Selasa, 5 Julai 2011

WAJIB BACA ! PENDEDAHAN MENGENAI PERTEMBUNGAN IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA.

Semenjak 2008 lagi, penulis membuat kajian secara sendiri menggali bahan dan membuat perbandingan mengenai Pertembungan Ideologi Politik di Malaysia. Generasi muda pada hari ini lebih banyak terpengaruh dengan karya FAHMI REZA. Kini usaha FAHMI REZA tersebut bakal di cabar dengan begitu hebat oleh sebuah PROJEK NADI RAKYAT yang akan memperjelaskan kepada semua generasi baru bahawa UMNO bukanlah alat British dan bukanlah mewarisi pemerintahan British sepertimana yang dipercayai oleh FAHMI REZA. 

Sebelum itu. kita wajib memahami beberapa hujah penting takrifan subjektif dan objektif dalam bidang falsafah / Hujah Mantik / Logik/ Retorik. 




"MANA DULU TELUR KE AYAM?"

Persoalan dilema ini menjadi tanda aras untuk memahami peri pentingnya subjektiviti kepelbagaian pendapat mengenai suatu perkara dan PUTARAN HUJAH SEBAB & MUSABAB

Persoalan dilema yang ditimbulkan merupakan persoalan asas bagi setiap dilema dan arkaik namun sarat dengan pengertian metafora dan metafizikal. 

Unsur sangka buruk yang mengandungi prejudis, salah faham, angkuh, sombong, egoistik, syak wasangka dan keraguan merupakan unsur-unsur negatif yang mampu memberikan persepsi salah mengenai sesuatu persoalan dilema. Inilah yang sedang berlaku dan berkecamuk di dalam pertembungan ideologi politik di Malaysia.

Kekuatan hujah yang menarik menjadi pemenangnya tetapi tidak semestinya ianya adalah suatu kebenaran. Bagi mereka yang bijak dan pencari kebenaran, mereka tidak akan berhujah mengikut isu itu tetapi akan mempersoalkan adakah isu itu benar atau sebaliknya?




TAKRIFAN, TAFSIRAN & PENGERTIAN SEJARAH

SEJARAH : Takrifan bahasa / istilah hanya merupakan lapuran bertulis dan lisan mengenai wujudnya atau tidak wujudnya sebarang fakta-fakta mengenai kejadian-kejadian yang telah berlaku dan sedang berlaku. 

Persoalan dilema yang selalu timbul ialah mengenai SEJARAH ialah 2 persoalan pokok iaitu :-

(a) Kesahihan dan kebenaran lapuran fakta-fakta sejarah. 
(b) Penafsiran lapuran fakta-fakta sejarah.

Apakah kayu ukur yang kita perlu gunakan bagi merungkai kedua persoalan pokok tersebut ?
Apakah kayu ukur yang digunakan itu pula merupakan sesuatu yang benar?
Benar atau salah nya kayu ukur yang digunapakai berdasarkan apa pula?

Untuk merungkai persoalan-persoalan pokok tersebut memerlukan KEMATANGAN. KEMATANGAN YANG BERDASARKAN KEPADA DISPILIN ILMU DAN AMALI ILMU YANG SUDAH DIBUKTIKAN ( PENGALAMAN). 

ALASAN ' KAMI ORANG MUDA KAMI TAHU APA KAMI MAHU' MERUPAKAN HUJAH DANGKAL CETEK KETIDAKMATANGAN.

Persoalan-persoalan inilah yang tidak dirungkai oleh Fahmi Reza yang membawa kepada kekeliruan yang menyebabkan kecelakaan besar kepada generasi baru pada hari ini TERUTAMANYA YANG ANTI-KERAJAAN. Terus terang saya nyatakan di sini, sebenarnya 

Fahmi Reza dan kelompok  anti kerajaan sendiri pun tidak tahu apa halatuju mereka dan apakah yang diperjuangkan oleh mereka. Mereka tidak berfikir sendiri melainkan mereka mencedok dan kemudiannya cuba mengamalkan apa yang mereka cedok tanpa terlebih dahulu memikirkan natijah perbuatan mereka. Ini kerana mereka masih jauh dan amat kurang pengalaman hidup. Kata lain, mereka masih terlalu mentah serba serbi. Inilah kekurangan yang mereka tidak mahu terima sekaligus penafian ini menjadikan mereka terjerumus ke dalam jurang kehancuran. Mereka masih lagi terkongkong dengan sifat tergesa-gesa dan tergopoh gapah bagi mencapai sesuatu matlamat.

IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA.

Ada berapa ideologi politik di Malaysia ini ? Siapa yang tahu ? Sebelum kita menjawab persoalan ini , kita lihat terlebih dahulu sejarah Malaysia dengan andaian lapuran sejarah tersebut adalah benar. Ini bagi memudahkan kefahaman kita mengenai apa yang sedang bergolak di dalam negara kita ini,

Sejarah negara kita menceritakan bahawa gerakan politik bermula sejak Portugis menawan Kota Melaka. Betul ? Sebenarnya, gerakan politik negara kita sudah lama bermula apabila tertubuhnya beberapa kerajaan purba dengan Sistem Pemerintahan dan budaya mengikut pada zaman itu. 

Ringkasnya, kita terpaksa jua memberikan label-label tertentu bagi memudahkan kefahaman dan perlulah diingatkan label-label ini digunakan hanya sekadar membantu akal kita mencerna dan bukanlah sesuatu yang muktamad.

Ideologi Politik negara kita bolehlah dibahagikan kepada  2 label ringkas iaitu :-

(a) Ideologi politik Purba - Adat Temenggung, dan Adat Perpatih, tapi yang paling terkenal adalah amalan Adat Temenggung yang bermula daripada Sosial Kontrak antara Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana.

(b) Ideologi politik Moden - Amalan demokrasi berparlimen, Persekutuan, Raja Berperlembagaan, Sekularisma (?), Sosialisma, Komunisma, Sosialis Demokrat , Partisan, Khilafiah dan Tidak-Partisan.

Sejak sebelum merdeka dan selepas merdeka hanya 2 ideologi politik yang bertembung hebat iaitu :-

(a) DEMOKRASI PERSEKUTUAN RAJA BERPERLEMBAGAAN yang diwakili oleh BARISAN NASIONAL dengan parti-parti komponennya yang majoriti berdasarkan kepada PARTISAN KELOMPOK KAUM TETAPI BERSATU DALAM SEBUAH PARTI POLITIK TERBESAR MEWAKILI KEPENTINGAN SEMUA KAUM BERSESUAIAN DENGAN KEHENDAK RAKYAT JELATA; dengan 



(b) SOSIALISMA, yang bertunjangkan kepada SOSIALIS DEMOKRAT, SAINTIFIK SOSIALISMA dan KOMUNISMA yang diwakili pada hari ini oleh PKR, PAS, DAP, PSM dan PRM atau dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT.

bersambung /

TEPUK DADA TANYA IMAN.

ANWAR KENCINGKAN AMBIGA & PENYUMBANG ASING DANA BEERSHIT 2.0


Bukan lagi suatu rahsia yang tidak diketahui umum ataupun fitnah ke atas Ambiga. Polis pun sedang menyiasat 5 akaun peribadi Ambiga berkaitan dengan kemasukan dana asing untuk perhimpunan Haram Beershit.Menghimpunkan seramai 300 000 orang memerlukan dana yang banyak sekali dan sudah tentulah Anwar Ibrahim memainkan peranan penting untuk merayu dana. 

Kes liwat ke 2 Anwar merupakan cetusan kepada perhimpunan Beershit 2.0 ini dan YB Zulkifli Nordin pun telah mendedahkan bahawa pada kali ini Anwar tidak mempunyai alibi dan pembelaan yang terbaik seperti kes liwat 1 dulu. Jika anda berada di dalam situasi Anwar Ibrahim, sudah tentu anda akan merancangkan sesuatu seperti perhimpunan Beershit untuk meloloskan diri. Tapi anda perlukan sebuah tayangan perdana untuk mengalihkan isu sebenar tersebut. Betul tak




Bagi pertunjukkan wayang tersebut, anda perlukan orang yang boleh anda tipu di kemudian hari dan meletakkan kesemua kesalahan kepadanya. Itulah yang terjadi kepada Ambiga, Hj Hadi, Mat Sabu kecuali Nik Ajih di mana dia awal-awal lagi sudah ke luar negara. 

Mungkin pada perancangan Anwar Ibrahim, jika perhimpunan Beershit berjaya dia akan mendapat keuntungan besar dan bonekanya boleh lah dia putar belitkan di kemudian hari. Jika gagal dia sudah ada calon-calon tertentu untuk rakyat persalahkan dan menerima akbitnya. 

Tidak mustahil Ambiga akan dikencingkan oleh Anwar dalam isu perhimpunan haram beershit ini. Ambiga akan dikambinghitamkan dan kerana itulah Mat Sabu awal-awal menarik diri daripada menjadi Ketua Perhimpunan Haramjadah beershit. 

Penglibatan dana asing tidak dapat dinafikan kerana perhimpunan haram beershit ini juga bakal diadakan di luar negara, dan ini memerlukan banyak wang ringgit. Anwar Ibrahim sudah tentu tidak mahu menghabiskan wangnya sendiri mahupun mana-mana pemimpin politik sekutunya di dalam paatan toghut satanisma dapkrpasm. 

Bandingkan sahaja dengan semua modus operandi Anwar Ibrahim yang telah didedahkan oleh YB zulkifli Nordin, Rahimi, Ezam Md Nor dan ramai lagi, Anda pasti menjumpai corak modus operandi yang sama. Habislah, Ambiga dan PAS pada kali ini termasuk juga DAP dan PSM, semuanya dikencingkan oleh Anwar Ibrahim manakala Anwar Ibrahim melarikan diri ke luar negara bersama keluarganya  dan boleh pula dia di sana menyalahkan Ambiga jika perhimpunan Beershit gagal. 

TEPUK DADA TANYA IMAN.

PERINGATAN KHUSUS KEPADA PERUSUH AWAM TERANCANG BEERSHIT.


MEMANDANGKAN KEDEGILAN PIHAK PERUSUH AWAM TERANCANG BEERSHIT SEMAKIN MENEBAL SETEBAL KEBEBALAN HJ HADI MENYATAKAN PERALATAN VIDEO ADALAH BESI , ELOKLAH SAYA MEMBERIKAN PERINGATAN KHUSUS KEPADA MEREKA WALAUPUN KDYMM YDPA SUDAH BERTITAH DAN KDYMM SULTAN KEDAH PUN TURUT BERTITAH TERMASUK KDYMM SULTAN PAHANG BESERTA JUTAAN RAKYAT MALAYSIA YANG ANTI PERHIMPUNAN HARAM BEERSHIT ( 3 000 LAPURAN POLIS MEMBANTAH PERHIMPUNAN HARAM BEERSHIT)

KEPADA PERANCANG DI BELAKANG TABIR BEERSHIT, ANDA TAHU SIAPA SAYA MAKSUDKAN, yang kini sedang berkumpul secara beramai-ramai di Kuala Lumpur di jalan Raja Laut beserta sekumpulan sibertruper pembangkang dapkrpasm yang terdiri daripada kumpulan anak-anak muda Cina sedang bergiat cergas menyebarkan hasutan dan propaganda di internet ( lokasi mereka akan berubah tengahari ini di mana mereka akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil seramai 5 orang ke serata tempat selamat di dalam Ampang, Gombak, Bukit Tunku, Sentul, ) anda semua boleh merancang tipudaya tetapi tipudaya kamu semua adalah rapuh.

KEPADA PENGANJUR & AJK BEERSHIT, cita-cita dan impian kamu semua untuk menawan PUTRAJAYA akan gagal dengan sendirinya kerana sikap dan perbalahan sesama kamu juga. Lama kelamaan dana asing dan majikan asing kamu semua akan merasa jemu dengan kamu semua. Di saat, dana asing tidak dikeluarkan kepada kamu, waktu itulah kamu akan mengkhianati sesama sendiri. 

KEPADA PENYOKONG BEERSHIT, kesian kamu semua dalam kelompok ini, kamu bersusah payah untuk berhimpun beramai-ramai sedangkan pemimpin kamu seperti Nik Ajih pun ke luar negara, kamu mempertaruhkan tubuh badan kamu semua. Jika kamu semua berseronok dan beronok-ronok di rumah lagi bagus. 



TEPUK DADA TANYA IMAN.