Ahad, 7 Ogos 2011

2 FIRMA GUAMAN DARI PANEL PEGUAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR PENYOKONG AGENDA MURTAD & IFC.

Berdasarkan kepada maklumat di blog mymassa, dua firma guaman dari panel peguam yang digunakan oleh kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Sosialis Keagamaan PKR PAS DAP PSM merupakan penyokong kuat agenda murtad dan IFC. BIla disebutkan AGENDA MURTAD ialah berkenaan dengan pendirian yang di ambil oleh puak Sosialis Keagamaan bahawa mana-mana individu berhak secara bebas dan tanpa terikat dengan dogma tradisi agama, keluar dan masuk mana-mana agama pilihan hatinya pada bila-bila masa. 

Pendirian tersebut adalah amat menyalahi Syariat Islam di mana mana-mana murtadiin dikenakan Hukuman Had bunuh setelah diberikan peluang untuk bertaubat tetapi masih enggan melakukannya. Menurut puak Sosialis Keagamaan melalui lisan-lisan tokokh-tokoh Sosialisma Islam hukuman Had bunuh kerana murtad tidak ada di dalam al Qur'an , na'uzubillahi min zalik. 

Sila ke pautan mymassa untuk keterangan yang lebih jelas ULANG TAYANG BAGAIMANA KERAJAAN SELANGOR MEMBANTU AGENDA MURTAD

TEPUK DADA TANYA IMAN

ORANG ISLAM DIMURTADKAN , DR ASRI MARAHKAN ZAKAT,

Ntah apa-apa lah sorang mamat ini. Dulu isu BERSIH dia terang-terang beri sokongan dan bercanggah pendapat dengan ulama bebas mengenainya. Kini mengenai isu siasatan di gereja DUMC, dia dok sibuk salahkan orang itu dan ini kerana gagal beri bantuan kepada yang hadir ? Pening lah dengan mamat Asri ini. Beliau amat gemar bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu tapi cakap ikut sedap hati dia saja. Apapun tuan-tuan nilaikan sendiri daripada lapuran blog BADUT RAKYAT JAWAPAN DR MOHD ASRI. Hambe kesal kerana semakin ramai umat ISLAM menjadi keliru dan secara tidak langsung menyokong AGENDA MURTAD SOSIALIS KEAGAMAAN. Adakah Dr Mohd Asri ini seorang SOSIALIS KEAGAMAAN? (SOCIALITS RELIGIOUS). Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi alangkah eloknya Jika Dr Mohd Asri memberikan pendapat yang tidak lari daripada tajuk yang ditanyakan kepada beliau. 

TEPUK DADA TANYA IMAN

APA BAKAL MELETOP PADA JAM 10 PAGI INI?

BERITA PENDEK, kesinambungan lapuran daripada blog Gelombang Rakyat, BAHAWASANYA pada hari ini jam 10 pagi dikatakan bakal ada satu sidang akhbar oleh HASAN ALI dan bakal membuat suatu kenyataan yang paling de-bom pada tahun ini. Dikatakan kenyataan Hasan Ali itu bakal mencabar hubungan DAP PAS PKR . Kita nantikan.

YA ALLAH TUNJUKKKAN KEPADA KAMI YANG HAQ ITU ADALAH HAQ DAN YANG BATHIL ITU ADALAH BATHIL.

DI ROMANIA JUGA ADA 'PAS'

JANGAN TERKEJUT. DI ROMANIA 'PAS' JUGA ADA. PAS di Romania ialah PARTIDUL ALLIANTA SOCIALISTA merupakan Parti Pakatan Sosialis yang turut dianggotai oleh Parti Komunis Romania berfahaman Marxisma. Ini adalah pautannya PAS. Di bawah ini adalah logo 'PAS' di Romania.


PAS DI ROMANIA


PAS DI MALAYSIA

Kebetulan ? Mustahil. kerana tiada di dunia ini yang terjadi di atas KEBETULAN.

PAS MALAYSIA SUDAH SAMA DENGAN PAS ROMANIA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KENAPA ANWAR IBRAHIM KETAKUTAN?

ANWAR IBRAHIM MEMBURUKKAN LAGI NAMA NEGARA SEMASA BERADA DI FILIPINA dengan harapan dapat menambat hati-hati penaja-penaja daripada kelompok RELIGIOUS SOCIALISTS dari kelompok SOSIALISMA KRISTIAN (Aquino adalah tokoh utamanya). Dalam menghadapi kes prima facie meliwat Saifol pada 8hb Ogos 2011 dengan ketiadaan pembelaan yang baik kerana tiada alibi berkredibel boleh diketengahkan olehnya, Anwar Ibrahim melalui tangan-tangan ghaib kelompok Kristian Sosialisma yang berada di dalam kepimpinan DAP telah mencetuskan insiden gereja DUMC. Tidak mustahil gereja DUMC hanya digunakan sebagai lokasi oleh kelompok berkenaan untuk mencetuskan provokasi agama kerana mereka tahu majoriti rakyat Malaysia masih belum mengetahui perbezaan antara mereka dengan penganut Kristian tradisi. 

Puak Sosialisma yang berada di dalam PAS dan PKR hanya perlu menyambut insiden tersebut dan memperlihatkan reaksi yang berkecuali bagi menambahkan lagi kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia. Kelompok SOSIALIS KEAGAMAAN mengharapkan agar penganut Islam ahlisunnah wal jamaah mazhab as-Syafie' akan menyalahkan penganut kristian tradisi walhal apa yang berlaku ialah gara-gara strategi konspirasi kelompok SOSIALIS KEAGAMAAN yang berada dalam DAP, PAS & PKR. Hasan Ali dan JAIS merupakan bidak-bidak yang dicaturkan sahaja. 

Tahukah anda bahawa nama singkatan PAS (Parti Islam Se-Malaysia) berkongsi singkatan akronim sama dengan salah satu anggota berhaluan kiri di Romania yang dikenali sebagai PARTIDUL ALIANTA SOCIALISTA (SOCIALISTS ALLIANCE PARTY). Ianya bukan kebetulan yang disengajakan. Lihat logo PAS Romania di sebelah ini. DAP juga berkongsi nama yang sama dengan NAZI . Sila lihat snap shoot di bawah ini.



Klik Gambar untuk DiBesarkan

KEBETULAN? MUSTAHIL !
TIADA DALAM DUNIA INI BERLAKU SECARA KEBETULAN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI SOSIALISMA KRISTIAN, ISLAM, BUDDHA & YAHUDI


Anda perlu tahu mengenai SOSIALISMA KEAGAMAAN 'Religious Socialisms'  dan anda perlu tahu juga bahawa KRISTIAN SOSIALISMA diharamkan oleh Vatikan Roma sejak 1878 yang menyebutkannya sebagai kelompok oxymoron 'Lembu Gila'. Pengharaman ini disebutkan di dalam  Quod Apostolici Muneris  oleh Papal Leo XIII dan diharamkan sekali lagi pada 1931 di dalam Quadragesimo Anno. Pius XI mengutuk Kristian Sosialisma sebagai berkata "no one can be at the same time a good Catholic and a true socialist". Pergerakan Kristian Sosialisma juga dikenali sebagai LIBERATION THEOLOGY dan doktrin SOCIAL GOSPEL . Kelompok inilah yang mencetuskan polemik agama di Malaysia bersama dengan SOSIALISMA ISLAM. Anda tentu masih ingat dengan saranan seorang paderi kristian di Malaysia yang mahu menubuhkan sebuah gereja khusus untuk gay. Beliau adlah seorang pembawa fahaman Kristian Sosialisma / Liberation Theology / doktrin Social Gospel. 

Kelompok Sosialisma Kristian bergerak di bawah sebuah pertubuhan antarbangsa yang dikenali sebagai INTERNATIONAL LEAGUE OF RELIGOUS SOCIALISTS. Liga ini juga dianggotai oleh kumpulan-kumpulan Sosialis Keagamaan lain. anda lihatlah logo-logo yang digunakan oleh mereka yakni BUNGA ROS MERAH dan TANGAN. Logo ini juga anda boleh lihat pada logo INTERFAITH RELIGIOUS COUNCIL [ IFC ]. Logo BURUNG MERPATI adalah lambang PEMBEBASAN BERAGAMA DARIPADA DOGMA-DOGMA TRADISI AGAMA. Kelompok inilah yang paling banyak melakukan kerosakan perhubungan antara agama di Malaysia ini dengan idea-idea dan doktrin-doktrin SOCIAL GOSPEL & LEBERATION THEOLOGY. Kelompok ini juga yang mempercayai bahawa umat Islam di Malaysia mestilah diberikan KEBEBASAN UNTUK MURTAD berdasarkan kepada Doktrin SOSIALISMA yang dipersesuaikan dengan nilai-nilai semua agama. 

Di MALAYSIA ini anda perlu tahu bahawa gerakan kelompok SOSIALIS KEAGAMAAN sudah lama bergerak di dalam DAP, PAS, PKR & PSM. Tokoh-tokoh SOSIALISMA ISLAM ialah PRESIDEN SUKARNO INDONESIA, TAN MALAKA MINANGKABAU ( yang mana banyak mempengaruhi pemikiran DR BURHANUDDIN AL HILMI & AHMAD BOESTAMAM) SHAMSIAH FAKEH, YASSER ARAFAT, MUAMMAR GADDAFI, AGUS SALIM, HAJI MISBACH, JAMALUDDIN AL AFGHANI,  FAIZ AHMED FAIZ, HASAN RAID, AHMED JIBRIL & MOHAMMED IQBAL adalah nama-nama yang dikenali sebagai pembawa fahaman SOSIALISMA ISLAM.

REVOLUSI IRAN 1979 sebenarnya dicetuskan oleh puak SOSIALIS KEAGAMAAN kelompok SOSIALIS ISLAM yang di bawa oleh ALI SHARIATI yang berfahaman MARXISMA ISLAM di bawah kumpulan MUJAHIDDIN -E-KHALQ. yang di tolak oleh pemikir-pemikir SOSIALISMA ISLAM lain.Anda juga perlu tahu bahawa FILIPINA dan INDONESIA merupakan negara-negara SOSIALIS KEAGAMAAN dan kerana itulah ANWAR IBRAHIM , HUSAM MUSA dan beberapa lagi pemimpin-pemimpin pembangkang sering berkunjung ke INDONESIA dan FILIPINA untuk mendapat khidmat nasihat daripada guru-guru politik SOSIALIS KEAGAMAAN di sana. 



Insiden gereja DUMC baru-baru ini adalah angkara para SOSIALIS KEAGAMAAN yang membawa fahaman dan doktrin LIBERATION THEOLOGY / SOCIALISTS GOSPEL yang VATIKAN sendiri menolaknya. Begitu juga fahaman dan doktrin SOSIALISMA ISLAM yang sebenarnya banyak menyeleweng daripada ISLAM sendiri. Perubahan pendirian PAS daripada NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN ialah kerana kuatnya pengaruh kelompok SOSIALISMA ISLAM di dalam PAS pada masakini dan kerana itulah juga KEPIMPINAN ULAMA TRADISI dalam PAS dibersihkan dari PAS. 

ANDA PERLU MEMAHAMI SOSIALIS KEAGAMAAN INI KERANA MEREKALAH KELOMPOK SOSIALIS YANG SENTIASA MENGHURU HARAKAN KEADAAN DI MALAYSIA KERANA MEREKA MAHUKAN SEBUAH NEGARA REPUBLIK SOSIALIS KEAGAMAAN DAN BUKANNYA SEBUAH NEGARA ISLAM. 

SUDAH TIBA MASANYA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MENGELUARKAN SUATU FATWA MENGENAI PENYELEWENGAN AKIDAH OLEH KELOMPOK SOSIALISMA ISLAM INI DAN FATWA SEDEMIKIAN AMAT  DIPERLUKAN DENGAN SEGERA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!