Khamis, 11 Ogos 2011

KELOMPOK PRO MURTAD SEMAKIN KURANG AJAR! SIRI TIGA.

ANDA PERLU TAHU BAHAWA HUJAH PERUNDANGAN DARI SEGI TEKNIKAL YANG DIGUNAKAN OLEH KELOMPOK EKSTRIMIS PENGEMBAGAN AGAMA LAIN SETERUSNYA IALAH ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN.

Teknikaliti hujah mereka ialah setiap warganegara Malaysia diberikan kebebasan untuk menganut sebarang agama pilihan mereka bila mencapai umur 18 tahun (AKTA MAJORITI) . Hak Kebebasan memilih agama ini telah termaktub di dalam ARTIKEL 11 PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Apakah teknikaliti ini benar? Baiklah mari kita lihat dulu ARTIKEL 11, apa yang tertulis didalamnya kemudian kita tafsirkan mengikut kaedah-keadah yang tepat dan betul.
























Artikel 11 mempunyai 5 Fasal (Jangan cari fasal dah lah).


Artikel 11 Fasal 1 : Menyatakan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal 4 mengembangkannya. 


Sekali baca seolah-olah Artikel ini memberikan kebebasan mutlak kepada mana-mana orang Islam untuk murtad dan mana-mana kumpulan agama boleh mengembangkan agama mereka sesuka hati. Iya ke? Bacalah betul-betul.

Artikel 11 Fasal 1 TAKDE PUN KATA ORANG ISLAM BOLEH MURTAD ATAU DIMURTADKAN! Teliti betul-betul frasa ayat ini ' Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya ...." Apakah tafsirannya dan maknanya frasa itu?


Frasa itu bermakna, status quo penganut agama lain selain Islam berhak kekal atau mengubah anutan mereka dan amalan agama mereka kepada agama lain. Tidak timbul soal HAK ORANG ISLAM KELUAR DARI ISLAM kerana bahagian kedua Frasa tersebut meletakkan larangan penganut agama lain mengembangkan agama mereka di kalangan orang Islam. Sudah tentulah apabila orang Islam murtad disebabkan oleh pengembangan agama lain yang dilakukan ke atas orang Islam tersebut seperti yang berlaku ke atas Aishah Bukhori dan Lina Joy.


Artikel 11 hendaklah di baca bersama Artikel 3 dalam batasan yang diletakkan dalam Fasal 4 Artikel 11 berkenaan dengan pengembangan di kalangan orang Islam. Dalam katalain, Artikel 11 Fasal 1 hanya menyentuh Hak Kebebasan penganut agama lain menganut dan mengamalkan agama mereka sesuai dengan Artikel 3 sebelum ini. Kebebasan itu dibataskan pengembangannya di kalangan orang Islam. Itu saja.


ADALAH AMAT JELAS ARTIKEL 11 TERUTAMA FASAL 4 DI MANA TIADA PENGEMBANGAN APA-APA DOKTRIN DAN AGAMA LAIN DIBENARKAN DILAKUKAN DI KALANGAN ORANG ISLAM.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KELOMPOK PRO MURTAD SEMAKIN KURANG AJAR! SIRI DUA.

ANDA PERLU TAHU STRATEGI KELOMPOK EKTRIMIS AGAMA LAIN YANG MENJALANKAN AKTIVITI PENGEMBANGAN AGAMA MEREKA DI KALANGAN UMAT ISLAM. ANDA JUGA PERLU MENGENALI SIAPAKAH MEREKA. ANDA JUGA PERLU MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG SEWAJARNYA.

Berdasarkan kepada fakta-fakta kes yang telah diputuskan di dalam mahkamah yang dimulakan oleh kelompok ektrimis pengembagan agama lain, strategi utama mereka ialah menyalahtafsirkan :-

1. Artikel 3 Perlembagaan Malaysia. 
2. Artikel 11 Perlembagaan Malaysia.
3. Akta Majoriti (Umur Dewasa)

Apakah hujah-hujah mereka bagi mempertahankan kemurtadan seorang murtaddin? Hujah-hujah perundangan mereka adalah bersifat TEKNIKALITI seperti berikut:-

1. Artikel 3 Perlembagaan Malaysia: Mereka berhujah mengatakan bahawa ARTIKEL 3 hanya mengiktiraf agama Islam sebagai AGAMA PERSEKUTUAN pada KAPASITI KERASMIAN tetapi ianya tidak membawa natijah perundangan bahawa HUKUM HAKAM ISLAM digunapakai terhadap orang BUKAN ISLAM. Adakah ini benar? Tidak samasekali ! 

Apakah sebenarnya termaktub di dalam ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA? Berikut adalah petikan penuh ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

























Tidak ada pun di dalam PERKARA 3 [ARTIKEL 3] menyebutkan bahawa HUKUM HAKAM ISLAM TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI pun. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KELOMPOK PRO MURTAD SEMAKIN KURANG AJAR! SIRI SATU

ISU MURTAD INI SUDAH LAMA KEDENGARAN DAN BUKANNYA BARU. ISU INI SEOLAH-OLAH TIDAK LANGSUNG MENGHORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM DI NEGARA INI

Dalam keadaan kelompok cauvinis dan kumpulan pendesak kerajaan membuat pelbagai tuntutan yang yang tidak munasabah mencabar Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan. Fasal 4 Perkara 11 Perlembagaan sudah amat jelas mengenai larangan pengembangan agama lain di kalangan penganut agama Islam. Kenapa sesetengah kelompok-kelompok ekstrimis agama lain masih mengembangkan agama mereka di kalangan orang Islam di negara ini? Kenapa kelompok-kelompok bengong dalam Islam turut memberikan sokongan kepada aktiviti pengembangan agama lain di kalangan orang Islam?


Kelompok-kelompok berhaluan SOSIALIS RELIGUS dan ektrimis agama di dalam MAJLIS PEGUAM  telah banyak campurtangan di dalam mempertahankan kermurtadan orang Islam. Sewajibnya, soal yang menyentuh seseorang Islam dimurtadkan atau menjadi murtad diletakkan terus di dalam bidangkuasa mahkamah syariah yang berkenaan. Bukankah Perkara 121 A Perlembagaan sudah jelas mengenainya?

Anda bacalah entri-entri YB ZULKIFLI NORDIN mengenai isu campurtangan kelompok peguam berhaluan Sosialis Religus di dalam Majlis Peguam memainkan peranan mereka menyokong dan mempertahankan kemurtadan orang Islam dengan memanipulasikan ARTIKEL 3 & ARTIKEL 11 Perlembagaan mengikut salahtafsir mereka sehingga menyebabkan ibu, bapa, abang, kakak, adik, pakcik, makcik dan saudara mara si murtaddin tidak adapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kembali si murtaddin.

Kepada anda semua samada anda adalah umat Islam atau bukan Islam, anda perlu ketahui bahawa pengembangan agama lain di kalangan umat Islam adalah DILARANG DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. ! HENTIKANLAH SEMUA AKTIVITI PENGEMBANGAN AGAMA LAIN DI KALANGAN UMAT ISLAM. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PERANAN POLITIK DALAM ISU AGENDA MURTAD.

JANGANLAH MEMBENCI POLITIK. POLITIK adalah KUASA MEMERINTAH. Tanpa Kuasa Memerintah, mana-mana pihak berkuasa menindas kita tanpa pembelaan seperti yang berlaku dalam isu AGENDA MURTAD DUMC. Ini berlaku kerana pihak anti ISLAM mempunyai KUASA POLITIK melalui perkongsian kuasa dengan kelompok yang tamak kuasa dalam PKR & PAS.

Jangan ambil sikap BERKECUALI di dalam politik kerana sikap itu menguntungkan pihak yang ANTI ISLAM. Tidak ada gunanya kita bersikap berkecuali di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Kita tidka boleh mengharapkan orang lain untuk berkuasa melindungi kepentingan Melayu , Bumiputera dan Islam melainkan diri kita sendiri. 

Juga tidak ada gunanya kita bersikap acuh tak acuh serta duduk di atas pagar kerana itulah yang disasarkan oleh pihak anti ISLAM. Beranilah membuat Pilihan, Samada pilihan itu betul atau salah berserah saja kepada Allah Subhanahu-wa -Ta'ala tetapi PASTIKAN ANDA TETAP MENYOKONG DAN MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN MELAYU BUMIPUTERA & ISLAM. JADIKANNYA SEBAGAI MATLAMAT UMUM KEPADA SEMUA. 

WEY KENA INGATLAH ! SIAPA NAK MENJAGA KEPENTINGAN KITA MELAINKAN KITA SENDIRI? AMBIL CONTOH DALAM HAL AWEK, TAKKAN LU ORANG NAK HARAPKAN JIRAN SEBELAH RUMAH LU ORANG JAGA AWEK LU ORANG. MELEPASLAH LU NANTI!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CARA KREATIF MEMIKAT WANITA IDAMAN ANDA.

If Browsers Were Women

ANTARA CIRI-CIRI KEWANITAAN MENGIKUT KACAMATA TAMADDUN BARAT BERDASARKAN KEPADA PENGALAMAN MEREKA MENGGUNAKAN PELAYAR INTERNET.

5 SAKSI TAMBAHAN UNTUK MENGHANTAR ANWAR IBRAHIM KE SG BULOH POREBER.

Bang nuo ... bang Nuo .... tambahlah sampai sejuta saksi atau seluruh penduduk dunia ini menjadi saksi kepada kamu bang Nuo tapi mana alibi kamu bang Nuo? Peguam-peguam kamu tidak ceritakan kepada kamu ke bahawa dalam kes meliwat, pembelaan yang terbaik ialah ALIBI. Tanpa alibi, pembelaan kamu jadi SERABAI. Bagaimana kamu hendak buktikan air mani dalam dubor Saiful bukan milik kamu melainkan kamu dapat buktikan kamu tidak berada di lokasi kejadian? Walau macamana barisan peguam kamu hendak putar belit pun, merek apun tahu pembelaan terbaik dalam kes liwat ialah ALIBI dan bukan TEORI KONSPIRASI. Kamu tahu tak bang Nuo, TEORI KONSPIRASI kamu tidak dapat membuktikan bagaimana air mani kamu boleh berada di dalam dubor Saiful kerana hujah-hujah peguam kamu berkenaan TEORI KONSPIRASI sudah kena 'rebuttal' masa 'cross examination' saksi-saksi utama Pendakwaan. Keterangan pakar sudah membuktikan bahawa air mani berada dalam dubor Saiful tanpa diletakkan oleh mana-mana pihakketiga.


Alahai bang Nuo, kamu menipo dan kamu tertipo. 
KEEEE SSIIIIII ANNNNNNN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

APEK MUDA SOSIALIS SUDAH BERSEDIA GANTI ANWAR IBRAHIM.




























Nampaknya apek muda sosialis sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menggantikan Anwar Ibrahim. Perkara yang hendak ditekankan di sini ialah mengenai cita-cita politik apek muda sosialis mahu menubuhkan sebuah pemerintahan bercorak SOSIALIS DEMOKRASI. Ini bermakna kerangka Perlembagaan yang sedia ada akan dipinda dan tiada lagi Artikel 3, 153, Majlis Raja-raja dan jawatan YDPA. 

SOSIAL DEMOKRASI bermakna menjadikan MALAYSIA daripada sebuah PERSEKUTUAN RAJA BERPERLEMBAGAAN kepada REPUBLIK SOSIAL DEMOKRAT seperti SINGAPURA. Lupakan saja retorik-retotik lain yang dipaparkan dalam laman tersebut. Itu semua hanya kosmetik-kosmetik politik indah dari kabar sahaja. 

Tidak akan ada pembahagian dan distribusi kemewahan secara samarata di bawah pentadbirannya. Lihat saja apa yang beliau lakukan selama tiga tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Apapun apek muda sosialis itu juga TIDAK PERCAYA BAHAWA ANWAR IBRAHIM LAYAK MENJADI SEORANG PERDANA MENTERI. Apa komen para penyokong dan penjilat tegar Anwar Ibrahim, Hj Hadi dan Nik Ajih dalam hal ini?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

5 SEBAB KENAPA ANWAR IBRAHIM BERCITA-CITA MENJADI PM.

SEBENARNYA ADA LIMA SEBAB UTAMA KENAPA ANWAR IBRAHIM BERIYA-IYA BENAR MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA. 

Sebab Pertama ialah beliau mempunyai banyak kepentingan di luar negara yang tidak dapat di bawa masuk ke dalam negara kerana halangan-halangan tertentu daripada polisi kewangan pada masakini. Belaiu banyak sakau wang negara pada masa beliau menjadi Menter Kewangan dulu. Belaiu jugalah yang menjadi pemain utama dalam FOREX. 

Sebab Kedua ialah beliau banyak berhutang dengan para pelabur dan penajanya di luar negara yang menyumbangkan begitu banyak dana kepada beliau untuk aktif kembali di dalam politik negara. Beliau juga mempunyai hutang janji-janji lisan kepada kroni-kroni dan sekutu-sekutu beliau semasa berada di dalam UMNO yang masih belum dilunasi olehnya.

Sebab Ketiga ialah kedudukan sebagai Perdana Menteri sahajalah yang membolehkan beliau menghapuskan semua musuh-musuh politiknya secara kejam melalui kaedah Machiavellian yang diamalkan olehnya sejak sekian lama. Ini kerana beliau mempunyai banyak lagi rahsia-rahsia yang menggemparkan jika didedahkan oleh bekas rakan-rakan dan sekutu-sekutu yang meninggalkan beliau. 

Sebab Keempat ialah beliau mahukan jawatan PM itu sejak sekian lamanya dan pernah terlepas daripada tangannya walaupun sudah begitu hampir dengannya. Belaiu merupakan seorang yang tergesa-gesa dan mudah melatah dan tidak dapat menerima sebarang kekalahan dengan cara terhormat.

Sebab Kelima ialah jika beliau gagal mendapatkan jawatan PM dalam masa yang terdekat ini, nama beliau dan maruah beliau akan tercemar untuk selama-lamanya di dalam catitan sejarah politik tanahair. Beliau tidak mahu namanya terpahat dalam sejarah tanahair sebagai Pengkhianat agama bangsa dan negara.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

5 SOALAN ANWAR IBRAHIM TIDAK AKAN MAMPU JAWAB.


PAPA GOMO telah dengan panjang lebar di dalam entri ini siang tadi menyimpulkan lima soalan yang tidak akan mampu di jawab oleh Anwar Ibrahim sampai bila-bila pun. Lima soalan tersebut ialah:-

1. Saiful Bukhari di ambil bekerja oleh Anwar Ibrahim.

2. Saiful Bukhari di bawa ke luar negara oleh Anwar Ibrahim.




3. CCTV di tempat kejadian liwat berlaku merakamkan wajah Anwar Ibrahim.

4. Anwar Ibrahim dengan kerelaannya sendiri telah memasukkan zakarnya ke dalam dubor Saiful Bukhari.

5. Air mani di jumpai di dalam dubor Saiful Bukhari adalah dipancutkan sendiri oleh Anwar Ibrahim tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. 

Papa Gomo menlontarkan suatu persoalan jelas dimanakah adanya unsur-unsur pembabitan secara langsung dan tidak langsung daripada kedua DS Najib dan Rosmah? Papa Gomo memberikan suatu senario jika betullah DS Najib & Rosmah terlibat seperti berikut yang mana untuk menunjukkan betapa mustahilnya penglibatan DS Najib & Rosmah:-

Najib: "Nuar, U kena ambil budak Saiful Bukhari tu kerja dengan U sebab dia pandai bancuh Kopi" 

Anwar"I dah ada pembancuh kopi yang pandai buat Kopi Dangdut" 

Rosmah"Ambil Saiful tu kerja, Budak tu pandai buat Kopi Shake" 

Najib: " Kalau U tak ambil Saiful Kerja dengan U, I akan pastikan U tak merasa kopi dangdut lagi" 

Sudah tentulah mustahil berlakunya perbualan tersebut. Oleh itu adalah MUSTAHIL adanya penglibatan DS Najib & Rosmah di dalam kes liwat no. 2 Anwar Ibrahim. 

Persoalan seterusnya ialah KENAPA ANWAR IBRAHIM MASIH MAHU MENEMURAMAH KEDUANYA?

Tidakkah jawapan bagi soalan itu ialah kerana Anwar Ibrahim hanya mahu MENGAIBKAN keduanya sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN!