Selasa, 2 Ogos 2011

UIKS .. PEMBANGKANG SEMPAT KUTUK SPB YDPA .. SKMM BILA HENDAK BERTINDAK.

Golden Dragon avatarBAB-BAB dan episod-episod yang tidak ingin kita lihat dalam bulan Ramadan seperti yang dilakukan oleh penyokong pembangkang yang disiarkan oleh blog mymassa merupakan tindakn-tindakan ektrimis bersifat Sosialis fanatik yang perlu di bendung dengan segera. SKMM boleh bertindak pantas dalam mengawal perkara-perkara sebegini . Perlulah diingatkan kepada pihak berkuasa, pembangkang ini jika tindakan di ambil pun mereka meroyan kalau tidak ada tindakan di ambil mereka tetap meroyan juga. Jadi eloklah tindakan di ambil ke atas mereka lama kelamaan mereka akan sedar juga. Bila tindakan di ambil barulah nampak kerajaan ini ada ketegasan dan bukan bukan mudah diperkotak-katikkan oleh pembangkang.




Kanak-kanak Ribena politik perlu diberikan tunjuk ajar sekiranya mereka berlaku kurang ajar seperti di atas!

TEPUK DADA TANYA IMAN

GUAN ENG CACING KEPANASAN

Golden Dragon avatarMUAHAHAHAHA . APA PUNYA MENTALITI NEOLITIK PRIMITIF GUAN ENG, eskapisma politiknya ialah dengan menyalahkan UMNO. Takde kelas betul lah Guan Eng. Apabila retak menanti belah semakin membesar di dalam DAP di Pulau Pinang yang menyaksikan ahli-ahli DAP Tempatan sudahi muak dan culas dengan  peel Hitlerisma Guan Eng dan anak khinzir emasnya Jeff Ooi, Guan Eng mula bertindak seperti cacaing kepanasan. Apapun memang ata seronok melihat pemimpin-pemimpin Sosialis Demokrat DAP becakaran cam anjing merebut tulang. Sememangnya semua mereka itu memang tidak boleh pakai punyer. Sosialis ler katakan. GUan Eng menyalahkan orang UMNO hendak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang apabila kedudukannya sebagai KM impot dari Melaka mulai dipersoalkan akibat gara-gara pe'el buruknya seburuk dengan peel sesetengah para pembodek dalam UMNO. Itu ler Guan Eng dan Sosialis DAP, nampak saja macam bagus tapi sebenarnya penuh nanah dan berkudis. Selamat jahanamlah DAP SOSIALIS DEMOKRAT ! 


TEPUK DADA TANYA IMAN

HUH ? ANWAR SEKS MANIAK ATAU GAY TAPI NGGAK KORUP, OK AJA?

Golden Dragon avatarANWAR IBRAHIM DI INDONESIA. Sabtu lalu si pengkhianat itu memberikan ucapan mengutuk secara suka-suka kerajaan Malaysia (tindakan pengkhianatan seperti itu tidak di anggap merbahaya) dalam satu forum bertajuk Akses Kepada Keadilan di Puri Imperium Jakarta Indonesia. Ini bukanlah kali pertama Anwar Ibrahim memburukkan kerajaan tapi tidak pernah dikenakan tindakan. Sudah banyak kali diperkatakan adalah merbahaya untuk membiarkan pembangkang memberikan gambaran salah bahawa Kerajaan BN mudah digertak, kelihatan pengecut takut dan di buli mengikut kehendak mereka. Kita sudah melalui pengalaman yang -sama dalam tahun-tahun 1960an dahulu. Belajarlah dari kesilapan terdahulu.


PENGKHIANAT NEGARA peranannya di Bulan Puasa. Ini perangai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, 'membusukkan' nama negara sendiri bagi mengangkat darjatnya dan untuk mendapat publisiti di dada-dada akhbar Indonesia sepanjang berada di sana baru-baru ini. Dan untuk rekod ia bukan kali pertama, jika sebelum ini Anwar menghina batik Malaysia, kini, menyanyikan lagu lama mengenai layanan kepada pekerja Indonesia di negara ini. Dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Sabtu, lalu, Anwar berkata, orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji. Bertepuk soraklah, media Indonesia mendapat kenyataan tersebut dari bos pakatan pembangkang Malaysia itu. Anwar memang bijak bab tekan suis main sentimen. Di Indonesia, akhbar-akhbarnya laris luar biasa jika tajuk berita utama mengenai 'ganyang Malaysia'. Maka hampir semua akhbar-akhbar utama negara itu menjadikan dakwaan tersebut sebagai tajuk berita utama. Menurut Anwar, modus yang dilakukan adalah TKI bekerja dua tahun, namun hanya dibayar setahun setengah. Majikan orang Malaysia itu lalu memanggil polis untuk menangkap TKI tersebut, sehingga sisa gaji tidak dibayarkan. Seperti biasa, Anwar akan menampilkan dirinya sebagai 'dewa penyelamat' dengan mendakwa masa beliau dalam kerajaan dulu dan mengetuai jawatankuasa kabinet mengenai pekarja asing, semuanya okay sahaja. Namun kini dakwanya "mereka maunya untung besar saja," katanya. Menampilkan dirinya 'seorang pembaharu' Anwar memberitahu publik Indonesia bahawa pembangkang di Malaysia, yang dipimpin olehnya, menuntut beberapa perbaikan baik dari segi hukum maupun persepsi masyarakat Malaysia. Ia mengusulkan agar pemerintah Malaysia membatalkan hukum cambuk. Dalam satu program lain, Anwar dengan bangga bercerita bahawa di penjara beliau mendalami Al-quran dan hadis. "Because in prison I've got all the times in the world. Kalau mau membaca semua tafsir Qur'an dan Hadis, masuk penjara saja," kata Anwar dilaporkan oleh akhbar Koran Tempo. SEBAGAI CATATAN mungkin mereka di sana lupa nak bertanya padanya: Bagaimana ye kasus video seks pasal Bapak yang ribut-ribut itu. Tentu asyik sekali...sampai ada yang kata video itu besi. Ada beberapa penonton beragama Kristian memberi reaksi susulan mendengar ucapan beliau. Salah seorang daripadanya menyebut "Anwar Gila Seks atau Gay sekalipun, dia tidak korup. Ok aja." Huh? Laporan Agendadaily.

TEPUK DADA TANYA IMAN

AMAT MENARIK , ISTERI ARWAH BAHARUDDIN ALI MEMFAILKAN NOTIS SIASATAN PUNCA KEMATIAN ARWAH.

Golden Dragon avatarPERKEMBANGAN PALING MENARIK. Isteri kepada arwah Baharuddin Ali memfailkan Notis Siasatan Punca Kematian Baharuddin Ali. Menurut sumber maklumat tukang fitnah pembangkang Baharuddin Ali mengalami beberapa kecederaan serius seperti patah tulang rusuk. Jawapan yang diberikan oleh sumber maklumat kerajaan pula ialah ianya disebabkan oleh percubaan CPR. Tukang fitnah pembangkang mengejek jawapan balas kerajaan dengan mengatakan begitu kasarnya CPR yang dilakukan. Selepas PDRM membuat tayangan video yang mendedahkan semua pebohongan pembangkang. Notis Usul yang difailkan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Rosni Malan 55 balu kepada si arwah adalah bagi mendapatkan perintah suatu siasatan punca kematian arwah suaminya mengikut Prosedur Kanun Acara Jenayah.


"Dia juga memohon semua laporan serta dokumen-dokumen berkenaan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Allahyarham Baharudin di Hospital Kuala Lumpur diserahkan kepada peguam dengan serta-merta. 
Pemohon juga antara lain memohon semua laporan polis, penyata percakapan saksi-saksi serta lain-lain dokumen yang berkaitan dengan kematian Baharudin turut diserahkan kepada peguam.
Dalam afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan itu, Rosni berkata dia dimaklumkan oleh anaknya, Hadriyudin bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia dekat bangunan Avenue K, Jalan Ampang di sini ketika menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu. 
Rosni berkata dia dimaklumkan oleh saksi bahawa banyak anggota polis dan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu menyuraikan mereka yang terlibat dalam perhimpunan. 
Ibu kepada tiga orang anak itu berkata mengikut makluman daripada saksi sama, beberapa das gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai dan mereka yang hadir terpaksa berlari untuk mencari perlindungan. 
Di dalam keadaan kelam-kabut, Rosni dimaklumkan bahawa suaminya telah terjatuh dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat terhidu gas pemedih mata dan Allahyarham juga tidak sedarkan diri. 
Rosni berkata dia tidak berpuas hati dengan semua pihak yang telah membuat kenyataan media mengenai kematian suaminya, yang kononnnya telah mati akibat sakit jantung manakala sijil kematian menyatakan bahawa punca kematian “masih menunggu analisis makmal”. 
Ketika ditemui pemberita, Rosni berkata tujuan dia memfailkan notis usul ini untuk memohon satu siasatan berkaitan kematian suami diadakan bagi menentukan sebab sebenar kematiannya. 
“Tujuan saya ikhlas dan ini adalah penting untuk saya dan keluarga kerana mereka perlu mengetahui bagaimana cara kematiannya kerana suami saya sentiasa sihat sebelum ini dan tiada tanda-tanda dia mengalami apa-apa sakit yang serius,” katanya."
Inilah bahayanya apabila kerajaan di lihat sebagai lemah dan mampu diperkotak-katikkan. Adalah amat merbahaya bagi kerajaan untuk di lihat seperti itu. Pengalaman lepas sudah mengajar kita bagaimana pengampunan beramai-ramai  oleh arwah Tunku Abdul Rahman kepada 11 anggota PKM yang telah di hukum mati pada JUN 1968 telah menjadi salah satu punca kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969 kerana SOCIALISTS FRONT, DAP, PAS melihat kerajaan di bawah Tunku Abdul Rahman boleh di gertak-gertak, di buli dan pengecut. Sepertimana yang pernah di tulis oleh Tun Dr Mahathir kepada arwah Tunku Abdul Rahman selepas tragedi 13 Mei 1969 seperti berikut:
" You yourself told me that you have prevented a riot by commuting the death sentence of 11 subversive Chinese. In truth this very action sparked the riots of 13th May which resulted in the death of many, many more.
Bukanlah soal salahfaham atau apasaja tetapi sejak 1964 bilamana Lee Kuan Yew memulakan permusuhan politik dengan Tuanku Abdul Rahman di tambah lagi dengan ancaman fahaman komunisma melalui gerakan politikal Sosialis, tektik dan strategi kebencian kaum yang digunakan oleh pembangkang adalah sama saja seperti hari ini. Kenapa tidak belajar dari sejarah?
 TEPUK DADA TANYA IMAN

DR MUHAMAD RIDZWAN BAWA KEMENANGAN BESAR KEPADA ISLAM!

Golden Dragon avatarMenurut bloger GAP (gerakan-anti-pkr.blogspot.com), Dr Muhamad Rizdwan berjaya memujuk bekas isterinya Shamala menarik balik rayuan ke peringkat mahkamah rayuan. Kes pertikaian penjagaan dua orang anak antara Shamala bekas isterinya beragama Hindu telah berjaya diselesaikan dengan cara baik melalui persefahaman bersama. Shamala dan bekas suaminya telah lama berpisah dan Dr Muhamad Ridzwan berjaya mendaftarkan kedua anaknya menjadi muslimin. Keputusan itu kemudian di cabar oleh Shamala di mahkamah sivil.. Kes ini menjadi kecoh sekitar 2004 apabila ada tangan-tangan ghaib Sosialisma masuk campur menyebelahi Shamala. 


Dalam Islam, ibu tetap ibu walaupun beragama lain. Kini, penyelesaian cara baik antara keduanya melalui persefahaman bersama diharapkan puak-puak Sosialisma tidak lagi hendak gatal-gatal tangan menyibuk dalam urusan keluarga keduanya. Pengalaman Malik Kasim sebagai EXCO Agama, Perdagangan Dalam Negeri Pulau Pinang dari parti PKR  yang cenderung kepada Sosialisma berlaku tutup sebelah mata seperti lambang parti Dajal al Masikh PKR mempertahankan pesta ria di Queensbay diadakan dalam bulan Ramadan dengan alasan 'Takkan semua perkara di Pulau Pinang hendak salahkan kerajaan negeri. Itu kawasan private. Mereka sewa dari Queensbay. Kita tidak terlibat dan tidak mengetahui mengenai penganjuran pesta ria itu" dijadikan iktibar kepada semua mengenai bahaya SOSIALISMA. Bagi SOSIALISMA , ianya PERSENDIRIAN dilakukan dalam persekitaran AWAM jika melibatkan soal agama. 

TEPUK DADA TANYA IMAN

MURTAD PADA PANDANGAN SOSIALISMA ADALAH KEBEBASAN MEMILIH!

Golden Dragon avatarSOSIALISMA memanglah fahaman iblisetanirojim laknatullah.Agama pada sosialisma ialah candu yang merbahaya kepada manusia.SOO-SIAL-ISMA mengajarkan kepada penganutnya bahawa mereka bebas keluar masuk dan menganut apasaja agama ikut suka hati mereka. Jika waktu pagi menganut Islam, tengahari menganut  Kristian, sebelah petang menganut Buddha, permulaan malam menganut Hindu dan selebihnya menjadi Agnostik ianya dibolehkan dan tidak menjadi suatu kesalahan kerana manusia mempunyai Hak Kebebesan Memilih Apasaja tanpa batasan dan tidak terikat dengan hukum hakam sebarang agama. Itulah pendirian Sosialisma mengenai pegangan agama. Pada Sosialisma apa ada pada agama ?!


Sosialisma di Malaysia mempunyai pendirian yang sedemikian rupa dan kerana itulah kita dapat menyaksikan betapa isu murtad dan isu Islam sebagai Agama Rasmi Negara ditentang hebat oleh mereka kerana ianya tidak bersesuaian dengan pengangan dan fahaman Sosialisma. Sosialisma berpantang ajal sebelum maut menetang habis-habisan mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

Jika Sosialisma menjadi pemerintah di Malaysia walaupun Ketua Sosialisnya orang Melayu beragama Islam kita tidak akan mendapat apa-apa simpati dan belas kasihan daripadanya untuk mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sebaliknya akan keluarlah daripada mulutnya mengatakan bahawa 'Kita kena jaga hati para penganut agama lain dan kebebasan beragama!' dan " Semua agama adalah sama !

Sosialisma merupakan SEKULARISMA TOTAL di mana pegangan agama itu di anggap salah satu daripada hak-hak privasi seseorang individu dan individu itu bebas melakukan apasaja  tanpa terikat kepada hukum hakam agama anutannya. Secara tepatnya ialah SOSIALISMA meendirikan sebuah pemerintahan REPUBLIK yang bersifat 'GODLESS STATE' INILAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH DAP PSM PKR & PAS dalam NEGARA KEBAJIKAN & KETUANAN RAKYAT.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

WELAWEH NIK AJIH, SUDAH-SUDAHLAH BERPOLITIK .. RUMAH SUDAH KATA PERGI KUBUR SUDAH KATA MARI !

Golden Dragon avatarBagi saya Nik Ajih ini sudah habis tempoh usia untuk berpolitik dan politik bukan lagi medan untuknya mempersiakan umur yang ada. Belaiu wajib disedarkan mengenai hal ini. Allah SWT telah memberikan kepadanya peluang untuk menjadi pemimpin selama lebih 20 tahun di sebuah negeri. Belaiu wajib meletak semua jawatan politik yang di pegang olehnya sejak sekian lama untuk memberikan pula peluang kepada orang baru sepertimana keberanian Rahman Palil bersedia melepaskan jawatan politiknya kepada orang muda. 20 tahun bukanlah suatu tempoh masa yang pendek relatifnya mengikut teori relativiti adalah mustahil bagi Nik Ajih yang mempunyai berat jisim untuk mengatasi kelajuan cahaya.Pendekata, Nik Ajih sudah kehabisan angin dan tenaga. Eloklah beliau berehat saja dan bersuluk di mana-mana tempat bagi bermuhasabah diri. Tidak akan luak apa-apa jika beliau berbuat demikian. Lagipun perjuangannya untuk mendirikan sebuah daulah Islam sudah ditukar oleh Hj Hadi kepada Negara Kebajikan. Bermakna, beliau sendiri mengakui bahawa selama ini MALAYSIA ADALAH SEBUAH DAULAH ISLAM. 

Tidak perlu lagi Nik Ajih hendak berlawak dan bersenda gurau dalam politik untuk menepis sana sini, buang masa beliau saja. Lagi elok baginya menghabiskan sisa usia yang ada dengan beribadah dan memohon keampunan. Juga tidaklah perlu lagi beliau mengeluarkan kenyatan-kenyataan yang menampakkan keletihan beliau sendiri apabila cuba menepis dakwaan mengenai peranan dalangnya memujuk KU LI menjadi Ketua Pembangkang.

Beliau (Nik Ajih) patut sudah lama menyedari bahawa penglibatannya di dalam politik banyak merugikan masa, tenaga dan usia nya sendiri. Tidak banyak jasa beliau di dalam bidang politik dan dalam memperkuatkan ISLAM selama ini. Beliau cuma popular di kalangan pengikut taksobnya. Itulah saja pencapaian politik Nik Ajih. Pada saat kewafatan baginda Rasullullah s,a.w. semasa para sahabat enggan menerima kenyataan itu maka berdirilah saidina Abu Bakar as-shiddiq memperingatkan semua yang hadir dengan kata-kata hikmah seperti berikut . " Barangsiapa beriman kepada Muhammad, Muhammad sudah wafat tetapi barangsiapa beriman kepada Allah swt, Allah swt itu tidak mati "

Saya cuma ada perkataan ini hendak disampaikan kepada semua dan kepada diri saya sendiri " Barangsiapa memuja Nik Ajih "RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI jua, tapi barangsiapa memuja dan memuji Allah SWT, ALLAH SWT ITU KEKAL ABADI"

TEPUK DADA TANYA IMAN!