingatkan.

BENARKAH PEKELAHIAN POLITIK BANGSA MELAYU SUDAH SEMAKIN TENAT?

Dipetik semuanya dari blog Taiping Mali yang menyiarkan semula teks Mukther Rizam Ahmad Ketua Penerangan PERKASA Daerah LMS. 
“ Mungkin ramai yang sudah sedar bahawa perkelahian politik bangsa Melayu semakin parah dan seolah-olah tiada titik penyatuan yang akan berlaku. Orang Melayu dari lanskap politiknya telah berpecah kepada beberapa puak yang besar iaitu Umno, PAS, PKR dan lain-lain lagi. Itu tidak dikira dengan wujudnya beberapa parti baru seperti KITA dan sebagaimya.
Orang Melayu tidak sebijak bangsa Cina dan India dalam strategi perkelahian politik mereka. Orang Melayu berkelahi dengan "emosi" manakala bangsa lain berkelahi dengan "strategi". Antara emosi dan strategi, sudah pastilah strategi yang akan menang. Emosi tidak lebih dari keinginan untuk membalas dendam dan melihat pihak yang lain jatuh tersungkur. Strategi boleh mencorak peperangan untuk mengkucar-kacirkan emosi. Terserlah sekarang bahawa bangsa Melayu terperangkap dalam peperangan emosi sehingga gagal untuk mengatasi strategi yang digunakan oleh pihak lain terutamanya DAP. 
Sampai bila pun parti politik orang Melayu tidak akan dapat sokongan padu dari bangsanya sendiri. Semua parti politik Melayu penuh dengan keegoan dan tidak mahu bekorban untuk kepentingan ummah. Masing-masing tidak mahu mengalah kerana takut untuk berkongsi kuasa..Maklumlah apabila berkongsi maka habuan yang besar akan tinggal sedikit kerana terpaksa dibahagi-bahagikan. Orang Melayu hari ini umpama ayam sabung yang sedang bertarung di tengah gelanggang dengan disaksikan oleh penonton-penonton Melayu dan bukan Melayu. Mana-mana ayam yang kalah akan dikorbankan manakala ayam laga yang menang akan digunakan untuk membelasah ayam laga yang lain. Masalahnya ialah ayam laga yang dibelasah dengan ayam laga yang membelasah adalah terdiri dari jenis ayam yang sama. Ironinya, Melayu akan digunakan untuk menghancurkan orang Melayu sendiri. Orang Melayu akan bertepuk tangan manakala orang lain akan tersenyum kepuasan. Bodohnya kita ini..Bodohnya kita ini!
Lihatlah bagaimana bangsa kita jauh ketinggalan dari sudut ekonomi.kalau dulu kita di tangga kedua kini kita entah di tangga yang ke berapa? Pencapaian akademik anak bangsa kita masih jauh ketinggalan. Bangsa kita masih asyik dengan keseronokan seperti dadah, rempit, bohsia, bohjan dan sebagainya. Kita masih menjuarai pusat serenti, penjara, rumah pemulihan akhlak dan bermacam-macam lagi. Kita masih lalok dengan semua ini. Bangsa lain terus mengambil ruang dan peluang. Setidak-tidaknya bangsa India sudah mula melahirkan satu professional dalam satu keluarga. Setidak-tidaknya bangsa India sudah menguasai perniagaan cuci kereta, bas kilang, bas pesiaran, kedai gunting rambut dan bermacam-macam lagi. Bangsa cina tak usah kita cakaplah, makin jauh ke depan! Apakah kita masih lagi mahu berkelahi sehingga kita hilang semuanya nanti?Ingatlah semua pemimpin Melayu, politik sepatutnya digunakan untuk menolong bangsamu dan bukannya untuk menghancurkannya.
Cukup-cukuplah berkelahi sesama kita. Kita sekarang ini sudah berada di penghujungnya. Kita tak akan mampu untuk bangun lagi jika kita terjatuh kali ini! Kita telah terperangkap dengan strategi kita sendiri. Kalau dahulu kita boleh nampak orang Melayu menjadi Tuan di buminya sendiri tetapi hari ini orang Melayu hanyalah sekadar penumpang. Kita terperangkap dengan strategi pemimpin kita sendiri. Kita bukan seperti dahulu lagi.Hentikanlah segera pertelingkahan ini kalau masih sayangkan bangsamu. Fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada anak kecilmu nanti. Apakah bangsa lain akan menumpahkan kasih sayang serta belas simpati kepada anak cucu kita itu? Jawapannya tidak!!Sedarlah sebelum terlambat!  
Mukther Rizam Bin Ahmad , Ketua Penerangan Perkasa Daerah LMS 
Begitulah yang dipetik sepenuhnya daripada blog Taiping Mali. Itulah adalah sebuah kenyataan daripada seeorang Melayu yang risaukan masadepan bangsanya. Perkelahaian Politik ini bukanlah berpunca daripada UMNO, tetapi selama ini berpunca daripada sikap dendam Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS yang begitu mahu berlumba-lumba dengan UMNO dalam mencari kuasa dna pengaruh politik sehingga sanggup melakukkan apasaja seperti yang Mat Sabu lakukan baru-baru ini. 

Dalam menghadapi Petualangan bangsa kita wajib memperkuatkan semangat kita.



PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT SUDAH GERUH!

Akibat cita-cita dan impian DAP untuk menjadi parti Dominan mahu menguasai kerusi Parlimen seterusnya mempunyai kuasa untuk meletakkan Perdana Menteri Malaysia dari kalangan ahli Melayu bonekanya sebelum merampasnya dari dominan Melayu, DAP dan PKR sudah bercakaran mengenai pembahagian kerusi Parlimen untuk PRU 13. 

Bloger Dr Novandri mendedahkan bahawa DAP telah menuntut secara lisan melalui percakapan telefon dengan PKR Pulau Pinang untuk mendapatkan lebih banyak kerusi daripada PKR. Tuntutan tersebut telah menyebabkan pimpinan PKR negeri Pulau Pinang naik berang dan menyelar DAP agar tidak mengacau. 

Menurut beliau, jika calon Melayu DAP hendak bertanding mereka sepatutnya meminta kuota dari parti DAP sendiri dan bukan menuntut kuota kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PKR. Beliau menyindir pedas  DAP dengan berkata sinis bahawa jika benar-benar DAP adalah ikhlas sebagai sebuah parti berbilang kaum, kepimpinan pusat DAP wajib memperuntukkan beberapa kerusi dengan peruntukan semasa untuk ahli Melayunya bertanding.

Retak menunggu belah sedang berlaku di dalam Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat, Jika PKR berdegil, PAS sudah tentu bersedia untuk membantu DAP memberikan sebarang peruntukan kerusi kepada ahli Melayu DAP untuk bertanding. Begitulah sayangnya PAS kepada DAP sekarang sehinggakan pengganas komunis pun PAS sudah akui sebagai pejuang kemerdekaan.

DAP tidak perlu bimbang kerana kepimpinan PKR Selangor pun pada bila-bila masa sedia memberikan kerusi tambahan kepada ahli Melayu DAP bertanding. Dua Khalid di Selangor sudah pasti sanggp berkorban demi rakan DAP mereka. Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat sanggup melakukan apasaja untuk menawan Putrajaya hatta jika mereka terpaksa menjual ibu bapa dan isteri mereka. 



SOMALIA: MISI BANTUAN KELAB 1 PUTERA MALAYSIA .


Rombongan Bantuan kemanusiaan ke Somalia pada jam 5.22 p.m waktu tempatan telah sampai di Kepulauan Maldives untuk berehat sebentar. Berdasarkan kepada entri Papa Gomo. Sekarang sudah jam 9 malam. Kemungkinan pada saat ini mereka telah sampai ke kepulauan Sychelles.

Rombongan tersebut menaiki kapalterbang TUDM HERCULES Flight Charlie C 130.Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair. Kepada semua ahli rombongan sentiasalah berwaspada dan tajamkan pancaindera memasing kerana Somalia merupakan Zon Perang. Tolonglah selalu kemaskini lokasi melalui GPS.


DIMANAKAH PARTI KOMUNIS MALAYA SEKARANG?

DIMANAKAH Parti Komunis Malaya sekarang? Tahukah anda bendera dan logo Parti Komunis Malaya ? Lihat di di bawah ini.


ini adalah bendera rasmi PARTI KOMUNIS MALAYA.

Parti politik manakah yang mempunyai bendera dan logo hampir sama dengan PKM ?
lihat di bawah ini 


Parti Rakyat Malaysia

Apa jadi kepada PRM sekarang?
PRM telah bergabung dengan KeADILan bagi membentuk
PARTI KEADILAN RAKYAT
PKR.
lihat di bawah ini


Sekarang anda faham kenapa PAS selepas muktamar Jun lepas begitu cenderung dengan
SOSIALISMA -ala-KOMUNISMA?

MAKNA KEMERDEKAAN BUAT MAT SABU DAN PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT- MENULIS SEMULA SEJARAH.

Menurut Mat Sabu, pengganas komunis yang diketuai oleh Mat Indera dan Goh Peng Tun beserta 200 anggota pengganas komunis yang menyerang 20 pegawai polis di bukit Kepong adalah hero sebenar. Manakala arwah Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British. Kenyatan kedua telah mencetuskan jawapan daripada cucu Dato Onn di dalam twittter , sila baca blog Double Y (yuseriyusoff.blogspot) Mat Sabu berikrar akan menulis semula sejarah tanahair menurut kacamata perjuangan Sosialisma dan Komunisma di Malaysia. 

Apalah hendak dihairankan sangat. Pihak yang kalah akan kata pihak yang menang main kotor. Pembunuh sudah tentu mengatakan bahawa bahawa dia membunuh untuk menegakkan keadilan. Robin Hood pun kata dia mencuri kerana hendak beri makan orang miskin. Apalah sangat dengan Timbalan Presiden PAS nan seorang ini yang tidak kenal mana Waja, mana landrover mana makhluk asing dan mana bini orang mana bini sendiri mana nombor bilik mendakwa bahawa KOMUNIS adalah pejuang kemerdekaan versi Sosialis di Malaysia. Sedangkan Mursyidul Amnya pun sendiri sudah tidak kenal mana iblisetanirojim laknatullah dengan mu'miin dan mana kafir harbi dengan orang Islam serta apa bangsanya dengan agamanya. 


Tragedi di Bukit Kepong berlaku pada 25hb Febuari 1950. Apakah signifikan tarikh tersebut? Pada masa itu PERSEKUTUAN TANAH MELAYU SUDAH WUJUD (1948) lihat di sini Persekutuan Tanah Melayusebagai persediaan ke arah negara merdeka. apakah nama pasukan polis yang terkorban di Bukit Kepong ? Adakah mereka pegawai polis British atau pegawai polis Persekutuan Tanah Melayu? Kenapa PKM menyerang balai polis Bukit Kepong dan membunuh  20 anggota polis termasuk isteri-isteri mereka? Adakah perjuangan Komunisma di sokong penuh oleh seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu?

PAS ditubuhkan secara rasmi pada 24hb November 1951, 13 bulan selepas tragedi Bukit Kepong. Mat Sabu tahukah pada 1950. Jadi apa hendak dihairankan jika Mat Sabu pun tidak tahu pada masa itu sudah wujud PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Taraf dan status negeri-negeri Melayu, termasuk Johor ialah negeri-negeri naungan / protectorate states dan bukan jajahan British seperti Malayan Union. 


bendera Persekutuan Tanah Melayu 1948-1957
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU membawa status TRANSISI PEMERINTAHAN SENDIRI dan bukannya pemerintahan 100% BRITISH. PARTI KOMUNIS MALAYA pada masa itu enggan menerima kompromi tersebut dan terus melakukan pemberontakan bersenjata bertujuan untuk menubuhkan sebuah NEGARA KOMUNIS.

Jika pemberontakan komunis berjaya pada hari ini MALAYSIA adalah sebuah NEGARA KOMUNIS! Perjuangan PKM bukan berkisar kepada KEMERDEKAAN tetapi berkisar kepada penubuhan sebuah negara KOMUNIS!

Perjuangan KOMUNIS di tolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat Tanah Melayu pada masa itu kerana kezaliman BINTANG TIGA selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah. 

Mat Sabu semasa mengeluarkan kenyataan memuji dan menyanjung komunis atas dasar sokongannya kepada Sosialisma dan komunisma. Pada Mat Sabu erti kemerdekaan adalah mengangkat senjata terhadap bangsa sendiri. Memberontak terhadap pemerintahan sendiri. Melakukan Revolusi Berdarah. 


Andaikata komunis tidak memberontak pun, Persekutuan Tanah Melayu tetap merdeka pada 31hb Ogos 1957.Jadi apa gunanya Komunis memberontak dan melakukan pembunuhan berdarah pada 12hb Febuari 1950 tersebut? 

Jika pihak Sosialis dan komunis mendakwa bahawa kemerdekaan itu bermakna kita tidak mewarisi sebarang bentuk pemerintahan penjajah, adakah mereka (sosialis dan komunis) sendiri yang mencipta ideologi Sosialis dan Komunis? Apakah jika mereka memerintah Malaysia corak dan bentuk pemerintahan yang mereka amalkan di cipta oleh mereka sendiri dan bukan cedukan daripada mana-mana negara komunis dan sosialis? Sedangkan republik Indonesia pun mengambil corak pemerintah jenis republik Perancis walaupun mereka merdeka melalui cara revolusi. 

Mungkin Mat sabu berfikir bahwa erti KEMERDEKAAN sebanar ialah apabila berjaya lepas daripada pertuduhan zina dan khalwat dengan bini orang kerana tersalah nombor bilik.

NKRA : NATIONAL KEY RESULT AREAS FROM GTP (GOVERNMENT TRANSFORMATION POLICY)

NATIONAL KEY RESULTS AREAS (NKRA) is a direct result of the GTP (Government Tranformation Policy) that is introduced by the Barisan Nasional administration under DS Najib after post 2008 elections. It is aimed to bring back the rakyat confidence and to make improvement in areas which being the main complaint by the rakyat. It is aimed for quick result in a short term.

1. Reduction of crime rate
- Reduce street crime, including snatch thefts and unarmed robbery, by 20% by the end of 2010.
- Re-train Rela members to help improve public perception on safety.
- Upgrade equipment for enforcement agencies and increase the usage of CCTV.
- Set up special courts for street crime to speed up the legal process.

2. Combating corruption
- Updating relevant policies, procedures and enforcement to improve global perception.
- Use open or restricted tender process for all government projects with the exception of those sensitive in nature.

3. Widening access to affordable and quality education
- Make pre-school education part of the national education system.
- Ensure all normal pupils are able to read, write and count when they enter Year Four before 2012.
- Reward school principals and headmasters based on the achievements of each school.
- Turn 100 daily smart, cluster, trust and boarding schools into high performing learning centres by 2012.

4. Raising the living standard of the Poor
- Pay out all welfare cash aid on the first of each month from January.
- Create 4,000 women entrepreneurs under the Sahabat Amanah Ikhtiar programme by 2012.

5. Improving Infrastructure in rural areas
- Build 1,500km of roads in Sabah and Sarawak by 2012.
- Ensure that no one lives more than 5km from a tarred road in the peninsula by 2012.
- Increase clean water supply to cover 90% of Sabah and Sarawak by the end of 2012.
- Increase electricity coverage in Sabah and Sarawak to 95% by end of 2012.
- Provide 24-hour electricity supply to 7,000 orang asli families in the peninsula by the end of 2012.

6. Improving public transport in the Medium term
- Increase the number of public transport users to 25% by end of 2012 from the present 16%.
- Add 35 sets of four-car-trains to operate on the Kelana Jaya LRT track by the end of 2012

PELANCARAN 250 KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA !

Dipetik sepenuhnya dari blog KAMALUDDIN IDRUS


PEKAN, 27 Ogos  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melancarkan serentak 250 buah Kedai 1Malaysia D’Mart yang terdapat di semua tanah rancangan Felda di seluruh negara.
Pelancaran itu diadakan di Kedai 1Malaysia D’Mart Chini di Felda Chini Timur 2 di sini.
Ketika berucap, Najib berkata serentak dengan pelancaran itu, semua kedai D’Mart akan mula menjual produk 1Malaysia dengan harga yang ternyata lebih rendah dari produk berjenama yang dijual di kedai runcit biasa.
“Produk 1Malaysia dari segi kualitinya dijamin setanding dengan produk sama yang berjenama lain tetapi perbezaan harganya amat banyak.
“Contohnya harga setin ikan sardin berjenama ialah RM3 tetapi harga sardin 1Malaysia hanyalah RM1.30, manakala harga sebotol sos cili berjenama dijual pada harga RM2.10 tapi harga 1Malaysia cuma RM1.80,” katanya.
Perdana Menteri berkata selain produk makanan, kedai D’Mart turut menjual produk kegunaan harian 1Malaysia dengan harga rendah seperti lampin bayi dan sebagainya.
Menurut beliau, kewujudan Kedai 1Malaysia adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat sekaligus dapat menutup mulut pihak pembangkang yang mendakwa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan di pasaran.
“Dengan adanya kedai ini, rakyat Felda dapat berjimat sehingga 40 peratus perbelanjaan mereka dan ini dapat memberikan banyak faedah kepada mereka,” jelasnya.
Sementara itu pada majlis berbuka puasa bersama penduduk gugusan Felda Chini, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.88 juta bagi membina, membaiki dan menaik taraf kemudahan di kawasan gugusan Felda Chini termasuk klinik kesihatan, masjid dan dewan.
POLISI KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA MERUPAKAN PENZAHIRAN DARIPADA POLISI TRANSFORMASI YANG DIPERKENALKAN OLEH DS NAJIB. IANYA TERCETUS KERANA KESEDARAN DS NAJIB DAN SELURUH KEPIMPINAN UMNO / BARISAN NASIONAL MAHU MENGUBAH PERSEPSI DAN TANGGGAPAN NEGATIF RAKYAT KEPADA HALATUJU KERAJAAN BARISAN NASIONAL


TAHNIAH ! PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT HANYA TAHU MENYERU SLOGAN TAPI KERAJAAN BARISAN NASIONAL JUGA YANG TAHU APA RAKYAT PERLUKAN DAN MEMBERIKANNYA KEPADA RAKYAT!



HENDAK KE MANA DAN BAGAIMANA ? ANALISIS KRITIKAL.

Seorang penulis kritikal dari dalam UMNO/ Barisan Nasional seringkali menulis penuh kritis terhadap perjalanan politik UMNO dan BARISAN NASIONAL. Beliau seringkali mengutara pendapat kritisnya mengenai bagaimana sepatutnya UMNO dan BARISAN NASIONAL dikendalikan dan di tadbir. Boleh katakan dalam setiap penulisannya, tidak ada yang baik langsung semuanya kritikal. Itu kritikal ini kritikal yang tidak kritikal hanya keberadaan beliau dalam UMNO sahaja. Penulis yang dimaksudkan ialah Aspan Alias. 

Menelusuri pendapat kritis Aspan Alias kadangkala mencuit hati dan minda tapi selalunya menggelikan hati. Beliau sentiasa istiqamah dalam mengkritik dan mengkritik tanpa sudah tetapi tidak pernah sekalipun beliau memberikan jalan penyelesaian. Sikap beliau ini samalah seperti ahli politik dalam Pakatan Sosialis pembangkang, semuanya salah tidak ada yang betul menurut pendapat mereka. 

Agak sukar untuk mencari niat baiknya dan halatuju yang beliau hendak sampaikan di dalam penulisannyai. Apa yang amat jelas ialah penulisannya merupakan cetusan rasa hatinya sahaja. Pendapatnya bersifat terlalu peribadi begitu jugalah pandangannya. 

Keseluruhan pendapat dan pandangan beliau banyak dipengaruhi oleh emosinya sendiri. Mengenali Aspan Alias melalui penulisannya cukup membuat kita tahu apa yang sedang bermain di dalam emosinya.Samada beliau sedari atau tidak sebenarnya beliau sedang berinteraksi dengan diri beliau di dalam setiap penulisannya.

Bagi diri hambe, setiapkali hambe membaca penulisannya seolah-olah hambe sedang membaca reaksi emosinya yang keterlaluan. Pada hambe, Aspan Alias hanya syok sendiri. Penulisannya baik cuma sukar untuk dijadikan panduan bagi memperkuatkan UMNO. Penulisan beliau lebih bersifat meluahkan ketidakpuashati beliau sahaja dna bukanlah suatu penulisan yang mengkritik secara membina UMNO. 

Hambe tidak pasti samada Aspan Alias menyedari bahawa penulisannya banyak berdasarkan kepada ruang litup sekitar kehidupannya sahaja. Pendapat jiran, kawan dan guru sekolah tidaklah boleh dijadikan sebagai batu penanda kepada sesuatu isu atau mewakili kesemua rakyat Malaysia. Inilah antara kesilapan-kesilapan Aspan Alias dalam menganalisa sesuatu latarbelakang isu. 

Hambe cuma berharap agar Aspan Alias cepat-cepat menyedari bahawa pandangan peribadi yang berdasarkan kepada emosi sendiri selalunya tidak membawa sebarang manafaat kepada parti. Bagi hambe Aspan Alias merupakan mercutanda kepada sekelompok ahli UMNO yang masih di dalam sindrom terkejut kalah dalam PRU 12 dan masih belum sembuh sehingga ke hari ini. 

SUMBER TENAGA & MAKANAN : SISTEM KEWANGAN ANTARABANGASA ADALAH PENIPUAN!



there is one country in the muslim world today .. ONLY ONE ..who seems to have understood that this international monetary system is a fraudalent ..ONLY ONE LEADER...and HE IS DR MAHATHIR ..OF MALAYSIA ..


Demikianlah yang diucapkan oleh Sheikh Imran Hossein di dalam salah satu siri ceramahnya yang berkempen hebat mendedahkan kepada semua di dunia Islam bahawa SISTEM KEWANGAN ANTARABANGSA sebenarnya adalah merupakan suatu PENIPUAN BESAR. 

Beliau mengakui bahawa satu-satunya pemimpin di dunia Islam yang faham mengenainya adalah TUN DR MAHATHIR MOHAMED dan satu-satunya NEGARA ISLAM di dunia ISLAM yang sedang mengambil langkah proaktif untuk membebaskan diri dari cengkaman dan belengu SISTEM KEWANGAN ANTARABANGSA ialah MALAYSIA!

Tun Dr Mahathir Mohammed telah memperkenalkan idea matawang dinar emas dan perak digunakan sebagai matawang pertukaran dalam perdangangan antarabangsa. Semenjak itu beliau telah di serang habis-habisan oleh proksi-proksi piahk tertentu di Malaysia melalui tangan-tangan ghaib di dalam Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat terutamanya sekutu kuat kelompok tersebut di Malaysia , siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

Panggilan MAHAFIRAUN dan MAHAZALIM yang pernah dilemparkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed adalah perbuatan-perbuatan mereka yang sebenarnya adalah FIR'AUN dan ZALIM ! Baca seterusnya di sini mediawangsamaju.blogspot