Khamis, 30 Jun 2011

3 TERKINI -KINI-KINI SEMUA MELETOP-LETOP BAK ANAK DARA TAK RETI GORENG IKAN.

\

KALI WAK DEN NAK KOBAKAN KEK SAMUO .. aiseh, maaf, kali ini JS akan memaklumkan kepada semua pembaca setia blog JS mengenai 3 Berita Terkini, kalau 1 cuma Terkini, kalau 2 Terkini-kini, kalau 3 , Lu fikirlah sendiri !

TERKINI 1.

Pagi tadi terlepas pandang, PAPA GOMO sudah mohon maaf dengan cara berhemah kepada JOHARI ABDUL kerena terlalu awal menamatkan kerjaya JA sebagai pengacara TV yang kurang berbakat (pitching banyak lari) tetapi dengan mengenakan 5 syarat seperti DO Re Mi kenakan kepada Tuan Tanah Kedaung mereka. Hendak tahu lebih lanjut sila ler ke blog PAPA GOMO dan baca sendiri 3 entri utama mengenai isu JOHARI ABDUL. 

Sebagai menunjukkan keikhlasan tinggi PAPA GOMO telah menawarkan sebuah jawatan kosong pengacara TV dengan menyiarkan IKLAN JAWATAN KOSONG kepada JOHARI ABDUL. dengarkata, JOHARI ABDUL masih bermurung di dalam biliknya dan enggan makan malam tapi bersedia menerima permohonan maaf PAPA GOMO dengan kata-kata , ' I FOLOWWW ...'

TERKINI 2

Kurang lebih yang tidak terlebih, AMK dan PEMUDA bertembung sekali lagi di hadapan ibupejabat PKR di Damansara yang hendak kena lelong itu dan parti yang hendak kena gulung tikar pada Julai 9, 2011 oleh Pendaftar Pertubuhan. Apa sebabnya?



Sebabnya ialah kerana cabaran AMK yang mengajak PEMUDA minum kopi o dan teh tarik petang bersama setelah malam kelmarin mereka tidak menghidangkan sebarang minuman dan biskut kering buat jamuan PEMUDA yang datang berziarah.

Namun sekali lagi katerer AMK gagal datang atas alasan pembayaran terdahulu masih tertunggak 10 bulan. Bagi menutup rasa kemaluan yang teramat sangat, AMK terpaksa menjerit ' MAMAK BALIK !' sebenarnya ditujukan kepada katerer restoran 24 jam mamak yang berdekatan. 


Disebabkan oleh salahfaham, Rezal Merican terasa hati dengan laungan tersebut yang mana sememangnya laungan itu bersifat provokasi penghinaan kerana kurang didikan agama Islam. Rezal Merican, Ungku Salleh . Lokman Adam dan Rizalman Mokhtar terpaksa membuat lapuran polis kerana mahu menjernihkan suasana disebabkan oleh tuduhan melulu Saifuddin Nasution mengatakan tempohari PEMUDA hendak membakar bangunan ibupejabat PKR sedangkan PEMUDA hanya berhasrat datang membuat kunjungan silaturrahim bagi memujuk AMK agar keluar PKR beramai-ramai dan  masuk UMNO. 

Terpaksalah FRU dan polis meleraikan salahfaham tersebut. Dilapurkan tiada kecederaan tubuh badan dan tiada kematian dilapurkan melainkan hati dan perasaan kedua-dua pihak terluka dan berdarah mungkin tidak akan terubat sehinggalah ke PRU 13 akan datang. Apapun, PEMUDA kelihatan semakin mengikis persepsi salah mengenai mereka. TAHNIAH PEMUDA ANDA SEMUA BERANI !


TERKINI 3.

ADUN Simpang Pulai dan AHLI PARLIMEN GOPENG di tangkap bapak polisi Malaysia kerana didapati merayau-rayau seperti kutu rayau tanpa tujuan sambil mengedar serta menghasut para pengunjung PASAR GUNUNG RAPAT pagi tadi kurang lebih tiada 9.30 pagi.


Ini gambarnya bukan superimposed tau.

Selain BOON CHYE, ADUN Simpang Pulai CHAN MING KAI turut di tahan kerana mengajak orang awam sertai mereka ke perhimpunan haramjadah BEERSHIT pada Julai 9. 2011. Mereka berdua juga dikatakan sedang mencari kenderaan yang boleh tumpangi nanti, agaknyalah. TAHNIAH POLIS !

DIHARAPKAN SELEPAS INI, MASING-MASING PIHAK BERTENANG DAN BERFIKIR, APA GUNANYA TINDAKAN AGRESIF INI, PARLIMEN KAN ADA. DINASIHATKAN AGAR ORANG AWAM TIDAK TERPENGARUH DNEGAN INSIDEN-INSIDEN TERSEBUT. TEPUK DADA TANYA IMAN.

DATUK SERI RAIS YATIM, " IDEOLOGI KOMUNIS DALAM BERSIH BERTUJUAN MERAMPAS KUASA"


DATUK SERI RAIS YATIM dalam suatu temuramah menyatakan dengan tegas bahawa BERSIH adalah merupakan kepentingan sekelompok minoriti yang tidak boleh mengatasi kepentingan majoriti yang telah memilih BARISAN NASIONAL sebagai kerajaan Pusat. Dengar sendiri apa DATUK SERI RAIS YATIM KATAKAN di dalam klip video ini. 






Majoriti rakyat yang telah memilih BARISAN NASIONAL sebagai kerajaan Pusat dan negeri adalah di seru bangkit menentang secara vokal agenda Jahat BERSIH .  Adalah amat baik sekali jika 4.08 juta pemilih berdaftar yang telah  memilih BARISAN NASIONAL menyaman penganjur BERSIH dan semua ahli-ahli gabungannya termasuk menyaman semua ahli politik DAP PKR PAS PSM yang menjadi dalang kepada BERSIH. Anda mampu lakukannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN.

JOHARI ABDUL MERAJUK DENGAN PAPA GOMO.


Akibat tidak berpuashati dengan tindakan kejam PAPA GOMO menamatkan kerjaya pilihannya,  JOHARI ABDUL dikatakan sedang mengalami kemurungan melampau dan merajuk dengan Papa Gomo. Baru-baru ini, selepas Papa Gomo dan  gerombolan 40 Pemusnah Dakyah dapkrpas (termasuklah aku ) menerbitkan video JOHARI ABDUL ketawa berdekah-dekah dan ditunjukkan jam Omega Aljuburi oleh Datuk Eskay, JOHARI ABDUL mencabar PAPA GOMO menerbitkan lagi keseluruhan video berkaitan dengannya.


Kita semua berharap agar PAPA GOMO dan JOHARI ABDUL boleh berbaik semula demi kepentingan INDUSTRI HIBURAN NEGARA. PAPA GOMO tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen balas beliau terhadap cabaran JOHARI ABDUL. Menurut maklumat, PAPA GOMO sedang sibuk mengedit kasi audio lebih jelas video JOHARI ABDUL yang memusnahkan impian JOHARI ABDUL untuk menjadi seorang pengacara tv popular negara dan menjadi ahli politik pertama memenangi kategori PENGARACA TV POPULAR dalam ABPBH 2011.

SIAPA SURUH JOHARI ABDUL GATAL TANGAN BUAT VIDEO ANALISIS , KAN DAH KENA KRITIKAN HEBAT. KONGRAT2 PAPA GOMO ! TEPUK DADA TANYA IMAN.